Jul 12, 2011
Kekasaran Polis Punca Utama Kematian Baharuddin....!!
KUALA LUMPUR, 11 Julai:Bersih 2.0 hari mendakwa mereka menerima laporan bahawa punca utama kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad adalah disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Bersih 2.0 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sambil menuntut pihak berkuasa supaya tidak berdalih lagi dengan hakikat bahawa polis telah menggunakan kekerasan yang berat terhadap para peserta Bersih 2.0 dan melepaskan semua tahanan dengan kadar segera.
(Anak kedua Baharudin, Nazrul, memeluk Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau mengunjungi rumah Baharudin semalam)
Cerita mengenai punca kematian Baharudin mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi semalam selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar , pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
“Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk.
"Terdapat bukti video yang jelas menunjukkan polis menembak gas pemedih mata masuk ke perkarangan Hospital Tung Shin serta contoh-contoh lain yang menunjukkan polis membelasah orang-orang awam yang tidak bersenjata.
"Beberapa individu termasuk Ahli Parlimen YB Khalid Samad juga cedera parah apabila terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah orang ramai. Terdapat banyak contoh yang lain. Kita menyeru para peserta untuk memberikan bukti gambar dan video insiden-insiden sedemikian kepada kita,” kata jawatankuasa Bersih 2.0.
Bersih 2.0 turut menyifatkan serangan bertubi-tubi terhadap para peserta demo aman Sabtu yang lalu sebagai mengejutkan.
“Kekejaman yang dilakukan dapat dilihat sendiri oleh warganegara Malaysia dan juga pemerhati antarabangsa. Ia telah menunjukkan tanpa raguan lagi bahawa pihak berkuasa telah gagal menjunjung dan memelihara perkara yang paling asas dalam hak asasi manusia seperti mana yang tercatat dalam Perlembagaan Negara,” tambahnya.
Jawatankuasa tersebut turut mengutuk penafian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar tentang kekejaman dan kekerasan polis terhadap para peserta Bersih 2.0.
“Kenyataan daripada PM bahawa tiada ‘pertembungan fizikal’ antara polis dan para peserta yang berdemo secara aman sungguh bercanggah dengan bukti video yang berlambak, sama juga dengan kenyataan KPN yang menafikan tiada gas pemedih mata ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin.
Kita mengharapkan integriti yang lebih tinggi daripada orang-orang yang diamanah untuk menerajui negara dan menjaga keselamatan kita,” selar jawatankuasa itu lagi.
Bersih 2.0 turut menuntut pihak berkuasa untuk melepas 6 tahanan dari Parti Sosialis Malaysia yang masih ditahan tanpa bicara, yang amat bercanggah dengan hak asasi manusia.
“Ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar baru-baru ini telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara dan kami amat bimbang tentang kesihatan dan keadaan mereka. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, dan kami menuntut mereka dibebaskan serta-merta tanpa syarat,” seru Bersih 2.0.
Negaraku Malaysia....!!
Nota :
Lihatlah dan saksikanlah...
Polis betul-betul bertindak ganas....
Apalah salahnya berhimpun secara aman...
Sekadar Berjalan secara aman...
Sekadar Berkumpul secara aman...
tapi tengoklah apa yang polis telah buat terhadap rakyat Malaysia...
Sedarkah wahai polis....
gaji engkau orang pun rakyat malaysia yang bayarkan....
Sanggup engkau orang menghemtam kami rakyat malaysia sebegini rupa...
Insaflah wahai polis...
Doa orang yang di zalimi akan di makbulkan tuhan....
Cukuplah bertindak zalim sebegini....
Solat Hajat Mohon Allah Hancurkan Umno Dan Sekutunya
Zalim , makin zalim dan makin terlalu zalim. Itulah sahaja ayat yang mampu diluahkan oleh rakyat Malaysia yang menuntut keadilan dari sebuah kerajaan yang dipimpin oleh golongan yang mabuk kuasa, buta hati dan sesat dari jalan Allah.
Apa yang berlaku, semua tuntutan untuk mendapatkan keadilan dalam pilihanraya dan pembahagian harta negara secara adil tidak dilayan oleh kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh UMNO yang kini dikenali sebagai petualang dan talibarut Yahudi laknatullah itu.
