Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 25, 2011

Kini Zaman Internet....Zaman Bakar Jambatan Dah Berlalu...!!


PAS: Rais Yatim ketinggalan zaman-MR

Geli hati apabila membaca seruan Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video BERSIH 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia. Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar.

Saranan beliau di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".

Macam mana beliau yang memegang Kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat. Sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46. Sekarang ialah zaman lebuhraya maklumat yang begitu pantas. Tentu beliau masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihanraya tahun 1990. Zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu. Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai. Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad (gambar kiri) selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ya Ampuuuuun...Tolooonglah....Terang-Terang Melayu Kena Tipu...!!


HANTAR PULANG PEGUAM PERANCHIS TIADA KAITAN POLITIK, KATA HISHAM -MI

Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik.

Hishammuddin Hussein berkata Bourdon yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong.

“Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari,” katanya.

Ketika ditanya dia dihantar pulang kerana ucapannya yang dia sepatutnya bercakap pada dua majlis mengutip dana hujung minggu lalu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, “saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan.”

Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Bourdon sebagai tindakan berkaitan politik.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata, tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.
-------------------------------------------------------------------
kah kah kah….YA AMPOOOOOON….

woit… YA ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM…. TOLONG LAAAA….

kah kah kah…TOLONG LAH JANGAN BAGI MUNKEEEE NI CAKAP APA APA…..

kah kah kah….AIMAN TAK KISAH...KALAU BERCAKAP NAMPAK SANGAT BODOH ORANG YANG BERNAMA HISHAMUDDIN….

Sistem Biometrik Tidak Selamat...!!


Tidak dinafikan penggunaan Teknologi Maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap ‘competitive’ atau daya saing negara terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.

Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif Teknologi Maklumat kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.

Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di Tunisia.

Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu sebelum menimbang untuk menjuarai ‘ketelusan’ melalui cadangan sistem Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?

Setiap sistem Teknologi Maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara ‘online’ dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di dalam pengkalan data SPR.

Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?

Jawapan yang mudah kepada masalah integriti DATA atau MAKLUMAT walaupun melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat yang telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi itu tetapi kerana DATA atau MAKLUMAT yang dimasukkan ke dalam PENGKALAN DATA.

Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan DATA atau MAKLUMAT tersebut di dalam PENGKALAN DATA. DATA atau MAKLUMAT di dalam pengkalan data tidak boleh berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?

Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang juga Unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan. Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek KOSMETIK LUAR.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada ‘KETELUSAN’ itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.

“Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well.”

“Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya”.

Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Wallahua’lam.

Ariffin Deraman
Pengarah
Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu

Hanya Jauhari Yang Kenal Manikam...!!

MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi-MK

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hati sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama” dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

'Tolak juga fahaman tak demokratik'

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

"Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Siapa Jantan Ketiga..??..Tunggguuuu...!!


Komisyen Scorpene, Individu Ketiga Di dedah semasa Perbicaraan - HD

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar ‘pegawai peringkat tinggi’ kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.

Individu ‘misteri’ itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

“Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga,” kata Cynthia kepada Keadilandaily.

Menurutnya, Mahkamah Perancis semakin ‘meunjukkan minat’ dalam kes itu ekoran pentadbiran Najib menghantar pulang peguam Wiliam Bourdon yang mengendalikan kes rasuah berkenaan.

“Seperti rakyat Perancis yang terkejut dengan penghantaran pulang William Bourdon, kini mahkamah di negara itu semakin berminat dengan kes ini. Kecenderungan ini sama ditunjukkan oleh mahkamah Perancis seperti kes di Pakistan,” kata Cynthia.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 11 jurutera Perancis mati dalam serangan bom di Karachi pada 2002. Kejadian tersebut didakwa berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class.

“Jelas ada perkara sulit yang sangat-sangat ingin disembunyikan Najib sampai sanggup ‘menendang keluar peguam hak asasi William Bourdon.

“Suaram juga sedang memikirkan tindakan lanjut akibat keputusan kerajaan tempoh hari,” sambung Cynthia.

