Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 31, 2010

Kertih Adalah Syurga Untuk Merempit..!!

Sekarang ini mat rempit telah menjadikan jalan utama di bandar baru kertih, kemaman sebagai lokasi mereka untuk merempit khususnya pada malam minggu.Aksi mereka bukan sekadar merempit malah sering melakukan aksi yang merbahaya seperti mengangkat tayar hadapan motosikal mereka malah ada yang merempit sambil meniarap dan bermacam-macam aksi lagi.


lebih mendukacitakan perbuatan mereka ini di lakukan betul-betul di hadapan balai Polis Kertih, namun tiada tindakan serius yang di ambil oleh pihak polis untuk mengatasi gejala sosial seperti ini. Rata-rata mereka terdiri daripada pelajar sekolah lagi dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka yang sudah habis sekolah melakukan aksi sedemikian.

Baru-baru ini telah berlaku satu kemalangan ngeri yang melibatkan seorang mat rempit yang telah melanggar seekor lembu yang berkeliaran di kawasan terbabit yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk di kepala dan masih berada dalam keadaan koma di Hospital Kemaman hingga ke hari ini.. Walaubagaimanapun keadaan ini masih lagi belum dapat menginsafkan golongan mat rempit ini. Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan diri mereka malah turut membahayakan pengguna jalanraya yang lain..HARAP ADA PIHAK TERTENTU YANG DAPAT MENGAMBIL INISIATIF BAGI MEMBENDUNG GAJALA REMPIT INI..
---------------------------------------

Hoi.. MANA PERGI JKKK YANG BERTANGGUNGJAWAB SOAL JAGA KAMPUNG HAA..!!

Kah..Kah.. NAMPAKNYE JKKK KITE SIBUK DOK MELAYAN BINI BARU..!!

Kah..Kah..POLIS PUN SAMA GAK..MACAM DAH LEMAH TENAGA BATIN JE..!!

Hoi..Mangkuk.. SEKOR DAH KOMA..NAK TUNGGU ADA SEKOR LAGI YANG MAMPUS KE..??

Kah..Kah.. TAK KAN YB. IR... KITE TAK NAMPAK BENDA NI..

Rupanya Masih Ramai Lagi Spesis "KATAK" Dalam PR..!!

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.

Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.( Gambar : Kiri )

“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi
---------------------------------------------

Kah..Kah.. INGATKAN DAH HABIS KATAK-KATAK DALAM PR..

Kah..Kah..RUPANYE MASIH RAMAI LAGI..

Kah..Kah..LAIN KALI KENA TENGOK BETUL2..SPESIS KATAK ATAU TIDAK..

Kah..Kah..FAKTOR SPESIS KENA TENGOK JUGA..BARU PILIH CALON..!!

Kah..Kah..KALAU NAMPAK MCM SPESIS KATAK TU..REJECT AWAL-AWAL..

Kah..kah..SPESIS KATAK MEMANG SUKA MELOMPAT..TAK ADA PENDIRIAN..BUAT MALU JE..!!

Jan 27, 2010

Hina Islam & Rasulullah.. Kenapa Tak Tangkap ???

Heboh satu Malaya hari ini mengenai isu menghina sultan melayu. Bagi saya perbuatan sedemikian adalah Biadap dan AMAT Kurang Ajar kerana raja melayu merupakan lambang kepada bangsa melayu dan ianya tidak sepatutnya berlaku.

Namun begitu..kadangkala kita sebagai orang melayu yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul mungkin terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa kita masih ada lagi seorang pemimpin agung yang di utus khas oleh Allah SWT kepada kita untuk di taati jauh sekali untuk di hina iaitu junjungan besar Nabi Muhamad SAW tidak kira kita ini bangsa melayu, cina, india dan sebagainya. Saya begitu tersentuh apabila ada di antara manusia pada hari ini cuba untuk mempertikaikan atau dengan kata lain sangsi dengan perutusan Allah ini.

