Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 13, 2010

PAS : Kedua Kejam Selepas Kes Altantuya...!!!


JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya. - Harakahdaily

Teluskah Siasatan PDRM...???


"PERHATIKAN DENGAN TELITI KRONOLOGI PERISTIWA INI !!

Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan mendedahkan dalam sidang media Di Bukit Aman pada 7hb September 2010 bahawa wujud campurtangan pihak ketiga yang dirujuknya pihak KDN sehingga mengganggu siasatan.Campurtangan yang dimaksudkannya adalah bermotifkan kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Laporan Berita Harian 11hb September 2010- Kehilangan jutawan kosmetik dikatakan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Beliau dikatakan mahir dalam menghilangkan pelanggannya.Walaupun laporan polis telah dibuat namun beliau sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. 3. Datuk Seri Bakri Zinin,Pengarah Siasatan Jenayah PDRM mengesahkan dalam sidang media di IPD Kuala Langat pada 12hb September 2010, bahawa suspek iaitu seorang peguam bergelar DATUK yang ditangkap mengaku menggunakan modus operandi yang sama dengan merujuk kes kehilangan 4 orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu.

Nota :

Apa kaitan rentetan yang saya paparkan di atas? Apa kaitannya antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain...??

Jadi atas dasar ketelusan dan integriti,saya menyeru KPN yang baru agar siasatan yang telus dilakukan,jangan biarkan campurtangan pihak ketiga mengganggu siasatan polis.Ingatlah tentang AMANAH yang anda pikul yang kelak akan di soal ALLAH di akhirat kelak.Kembalikan dan pulihkan kewibawaan PDRM..!!!

Dedahkan siapa orang kenamaan yang mendalangi kegiatan jenayah tersebut.Jangan takut dan gentar kerana ALLAH sentiasa di pihak orang-orang yang benar.

Inikah Wajah " Dato' " Yang Kejam Tu....???

"Ini adalah gambar-gambar suspek yang ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan Dato Sosilawati..Berdasarkan laporan oleh The Malaysian Insider di SINI seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka telah ditahan berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Perhatikan wajah lelaki yang tengah yang berpakaian warna unggu..

Perhatikan juga wajah lelaki yang berpakaian oren di bawah ini..

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.
Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..

DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976


PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen

Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid

Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihat mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007


Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam

Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang penguam yang bergelar Datuk..

Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu

KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.

Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan.

Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing.

Rakyat Kelantan Dapat Sultan Baru....!!!


Tengku Faris dimasyhur sultan Kelantan -MKini

Kongsi 0Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.

Katanya, Majlis Perajaan negeri yang bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Tengku Faris menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra berkuatkuasa pada hari ini.

Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu seawal jam 11.30 pagi bagi upacara itu.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Ketika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini.

Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian.

“Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan,” kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.

Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, semua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja.

Nota :

Alhamdulillah...Semoga Tuanku Faris Dapat meneraju Negeri Kelantan Dengan Adil dan Saksama...
Adil pada semua...adil pada Islam...adil pada rakyat....
Semoga Syariat & Roh Islam terus berkembang di bawah pemerintahan Tuanku...
Ampun Tuanku...Beribu ribu ampun Tuanku...!!!

No Power...No Talk....!!!


MCA KESAL KOMEN MADEY

MCA kesal dengan pendirian bekas perdana menteri Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu Barisan Nasional (BN) hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung MCA Kong Cho Ha juga berkata, BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa.

Kata Kong, MCA mengalu-alukan komen pelbagai pemimpin Umno yang mahu menjauhkan diri mereka daripada Perkasa yang dilihat mengambil pendirian berbaur perkauman atas alasan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu hanya akan menghakis sokongan kepada Umno.

“Kami kesal apabila membaca kenyataan seorang pemimpin terkemuka yang mendakwa Umno masih memerlukan sokongan Perkasa jika ia tidak mahu berhadapan dengan risiko Barisan Nasional kehilangan sokongan (dalam pilihan raya),” kata beliau.

Ujar Kong, BN tidak hanya terdiri daripada satu parti politik, sebaliknya merupakan anggota 13 komponen yang mewakili pelbagai kaum.
--------------------------------------------------------
Woittttt.....CUKONG SUDAH MULA BERANI LAWAN........