Mereka bagi helah, semua perkara boleh dibincang, boleh ditegur dan boleh dirunding bersama, hakikat sebenar yang berlaku ialah mereka langsung tidak menghiraukan segala teguran, tidak makan nasihat dan tidak peduli dan tidak peduli yang penting kuasa dan kedudukan mereka tidak boleh diganggu, tidak boleh digugat dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun walaupun mereka kini umpama "bersultan dimata dan beraja dihati" apatah lagi semua tindak tanduk mereka disokong dan di pertahankan oleh ikstana-istana tertentu yang mendapat apa saja yang mereka minta pasti dipenuhi oleh UMNO asalkan mesti setuju dengan apa yang UMNO buat.
Yang peliknya, mereka yang ingin menimbulkan huruhara dan usasana tidak tenteram, tetapi piak pembangkan dan bersih 2 pula dituduh sebagai ajen komunis, ajen Yahudi dan ejen puak Kristian. Apakah UMNO tidak sedar bahawa ketiga-tiga tuduhan itu sebenarnya ada pada UMNO?
UMNO memerintah "ala" komunis dengan merampas tanah rakyat, menyeleweng harta rakyat dan menangkap dan memenjarakan penentang mereka tanpa dibuktikan kesalahan. UMNO kini bersahabat dengan Yahudi dengan memberikan wang berjuta setiap bulan, meroboh masjid dan surau. Menghalau rakyat miskin, merampas tanah mereka dan menggunakan "ISA" ala Zionis untuk menakutkan rakyat supaya jangan menentang mereka walaupun mereka buat salah dan jenayah. Mereka juga menjadikan pendakwah Kristian sebagai idola dalam perkara mencari pengikut dan pengaruh dengan menaburkan wang, projek dan berbagai lagi asalakan rakyat menyokong dan mengundi mereka walaupun mereka tahu perjuangan mereka sesat dan zalim.
Kini setelah berbagai cara digunakan untuk menyedarkan kerajaan UMNO supaya balek kepangkal jalan, berlaku adil dan patuh kepada undang-undang dan perlembagaan negara tetapi nampaknya tidak berhasil malahan pihak yang menegur pula menjadi mangsa polis atas arahan UMNO. Usaha terakhir kini harus dibuat dengan mengadakan solat hajat secara beramai-ramai memohon agar Allah "menghancur" dengan sehancur-hancurnya dan dilaknat puak UMNO dan sekutunya. Walaupun cadangan ini akan mendapat tentangan hebat dan kritikan dari tokoh akademik pengampun UMNO dan ulama dunia "suk" dan tokoh agama "penjual agama" dalam UMNO, pedulikan semua itu. Jangan layan mereka itu kerana semua itu mempunyai kepentingan perut dan poket. Mereka tidak peduli dan tidak ambil tahu apa yang UMNO sudah buat dan sedang buat dan akan buat terhadap rakyat, agama dan negara. Mereka ini penjual kebenaran, penafi keadilan, menjual maruah diri dan menjual serta menggadai maruah dan kesucian Islam.
Tidak ada cara lain lagi dah. Polis sendiri pun sebenarnya sudah bosan dan meluat dengan arahan dan tindakan UMNO ini. Mereka terpaksa berdepan dengan rakyat secara kasar, menangkap rakyat yang tidak bersalah, memijak undang-undang yang mereka sumpah kan semasa mula-mula menjadi rekrut polis, berjaga dan berkawal tanpa rehat. Untuk apa? Sedangkan dalam masa yang sama pemimpin UMNO anak beranak hidup mewah merompak harta rakyat dan negara, seronok dengan rumah besar, anak-anak berlagak dengan kereta mewah yang saling bertukar ganti. Tindakan polis juga hanyalah untuk kepentingan puak UMNO sehingga sanggup menjadi mangsa cacimaki, penghinaan dan kejian masyarakat semata-mata untuk mempertahankan sebuah kerajaan dan parti yang korup yang penuh dengan kemungkaran dan kezaliman. Atau apakah oleh kerana sudah terlalu benci dan geram dengan arahan UMNO, polis mengambil tindakan keterlaluan terhadap rakat dengan harapan rakyat akan menjadi lebih benci, meluat dan tidak sabar untuk menjatuhkan UMNO kerana polis sedar bahawa rakyat sedia maklum bahawa semua tindakan kasar yang melanggar undang-undang yang dilakukan oleh polis adalah arahan dari UMNO. Jika tidak, polis tidak akan menjadi gila sebegini umpama tentera zionis yang sudah tidak punya hati perut,tidak punya sifat kemanusian dan tidak punya belas kesihan lagi. Haiwan pun tidak sebegini zalim dan jahatnya.