[ Astora Jahat : Kiri ]

[ Marina Mahathir : Kanan ]








Di Malaysia khususnya telah wujud individu, golongan, pertubuhan dan bermacam-macam wadah lagi yang secara terang dan terbuka menghina Islam dan nabi kita Muhamad SAW. Bermacam-macam cara yang di buat mengikut logik akal mereka yang bodoh dan bebal itu untuk menghentam dan menghina Islam dan junjungan Nabi Muhamad SAW. Sebagai sebuah negara yang kononnya mengaku negara Islam telah terbukti gagal untuk menangani isu penghinaan kepada agama Islam dan Nabi secara yang lebih agresif sepertimana yang di lakukan kepada mereka yang menghina Raja Melayu. Malah golongan ini masih lagi mendapat tempat di dalam forum-forum atau wacana yang di anjurkan oleh agensi kerajaan dan adakalanya mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi.

( Farish Noor : Bawah )Mana perginya UMNO yang seringkali mendabik dada bahawa parti mereka serius untuk membela agama Islam di Malaysia ini khususnya. Bila tiba isu hina Islam dan Nabi semuanya berdiam diri. Kenapa tidak tangkap dan heret golongan yang hina Islam dan anti hadis ini ke muka pengadilan dan bicarakan mereka. Sekurang-kurangnya dapat kita tunjukkan atau keluarkan satu amaran bahawa jangan ada pihak yang cuba nak menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW. Namun sehingga ke hari ini langsung tidak ada tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam hal ini. Inilah yang amat menegcewakan kita semua..
--------------------------------------------

Kah..Kah..UMNO KALAU BERDEMONTRASI PASAL ISLAM ..MESTI ADA SEBABNYE..

Kah..Kah..BILA SHAHRIZAT ULAS PASAL ISLAM..LAGI LA TERUKK..!!

Kah..Kah..MARINA MAHATHIR...OOO..ITU LAGI DAHSYAT..

Kah..Kah..SISTER IN ISLAM HINA ISLAM...UMNO RILEK JE...

Kah..Kah..KDN KATA HARAM..MAHKAMAH KATA HALAL..

Kah..Kah..ASTORA JAHAT, FARISH NOOR..KENAPA TAK TANGKAP ??

Bung..Bung..Bung..Cikecik..Cikecik..Bung..Bung Mokhtar ...


Inilah dia "Couple of the year " yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran 'perkahwinan rahsia' sekitar penghujung tahun lalu, Zizie Ezette dan suami, Datuk Bung Mokthar Radin, sekali lagi menarik perhatian umum apabila gambar mesra mereka tersebar di Internet, baru-baru ini.
----------------------------------------------
Haiii...CERIA BETUL NAMPAK MUKA PAK BUNG..!!

Kah..Kah..PAK BUNG SUKA DAUN MUDA RUPANYE..

Jealous lo..LARAT KE PAK BUNGGG..??? PELAN-PELAN PAK BUNG..JGN GELOJOH YE..!!

Eii..seronoknye..PANDAI PAK BUNG PILIH..GEBU..PUTIH..ADA UMPHH..!!

Kah..kah..YANG LAIN SEMUA PERFECT...CUMA DARI SEGI AGAMA BANYAK YANG KURANGNYE ..KENA BELAJAR LAGI LA YEE..!!

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..CUMA TAKUT PAK BUNG SEMPUT AJE..!!

Jan 26, 2010

Rakyat Patut Tolak Parti " Berhutang"

( Big Boss Parti "Berhutang" )

Syarikat Pentas Permata memfailkan saman itu pada 7 Dis, 2007, terhadap BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Jan, 2006 untuk membekal dan memasang papan iklan pengiklanan di kawasan terbuka bagi mempromosikan BN bagi pilihan raya umum akan datang.

Syarikat itu mendakwa bahawa ia mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM546,552,800akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.
-------------------------------------------------

Kah..Kah.. BUKAN BANYAK PUN HUTANG TU..

Kah..Kah.. MINTAKLAH DERMA DARI AHLI.. SORANG RM0.50..!!

Kah..Kah.. TAKKAN JUTAWAN DALAM BN TAK NAK BANTU..??

Kah..Kah.. BUAT LAH CERAMAH UNTUK MINTAK DERMA..!!

Kah..Kah..SANGGUP KE JKKK MENDERMA UNTUK BN..??

Kah..Kah..JKKK KATA BOLEH..TAPI KENALAH BAGI PROJEK..!!

Kah..Kah..APA DERMA-DERMA NI..MACAM PAS JE..!!

