Jul 22, 2011
Lintas langsung Dari KLIA....!!
Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pemimpin kanan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini.
Polis Lakon Semula Demonstrasi Bersih...!!
Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia Lapang Sasar Bukit Jugra berhampiran Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (Pulapes), Banting, di sini, mengadakan satu perhimpunan olok-olok, semalam.
Menurut sumber,perhimpunan itu dilakukan untuk menilai dan menguji sejauh mana kesan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air bagi mengawal perhimpunan haram.
Kira-kira 200 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dan mereka menggunakan sebuah jentera penyembur air.
Demonstrasi semburan itu dimulakan kira-kira jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.
Tinjauan di kawasan terbabit mendapati, kira-kira 20 anggota forensik turut kelihatan di lapang sasar berkenaan.
Difahamkan, beberapa orang pemantau terdiri daripada doktor, peguam dan ahli kimia turut berada di situ.
Petugas media dilarang masuk di kawasan lapang sasar tersebut dan hanya berada kira-kira 100 meter dari lokasi, bagaimanapun kesan gas pemedih mata masih dirasai apabila mata mula berair.
Semalam, akhbar melaporkan, sumber berkata, perhimpunan olok-olok membabitkan sebahagian besar anggota dan pegawai polis serta FRU yang bertugas ketika hari kejadian, diadakan bagi mendapat gambaran sebenar kesan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang awam.
Katanya, perhimpunan olok-olok dan prosedur ketika perhimpunan haram itu perlu dikaji kerana banyak dakwaan mengatakan polis bertindak ganas, zalim dan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap peserta.
Yang Paling Terkini....!!
Terkini...TerNow....!!
Peguam William Bourdon ditahan di KLIA-MK
Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja ia mendarat di KLIA.
"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Nota :
Takut betul Najib dgn org Perancis ye....
Takut cerita KAPAL SELAM dan ALTANTUYA terbongkar agak nya
Kah...kah...kah...
Polis Tetap Ber"Kluk-Klek"....!!
Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'-MK
Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.
Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.
“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.
“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.
Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.
Menurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.
"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.
"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.
Salleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.
Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.
"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.
"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.
Sehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.
"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.
"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.
Nota :
Tekan dgn 2 lutut atas mangsa,2 lg tekan dgn ringan2 dibahu,seorang kilas tgn,seorang pijak slow2 jer atas batang tengkuk,seorang tenyeh dng jari kelingking muka kejalan&seorang cuba nak gari,...tiba2 dia semput ,larilah semua polis2
Tuntutan BERSIH 2.0 Adalah Relevan...!!
SETIU - Terdapat 44 pengundi dalam senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di negeri Terengganu dikesan sehingga kini mempunyai dua nama ditempat yang berbeza.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Oleh itu, menurutnya, mereka boleh membuang undi lebih daripada sekali.
"di (negeri) Terengganu (sehingga kini) daftar pemilihnya ada 44 orang yang namanya sama, nombor kad pengenalan lama sama, tapi (nombor) kad pengenalan cuma dua angka digit terakhir itu berbeza,
"jadi bermakna 44 orang ini, besr kemungkinan kalu mereka mahu boleh mengundi lebih daripada sekali,"jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Dewan harian Badan Perhubungan PAS Terengganu, di sini Khamis 21 Julai.
Katanya, tujuan beliau mendedahkan perkara tersebut adalah kerana mahu memberikan fakta yang jelas, mengapa tuntutan BERSIH 2.0 adalah relevan.
Beliau berkata, salah satu dari lapan tuntutan BERSIH 2.0 kepada pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah meminta supaya dilakukan pembersihan dalam senarai daftar pemilih yang telah dikeluarkan.
Tambahnya, senarai 44 {lampiran di bawah} orang tersebut adalah dikesan dari semua kawasan parlimen, dari Kemaman hingga ke Besut.
Beliau yakin mereka boleh mengundi lebih dari sekali kerana menurutnya, melalui pengalamannya, SPR akan membenarkan mereka mengundi sekiranya hanya dua angka berbeza.
"hanya dua angka terakhir berbeza dan pengalaman kita dengan SPR waktu pilihanraya, bila hanya dua angka berbeza, dia boleh mengundi,
"diberikan ruang mengundi dua kali tanpa dibantah kerana dia (SPR) kata, sikit sangat perbezaan,"tegasnya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Ustaz saiful bahri Mamt, Hji Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak serta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Ngeri Terengganu, Ariffin Deraman

Pasca BERSIH 2.0 : Solat Dengan Tangan Bergari Polis hanya Lihat Sahaja...!!
Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari.
Polis hanya melihat sahaja mereka bersolat, Polis tidak solat bersama.
PAS terbukti berjasa mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.
Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.Syabas kepada anak-anak muda ini ............
PELAJAR MALAYSIA DI MESIR BANGUN MELAWAN
Berikutan tekanan melampau yang dikenakan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir (baca agen UMNO) ke atas siswa/wi, satu memorandum telah dibuat reaksi terhadap sikap tidak profesional mereka. Siswa/wi ditendang kuliah, diugut, diancam, dihina, tidak diberi kerjasama dalam buat urusan dan macam-macam lagi. 19 Julai siswa/wi mendirikan Solat Hajat beramai-ramai. 20 Julai pula mereka ingin menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Kebetulan Jamil Khir (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) singgah ke Mesir konon ingin melawat siswa/wi yang melanjutkan pengajian di Perlembahan Nil ini. Maka peluang ini diambil oleh siswa/wi untuk menyerahkan memorandum kepada pak menteri dan menghantar mesej kecewa tehadap perkhidmatan fail Kedutaan Malaysia di Mesir.
