Feb 26, 2012
Tahu Tak RM 2 Billion Ni Banyak Mana...??
SETIU – Pernahkah kita bayangkan dalam pemikiran kita, berapa banyakkah sebenarnya wang tunai berjumah RM2.2 bilion sebagaimana yang menjadi perbelanjaan atau bajet kerajaan Umno/BN negeri Terengganu sepanjang tahun 2011?
Menurut Anggota Jawatankuasa Perhubungan PAS Terengganu, sekiranya wang kertas bernilai RM50 yang berukuran 14.5sm diaturkan sepanjang jalanraya, jumlah wang RM 1bilion itu adalah sejauh 2900km.
“Pitis sebanyak RM 2.2 juta (bajet Terengganu) ni banyak mana, kita pernah mikir tak? Ni (wang kertas) RM50 panjang nya, 145 mm,
“kalau kita ada sejuta (ringgit) pitis, kita atur panjang, berapa jauh kita boleh tengok? dia boleh gi dalam jauh 29 kilometer, (kalau )RM1 bilion nie, 1000 juta tak?
“Maknanya 29 kilometer kali (darab) dengan 1000, kita ada (jumah) pitis RM1 billion, kita boleh atur sampai (sehingga) 2900 km. kalau sepanjang itu, (jaraknya) adalah dari Johor boleh sampai ke Chieng Mai (Thailand),”jelasnya.
Beliau membuat perbandingan demikian dalam mengulas banyaknya perbelanjaan kerajaan negeri Terengganu.
Namun begitu, beliau berkata, walaupun bajet besar, rakyat Terengganu mempunyai kuasa beli yang lebih rendah berbanding Kelantan.
“Walaupun pasaraya (besar) banyak di Kelantan, kedai runcit yang terdapat di negeri itu terus hidup berbanding apabila Mydin dibuka di Terengganu, banyak kedai runcit yang terpaksa ditutup,”jelasnya ketika menyampaikan ucapan di Felda Chalok Barat pada 22 Februari.
Ia adalah kerana menurutnya, pendapat sebenar yang diperolehi dari aktiviti ekonomi kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu adalah hanya RM187 juta.
Manakala yang lainnya kata beliau, adalah hasil royalti minyak yang dilaksanakan mengikut projek-projek yang tidakmemberi manfaat yang banyak kepada rakyat Terengganu
Jawapan Kepada Madey....!!
Berbai'ah Adalah Sunnah Rasulullah s.a.w
Berbai'ah dan berjanji setia sesama muslim untuk melakukan kebaikan dan amalan soleh apatah lagi berbai'ah untuk berjihad menentang kezaliman dan penindasan serta memperjuangkan Islam merupakan sebahagian sunnah Rasulullah saw dan para Sahabat serta para ulama terdahulu dan terkemudian.
PAS sebagai sebuah parti yang meletakkan landasan perjuangannya adalah Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis sudah pasti selayaknya melakukan Bai'ah sebagaimana yang disunnahkan.
Adapun UMNO sebagai parti yang tidak menjadikan Islam sebagai matlamat apatah lagi berpendirian bahawa agama tidak wajar digunakan dalam berpolitik tentu sahaja tidak akan merujuk kepada sunnah Rasulullah saw dalam berbai'ah. Maka tidak pelik apabila pimpinan UMNO dan ilmuwan Islam yang sehati dan sejiwa dengan UMNO akan berkokok menafikan kepentingan Bai'ah.
Baiah merupakan istilah al-Quran dan Hadis. Ia bermaksud memberikan janji untuk menunaikan dan melaksanakan sesuatu. Dalam Hadis riwayat Nasaei daripada sahabat Nabi saw bernama Ubadah bin Somit, Rasulullah saw telah menyeru Sahabat-sahabat daripada Madinah pada tahun ke 11 menjadi Nabi untuk berbai'ah yang dikenali sebagai Baiah Nisa'. Baiah tersebut mengandungi janji untuk menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak lelaki, tidak mereka-reka cerita palsu dan tidak menderhakai Nabi saw dalam perkara ma'ruf. Sebaik sahaja mereka berbai'ah baginda lantas bersabda bermaksud: "sesiapa yang selepas ini melakukan apa-apa perkara yang dibai'ahkan tadi lalu ditimpa balasan (di dunia) itu adalah kaffarah baginya. Sesiapa yang tidak terkena balasan maka urusannya terserah kepada Allah. Sekiranya Allah mahu Allah berikan keampunan kepadanya, sekiranya Allah mahu Allah boleh membalasnya disebabkan perlakuan tadi."
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang yang melanggar Bai'ah boleh dihukum dan dibalas di dunia oleh Allah.
Bai'ah terbahagi kepada dua. Pertamanya Baiah kepimpinan dan pemerintahan atau Bai'ah kepada Khalifah dan pemerintah Islam seperti Bai'ah Sahabat kepada Nabi saw di Madinah dan Bai'ah sahabat-sahabat kepada Abu Bakar untuk menjadi Khalifah selepas wafatnya Rasulullah saw.
