Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 28, 2011

Apa Ada Pada UMNO...??


Oleh : Aspan Alias

Saya sudah kurang keyakinan yang Umno akan kembali seperti sediakala. Di dalam isu Bersih dan rally nya, saya bertambah kurang yakin yang Umno mampu untuk menahan kemaraan bangkangan dari rakyat ramai.

Umno hanya mampu untuk berkumpul sesama penyokongnya dan berucap berapi-api dikalangan mereka sendiri. Retorik dan ucapan berapi-api oleh Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid dan lebih-lebih lagi dari Hishammuddin hanya memberikan keyakinan kepada penyokong-penyokong yang sedia ada sahaja.

Orang ramai menerima teguran dan ucapan pemimpin kita ibarat angin lalu sahaja….masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam isu Bersih yang dipersoalkan secara keterlaluan oleh pihak yang berkuasa bukan sahaja tidak dapat menambah keyakinan rakyat tetapi yang jelas pihak yng duduk di atas pagar lebih mirip dan cenderung untuk memberikan sokongan kepada Bersih.

Menyokong perjuangan Bersih bukan salah dari segi undang-undang dan moral serta politiknya. Bersih adalah badan NGO yang memperjuangkan pengendalian pilihanraya dengan bersih dan adil dan Bersih tidak mewakili mana-mana parti politik. Bersih juga meminta Umno menyokong mereka untuk mempastikan pelaksanaan pilihanraya itu berjalan dengan baik dan Umno juga akan mendapat kebaikan jika pilihanraya berjalan secara adil.

Tetapi oleh kerana parti-parti pembangkang selama ini menjadi mangsa permainan kotor di dalam pilihanraya maka mereka tentulah secara natural menyokong tindakan Bersih atau mana-mana pertubuhan yang mahu berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan di dalam mana-mana pilihanraya.

Untuk bersuara bukan hanya hak kita orang Umno, tetapi juga hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan serta agama. Media masa perdana yang hampir dengan rakyat bukan hanya untuk kita dari Umno untuk menggunakan salurannya tetapi juga untuk pemimpin-pemimpin dan ahli pembangkang yang bersama-sama membayar cukai kepada kerajaan.

Kenapa cukai mesti dibayar oleh semua termasuk parti-parti pembangkang tetapi kemudahan yang dihasilkan dari cukai rakyat ini tidak boleh digunakan oleh pihak lain dari parti yang memerintah? Inilah salah satu dari kemahuan dan perjuangan Bersih dan perjuangan Bersih ini bukannya perjuangan yang baru bagi negara-negara maju. Kenapa kita bercita-cita untuk menjadi negara maju tetapi kita tidak mahu menerima “attribute” negara maju?

Bagi saya Bersih sedang melakukan satu transformasi yang asas untuk sebuah negara yang mengaku sebagai negara yang demokratik. Kalau saya diturunkan sebagai calun BN (walaupun mustahil) saya mahukan rakyat menyokong saya secara “legitimate” dan memenanginya secara “legitimate” juga.

Saya tidak rela untuk memenangi pilihanraya secara kotor sebab naluri saya akan merasa sengsara kerana saya memenangi pilihanraya secara tidak sihat. Saya sendiri tahu yang kemenangan saya itu bukan oleh kerana sokongan natural pengundi tetapi oleh permainan politik yang tidak betul mengikut tata-cara demokrasi salah yang kita amalkan.

Inilah sebenarnya masalah yang kita hadapi sekarang ini. Ramai di antara pemimpin kita tahu yang mereka berada di tempat mereka secara “illegitimate”. Jika mereka sekarang merasakan yang mereka berada di atas itu secara “legitimate” tidak mungkin mereka merasakan ketakutan dan mempunyai jiwa yang fakir. Apa sahaja yang pihak lain lakukan kita akan menuduh mereka dipergunakan oleh pihak pembangkang.

Apabila kita dalam Umno mempunyai sikap dan perangai ini kesabaran rakyat tidak akan kekal. Sebagaimana yang saya katakan di dalam posting yang lepas perasaan manusia, lebih-lebih lagi manusia yang berfikir kita tidak boleh menambat perasaan mereka seperti kita menambat kerbau di sawah.

Sedangkan haiwan seperti kerbau pun ada kalanya mereka tidak mahu mengikut kehendak kita masakan manusia yang mempunyai akal fikiran boleh ditambat dan di tambangkan (diikat) dimana-mana yang kita suka?