Kah..Kah..ALAHAI..JUAL JE APA YANG ADE..ENJIN KE.? SAYAP KE.? TAYAR KE.? APA NAK SUSAH SANGAT !!

09.02.2010 Adalah Tarikh Keramat Bagi DUN Perak !!

"Perkembangan yang dinantikan oleh sekelian hamba rakyat negeri Perak terjawab apabila dilaporkan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah pada tanggal 09/02/2010.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Dato Seri Muhammad Nizar hari ini.

Kini terpulanglah kepada pemimpin BN samada mereka ingin membubarkan DUN sebelum 9 Febuari atau sebaliknya.
------------------------------------------------

....HARAP HAKIM-HAKIM KITE ADALAH HAKIM YANG BAIK DAN BERANI DEMI KEBENARAN..

Tidak Semestinya Yang Cerdik Itu Pintar...

"Dua ahli parlimen pakatan rakyat, YB. Khalid Samad dari PAS dan YB. Zulkifli Nordin dari PKR ( Gambar Atas Kiri ). Kedua-duanya berbeza kelulusan. Khalid Samad ( Gambar Bawah Kanan ) kelulusan kejuruteraan dan jurutera profesional. Zukufli Nordin kelulusan undang-undang dan pengamal undang-undang.Kedua-dua lahir dari dasar pembelajaran barisan nasional.

Malah Khalid dan Zulkifli ada ciri jamaah Islam. Jesteru itu Khalid dan Zulkifli kurang pintar dalam menghadapi isu semasa. Kedua-duanya ada hujah yang betul tentang perihal kalimah Allah. Namun Khalid dan Zulkifli di dapatitidak hormati ketua dan konsep berjamah dan mungkin masing-masing ego dengan hujahnya.

Contohilah Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz dan Tuan Guru Datuk Sri Haji Hadi Awang dalam berhujah dan menghadapi kemelut dalam satu-satu isu.
--------------------------------------------------
....USAH DOK BESARKAN EGO..TAK KEMANANYA KITE..

....RUJUKLAH PADA MEREKA YANG LEBIH ARIF DAN MUKTABAR..

... SAMAN MENYAMAN TIADA KESUDAHANNYA..

....DEMI JEMAAH ..BERDAMAILAH YB..!!

... JADILAH..ORANG YANG CERDIK DAN JUGA PINTAR..

Jan 25, 2010

Awang Adek Cuba Nak Tunjuk Pandai Tapi Sebenarnya Bodoh..

Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,"
--------------------------------------------------
Hoi..Bodoh..OGHE TOK SIR BELAKO DOH KE DEMO..!!

Nok Tanyo la...DEMO NI JONG GAPO..??

Kah..Kah..RATO DO ROYAT KO OGHE..DIO BAKAL MB KELATE..KUAT GILO NATE NING!!

Kah..Kah..DOK KELEK KO FAIL..SAPA KRITING BULU TIOK DOK JAJO AKU LA MB KELATE..OOOO..NYANYO KO AWE..!!

Bengong...BO LA AWE..DOK TEBENG WAK BEGAPO GAK..!!

Hey.. AMBO DOK BERASO MAPUH PULOK AWE ADEK TERIK NING..

Ganu Kite.. : Dulu.. " Ulul-Albab" , Kini.. " Ulul-EBook" .


Dulu semasa di bawah pemerintahan Rejim Derih Jusoh seluruh hamba rakyat Terengganu telah di war-warkan dengan slogan "Ulul-Albab" ( Gambar Atas ) . Boleh di katakan di sepanjang jalan bermula dari Kemaman hinggalah ke Besut telah terpampan papan-papan iklan gergasi yang berbunyi " Kearah Melahirkan Generasi Ulul-Albab".

Hasil Projek " ULUL-ALBAB"

Namun usia slogan "Ulul-Albab" nampaknya tak berapa panjang apabila rejim Derih telah di tumbangkan oleh orang kuat istana iaitu Dato' Sri Bendahara Ahmad Bin Said dan di lantik pula sebagai MB Terengganu yang baru maka timbul pulak slogan yang baru iaitu " Melahirkan Generasi yang celik "Ulul-Ebook" ( Gambar bawah ) .