Keduanya, Bai'ah untuk melakukan ketaatan dan amalan soleh seperti solat dan jihad. Dalam Hadis Sahih Bukhari, Muslim, Ibn Hibban dan Abi Dawud terdapat hadis yang sangat banyak menceritakan Bai'ah antara Nabi saw dan sahabat antaranya Bai'ah untuk saling menasihati sesama Muslim, berbaiah untuk tidak lari dari medan perang, berbai'ah untuk melakukan lima solat yang wajib, bai'ah untuk menunaikan zakat, bai'ah untuk berjihad, bai'ah untuk menyatakan kebenaran di mana sahaja kita berada dan bai'ah untuk mati bersama dalam perjuangan Islam.
Oleh itu sangat tersasar dan tersilap mereka yang menempelak PAS berbai'ah dalam urusan pencalonan pilihanraya dengan hujah kononnya Bai'ah hanyalah merujuk kepada Bai'ah Kepada pemerintah sahaja dengan menafikan bai'ah dalam melakukan amalan soleh.
Menyertai pilihanraya sebagai calon wakil rakyat dengan matlamat untuk menegakkan agama Allah dan prinsip Islam dalam pemerintahan negara merupakan sebahagian amalan soleh. Oleh itu, bai'ah antara calon pilihanraya untuk tidak meninggalkan parti PAS yang memperjuangkan Islam selepas terpilih menjadi wakil rakyat atas tiket PAS adalah sunat dilakukan untuk menjamin tidak berlakunya sebarang pengkhianatan terhadap amanah Parti Islam Semalaysia.
Amat malang sekali kedapatan sebahagian yang menasabkan diri kepada ilmu termasuk berjawatan mufti berbicara tentang Bai'ah tanpa ilmu, hanya dengan hawa nafsu dan pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasulillah saw. Kita menyeru mereka untuk bertaubat kepada Allah kerana bercakap tanpa ilmu dan tanpa merujuk sunnah Rasulillah saw.
Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat
"Tsunami Hijau" Melanda Bandar Kuantan,,,,,!!
Lebih 10 ribu manusia berbilang kaum berhimpun di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 pada pagi ini, dengan nada yang tegas melaungkan Berambus Lynas!. Di samping itu, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim berjanji untuk membatalkan projek Lynas, seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pemerintahan.
Tiada penangkapan berlaku dimaklumkan sehingga perhimpunan bersurai dengan aman pada jam 11.30 pagi. Belasan ribu orang berhimpun di Padang MPK tepat pada jam 9.30 pagi, tadi. Mereka datang dengan kad-kad dan banner yang membawa mesej "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia", "Kita tidak mahu jadi Bukit Merah Kedua", "Kita bukan tikus putih" dan sebagainya. Polis yang hadir hanya berperanan untuk mengawal lalu lintas di sekitar bandar Kuantan.
Selain itu, Anwar Ibrahim ketika berucap pada kira-kira jam 11.20 pagi, menyatakan pendirian Pakatan Rakyat untuk membatalkan projek kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, jikalau mengambil alih kuasa pemerintahan. Malah beliau membidas kerajaan Barisan Nasional tidak memahami hubungan antara manusia dengan alam semula jadi, kerana apa yang mereka nampak hanyalah "wang, wang, wang!"
Ahli parlimen Permatang Pauh ini turut berjanji untuk membawa usul tergempar dalam sidang parlimen pada Mac akan datang, untuk membincangkan isu Lynas di Gebeng, Kuantan.
Tiada penangkapan berlaku dimaklumkan sehingga perhimpunan bersurai dengan aman pada jam 11.30 pagi. Belasan ribu orang berhimpun di Padang MPK tepat pada jam 9.30 pagi, tadi. Mereka datang dengan kad-kad dan banner yang membawa mesej "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia", "Kita tidak mahu jadi Bukit Merah Kedua", "Kita bukan tikus putih" dan sebagainya. Polis yang hadir hanya berperanan untuk mengawal lalu lintas di sekitar bandar Kuantan.
Selain itu, Anwar Ibrahim ketika berucap pada kira-kira jam 11.20 pagi, menyatakan pendirian Pakatan Rakyat untuk membatalkan projek kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, jikalau mengambil alih kuasa pemerintahan. Malah beliau membidas kerajaan Barisan Nasional tidak memahami hubungan antara manusia dengan alam semula jadi, kerana apa yang mereka nampak hanyalah "wang, wang, wang!"
Ahli parlimen Permatang Pauh ini turut berjanji untuk membawa usul tergempar dalam sidang parlimen pada Mac akan datang, untuk membincangkan isu Lynas di Gebeng, Kuantan.
Puluhan Ribu Hadir Demo Anti Lynass Di Kuantan...!!
Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.
Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.
"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.
"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.
Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".
"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.
"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.
"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)