Dalam pada itu, beliau tidak pasti sama ada penghantaran pulang William merangkumi arahan sebagai ‘persona non-grata’ iaitu individu yang dihalang dari memasuki Malaysia, atau pun larangan kemasukan bersifat sementara.

“Itu kena tanya Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri). Mereka menghalau William tanpa asas yang jelas. Namun, kami akan undang lagi beliau ke Malaysia.

“Apa yang menjadi isu ialah imej Malaysia tercemar teruk. Penduduk di Eropah terkejut dengan tindakan kerajaan dan semakin tertarik untuk terus mengikuti kes ini,” katanya.

Justeru, Cynthia mengalu-alukan sumbangan berterusan rakyat Malaysia kepada Suaram untuk membiayai kes perbicaraan di mahkamah Perancis yang bakal bermula September ini.

Siapa Menipu, Polis Atau Mat Sabu?


"Sebagai rakyat yang adil dalam menilai, apakah wajar jika kita hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak sahaja? Walau siapa pun kita, walau pihak mana pun yang kita sokong, adalah menjadi satu kewajaran untuk kita bertindak adil dengan cara mendengar dari kedua-dua belah pihak yang maklumat penyampaiannya bercanggah. Sikap seperti ini melambangkan tahap intelektual seseorang dalam menafsir berita. Isu pokok hari ini ialah, siapa yang menipu di antara pihak polis dan Mat Sabu.

Mengikut perkembangan sebelum ini, pihak polis akhirnya mengeluarkan kenyataan balas disertakan dengan video CCTV yang menunjukkan kononnya pihak polis tidak melanggar Timbalan Presiden PAS dalam aksi kejar-mengejar sejurus sebelum BERSIH 2.0 berlangsung. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi persoalan sebelum ini ialah mengapa pihak polis mengambil masa yang begitu lama iaitu setelah dua minggu B-709 berlalu, untuk mengeluarkan kenyataan balas yang disokong klip CCTV?

Namun begitu, satu persoalan lebih besar telah terserlah, yang seraya itu menenggelamkan isu mengapa klip CCTV itu lewat diketengahkan oleh pihak polis.

Pihak polis telah menayangkan klip CCTV tersebut untuk dipetik dan disebarkan memenuhi ruang depan akhbar perdana pada hari Sabtu yang lalu selain diberi laluan eksklusif dalam siaran Buletin Utama untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Dalam sebuah majlis penerangan kepada wartawan, pihak polis telah membuat tuduhan yang berat ke atas seorang pemimpin tertinggi parti politik yang memperjuangkan Islam apabila mengatakan Mat Sabu menipu kononnya beliau dilanggar oleh Pajero (LandRover).

Apa yang dilakukan oleh pihak polis seolah-oleh kes ini telah disiasat dengan betul dan terperinci bagaikan tiada lagi yang boleh disangkal dalam pendedahan Sabtu lalu. Selain memberikan gambaran yang buruk terhadap Mat Sabu kerana kononnya beliau telah menipu dan berlakon di atas kerusi roda, tuduhan pihak polis juga telah menyebabkan parti Islam PAS menerima tempias yang besar dan dikaitkan sebagai bersubahat. Kerana Mat Sabu adalah Timbalan Presiden pastinya PAS secara keseluruhan terkesan dengan tuduhan ini.

Tetapi, bagaimana agaknya bahana yang bakal menimpa institusi kepolisian negara apabila rakyat yang telah terdedah dengan berita Mat Sabu menipu mendapat tahu bahawa sebenarnya Mat Sabu tidak menipu dalam perkara ini ? Bagaimana natijahnya pihak polis apabila rakyat mengetahui bahawa sebenarnya pihak polis telah menipu demi untuk mengelakkan daripada dituduh bertindak kejam terhadap seorang pemimpin PAS ?