Dalam keadaan rakyat yang masih pening-pening lalat dan tak berapa faham apa itu "Ulul-Albab" keluar pulak "Ulu-Ebook". Maka sudah tentu giliran iklan "Ulul-Ebook" pula yang akan menghiasi papan-papan iklan gergasi di sepanjang jalan negeri Terengganu. Berapa kos pengiklanannya jangan di tanya.. yang penting sekali projek ini adalah yang pertama di Malaysia .. samada ianya berfaedah kepada rakyat atau tidak..itu tak penting..


-----------------------------------------------

Kah..Kah..TENTULAH RAKYAT SUKA "ULUL-EBOOK"..

Kah..Kah..E-BOOK BOLEH DONLOAD MACAM-MACAM..!!

Kah..Kah..BOLEH DONLOAD LAGU, MP3..FILEM, MP4, 18SX, 18SG, XX, XXX, XXXXXX.!!

Kah..Kah..ULUL-ALBAB ADE APE..???

Kah..Kah..E-BOOK CEPAT..SEMUA BOLEH AKSES..TAK MACAM ULUL-ALBAB..LAMBAT..LEMBAP..!!

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..!! DERIH NGAN MAT SAID SAMA JE..!!

Jan 24, 2010

Dalil Mengapa Mat Said Tidak Di lantik Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu..

Terpaku seketika saya di buatnya apabila melihat gambar Menteri Dalam Negeri, DS Hishamuddin Hussein merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu sedang duduk bertinggung sambil tangannya mengikat tali kasut seorang pelajar di sebuah sekolah di Terengganu semalam sambil di perhatikan oleh Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Bertuah sungguh pelajar tersebut, sebab mungkin bila dah besar macam ni ibubapanya pun tidak pernah berbuat sedemikian rupa kepadanya..maklumlah bila anak dah ramai tumpuan mesti di berikan kepada yang masih kecil. Tapi..ini lain pulak yang berlaku apabila seorang menteri sanggup untuk tolong ikat tali kasut beliau.. memang hebat menteri kat Malaysia ni. Baik Sungguh..memang baik..harap semuanya akan jadi baik
-----------------------------------------------------------

Kah..Kah.. MENTERI KITE NAMPAKNYE DAH MENCEMAR DULI NI..??

Kah..Kah.. NAPOK PESENG UMNO/BN NOK SELOK SUNGGUH DOH LENING.!!

Hoi.. DOK PAYOH LAH..BANYOK LAGI BENDA LAIN BULEH BUAT..!!

Kah..Kah..KERJA IKAT-IKAT TALI KASUT NI SEROH KE JIN KACAU KAMPUNG ( JKKK ) JE...

Kah..Kah..MAT SAID KATA, IKAT-IKAT TALI KASUT DOK MAIN..KITE DOK RETI..!!!

Kah..Kah..BODOH-BODOH DERIH PUN,,, PANDAI GOK DIA BAIKI ATAP RUMAH ORANG..

Kah..Kah..BAIK JADI MENTERI LA DARIPADA JADI JKKK...JAHAT.!!

Kerajaan Terengganu Tak Pilih Kasih..Cuma JKKK Yang Pilih Buluuu...!!


Saya tergelak besar bila membaca satu artikel dalam surat khabar arus perdana bertarikh 23/01/2010 yang bertajuk "TERENGGANU TIDAK PILIH KASIH-MB". ( atas )

Semua orang khususnya rakyat terengganu tahu bahawa mana-mana kerajaan hendaklah bersikap adil dan amanah kepada seluruh rakyatnya tidak kira apa jua latarbelakang agama, fahaman politik dan juga bangsa. Mereka hendaklah di layan dengan adil dan jangan sekali-kali berlaku zalim keatas mereka. Saya mengambarkan bahawa tajuk berita tersebut merupakan satu kenyataan orang yang berada dalam keadaan yang tersepit " Desperate" dan cuba untuk memperbodohkan sekalian rakyat.
----------------------------------------------------

Hoi.. TAK PAYAH CAKAPLAH..ORANG TAHU BELAKE DOH...

Mangkuk Hayung..TAPI JKKK..BUKAN SETAKAT PILIH BULU JE..MALAH SAMPAI KE TAIK PUN DIA PILIH..

