Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 5, 2010

Ya Allah...Hanya Kepada MU Kami Berserah....!!!

Nik Aziz minta penyokong PAS jangan kecewa -MK

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Nota :


Doa TGNA Untuk Galas....

Ya ALLAH...Ya Tuhanku....
Aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agamaMU di Galas...
Kerana amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara oleh BN...
Oleh itu aku minta kepada MU....Pertahankan agamaMU sebagaimana ENGKAU pertahankan rumahMU dari serangan tentera abrahah....


Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Mursyidul Am PAS

Hakikat Yang Perlu Kita Telan....!!!


BN mungkin rampas semula kubu yang ditembusi-MR

Kemenangan 2-0 dalam PRK Galas dan Batu Sapi mungkin petanda kebangkitan semula Barisan Nasional, meramalkan potensi regim ini untuk merampas semula kawasan tradisionalnya yang ditembusi Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.

PRK pada 4 November 2010 memberi isyarat bahawa PR mungkin gagal mempertahankan kerusi yang dirampasnya dari BN, dan terpaksa menyerah semula kepada BN pada PRU akan datang. Ini kerana PR tidak bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pengaruhnya di kawasan tradisional milikan BN setelah memenanginya.

Pada masa yang sama, PRK ini menyaksikan bagaimana undi Melayu mula kembali ke BN, menambah risiko PR untuk kehilangan kawasan-kawasan sedemikian. Dari apa yang diamati dalam PRK ini, meskipun pengundi Cina masih menyokong PR, tetapi undi tersebut gagal dipertingkatkan lagi. Secara keseluruhannya,kecenderungan perubahan ini tidak memihak kepada PR.

SAPP kehilangan kuasa berunding

Keputusan PRK Batu Sapi menunjukkan bahawa tiada perubahan dari segi asas struktur undi, sama ada untuk BN mahupun PR, termasuk SAPP. Sebaliknya, retakan wujud antara PKR dengan SAPP, dan PKR akhirnya berjaya mengatasi SAPP dalam PRK ini.

Andaian bahawa SAPP akan tetap bekerjasama dengan PR, dan tidak kembali ke pangkuan BN. Bagaimanapun, SAPP kehilangan sedikit sebanyak kuasa untuk berunding seterusnya, seandainya mahu bekerjasama dengan PR untuk berdepan dengan PRU yang akan datang.

Sementara itu, keputusan PRK Batu Sapi memperlihatkan sokongan pengundi terhadap parti yang lebih bersifat nasional, daripada sesebuah parti politik yang terhad kepada pengaruh tempatan. Justeru itu, SAPP mungkin perlu mempertimbangkan cadangan untuk mengubah langkah dirinya agar menjadi sebuah parti politik bersifat nasional.

Nota :

Andaian bahawa pengundi sudah "swing" pada PR saja tidak cukup...
PR kena lipat gandakan lagi usaha agar pegaruhnya dapat di kembangkan lagi...

Seperti di Galas..Pengaruh PAS sepatutnya telah lama berjaya di semai....
Sebagai sebuah kerajaan negeri...pengaruh Islam dan dasar yang di bawa oleh PAS perlu di pergiatkan...
Dengan kuasa yang ada...gunakanlah sepenuhnya demi Islam di Galas...

Sebagai sebuah parti yang telah lama berkecimpung dalam Pilihanraya...
PAS semestinya dah tahu strategi BN ialah menggunakan Wang....
Sebab itu PAS sepatutnya sudah kenal pasti apakah senjata ampuh bagi menghadapi strategi kotor BN ini...

Kalah tak bererti kita terus tewas...
jadikan kekalahan ini sebagai pedoman untuk kita aturkan strategi yang lebih bijak dan berkesan...
Jangan kita terlalu leka dengan sokongan rakyat kepada kita...
Sebab manusia adalah makhluk Allah yang paling tinggi darjatnya....manakala yang paling rendah lebih daripada haiwan....
Dimanakah letaknya taraf manusia di N45 Galas...???
Jangan kita jadi seperti pepatah melayu ada mengatakan....
Cuma menang sorak..tapi kampung tergadai...

Tahniah..!!! Kepada Muslimah PAS Yang Berani...!!!


"Saya terbaca petikan berita daripada akhbar Utusan Malaysia Online "Ketua Puteri UMNO Kuala Krai diserang ketika rayu undi".

Bagi saya Akhbar Utusan Malaysia sudah pasti akan mencari berita sensasi untuk dimanipulasikan, apatah lagi suasana pilihan raya kecil yang mana mungkin beritanya boleh mengubah pendirian pengundi atas pagar.