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang benar (dan BERSIH), kebenaran terserlah jua akhirnya. Lihatlah salinan laporan polis Mat Sabu di Balai Polis Travers , kes pihak polis melanggar Mat Sabu. Dalam laporan polis yang didaftar pada tarikh 14 Julai 2011 iaitu 5 hari selepas BERSIH 2.0 dan seminggu sebelum pihak polis mengeluarkan kenyataan balas, menunjukkan dengan jelas bahawa Mat Sabu melaporkan beliau dilanggar oleh kereta polis jenis Proton Waja, bukan dilanggar oleh Pajero (LandRover) sepertimana yang didakwa pihak polis.

Berikut adalah petikan laporan polis oleh Mat Sabu;

Sebaik sahaja tiba di sekitar kawasan Jalan Bangsar, saya dan pemandu motosikal yang saya naiki telah dikepong oleh dua buah kereta polis (WAJA) dan sebuah pajero polis berwarna gelap. Kereta Waja polis tersebut telah melanggar motosikal yang saya naiki dan motosikal yang saya naiki telah terjatuh. Kaki kanan saya juga telah dilanggar oleh bahagian depan Waja polis tersebut mengakibatkan saya tidak berupaya untuk berjalan dan terpaksa dipapah oleh dua orang untuk dibawa masuk ke dalam sebuah Pajero polis.

Dalam kenyataan timbal balas, pihak polis telah mendakwa bahawa aduan Mat Sabu telah menyebut beliau dilanggar oleh kenderaan polis Pajero (Land Rover). Buktinya di sini http://www.youtube.com/watch?v=MgwAIvmoiwI , anda lihat klip pada minit 3.28, pihak polis menyebut;

"Ini dikatakan dia dilanggar oleh kereta polis Land Rover, dia kata"

Juga pihak polis cuba menerangkan kepada para wartawan bahawa Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover, kononnya kebenaran itu berpihak kepada polis sedangkan dalam laporan polis Mat Sabu, beliau tidak menyebut dilanggar oleh Pajero mahupun Land Rover.

Satu lagi situasi ialah pada minit 5.38, pegawai polis yang menerangkan klip CCTV tersebut sekali lagi menyebut;

"Sebab ini kita ambik supaya nak tunjuk impact tadi yang sebenarnya tak langgar dengan pajero hitam tu"

Persoalannya, apakah polis tidak baca 'laporan polis' yang dilapor oleh Mat Sabu pada tanggal 14 Julai 2011 yang menyebut perlanggaran itu adalah dengan kenderaan polis Waja, bukan dengan Pajero ?

Laporan polis Mat Sabu menjadi bukti kukuh betapa pihak polis bukan sahaja telah menyalahgunakan kuasa yang mereka ada, tetapi telah menipu bagi menyelamatkan keadaan. Dengan modus operandi penipuan seperti ini oleh pihak polis, apakah tidak keterlaluan jika dikatakan memang terdapat keraguan-keraguan yang melibatkan pihak polis sebelum ini seperti kejadian kematian Kugan dan terkorbannya adik Aminul Rashid, masih menjadi tanda tanya yang bermain di kotak fikiran rakyat.

Kepercayaan rakyat terhadap pihak polis pasti musnah dengan 'damage' yang besar kali ini apabila kebenaran akhirnya terserlah. Namun terlebih dahulu, rakyat terbanyak harus didedahkan dengan maklumat sebenar di sebalik tuduhan jahat terhadap Mat Sabu. Semua rakyat harus melihat kandungan laporan polis Mat Sabu bagi membersihkan nama beliau dari kebejatan yang dirancang ini. Mat Sabu menjadi insan yang paling teraniaya apabila kehilangan upaya berjalan untuk satu tempoh yang panjang dan dalam masa yang sama telah dituduh sebagai penipu oleh pihak polis (pihak yang sebenarnya membuat kenyataan palsu).

Bagaimanakah penipuan pihak polis ini dapat didedahkan kepada umum sekiranya tidak ada kerjasama dari media arus perdana, tidak seperti ketika mereka (media perdana) meletakkan penipuan pihak polis di kolum berita utama ?

Kita lah yang bertanggungjawab membersihkan nama Mat Sabu jika kita benar yakin pihak polis telah menipu, sememangnya kita mengetahui situasi sebenar melalui terdedahnya salinan laporan Mat Sabu kepada umum.