Tak kan mung dah lupe.. MUNG KATA UMNO MEMANG JAHAT DOH..TAPI JKKK LEBIH JAHAT LAGI..

Bengong Sungguh.. CAKAP MENDE HOK TULE JE..BODOHH SUNGGUH..

Hei... TAK DOK JKKK HOK BAIK DALAM DUNIA NI..DOK SOH CARI AH..!!

Woit.. SEBUT JE JKKK..BERASA NAIK LUGA..JAHAT-JAHAT SUNGGUH.!!

Kewajipan Menutup Aurat Terus di Persenda...

Tanggal pada 23/01/2010 ( Sabtu ), telah selamat di semadikan jenazah Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar yang sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya...Al-Fatihah.







( Pembaca Berita Wanita di TV1 dan TV9 pada 23/01/2010)

Namun begitu apa yang terbuku di hati saya ialah apabila melihat kebanyakkan penyampai berita khususnya wanita di seluruh stesen TV baik kerajaan mahupun swasta berpakaian begitu sopan sekali dengan menutup aurat sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda Tuanku Sultan Johor pada kelmarin. ( gambar atas)

Terdetik di hati saya alangkah baiknya perbuatan yang murni ini di jadikan satu budaya khususnya kepada pembaca pemberita wanita Islam di tanahair kita supaya di wajibkan untuk menutup aurat kerana selain dapat menunjukkan sikap kesopanan individu tersebut malah ianya juga adalah satu kewajipan untuk berbuat demikian di dalam agama Islam. Kewajipan menutup aurat bukanlah satu kod etika berpakaian yang sengaja di reka-reka tetapi ianya adalah merupakan perintah Allah SWT kepada kita sebagai umatnya.

( Pembaca Berita Wanita Islam di ASTRO AWANI pada 24/01/2010)

Apa yang menyedihkan..dalam tempoh tidak sampai 24 jam keadaan berpakaian pembaca berita wanita Islam kembali seperti asal di mana tidak lagi menutup aurat. ( Gambar kiri )
--------------------------------------------------------

Hey..MANA PERGI MUFTI DAN ULAMAK DALAM KERAJAAN ???

Woit..MANA PERGI MENTERI YANG JAGA AGAMA.???

Bangang..TAK KAN DR.MASHITAH DIAM SERIBU BAHASA??..TEGUR LE.???

Kesian..ORANG CANTIK-CANTIK, TAPI SAYANG SEMUA JADI KAYU API NERAKA..

Taubatlah..TUTUP AURAT BUKAN MASA RAJA MANGKAT JE..!!

Ubahlah.. TUTUP AURAT BUKAN MASA BUAT UMRAH JE..!!

Ingat Pesan Ustaz..TUTUP AURAT ADALAH WAJIB..BUKAN PERKARA MAIN2!!

Jan 20, 2010

Pemangku Sultan Kelantan telah menempa sejarahnya yang tersendiri

Seluruh rakyat Kelantan adalah amat bertuah kerana mempunyai seorang Pemangku Sultan yang betul-betul berjiwa rakyat dan faham dalam selok-belok agama di mana baginda sendiri telah mengimamkan solat hajat memohon kehadrat Allah S.W.T agar ayahndanya cepat sembuh daripada kegeringan



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar kelantan pun turut melahirkan rasa sayunya kerana sepanyang 75 tahun usianya belum pernah beliau melihat pemangku sultan yang mengimamkan solat dengan di makmumkan oleh rakyatnya sendiri. TGNA begitu gembira dan berharap perkara yang baik ini akan dapat di teruskan di masa yang akan datang.
---------------------------------------------------

....ISLAM ADALAH UNTUK SEMUA...

...TARBIYYAH ISLAM BUKAN UNTUK RAKYAT SAJA..

...KEBANYAKKAN MENTERI UMNO HANYA JADI MAKMUN JE...

....YANG BETULNYA IALAH HADHARAH ISLAMIYAH ..BUKANNYE ISLAM HADHARI..DOLLAH HADHARI ADALAH KUT..

Jan 19, 2010

1 Malaysia : Pelajar Sekolah Di Abaikan, Banduan di Utamakan....


"Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan. Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan.

--------------------------------------------------

Kah..Kah.. HABIS..HABIS.. SEMUA KENA POTONG..