Bukan percaya sangat, tapi sebagai pengguna online memang seharusnya membaca daripada semua sumber termasuk sumber musuh.

Antara petikan akhbar Utusan Online adalah seperti berikut (link);

"GUA MUSANG 4 Nov. - Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd. Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota parti lawan ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di sini dalam pilihan raya kecil Galas hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan tiang bendera menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung."


Nota :

Tergelak sampai tertonggeng aku, rupanya Ketua Puteri UMNO Kuala Krai dahi dan hidung dibelakang kepala. Cacat atau juga mungkin pernah dilahirkan kembar siam!!!

Bahloi punya wartawan akhbar Utusan Malaysia...Tak perlulah tulis panjang dalam isu ini, tahniah kepada muslimat yang berkenaan, kalau boleh selepas ini pukul sekali dengan sepanduk..!!!

Berkata Benarlah Kamu Pada Pemimpin Yang Zalim...!!!


Islam adalah agama nasihat. Kita sewajarnya memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja termasuk juga para pemimpin kita. Itu merupakan perkara pokok dalam agama dan asas kepada pembentukan masyarakat yang bertamadun. Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda:
لدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam”(Riwayat Muslim)

Islam juga menyuruh kita supaya berusaha mencegah mungkar sedaya upaya kita. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:
من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسانه ، فإن لم يستطيع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Persoalannya bagaimanakah cara untuk kita menasihati atau mencegah kemungkaran serta mengubahnya mengikut panduan Islam dan petunjuk daripada salafussoleh? Adakah dengan cara kita membantah dengan cara terbuka atau pun dengan cara tersembunyi? Jikalau pemimpin kita melakukan kemungkaran maka apakah cara yang terbaik untuk mencegah kemungkaran yang dilakukannya?

Dalam persoalan ini sebenarnya Islam telah memberikan jawapan yang tepat kepada kita. Sebagai umat yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas dakwah dan islah, Islam memberikan kepada kita cara-cara supaya menepati dengan hakikat syara’ itu sendiri.

Sememangnya perkara asal dalam agama apabila berhadapan dengan orang yang melakukan maksiat adalah tidak mendedahkannya kepada khalayak umum serta menasihatinya secara bersendirian tanpa diketahui oleh orang lain.Rasulullah s.a.w telah bersabda:
إنَّ الله سِتِّيرٌ يُحِبُّ السِّتْرَ

“Sesungguhnya Allah itu Maha Menyembunyikan (kesalahan) dan amat suka menyembunyikan (kesalahan)” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
لا يستر عبد عبدا في الدنيا الإ ستره الله يوم القيامة

“Tidaklah menyembunyikan seorang hamba itu akan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya pada hari kiamat” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun begitu perkara tersebut dilaksanakan kepada mereka yang tidak melakukan maksiat secara terang-terangan yang digelar sebagai Al-Mujaahir. Maka bagi mereka yang tidak segan silu melakukan kemungkaran, mengisytiharkan dosa mereka dikhalayak umum, maka tidak ada cara lain untuk kita mencegahnya melainkan dengan cara kita mendedahkan perbuatannya itu, menceritakan kepada manusia yang lain sebagai balasan terhadap pelaku maksiat tersebut dan memberikan ancaman kepada oarng lain supaya tidak mencontohinya. Itulah yang telah ditetapkan dalam Islam dan disokong oleh dalil-dalil syara’ serta kata-kata ulama dan salafussoleh.

Imam Ahmad Radiallahu Anhu telah berkata:
الناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ : ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له
“Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan mengzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah” (lihat Al-Amru Bil Makruf wa Nahyu ‘An Mungkar, karangan Imam Al-Khallal, m.s 35)

Imam Nawawi Radiallahu Anhu berkata:
وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ( أهل السُّؤددِ والفَضْلِ الذين لا يُعْرَفُون بالشَّرِ والفسادِ ) ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang disunatkan di sini, maka maksudnya adalah memnyembunyikan kesalahan orang-orang kenamaan (pemimpin dan orang yang berjasa yang tidak masyhur dengan perbuatan jahat dan kerosakkan) serta seumpama dengannya. Yang terdiri dari mereka yang bukan terkenal dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka disunatkan agar tidak disembunyikan perbuatnnya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa sekiranya tidak dikhuatiri kemudaratan dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikannya semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mencontohinya..” (Syarah Sahih Muslim karangan Imam An-Nawawi 16/135)

Perkara ini juga antara perkara yang mengharuskan mengumpat (menceritakan keburukan orang lain kepada masyarakat awam). Perkara ini telah ditegaskan oleh ramai ulama seperti Imam Nawawi dalam kitab beliau Riadhussolihin dalam bab keharusan mengumpat (ibahatul Ghibah).