Kita rakyat yang beriman sudah tidak punya pilihan dan jalan lain, munajat dan lakukan solat hajat dan sebutkan nama UMNO dalam doa, memohon Allah menghancurkan UMNO dan sekutunya. Lakukanlah sebelum terlambat. Kezaliman sudah sampai kemuncaknya. UMNO sudah hilang akal dan bertindak umpama tentera zionis. Jika kita berlengah, kesengsaraan yang berganda dan bertalu-talu bakal menimpa. Hentikanlah semua ini. Tindakan dan sikap mereka kini bukan lagi menunjukan mereka itu orang Islam yang beriman dan perlu ditaati atau perlu dilindungi. Mereka sendiri yang mengundang penghinaan dan kehancuran, maka berdoalah kita. Mengadulah kepada Allah dengan penuh kusyuk dan pengharapan agar kekuasaan hancur dihancurkan dengan hina. Mereka pertikai pembangkang berkawan dengan orang kafir sedangkan dalam masa yang sama perangai dan tindakan mereka lebih teruk dari orang kafir. Inilah golongan yang jelas "istidrojnya". Dalam Islam kesabaran itu ada hadnya, jika kezaliman sudah keterlaluan, jalanya ialah memohon kepada Allah.
Himpunan Bersih yang perjalanan semua syarikat bas ke Kuala Lumpur di gantung, semua kenderaan dihalang masuk ke bandaraya Kuala Lumpur dan hotel-hotel digeledah sedangkan inilah masanya hotel mendapat tempahan berganda., mengapa ini perlu dilakukan? Rakyat perlu sedar, ini bukan angkara Bersih2 tetapi angkara UMNO yang cuba untuk mengelirukan rakyat supaya menampakan bahawa semuanya adalah angkara puak Bersih 2. Bersih 2 mohon berhimpun dalam Stadium Merdeka, apa yang susahnya? Arahkan polis mengawal lalulintas dan semua peserta yang hendak berhimpun diiring masuk ke dalam Stadium tanpa dibenarkan melencong ke tempat lain, sesudah selesai arahkan keluar secara berperingkat-peringkat untuk elakan kesesakan lalulintas. Jadi apa kena mengena himpunan ini dengan laluan syarikat bas dan hotal? Ini semua tektik UMNO yang sengaja hendak menyusahkan orang ramai. Tetapi rakyat bukan bodoh sehingga tidak boleh menilai apa sebenarnya yang berlaku. Hanya pengampu UMNO sahaja yang masih tolol dan bangang.
Catatan seorang peserta Cina: Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS...!!
Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.
Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.
Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.
Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!
Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.
Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.
"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.
Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.
Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!
Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!
Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.
Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.
Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.
Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"
Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....
Matlamat sama..
Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"
Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.
Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.
UMNO/BN Adalah Penipu Besar...!!
KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional (BN) diselar kerana melakukan 'penipuan besar' tentang Himpuan Aman BERSIH 2.0 yang telah diadakan pada 9 Julai lalu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, tidak ada dalam sejarah tanahair sebelum ini Presiden PAS ditangkap dalam mana-mana himpunan atau demondtrasi.
Beliau mempersoalkan, apa yang ditakutkan oleh Umno-BN sehingga melakukan pelbagai tindakan zalim keatas peserta BERSIH.
"Umno Barisan Nasional memang penipu besar, mana-mana yang pakai baju kuning ditangkap! bas dihalang, ramai yang dikalangan kita yang duduk dihotel pun diserbu oleh pihak polis,
"ini yang menjadi masalah, apa yang mereka nak takutkan sangat?,"ujar Haji Wahid ketika berucap dalam meraikan kepulangan Presiden PAS yang disambut sebagai 'Wira Rakyat' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disini semalam 11 Julai.
Katanya, kerajaan Umno-BN tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat kerana sudah sampai masanya rakyat bangkit dan bangun menyatakan sikap dan pendirian.
Beliau menegaskan, rakyat akan terus menuntut hak supaya pilihanraya berlaku dalam keadaan bersih dan adil.
Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam memberi amaran kepada kerajaan Umno-BN, sekiranya rakyat terus ditangkap, ramai lagi yang akan keluar ke jalan raya..