Kah..Kah.. PERUNTUKKAN UNTUK BUDOK SEKOLAH PUH KENA JUGE..

Kah..Kah..GAJI MENTERI TAK KENA POTONG PULAK...

Kah..Kah..BANDUAN KAT LOKAP TU ... MAKIN HARI MAKIN GEMUK..MAKAN CUKUP TAK KENA POTONG..

Kah..Kah..BANDUAN BUKAN BAYAR CUKAI PUN..

Kah..Kah..BANDUAN TAK BOLEH TAK CUKUP MAKAN..NANTI MEMBERONTAK PULAK...

Kah..Kah..BUDAK SEKOLAH TAK CUKUP MAKAN TAK APE..MAK BAPAK ADA..

Woitt Melayu...BERAPA KALI NAK KENA TIPU NI..!!!

1 Malaysia : Tokey Gula di Utamakan, Rakyat di Pinggirkan



Kenaikkan harga gula di pasaran sebanyak RM0.20 bermula januari 2010 di lihat amat membebankan rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan seolah-olah mempermain-mainkan golongan ini kerana mereka menganggap golongan ini adalah sebagai beban dan tak ada makna kepada mereka.


Inilah dia wajah Raja Gula yang Baru yang berada di tangga yang ke-7 di antara Orang Terkaya di Malaysia dan beliau amat di sayangi oleh Kerajaan Malaysia: Al-fadhil, As-Syekh, Al-Ustaz As-Syed Mokhtar Al-Bukhory

Namun,setiap kali tiba pilihanraya , colongan ini juga akan di tatang dan di cakna sebaik mungkin bagai minyak yang penuh supaya terus menyokong dan memberi undi kepada UMNO/BN.
----------------------------------------------------------

Kah..Kah..RAKYAT DI SARAN JANGAN MAKAN GULA..MERBAHAYA !!!

Kah..Kah..KERAJAAN DAH TAK LARAT NAK TANGGUNG SUBSIDI GULA..

Kah..Kah..TAJA FORMULA 1 SAMPAI BERBILLION-BILLION RINGGIT TAK APE..

Kah..Kah..KALAU UNTUK RAKYAT TAK BOLEH..INI KERAJAAN JENIS APE NI..??

Kah..Kah..KERAJAAN NAMRUD PUN TAK PERNAH NAIKKAN HARGA GULA...

Kalimah "Allah"' di Pertahan, Belajar Ilmu Allah di Sekat..

Telah di fahamkan bahawa baru-baru ini pelajar-pelajar Malaysia di Mesir telah di nafikan hak mereka untuk mendalami " Ilmu Hadis " apabila usaha mereka untuk menjemput Mufti Besar Mesir Dr. Ali Jumaah ( Gambar )untuk mengupas beberapa Hadis telah di sekat oleh Wakil UMNO di sana. Turut di fahamkan bahawa Usaha ini di dalangi oleh Kementerian yang bertanggungjawab dalam menjaga Hal Ehwal Agama Islam di negaraku Malaysia

Selain merampas kain sepanduk yang telah di buat malah mereka ( UMNO ) telah berjaya mempengaruhi pihak pengurusan Universiti Azhar supaya membatalkan tempahan dewan yang telah di buat untuk program tersebut.
--------------------------------------------------------

Kah..Kah..BETUL KATA MAT SAID..UMNO MEMANG JAHAT, TAPI EXCO / MENTERI UMNO LAGI JAHAT..

Hoi...APA LAH SALAHNYE MEREKA NAK BELAJAR ILMU ALLAH..!!

MasyaAllah.. ENGKAU NI ORANG ISLAM KE APA HAHH ??

Sepatutnye.. KAU SOKONG , BUKANNYE HALANG MEREKA..!!

Kerajaan "Haram" Perak Akan Di Bubar..???


MENTERI BESAR "HARAM" NEGERI PERAK : ZAMBRY ABD. KADIR

MENTERI BESAR PERAK YANG "HALAL" : DS NIZAR JAMALUDIN


Angin sedang bertiup kencang yang mengatakan bahawa kerajaan haram UMNO/BN di Perak sedang dalam proses untuk membubarkan DUN Perak dalam waktu yang terdekat ini. Beberapa petunjuk telah menampakkan bahawa proses ini sedang berjalan.
-----------------------------------------------------
Hoiii...BARANG HARAM MEMANG DOK KEKAL LAMA..!!!