Anda boleh cari video Jamil Khir melawat Vatican City. Berjumpa dengan Pope Benedict XVI tunduk ‘menyembah’ merendah diri. Betapa ‘sopannya’ dia dengan Pope Benedict XVI . Tiba-tiba apabila siswa/wi MELAYU ISLAM datang mengadu hal kepadanya, dengan sebelah mata dia menolak aduan tersebut. Mungkin baginya dengan budak-budak belajar agama Islam tiada nilai untuk diberi layanan istimewa berbanding Pope. Yelah, orang bila faham agama Islam conform benci UMPORNO. Tidak perlu kutuk Ambiga la kalau dengan anak bangsa sendiri kamu tidak jujur dengan mengkhianati hak mereka. Tidak perlu cerita pasal perpaduan Melayu la kalau kamu dengan anak orang Melayu kamu pijak.
Dia bukan nak dengar masalah. Bukan nak berusaha memahami penderitaan sesama MELAYU ISLAM. Mudah beralasan “Saya tak tau ape-ape”, “Eh, ini bukan tugas saye”, “Pegi hantar kat Menteri Pengajian Tinggi la, takde kene mengene”, “Saye takde masa”. Yang Dato’ Duta (Fakhrudin) pula bukan nak cover, sibuk control comel tersipu-sipu malu depan bos bila siswa/wi buka pekungnya. Nampak kecut juga orang tua tersebut.
Ketua kampung lebih bijak berhujah berbanding Jamil Khir jika dibandingkan dalam kes ini. Cara dia beralasan macam bukan menteri. Mungkin badi Vatican tak hilang lagi kot. Ratusan siswa/wi Al-Azhar dan Darul Ulum terpinga-pinga melihat kereta Mercedesnya memecut laju meninggalkan mereka. Lari dari masalah. Di tangan mereka masih tergenggam memorandum yang tidak disentuh pun oleh pak menteri. Siapa yang tidak profesional??
NOTA:
lihat klip ini
yang menggambarkan perjuangan pelajar malaysia di mesir
bila mana memo mereka enggan diterima oleh Jamil Khir...
kah..kah...kah

Kenapa Sampai Sekarang "Post-Mortem" Tak Keluar...??
BERSIH 2.0 : POLIS MASIH PERTAHAN BAHARUDDIN MATI KERANA SAKIT JANTUNG - MI
Polis menegaskan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 tiada kaitan dengan gas pemedih mata atau meriam air seperti mana yang didakwa.
Pengarah Jabatan. Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata, lokasi di mana Baharuddin berada iaitu di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) langsung tidak ditembak dengan gas pemedih mata.
“Kematian Baharuddin Ahmad dikatakan mati kerana ditinggal pasukan polis, Baharuddin, 56, dikatakan mengalami kesesakan nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
“Hasil siasatan mendapati tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan ia disahkan dengan rakaman litar tertutup di KLCC,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.
Jelas Salleh, berdasarkan rakaman CCTV Baharuddin melarikan diri ke arah Avenue K yang terletak berhampiran KLCC kerana cuba mengelak daripada semburan meriam air.
Berdasarkan rakaman CCTV di dalam Avenue K, Baharuddin memasuki premis itu pada pukul 4.29 petang secara tergesa-gesa dipercayai melarikan diri daripada semburan meriam air yang turut diikuti peserta Himpunan Bersih 2.0 yang lain.
Rakaman juga mendapati Baharuddin memegang dada semasa melarikan diri.
“Di sana (Avenue K) pintu boleh ditutup (secara automatik) dan Baharuddin didapati rebah di bahagian dalam, dia terpisah daripada orang lain kerana pintu lain sudah ditutup.
NOTA:
sila baca berulang ulang berita ini
baca sekali lagi
baca lagi
dapat faham?
dapat yang maknanya?
BACA INI:
kematian ahli PAS itu disebabkan serangan jantung.
jelas kematin ini menurut polis akibat serangan jantung
mana polis tahu?
mati sakit jantung
atau mati sakit gigi
hanya boleh disahlan oleh doktor
melalui post mortem
mana dia kenyataan doktor?
mana dia laporan post mortem?
sudah hampir dua minggu tidak ada laporan post mortem?
kenapa?
ini kerna laporan post mortem sedang direka
kah..kah...kah...
Jangan Jadi Bangang....!!
PEMBANGKANG BERSATU HANYA UNTUK MENANG PILIHANRAYA - UM
PENDANG 21 Julai - Pakatan pembangkang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung hanya untuk memenangi pilihan raya dan sebab itu mereka sentiasa bertelagah dalam perkara lain, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Ahmad Bashah Md. Hanipah.
"Mereka bertelagah dalam apa jua isu, kadang-kadang sampai memberi kata dua seperti yang berlaku baru-baru ini di Kedah,” katanya.
"Kerana itulah Pas sanggup menukar perjuangan mereka daripada memperjuangkan negara Islam kepada memperjuangkan negara kebajikan.
"Hanya mahu melihat calon mereka menang, Pas sanggup ubah prinsip perjuangan mereka kerana hendak menambat hati penyokong DAP dan PKR,” kata Ahmad Bashah. – TIEWNAMA
Nota:
rosmah kini adalah
pembantu pakatan rakyat
peranan yang dimainkan oleh rosmah
sama seperti peranan ibrahim ali
ibrahim ali menaikkan kebencian bukan melayu
rosmah mansor menaikkan kebencian mak cik melayu
kah kah kah
Subscribe to:
Posts (Atom)