Menulis artikel tentang kebenaran adalah tanggungjawab saya sebagai aktivis blogger barisan hadapan. Tetapi kali ini untuk kali pertama saya amanahkan tulisan ini dipertanggungjawabkan kepada setiap pembaca supaya menjadi agen penyebar dan disebarkan artikel ini kepada semua kenalan melalui laman sosial seperti Facebook, Blog, eMail dan Twitter.

Setiap dari kita yang mengetahui kebenaran ini harus menjalankan peranan masing-masing kerana siapa lagi yang boleh diharapkan jika bukan dari rakyat kepada rakyat. Apa yang kita hadapi untuk membentang kebenaran bukan calang-calang tetapi seluruh institusi kepolisian. Kita pastikan semua rakyat mendapat maklumat bahawa polis juga tidak semuanya betul sepertimana digambarkan berpuluh tahun lamanya.

Tiba-tiba terimbas kembali motto pasukan polis suatu ketika dahulu iaitu Mesra, Cepat dan Betul, sekarang baru kita faham mengapa motto telah ditukar dan tidak lagi digunakan.

wallahu'alam bissawab

Hari-Hari Akhir Ketuanan Melayu...!!


DIPLOMAT : EU TIMBANG HANTAR BADAN PEMANTAU, SPR TIDAK WIBAWA –MI

Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

“(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang,” kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

NOTA:

masanya telah sampai
untuk memanggil pemerhati dari luar

kalau pilihanraya yang aka datang
masih main tipu..tak berubah..4 tuntutan awal tidak di jalankan

maka bukan saja pemerhati luar sahaja patut datang
askar dari luar pun patut datang
ajar sikit..macam ajar saddam hussein
degil tak mahu beri rakyat kebebasan

dari kajian awal pilihanraya kali ini
adalah pilihanraya akhir untuk BN dan kaum kerabatnya
tetapi jika gerombolan masih juga berkuasa
maka jelas mereka telah menipu

mereka telah menggunakan undi hantu
mereka telah menggunkan undi pos
mereka telah memnggunakan mat bangla sebagai pengundi
mereka telah menggunakan mat indon sebagai pengundi

Muhyidin Mengintai Dari Tirai Kamar...!!


HANTAR PULANG BOURDON BUKTI NAJIB TAKUT RAHSIA SCORPENE – LATHEEFA – keadilan daily

Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketaku Najib Razak.

Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.

“Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut,” katanya kepada Keadilandaily

nota:

kita rakyat malaysia benasib baik
satu minggu media dunia membincangkanb hal bersih
satu minggu media dunia membincangkan keganasan polis malaysia
satu minggu media dunia tibai mat mongol

tetiba minggu ini peguam hak asasi manusia dari peranchis
telah dihalau keluar
ini berita baik
ini propaganda baik untuk kita

tak pasal pasal
sekali lagi media dunia buat laporan
minggu dulu mereka buat laporan
tapi masih ada yang kureng yakin
bila peguam ini kena halau
semua media barat amat yakin
rosmah dan najib ini mesti kena turun

itu pasal Muhyidin kata pilihanraya tak lama lagi
Cuma dalam beberapa bulan saja lagi
muhyiddin mahu pilihanraya cepat
ini bertujuan agar rosmah dan najib terbarai
kah kah kah

Perjuangan Menentang Ejen Maut....!!


NOTA:

semua di jemput hadir
untuk program malam ini
perjuangan di gebeng menentang
ajen maut beru bermula

kilang radioaktif ini adalah
pembantu rakyat pahanag untuk menjatuhkan BN

jika diuli baik baik
jika digoreng indah indah
ribuan rakyat akan turun ke jalan raya

ini lebih jelas
ini lebih dapat di pandang
sang maut di hadapan mata

jika tak nak anak kepala dua
jika tahu mahu tangan bercabang tiga
maka tidak ada jalana lain
melainkan bagun ke jalan raya!

Menipu...Menipu...Menipu....!!