Hello Zambry..TERIMA LAH HAKIKAT ..ENGKAU TU MEMANG MB "HARAM"..

Hoi...Zambry !!! MUNG NING JENIH TAK RETI MALU KE ???

Lok-leh..Lok-Leh..BUBAR LA DUN PERAK CEPAT-CEPAT..BULEH TENGOK RAKYAT SUKE KE DOK MUNG JADI MB..

Jan 18, 2010

Bukti PAS Akan Kembali Menawan Terengganu Dalam PRU13

Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.

Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Calon pro-Aspirasi hanya berjaya mempertahankan satu umum sahaja.
----------------------------------------------------------

Hei..ORANG HOK CERDIK PANDAI TOLOK BELAKE DOH UMNO/BN NING...

Woit..Mangkuk..DOH ORG-ORG KAMPUNG BILA LAGI NAK BERUBAH.??

Tak Sedar lagi Ke ??ORG MELAYU KENA TIPU SOKMO...DOK SERIK SITU..

Pening Pala.. DOK KANG NOK KENA BODOO..SOKMO...KE GUANE ??

Kah..Kah.. SERUPE JE DERIH NGAN MAT SAID..BAPOK LEBONG BELAKE..

Mat Said Kata..UMNO MEMANG JAHAT DOH..TAPI JKKK JAHAT LAGI..

.....DOK LEH LOK DOHH..TEBING LOK KOHO PUNOH....

Malaysia Darul "SUMPAH'

Raja Sesumpah Malaysia

Yang Ni.. Dah lama di Makan Sumpah..

Yang ni pulak ..baru je pandai bersumpah Watallahi..Wabillahi...Tiada Penyelewengan berlaku sepanjang pemerintahan saya..berbunyi sumpahnye.. boleh caya ke..??

Yang ini..tak tahu bila nak bersumpah..

Baiklah jadi macam ni..namapun dah "SESUMPAH"

------------------------------------------------------

Kah..Kah... APA KATA KALAU ASTRO TURUT ADAKAN PERTANDINGAN RAJA SUMPAH..SIAPA AGAKNYA TERSINGKIR DAHULU..YE !!

Isu Kalimah "ALLAH" : Menteri UMNO Bersikap "Double Standard", Mesti Ada Sebabnye..

Dalam dok sibuk puak UMNO mempertahankan kalimah Allah hanya untuk orang Islam saja di semenanjung Malaysia..tiba-tiba ada sorang menteri mereka bersuara bahawa gereja di Sabah & Sarawak di bolehkan menggunakan kalimah Allah..

Maka timbul tanda tanya di kalangan rakyat..sekejap tak boleh tapi sekarang boleh pulak..mana satu nak pakai ni !! Habis rakyat jelata jadi gila memikirkan hal ini.. ini sudah tentu ada sebabnye ??



ANTARA GEREJA-GEREJA YANG TERDAPAT DI SABAH & SARAWAK
-----------------------------------------------------
Sebabnye....UMNO SENGAJA NAK TUNJUK HERO DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI...

Sebabnye....SEBENARNYE ISU INI DAH LAMA BERLAKU..UMNO MMG TAK TAHU ATAU SENGAJA BUAT TAK TAHU..

Sebabnye... INI HANYA CARA PROVOKASI UMNO/BN BILA " DESPERATE"..

Sebabnye... ISU INI HANYALAH UNTUK MENGUMPAN SAJE...UMPAN PAS LA TU.. !!

Sebabnye... KAN TAK LAMA LAGI NAK PILIHANRAYA KAT SEBELAH SANA TU..

Sebabnye....UMNO SEBENARNYA MEMANG DAH NAK MAMPUSSS....

Woit... KAU INGAT RAKYAT BODOH KE HAH !! SEE THE LEG LA BRO....!!

Lagi Bukti Pemimpin UMNO Kufur Pada Allah !!!




---------------------------------------------------
Hei...BAIK KAU JGN BERCAKAP, BILA KAU BERCAKAP CONFIRM KAU NI KUFUR PADA ALLAH..!!