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali Radiallahu Anhu berkata:
واعلم أنَّ الناسَ على ضربين :
أحدهما : من كان مستوراً لا يُعرفُ بشيءٍ من المعاصي، فإذا وقعت منه هَفْوةٌ أو زلَّةٌ فإنَّه لا يجوزُ كشفُها ولا هتكُها، ولا التَّحدُّثُ بها ...
والثاني : من كان مشهوراً بالمعاصي مُعلناً بها، لا يُبالي بما ارتكبَ منها، ولا بما قيلَ له، فهذا هو الفاجرُ المُعْلنُ، وليس له غيبةٌ، كما نصَّ على ذلك الحسنُ البَصْريُّ وغيرُه.

“Ketahuilah bahawa manusia ada dua golongan:

Pertama: Orang yang tidak dikenali serta tidak masyhur dengan perkara maksiat, maka sekiranya terjadi kepadanya kesilapan kecil dan kekurangan maka tidaklah boleh mendedahkannya dan merosakkan maruahnya serta tidak boleh diceritakan..

Kedua: Orang yang masyhur dengan perbuatan maksiat serta secara terang-terangan dan tidak segan silu melakukannya serta tidak hiraukan nasihat yang diberikan kepadanya maka ini adalah orang jahat yang menzahirkan dosanya. Tidak berdosa mengumpat dirinya sebagaimana yang telah dinaskan oleh Hassan Basri serta selainnya.” (Jaamiul Uluum Wal Hikam)

Imam Al-Bahutiyy telah berkata:
قال جمعٌ مُحَقِّقُون : إلاَّ على مَشْهُورٍ ببدعةٍ، أو فُجُورٍ ونحوِه كَكَذِبٍ، فَيُسنُّ إظهارُ شَرِّه، وسِتْرُ خيرِه ليرتدِعَ نظيرُه

“Segolongan Ulama Muhaqqiqin telah berkata: Melainkan orang yang masyhur melakukan bidaah atau maksiat dengan nyata seumpama dengan seperti penipuan, maka disunatkan menzahirkan kejahatannya dan menyembunyikan kebaikannya supaya tidak dilakukan oleh orang lain” (Kasyful Qinaa’:2/121)

Begitulah juga yang telah dinyatakan oleh ulama-ulama besar yang lain seperti Imam Ibnu muflih dalam kitabnya Al-Furu’(2/217) dan Imam Al-Mardawi dalam Al-Insoof (2/506).

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:
من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن ليخْلُ به، وليدْنُ منه، فإن قبل منه فذاك، وإلا فقد أدَّى الذي عليه

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda:
أَقِيلُوا ذَوِي الهيئاتِ عَثَراتِهم

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis tersebut adalah merupakan perkara asal dalam kita mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin dengan menggunakan uslub lemah lembut dan kesopanan. Itulah cara untuk berhadapan dengan pemimpin yang adil dan saksama serta tidak masyhur dengan kezaliman dalam pemerintahannya.

Namun, sekiranya pemimpin tersebut merupakan pemimpin yang menzahirkan perbuatan maksiat dihadapan rakyat dan tidak menghiraukan nasihat orang lain terhadapnya maka dibenarkan untuk didedahkan perbuatannya itu serta dinasihatkan di khalayak ramai agar seluruh manusia mengetahui keburukan perbuatannya itu lalu tidak mengikutinya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Qayyim di dalam kitab Badai’ Al-Fawaid (3/138):
والظاهرُ أنَّهم ذوو الأقدارِ بين النَّاسِ من الجاهِ، والشَّرفِ، والسُّؤدد، فإنَّ الله تعالى خصَّهُم بنوعِ تكريمٍ وتفضيلٍ على بني جنسِهم، فمن كان منهم مستوراً مشهوراً بالخيرِ، حتى كَبَا به جوادُه، ونبا عَضَبُ صبْرِه، وأُديلَ عليه شيطانُه، فلا تُسارع إلى تأنيبِه وعقُوبتِه؛ بل تُقالُ عَثْرتُه، ما لم يكن حداً من حدودِ الله، فإنَّه ينبغي استيفاؤه من الشَّريف

Kesimpulannya kita tidak diharuskan mendedahkan kemungkaran pemimpin kepada rakyat dan membuat teguran terbuka sekiranya terdapat 4 perkara kepada mereka iaitu:

1. Mereka adalah pemimpin dan orang kenamaan
2. Dikenali dengan kebaikan kepada rakyat dan adil serta tidak zalim
3. Tidak melakukan kemungkaran secara terang-terangan
4. Dosa mereka tidak melibatkan persoalan hudud Allah s.w.t

