Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 29, 2011

Senyum Petang Selasa....!!

Sikiap Double Standard Polis Terus Di Kecam....!!


Ceramah Di Serbu...Tayangan Video Lucah Di Biarkan - BO

PAS Pusat kesal terhadap sikap 'double standard' yang ditunjukkan oleh polis, kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sebagaiman yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS berkata tabiat lama polis itu berulang kembali kerana Umno kini berada dalam keadaan tertekan dan 'defensif'

"polis mengulangi tabiat apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat (dalam keadaan menyerang) di posisi ofensif. "Beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati Gombak pada 25 Mac 2011 lalu (gambar kiri), berakhir dengan kekecohan,"katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini 29 Mac.

Menurutnya semua pihak tahu dan maklum sekiranya sebarang himpunan ceramah yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat akan berlangsung dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingin.

Sebaliknya, kata beliau, sesuatu majlis PAS da Pakatan Rakyat pasti akan berakhir dengan kekecohan sekiranya diganggu oleh pihak polis .

Dalam masa yang sama, katanya, polis 'buat-buat' tidak tahu dan mengambil pengajaran diatas keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes ceramah, himpunan PAS yang memihak tidak memihak kepada mereka.

"Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin Pahang. Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,"jelasnya.

Berdasarkan pengalaman, Ustaz Idris berkata, pihak polis yang lebih dulu bertindak, mencetuskan provokasi dan kontroversi.

"Polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang. Kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai,"katanya.

Menurut Ustaz Idris lagi, pihak polis sebenarnya mahu memastikan supaya tidak ada ceramah berlangsung, dan dengan itu, maklumat tidak sampai kepada rakyat.
ak diganggu polis)

Justeru PAS ingin memberi ingatan kepada polis supaya bertindak dengan cara profesional dan menggesa supaya mana-mana polis jangan bertindak 'mencemarkan' institusi kepolisan.

"Jangan cemar institusi ini (polis), jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat (kepada) institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri. Rakyat pula tertanya-tanya kenapa polis sibuk ganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula serbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011, Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal,"tegas Ustaz Idris.

Beliau menambah, PAS mahu bertanya polis, dimanakan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?

"Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam,"katanya

Politik Malaysia Kotor...!!


JAKARTA: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.
“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.

“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.

“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.

“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi.

(Sumber asal: The Jakarta Post)

Kenyataan Media Isu Penangguhan Sidang DUN Perak


Berhubung dengan kenyataan dari Speaker DUN Perak Barisan Nasinal, Ganesan yang menangguhkan tarikh persidangan DUN Perak dari 5 April kepada 12 April akan datang dengan ini saya suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut:-

1. Bagi saya penangguhan itu menimbulkan banyak persoalan yang tidak terjawab serta boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi yang berbeza, apalagi Ganesan tidak memberikan sebab yang terperinci dan munasabah sebab penangguhan tersebut.

2. Saya menyokong kenyataan dari YB. Sivakumar yang mengakatan penangguhan itu ada kaitan dengan usaha untuk menghalang ADUN PR Perak untuk turun berkempen di Sarawak.

3. Jangkaan lain saya ialah adakah mungkin penangguhan itu ada kaitan dengan isu yang dikatakan bahawa ura-ura DUN Perak akan dibubarkan secara berasingan akan menjadi kenyataan?

4. Selain itu saya melihat sangat tidak munasabah tempoh yang panjang yang telah diperuntukkan selepas notis awal hampir sebulan lepas namun tarikh sidang tersebut tidak mampu dilaksanakan sesuai perencanaan awal.

5. seingat saya inilah kali pertama sidang DUN ditangguhkan di Perak selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada MAC 2008 dan selepas BN merampas kuasa pada Februsri 2009.

KENYATAAN MEDIA/29 Mac 2011

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

Lagi Surat Dari Pembaca...!!