Apa..KAU INGAT KAU MENTERI..KAU BOLEH CAKAP IKUT SEDAP MULUT KE..??

Orang tua-tua selalu ada mengata..SEBAB MULUT, AKIDAH BINASA..INI LAH DIA !!

Woit..KAU INGAT HUKUM HUDUD NI..NIK AZAZ YANG BUAT KE..?

Sayang Seribu Kali Sayang...ORANG CANTIK TAPI...KUFUR PADA ALLAH...!!

Jan 17, 2010

"BONAMA" : Kaedah / Cara Bersalam mengikut Ajaran Sesat UMNO/BN


Kita sebagai orang Islam telah di ajar bagaimana cara apabila kita hendak bersalam dengan seseorang mengikut kaedah dan aturan agama Islam. Walaubagaimanpun UMNO/BN telah mewujudkan kod etikanya sendiri bagaimana cara hendak bersalam sesama mereka atau lebih -lebih lagi apabila bersalam dengan para pimpinan parti mereka..Lihat gambar..
-----------------------------------------------------

Hoi...JGN CIUM AJE..KALU BOLEH JILAT SEKALI..!!!

Bangang...ISLAM TAK AJAR SAMPAI MCM TU SEKALI...

Kah..Kah.. ITU BUKAN SALAM..ITU JILAT NAMANYE..

Ek..Elehh..KALU NOK BODEK PUNG..JGN SAPA GITU SEKALI..

Woit...BILA ADA POWER, HABIS SEMUA ORANG NAK JILAT...!!

Sekarang apa dah jadi..PADA MADEY & DOLAH HADHARI...USAH NAK JILAT,NAK CIUM.. NAK SALAM PUN DAH RASA GELI..Eii!!

Slogan " Rakyat Di Dahulukan " adalah Omong Kosong UMNO/BN : Penduduk Rumah Kuning, Kg. Baru Kertih Telah Di Pinggirkan...






Slogan UMNO/BN mengatakan Rakyat di dahulukan nampaknya temberang semata-mata. Bukti jelas menunjukkan apabila runggutan dan aduan penduduk di kawasan rumah kuning ( RAKR ) Kg. Baru Kertih terhadap jalan runtuh yang berlaku di kawasan mereka ( gambar ) langsung tidak di pedulikan oleh JKKK kawasan tersebut.



Menurut seorang penduduk di situ , Sdr. Zani Bin Daud atau lebih di kenali sebagai Pak Cik Giant ( Gambar ) merasa amat dukacita sekali kerana jalan tersebut merupakan jalan utama yang menghubung di antara 3 buah kampung dan taman perumahan yang berhampiran. Kejadian jalan runtuh ini sebenarnya telah lama berlaku iaitu lebih kurang dua bulan yang lalu semasa musim tengkujuh melanda namun sehingga kini ianya masih lagi belum di baiki dan di khuatiri akan membahayakan pengguna khususnya pelajar sekolah yang sering lalu lalang di kawasan tersebut atau lebih-lebih lagi pada waktu malam hari.

Setelah aduan di buat, Baru-baru ini ada kontraktor yang datang untuk membaiki jalan tersebut..namun mereka hanya datang melakukan kerja seolah-oleh melepas batuk di tangga sahaja tanpa memikirkan aspek keselematan pengguna jalan tersebut. Penduduk Rumah Kuning rata-rata mahukan supaya jalan tersebut di baiki dengan sempurna dan selamat
------------------------------------------------------
...Hei..MANA HERO-HERO KAT KAMPUNG NI PERGI...???

...MANA DIA JIN-JIN KACAU KAMPUNG MENGHILANG....??

...MANA PERGI YB KAWASAN NI...??

....MANA DIA ADIK CIKGU SHAARI KITE..???

Kah..kah...BILA BERLAKU MACAM NI...SEMUA HILANG..!!!

Kah..Kah.. BILA NAK PILIHANRAYA ..KEMPEN SAMPAI KELUAR BUIH..!!

Woit..Bodoh..NAMPAKNYE..PENDUDUK RUMAH KUNING KENA TIPU LAGI...!!!

Jadi...NAK TUNGGU APA LAGI ... NAK TUNGGU ADA YANG JATUH DAN MAMPUS KAT SITU DULU KEE ??