"Kita ambil sikap dsan pendirian, sekiranya mereka (terus) tangkap kita akan keluar lebih ramai, kita bukan nak tunjuk kuat atau nak lawan pihak keselamatan atau pihak polis,
"tapi masalahnya mereka (selalu) menipu,"tegasnya.
Menurutnya, Agong telah bertitah supaya berbincang serta melaksanakan program BERSIH dengan baik dan Perdana Menteri Najib Razak telah berjanji untuk memberikan stadium untuk tujuan berhimpun.
Tetapi katanya permohonan BERSIH untuk menggunakan Stadium Merdeka tidak diluluskan.
Beliau memaklumkan kepada lebih 3,000 orang yang hadir, Himpunan Aman BERSIH bukan sahaja diadakan di ibu negara, malah turut diadakan diluar negeri.
"Himpunan BERSIH kali bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur, (tetapi turut dibuat) di Melbourne Australia, di Kaherah Mesir (dan) seluruh dunia bersama-sama dengan kita,"katanya
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, tidak ada dalam sejarah tanahair sebelum ini Presiden PAS ditangkap dalam mana-mana himpunan atau demondtrasi.
Beliau mempersoalkan, apa yang ditakutkan oleh Umno-BN sehingga melakukan pelbagai tindakan zalim keatas peserta BERSIH.
"Umno Barisan Nasional memang penipu besar, mana-mana yang pakai baju kuning ditangkap! bas dihalang, ramai yang dikalangan kita yang duduk dihotel pun diserbu oleh pihak polis,
"ini yang menjadi masalah, apa yang mereka nak takutkan sangat?,"ujar Haji Wahid ketika berucap dalam meraikan kepulangan Presiden PAS yang disambut sebagai 'Wira Rakyat' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disini semalam 11 Julai.
Katanya, kerajaan Umno-BN tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat kerana sudah sampai masanya rakyat bangkit dan bangun menyatakan sikap dan pendirian.
Beliau menegaskan, rakyat akan terus menuntut hak supaya pilihanraya berlaku dalam keadaan bersih dan adil.
Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam memberi amaran kepada kerajaan Umno-BN, sekiranya rakyat terus ditangkap, ramai lagi yang akan keluar ke jalan raya..
"Kita ambil sikap dsan pendirian, sekiranya mereka (terus) tangkap kita akan keluar lebih ramai, kita bukan nak tunjuk kuat atau nak lawan pihak keselamatan atau pihak polis,
"tapi masalahnya mereka (selalu) menipu,"tegasnya.
Menurutnya, Agong telah bertitah supaya berbincang serta melaksanakan program BERSIH dengan baik dan Perdana Menteri Najib Razak telah berjanji untuk memberikan stadium untuk tujuan berhimpun.
Tetapi katanya permohonan BERSIH untuk menggunakan Stadium Merdeka tidak diluluskan.
Beliau memaklumkan kepada lebih 3,000 orang yang hadir, Himpunan Aman BERSIH bukan sahaja diadakan di ibu negara, malah turut diadakan diluar negeri.
"Himpunan BERSIH kali bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur, (tetapi turut dibuat) di Melbourne Australia, di Kaherah Mesir (dan) seluruh dunia bersama-sama dengan kita,"katanya
Ribuan Menyambut Kepulangan TGHH - Wira Rakyat
KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi sambutan 'panas' sebagai 'Wira Rakyat' sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud (LTSM), dekat sini jam 9.00 malam 11 Julai.
Ribuan hadir tidak henti-henti melaungkan kalimah membesarkan Alah "Allahuakbar'" sehingga Ustaz Hadi dibawa ke tempat letak kereta LTSM, dimana beliau memberikan ucapan kepada para hadirin.
Turut mengiringi beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut..
Polis Bertindak Kejam,,,,Ini Buktinya....!!
JANGAN PUTAR BELIT FAKTA KEMATIAN PESERTA BERSIH - UM
BETONG 11 Julai - Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang supaya tidak memutarbelitkan fakta mengenai kematian seorang peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Baharudin Ahmad, 59, petang Sabtu lalu.
Sembab berkata, kerajaan juga sedar bahawa pembangkang sememangnya tertunggu-tunggu kejadian sedemikian untuk dijadikan modal menanam kebencian di kalangan rakyat terhadap kerajaan dan polis.