SAMAN TRAFIK DI MALAYSIA BUKAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN- Oleh ExPet

Kenapakah polis Malaysia sanggup menyorok di dalam semak atau di atas pokok demi untuk memerangkap kesalahan trafik oleh pengguna jalanraya? Tujuannya ialah supaya pengguna jalanraya terus memandu laju supaya saman dapat dikeluarkan. Jika pengguna jalanraya mendapat maklumat di mana kamera diletakkan, pengguna jalanraya akan memperlahankan kenderaan mereka dan tiada kesalahan trafik dilakukan, maka tiada saman boleh dikeluarkan.

Sudah jelas lagi bersuluh bahawa penguatkuasaan undang-undang trafik ini tiada kena mengena tujuannya dengan keselamatan rakyat seperti untuk mengurangkan kemalangan. Sebaliknya tujuannya ialah untuk memerangkap kesalahan trafik yang dilakukan oleh rakyat.

Di kebanyakan negara, pengguna jalanraya tahu di mana kamera diletakkan dan pihak polis trafik tidak menyorok di dalam semak atau atas pokok. Malah, di negara seperti Britain, hampir separuh dari jumlah kamera ini dikatakan dummy sahaja. Walaupun bukan kamera yang benar-benar berfungsi, tetapi tujuannya sudah tercapai - iaitu untuk membuatkan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan mengelakkan kemalangan.

Teknik sedemikian tidak akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia kerana tujuan mereka melaksanakan undang-undang bukannya untuk memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat, tetapi untuk menambahkan hasil pendapatan mereka.

Apabila hari cuti persekolahan, polis trafik gemar memerangkap kesalahan trafik di atas jalanraya di depan sekolah. Ini kerana jalan di hadapan sekolah hadlajunya ialah 30km/jam sahaja.

Apabila sekolah ditutup, jalanraya menjadi lengang maka sudah semestinya pengguna jalanraya akan memandu kenderaan mereka melebihi 30km/jam. Jadi yang penting dan utama ialah memerangkap kesalahan trafik sebanyak yang mungkin, supaya banyak saman dapat dikeluarkan. Walaupun sekolah ditutup dan jalanraya lengang dan keadaan tidak merbahaya langsung, malah tidak logik langsung untuk memandu dengan 30km/jam dalam keadaan tersebut, ini semua tidak menjadi hal kepada kerajaan Malaysia.

Pemerintahan Sunnah Wal Rasuah...!!


Perogol melayu islam..
Yang kena rogol kanak kanak melayu islam..
Yang kena tangkap china kapir...
Yang kena penjara china kapir...

Pelik tetapi benar...
Inilah dia pemerintahan sunnah wal rasuah..kah kah kah..!!


DEDAH VIDEO SEKS TINDAKAN JIJIK, KATA MAJLIS RUNDINGAN BUKAN ISLAM –MI

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim.

Anwar telah pun menafikan dakwaan itu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta kerana sebab-sebab yang berbeza.

Nota:

Pelik tak?
Malikul sembab tak berkata sepatah pun..
Kerana malikul tahu... yang kena tibai kes ini ialah mat mongol
Kah...Kah...Kah

Berita Sebak Yang Menusuk Kalbu....!!


PERKASA MULA KACAU DAN MULA BILAU

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas mereka Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.
The Malaysian Insider difahamkan Arman Azha, yang seringkali berada di barisan depan dalam perhimpunan dan perarakan berkaitan usaha membela orang Melayu, memutuskan demikian ekoran perkembangan dalaman Perkasa.

Nota :

Semua orang melayu diminta berkabong selama tujuh hari
Untuk sama sama merasa kesedihan kerana kehilangan wira pundek negara pejuang bangsa
Majulah sukan untuk negara..bahasa jiwa bangsa..
Kah..Kah..Kah...!!

Stadium Malawati Bergegar Lagi...!!




Nota:

sampai kiamat tak akan mengundi gerombolan
sampai kiamat tak akan memyokong mat mongol
sampai kiamat tak akan percaya utusan meloya
sampai kiamat tak akan percaya rtm




Nota:

Sampai kiamat akan membenci tambi
Sampai kiamat akan membenci mat mongol
Sampai kiamat akan membenci lidah kontot




Nota:

Ini perhimpuan haram...
siapa yang berucap di perhimpunan haram ini...?