Kah...Kah....MADEY INGAT CUKONG TAK BERANI NAK MELAWAN......

Kah...Kah....KALAU SUDAH TAK ADA KUASA....SEMUA ORANG BERANI KENCING......

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH.....KITA KENA INGAT DUNIA INI BERPUTAR...ADA HARI ORANG RESPEK...ADA HARI OARANG AKAN KECING ATAU BERAK ATAS KEPALA KITA....

Ampun Tuanku....Sembah Patik Harap Di Ampun...!!!

Blog: Tengku Faris dimasyhur sultan hari ini MKini

Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.

Menurut posting terbarunya malam semalam, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh setiausaha kerajaan negeri, Datuk Aiseri Alias.

"Perincian mengenai semua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.

"Dengan izin Allah, pemangku raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

"Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) melalui warta kerajaan bertarikh 22 Julai 2010.

"Perkara 23A ini berbunyi: 'Kelucutan takhta kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah bahagian ini.'"

"Kemasukan Perkara 23A ke dalam undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada perkara 3(2) undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua)

"Perkara 3(2) ini berbunyi: Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain."

Menurut posting itu, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Tengku Faris telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua).

Posting itu juga memberitahu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

"Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini," kata kenyataan itu.

Berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh peguam Rashid Zulkifli di mahkamah bagi pihak ayahanda baginda, kenyataan ini meminta merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof, pada 29 Januari 2010 lalu.

Nota :

Apa pun yang berlaku...semoga yang berlaku ini adalah yang terbaik demi rakyat jelata bagi negeri Kelantan Darul Naim...

Peluang PR Menang Di Terengganu Cerah...!!!


KUALA TERENGGANU - Masyarakat Tionghua sudah bosan dan tidak puas hati dengan kerajaan dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional baik di peringkat pusat mahupun dinegeri Trengganu.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chi Hing berkata demikian dalam majlis Ijtimak Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, disini semalam, 12 September.

"Rata-rata masyarakat Tionghua sudah rasa jijik dan amat tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan di peringkat pusat mahupun di peringkat Terengganu. Dan ini merupakan suatu perkembangan yang amat baik untuk Pakatan Rakyat untuk menawan kembali di negeri Terengganu,"ujarnya ketika menjawab soalan yang ditimbulkan peserta Ijtimak.

Menurutnya, pengundi Tionghua adalah 3% dari keseluruhan pengundi di negeri Terengganu yang tertumpu di beberapa daerah sahaja seperti Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun serta sebahagiannya di barat khususnya di Wakaf Tapai.

Katanya, walaupun pengundi Tionghua tidak ramai, sekitar 35,000 orang di negeri Terengganu, namun mereka memainkan peranan penting dikawasan-kawasan yang tipis sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Lebih kurang 35,000, tak silap saya, sebab kita hanya mempunyai lebih kurang 3% penduduk masyarakat Tionghua di Terengganu oleh sebab itu kedudukan kita hanya tertumpu di beberapa daerah sahaja seperti Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun serta sebahagiannya di Barat khususnya di Wakaf Tapai.

"Walaubagaimanapun pengundi masyarakat Tiong Hwa yang tidak ramai tapi peranan mereka agak penting dalam beberapa kawasan di mana PAS kalah tipis dalam pilihanraya pada tahun 2008,"jelasnya kepada lebih 1000 perantau yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau yang juga bekas Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu semasa zaman pemerintahan PAS berkata, sejak tahun 2008, DAP telah berjaya mengadakan beberapa program dengan masyarakat Tionghua Terengganu.

Menurutnya, sambutan yang baik telah diberikan oleh masyarakat Tionghua dan dari maklumbalas mereka Pakatan Rakyat, khususnya PASA mempunyai peluang mengambil alih pemerintahan Terengganu selepas pilihanraya umum akan datang.

Walaupun terdapat banyak isu penylewengan dan rasuah yang di negeri Terengganu, namun beliau meerasakan, sehingga belum terdapat gelombang 'Tsunami Politik' sebagaimana yang berlaku pada tahun 1999.

"Kita (Pakatan Rakyat) telah berjaya melakukan beberapa ceramah, sesi dialog bersama dengan masyarakat Tionghua baru-baru ni. Dan kita menerima sambutan yang sangat baik dari kalangan pengundi Tionghua, dengan perkembangan yang seperti ini, saya berharap yang kita akan berjaya dalam pilihanraya yang akan datang.