NOTA:
kita telah rakamkan
kita telah catitkan
kita akan ingat sampai bila-bila....
dengar nanti akan ada pekikkan dari rakyat
akan mebelah bumi kezaliman di Malaysia....
tunggu dan nanti....!!
BETONG 11 Julai - Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang supaya tidak memutarbelitkan fakta mengenai kematian seorang peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Baharudin Ahmad, 59, petang Sabtu lalu.
Sembab berkata, kerajaan juga sedar bahawa pembangkang sememangnya tertunggu-tunggu kejadian sedemikian untuk dijadikan modal menanam kebencian di kalangan rakyat terhadap kerajaan dan polis.
NOTA:
kita telah rakamkan
kita telah catitkan
kita akan ingat sampai bila-bila....
dengar nanti akan ada pekikkan dari rakyat
akan mebelah bumi kezaliman di Malaysia....
tunggu dan nanti....!!
9 Julai 2011 Adalah Mukadimah Saja....!!
BERSIH: PAS MAHU DEMO SEKALI LAGI JIKA… - MK
PAS mahu perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan sekali lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan mereka dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.
"SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi. Tentang lapan tuntuan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik," katanya.
NOTA:
anak muda adakah kamu sudah sedia?
anak muda adalah kamu ingin keluar sekali lagi?
Lihat & saksikanlah hari Kebangkitan Rakyat 9 Julai 2011....!!
NOTA:
lihat kembali
detik detik perjuangan
lihat kembali saat saat cemas
lihat kembali aroma dan nada perjuangan
lihat keberanian anak anak muda
lihat kebangkitan anak anak muda
lihat setiakawan anak semua banga
bila kau lihat klip ini
kau sedang melihat cermin
didalamnya adalah pelakar sejarah
didalanya adalah ikatan perjuangan
Tak Payah Nak Tipu Laa....!!
BUKAN KEBANGKITAN RAKYAT – BH
Perhimpunan haram gelanggang hidupkan karier politik Anwar
Perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu lalu, tidak boleh dianggap kebangkitan rakyat atau penentangan terhadap kerajaan seperti didakwa pelbagai pihak terutama pembangkang kerana ia tidak mendapat sokongan menyeluruh rakyat.
Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata bilangan peserta perhimpunan haram yang kecil jelas menunjukkan penolakan rakyat terhadap isu dibangkitkan.
“Namun, apa yang berlaku di ibu negara Sabtu lalu jelas berbeza. Jumlah menyertai perhimpunan haram itu tidak mencapai sasaran walaupun penganjur membuat promosi besar-besaran sejak beberapa lama.
“Kalau benarlah perhimpunan itu tanda kebangkitan rakyat, tentu rakyat dari seluruh pelosok negara datang sehingga polis tidak mampu mengawal keadaan seperti di Mesir. Kekurangan orang berhimpun itu bukan disebabkan sekatan polis tetapi mereka takut hendak datang.
“Kalau benar ia kebangkitan rakyat, perasaan seperti itu (takut) tidak wujud dan mereka meneruskan walaupun terpaksa berdepan sekatan seperti di Mesir, tetapi apa berlaku adalah sebaliknya. Kesimpulannya, ia tidak boleh dikatakan sebagai kebangkitan rakyat,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan pelbagai pihak dan laporan blog bahawa perhimpunan haram itu adalah kebangkitan rakyat terhadap kerajaan walaupun ia sebenarnya bertujuan menuntut pilihan raya lebih bersih.
Nota :
Orang ramai kt dalam gambar tu tak pernah di paksa untuk datang...
Tapi mereka sendiri yang datang...
Walaupun dihalang, di sekat dan macam-macam...
Tapi mereka tetap juga datang...
Itulah maknanya kebangkitan rakyat...
Nak tuntut supaya SPR lebih adil dan telus...
Bukannya jadi alat pada UMNO/BN...
Sudahlah ...jangan nak merapu...
Tak payah nak klentong...
Semua rakyat dah tahu....
UMNO/BN memang menipu....
Kah...kah...kah...
Semuanya Akan Kami Ingat...!!
MAT SABU : LAND ROVER POLIS REMPUH SAYA - MK
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.
Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.
Mohamad berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.
NOTA:
segala keganasan..segala kezaliman
akan kami catat...
segala kejahatann...segala kebejatan
akan kami ingat...
segala kemungkaran...segala keganasan
akan kami hitung...
nanti dan natilah saatnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)