Oleh itu sekiranya mereka melakukan kezaliman secara terang-terangan maka menjadi kewajiban kepada kita untuk menegurnya dan diharuskan untuk dilakukan secara terbuka bahkan menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim dikira sebagai jihad yang paling afdal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
أن رجلاً سأل النبى ( صلى الله عليه وسلم ) أى الجهاد أفضل ؟ قال : كلمة حق عند سلطان جائر

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar dihadapan pemimpin yang zalim”

Nota :

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Fathul Bari dalam perhimpunan agung UMNO lepas mendapat pelbagai reaksi berhubung pembelaannya terhadap Datin Seri Rosmah Mansur dan kritikannya terhadap pembangkang khususnya PAS.

Atas nama beliau sebagai seorang ustaz, yang mendakwa memperjuangkan dakwah mengikut manhaj ahlus sunnah wal jamaah, adakah ini manhaj yang bertepatan dengan apa yang digambarkannya?

Apakah ini cara yang bertepatan dengan ruh islam? apakah ini dari lidah seorang 'ulama muda' yang ikhlas?

Atau seorang yang terkeliru dengan 'manhaj ahlus sunnah wal jamaah' yang beliau war-warkan? atau ahlus sunnah mana yang beliau maksudkan?

Atau seorang 'ulama muda' yang mencari 'sesuatu', yang tidak perlu diungkapkan di sini sehingga terpaksa mengorbankan 'ahli sunnah wal jamaah' yang sebenarnya?

Wallahu A’alam

Cicak Gekco Boleh Bertukar Warna....!!!


MENYANGGAH TULISAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

1. Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR, ingin menyatakan bahawa serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hal ini berlaku kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara. Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau.
2. Adalah jelas bahawa DSAI mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini.

3. Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara.

4. Komitmen DSAI ketika diberi peluang memimpin negara adalah terbukti dengan rekod kecermelangan. Kepemimpinannya terserlah dan diterima dalam dan luar negara sejak awal 1970an. Beliau istiqamah (consistent) justeru kepemimpinannya untuk memimpin rakyat dan negara terutama disaat negara sedang mengalami krisis kepercayaan tetap diperlukan. Persoalannya sekarang: Kenapa beliau diminta berundur?

5. Pada hemat BIPPA yang patut berundur ialah kepimpinan negara sekarang yang telah terbukti tidak berupaya mengangkat martabat rakyat dan negara dengan kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak yang diketahui umum, terjejasnya imej negara di peringkat antarabangsa dan ketakutan pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia.

6. Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.

7. Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA), PKR
4 hb Oktober, 2010

From Pekan With Love.....!!!


PM dimasuk ke Hospital Kuala Lumpur -MK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi.
- Bernama

Nota :

Orang tua-tua mengatakan..Penyakit ini adalah "Penyakit Baik"...
Kulit berair..berlubang dan bau hanyir...
Biasanya bila tidur di alas dengan daun pisang supaya tidak melekit...
Bila tidur..mulut pesakit sentiasa meracau dan merapu....
Tapi kalau tidak mendapat rawatan yang betul boleh Innalillah.....
Mintak supaya PM cepat sembuh dan tidak ada PRK di pekan...!!!!

Kerajaan Malaysia Berjaya Rampas Galas..Pertahan Batu Sapi...!!



Batu Sapi, Galas milik BN -MK

Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.

Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.

Nota :

Akhirnya selesai sudah pertembungan dalam PRK N45 Galas & P185 Batu Sapi di antara Kerajaan Malaysia VS PAS di Galas dan Kerajaan Malaysia VS PKR & SAPP di Batu Sapi...

PAS, PKR & SAPP selaku underdog telah menjangkakan semua ini apabila kerajaan malaysia telah menghabiskan duit dengan begitu banyak bagi mendapat undi....

Ini bukanlah kayu pengukur kepadasokongan rakyat yang sebenar....

Kita akan tengok pada PRU 13 nanti apabila puak batak, pangang akan sedar bahawa mereka hanyalah di jadikan Lembu Sapi oleh Kerajaan Malaysia Sapi dan menangis-nangis mintak supaya dikembalikan menjadi rakyat Batu sapi yang sebenarnya....

Manakala Kerjaan Malaysia terpaksa berikan semula Galas kepada PAS kerana tak larat lagi nak menggalasnya kerana orang Asli selalu dok mintak duit...mintak Kajol supaya berdikir tiap-tiap malam...Mintak supaya di masakkan Nasi Minyak berlauk tiap-tipa hari...Mintak kereta bila nak bergerak....mintak helikopter nak pergi pasar...

Kah...Kah....Kah....Kita Tunggu....!!!