Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 23, 2011

Al-Fatihah...!!


Gambar Anak-Anak Yatim Ketika Latihan Nasyid, Beberapa Minit Sebelum Kejadian Tanah Runtuh.

Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa.

Al Fatihah.

Tunggu...Harga RON 95 Naik Minggu Ini....!!


KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.

Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA

Inilah Hasil Tarbiyyah Islam....!!


Penyokong KELANTAN SHOLAT BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar pun??!!

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).

"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:18)

Inilah Negaraku Malaysia....!!


Malaysia cipta rekod, 10 tertinggi di dunia minum arak

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, demikian laporan akhbar The Star 23 Mei 2011 (Utusan Malaysia tak berminat ulas isu ini agaknya)

Monday May 23, 2011
Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol
By CHRISTINA TAN chris@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia has been named by the World Health Organisation (WHO) as the world’s 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size.

Statistics by the international body this year also showed that Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol with a per capita consumption of seven litres.

Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

Deputy Women, Family and Community Development Minister Heng Seai Kie said the problem of alcohol consumption in the country was getting serious.

“Alcohol is not only causing a lot of health issues but is also contributing to a significant number of accidents,” she said here yesterday.

Heng was speaking to reporters after launching booklets and seminars on “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” organised by the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) and supported by IOGT International, a worldwide community of non-governmental organisations, and the National Association of the Prevention of Drug Abuse (Pemadam).

She said the ministry, through the National Population and Family Development Board, would hold a campaign to create awareness on the danger of alcohol abuse.

She said 10 seminars would be held nationwide this year.

They would be conducted in Mandarin, Malay, English and Tamil and were aimed mostly at those from the Chinese and Indian communities, which had a high alcohol abuse rate.

“The public has to understand that alcohol is not part of our culture and it will bring harm if it is abused,” she said.

Earlier, in his speech, KLSCAH secretary-general Yong Yew Wei said the Road Safety Council estimated that drinking and driving caused 30% of road accidents nationwide, with 38% of these resulting in fatalities.

“A study also shows that absenteeism from workplace among alcoholics is 16 times higher than others,” he said, adding that non-governmental bodies played a vital role in promoting a healthy lifestyle.

Source: www.thestar.com.my

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia
Written by Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

Semua Di Jemput Hadir...!!



Nota:

nak tahu apa akan jadi kepada parti pas
forum tentang pemilihan
forum tentang siapa lawan siapa

Hari-Hari Akhir Ketuanan Melayu...!!

Inilah dia muka penyelamat ketuanan melayu...Kah..Kah...!!

UMNO HANCUR JIKA TIDAK BENDONG SERANGAN PSIKOLOGI PEMBANGKANG :PUAD – BH

UMNO boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan pembangkang, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, pendekatan pembangkang itu boleh mempengaruhi minda anak muda yang tidak memahami sepenuhnya sejarah negara ini dan terlalu memikirkan kebendaan serta kebebasan.

"Pemikiran mereka diganggu dengan (pembangkang) mewujudkan pelbagai persepsi yang negatif, contohnya konsep satu Malaysia, ia positif tetapi diberi persepsi negatif yang akan menyebabkan sesetengah pihak yang tidak faham akan terpengaruh.
"Dia (pembangkang) nak orang marah dengan UMNO seterusnya melemahkan kuasa orang Melayu," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun UMNO pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan ahli UMNO yang tetap kuat dan kental.

Bagaimanapun, beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut .

"Seterusnya UMNO juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan UMNO dari segi media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana pembangkang menggunakan media baru untuk menyerang," katanya.

Nota:

anak muda yang sokong BN...
ada lah anak muda yang bodoh lagi bangang
patut je daftar masuk jadi ahli belia 4B

4B ialah belia bangang bahlol dan bodoh...
Kah...Kah...Kah...!!

Ciss...Paddy Kutty....!!


CHOR : RUMAH ANAK YATIM DIROBOH JIKA TIDAK SELAMAT - MK

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki.

"Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk runtuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

NOTA:

lihat dan baca
kenyataan angkuh dari malaon ini

bukan nak ganti kan dengan bangunan baru
tapi nak roboh kan apa yang ada

inilah yang gerombolan pandai
pandai robohkan bangunan orang miskin

berani robohkan bangunan yang disambung-sambung
ditepi jalan di bukit bintang?
sampai menggangu jalan?
Berani ke..??

Kenyataan Rasmi...!!

KENYATAAN RASMI DR.WAN AZIZAH

Kisah tanah runtuh Hulu Langat di rumah Persatuan Anak Yatim dan Madrasah Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14 merupakan satu tragedi. Ia menggesa kita semua mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan mempertingkatkan lagi kesedaran serta keprihatinan dalam kehidupan seharian.

Saya sempat menziarah mangsa yang terselamat juga bersama jenazah di Masjid Bt 14. Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban. Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

Tidak lupa dengan kecekapan dan ketangkasan anggota keselamatan serta para sukarelawan harus dipuji. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan anak-anak dalam hujan lebat dan keadaan tanah yang masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu.

KEADILAN memandang tragedi ini sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat-tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua. Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang.

KEADILAN menggesa kerajaan Negeri Selangor menyiasat punca terjadinya tanah runtuh ini. Siasatan juga hendaklah dilakukan ke atas semua pembinaan bangunan dilereng-lereng bukit termasuk premis-premis persendirian. Sudah cukup Negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini.

KEADILAN mendoakan agar mangsa yang terlibat akan diberikan perhatian untuk mereka dapat kembali dan terus melanjutkan pendidikan mereka. Takziah kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah dengan ujian besar ini. Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden PKR

Lagi Projek Membazir...!!


PERUNTUKAN PLKN TIDAK AKAN DIPOTONG –ABDUL LATIF - tiewnama

Kerajaan tidak akan mengurangkan peruntukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, kata Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latif Ahmad hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini jumlah peruntukan untuk program itu ialah RM700 juta bagi kesemua 140,000 pelatih yang terlibat setiap tahun.

"Kita membelanjakan RM46 sehari bagi setiap pelatih yang merangkumi tempat penginapan, makanan dan persiapan modul... ini merupakan pelaburan jangka panjang negara.

"Pelaburan ini adalah bagi memastikan integrasi antara kaum yang merupakan pusat graviti negara berjaya dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam berbilang bangsa,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tambun di sini.

Nota:

lihat 700 juta ringgit membasir
lihat 700 juta ringgit untuk projek kroni
lihat 700 juta ringgit nak bersihkan otak
lihat 700 juta ringgit untuk projek sokong BN
duit sebanyak ini boleh cover semua subsidi!