PAKATAN KEKAL PENDIRIAN TOLAK SPR GUNA BIOMETRIK - MI

Pakatan Rakyat terus dengan pendiriannya menolak sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan masih mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi.

NOTA:

ingat kembali
dulu pernah kita di ingatkan
bahawa biometrik ini adalah kunci kemenangan sampai kiamat

kuncinya:
siapa memiliki server
maka orang inilah yang memiliki jumlah undi

lupa?
tak ingat?
lalai?
atau memang bodoh

Apa Khabar Makcik Dan Pakcik Kat Felda...!!


JANGAN PERPEDAYA JANJI PEMBANGKANG - UM

Para peneroka Felda diingatkan tidak terpedaya dengan janji parti pembangkang yang mahu memberikan tanah jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Rozali Ismail berkata, ia hanya janji kosong kerana tidak merujuk kepada sebarang fakta tetapi dibuat bagi menarik perhatian peneroka untuk menyokong mereka.

Beliau berkata, pembangkang akan menjanjikan apa sahaja kerana mereka mahukan undi peneroka dan apabila tiba masanya untuk menunaikan janji, mereka akan mengelak dengan memberikan seribu alasan.

"Bilangan peneroka adalah ramai dan bukan setakat generasi pertama sahaja malah kita telah sampai kepada generasi keempat. Macam mana mereka mahu membahagikan tanah yang dijanjikan itu.

"Pembangkang sedar masyarakat Felda merupakan penyokong kuat kerajaan. Mereka hanya mahu merosakkan pemikiran peneroka dengan menabur janji yang mereka sendiri tidak pernah fikir untuk menunaikannya," katanya.

Nota :

MARI FAHAMI BERITA INI:
apakah pakatan rakyat membuat fitnah?
dari berita ini jelas bahawa ramai peneroka felda tidak memiliki geran tanah..
ertinya mereka hanya bekerja dan jadi hamba untuk felda

kenapa TIDAK DIBERI GERAN?

ini untuk mengikat para peneroka
ini untuk memastikan para peneroka akan terus menjadi pembeli baja
pembeli alatan keluaran felda

kalau tanah ini telah ada geran
maka peneroka boleh kata: ini tanah aku.. aku jual atau atau aku beli
pada sapa yang aku suka… pergi mapoos laaa …

dengan tidak memberi geran
para peneroka akan terus terikat dan wajib mengikut BN
justeru apabila pakatan memerintah maka semua peneroka akan memiliki geran

ini janji bohong?
kalau ini janji bohong
kenapa BN sampai tidak beri geran pada peneroka?

Wahai Bani Melayu....??


MENTERI : PESAWAT PEJUANG MIG-29N PERLU DITUKAR - MK

Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci. Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya.

Nota:

mari fahami makna berita ini:

berita ini bermakna BN sedang merembat
berbilion bilion ringgit kontrek jual beli senjata
ini projek last kopek
ini menunjukkan mereka sedar bahawa inilah kali terakhir
untuk mereka membuat duit sebelum mereka melarikan diri untuk’
bersama leila the first lady di saudi arabia

kontrek pertahanan adalah kontrek paling lumayan
subsidi gula dipotong
subsidi sekolah dipotong
subsidi minyak dipotong
subsidi hospital dipotong

yang dinaikkan ialah belanja untuk beli senjata

wahai bani melayu
apakah kamu tidak melihat apa yang telah terjadi
kepada orang orang yang terdahulu dari kamu
wahai banai melayu
tidak kah kamu sedar bahawa kamu telah ditipu
dan di gula gulakan oleh satu gerombolan penjenayah
wahai melayu
tidak kah kamu melihat akan kezaliman yang berlaku dihadapan mata kamu
wahai bani melayu
bagunlah kamu dari kemelayuan kamu
wahai bani melayu
negara manakah yang akan menyerang
hinggakan perlu membeli kapal perang
wahai bani melayu kenapa kamu ini bodoh sangat

KES SENJATA BELUM SELESAI

- kes rasuah kapal selam belums elseai
- kes beli eurokopter belum selesai
- kes beli sukhoi daru russi dan berebut komisen belum selesai