"saya ingin menyatakan satu perkara iaitu di negeri Terengganu banyak berlaku isu-isu yang memberi banyak manfaat kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk kita menawan kembali negeri Terengganu. Tetapi saya rasa, gerakan tsunami seperti yang berlaku pada 1999, saya tak nampak berlaku di negeri Terengganu,"tegasnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan lebih banyak pendedahan tentang penyelewengan dan rasuah yang berlaku Barisan Nasional dapat disampaikan kepada rakyat Terengganu.

Justeru, katanya, buku isu yang diterbitkan oleh PAS dapat diagihkan dikalangan rakyat supaya maklumat tentang penylewengan BN sampai kepada masyarakat.

"Saya berharap buku ini (buku isu) dapat diagihkan kepada masyarakat umum supaya kita dapat menyampaikan maklumat ini kepada pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang akan datang.,"sarannya.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....AKU DAH BOSAN...AKU DAH BOSAN....AKU DAH BOSAN.....!!!!

Kah...Kah.....WA DAH BOSAN...WA DAH BOSAN....WA DAH BOSAN.....!!!

Kah...Kah.....ANA PUN BOSAN...ANA PUN BOSAN...ANA PUN BOSAN.....!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH.....KALAU DAH SEMUA ORANG BOSAN....FAHAM-FAHAM JE LAH...SENDIRI MAU INGAT LAAA....!!!!

Natang Beruk....!!!


SAYA AKAN BUAT KEJUTAN SAMA ADA BERTANDING ATAU TIDAK : IBRAHIM ALI - MStar

Ibrahim Ali berkata beliau akan membuat kejutan pada pilihan raya umum kelak sama ada bersedia bertanding mempertahankan kerusi yang disandang atau sebaliknya.

Mendakwa mempunyai strategi tertentu, Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah jika PAS atau Umno tidak membenarkannya bertanding mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin saya boleh adakan kerjasama dengan parti lain seperti bertanding dulu ataupun tubuh parti baru.
-----------------------------------------------------------
Woitttt.......KEJUTAN INI AKAN BETUL BETUL MENGEZZUTKAN SEMUA......

Kah...Kah.... NANTI BUAT-BUATLAH TERKEZZUT YE...JANGAN TAK TERKEJUT PULAK.....

Kah...Kah.... BERAHENG DI JANGKA AKAN KEMBALI MENJADI KATAK.....

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....I KNOW YOU...BRAHING....KAH...KAH...KAH....!!!

Parti Melayu Gaduh NGO Melayu...PAS Yang Kena Tangkap...!!!


MAHATHIR: UMNO TIDAK MAMPU BERBALAH DENGAN PERKASA – MKini

Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.

Madey berkata sebaliknya Umno memerlukan seberapa banyak sokongan daripada NGO jika parti induk BN itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.

"Saya berpendapat bahawa Umno khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah.
------------------------------------------------------------
Woittttt.....INI KERANA MADEY ADALAH PENAUNG PEKASA......

Kah...Kah....KALAU PEKASA TAK RELEVAN...MADEY LAGI LAH TAK RELEVAN....

Kah...Kah...MADEY BUKAN SAHAJA TAK RELEVAN......MALAH DAH LAMA MEROYAN.....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KITA DOAKAN SUPAYA MADEY PANJANG UMUR SUPAYA DIA DAPAT TENGOK UMNO DAN PERKASA MAMPUS DEPAN MATANYA SENDIRI...!!!

Cukong Sudah Bosan Dan Mula Marah....!!!


PEMIMPIN UMNO DI GESA BOIKOT AKTIVITI PERKASA – MKini

Parti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali.

"Barisan Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini.
----------------------------------------------------------
Woittttt......NAMPAKNYA CUKONG SUDAH MULA MARAH.....

Kah...Kah....BILA CUKONG SUDAH MARAH... UNDI CHINA MESTI LARI...

Kah...kah...INI BERITA SANGAT BAIK UNTUK PAKATAN.......

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....CINA PUN BOSAN BILA BERJUANG ATAS NAMA BANGSA SAJA...KAH...KAH...KAH...!!!