Oleh itu di dalam isu Bersih dan rally nya sekarang ini jelas kita nampak yang rakyat sudah ramai yang mengalihkan sokongan kepada pihak lain secara senyap-senyap. Mereka mengambil sikap berdiam diri seperti yang kita kehendaki, tetapi mereka tetap mempunyai pendirian sendiri… iaitu memilih pihak yang mempunyai sifat “confident” dan mendekati rakyat sentiasa.

Mendekati rakyat bukannya dengan melakukan “walkabout” di mana-mana tetapi mereka mahukan dasar dan sikap adil itu yang mendekati mereka. Perjuangan Umno bukan untuk melakukan “walkabout” tetapi perjuangan di mana dasarnya yang sentiasa “walkabout” dengan mereka.

Malahan ada yang berkata menyertai “walkabout” pemimpin kita hanya membazir masa mereka dan hanya menghabiskan karipap (semasa refreshment) sahaja. Habis sahaja “walkabout” keadaan kembali seperti sediakala.

Dulu semasa Dr Mahathir pemimpin mendekati rakyat dengan Semarak nya. Sekarang dengan Juara Rakyatnya. Semuanya tidak membuahkan apa-apa. Rakyat tetap tidak berpuas hati kerana mereka mahukan keadilan dan perlaksanaan demokrasi yang baik.

Yang terbaru pula ialah “walkabout” pemimpin-pemimpin. Jika Semarak dan Juara Rakyat tidak membawa hasil apa-apa “walkabout” juga pastinya akan menghasilkan perkara yang sama. Yang rakyat dapat hanyalah bersalaman dengan pemimpin. Itu sahaja dan masih tiada apa-apa hasilnya.

Rakyat memerhati dengan dekat apa yang pemimpin lakukan. Dalam isu Bersih ini pemimpin-pemimpin kita hanya berjaya menyakinkan rakyat yang mereka dalam ketakutan. Dari psikologinya jika pemimpin menunjukan ketakutan rakyat akan hilang keyakinan.

Itu adalah “consequence” yang natural dan semula jadi. Perhimpunan Bersih pada 2007 dahulu telah terbukti membantu PR memenangi banyak kerusi dan menyebabkan BN tersungkur di lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan.

Sekarang ini dengan kempen yang bertalu-talu membidas pembangkang melalui media perdana membuatkan orang ramai sudah mempunyai persepsi negatif terhadap media perdana sebagai alat propaganda pihak kita untuk mendapatkan sokongan ramai. Yang akan menerima nasib buruknya ialah pihak kita sendiri. Apa sahaja yang dikatakan oleh media perdana tidak akan membantu kita lagi kerana anggapan orang ramai ianya semata-mata tindakan politik.

Jika kita mengatakan tindakan Bersih sebagai “politically motivated” pihak lawan juga akan menuduh kita yang media perdana yang melakukan pukulan terbuka terhadap pihak lawan itu juga bermotifkan politik. Contohnya media perdana membawa isu seorang dua rakyat yang miskin di Kedah dan menuduh kerajaan PAS Kedah tidak melakukan sesuatu untuk meringankan kesusahan yang dihadap oleh simiskin itu.

Persoalan ramai sekarang adakah mereka ini miskin sejak PAS memerintah? Bukankah orang yang dikatakan miskin memang miskin sejak puluhan tahun dahulu dan semasa BN memerintah negeri itu. Kedah juga dikatakan miskin dibawah pemerintahan PAS tetapi negeri itu memang pun sebuah negeri yang miskin sejak BN memerintah berdekad-dekad yang lalu.

Pendeknya kitalah yang paling lazim berbuat sesuatu dengan bermotifkan politik. Apabila pihak lain hendak melakukan sesuatu yang disambut ramai pemimpin kita pula yang bertalu-talu menuduh perlakuan pihak lain itu yang bermotifkan politik. Oleh kerana motif itu menjadi lazim kepada kita, maka apa jua yang dilakukan oleh pihak lain itu sama seperti motif yang kita lakukan.

Kita tidak boleh menuduh pihak lain mencuri semata-mata pihak kita selalu mencuri. Kita juga tidak boleh menuduh orang lain berbohong semata-mata kita selalu berbohong. Kita tidak wajar menganggap orang lain rasuah semata-mata rasuah itu sudah menjadi budaya kepada cara hidup kita.

Saya dikritik dengan hebat oleh setengah pihak sambil menuduh yang saya menggalakan orang ramai menyertai Bersih. Apa yang saya lakukan tidak lebih dari tujuan mengelakan rakyat dari memusuhi pihak kita terutamanya di luar-luar bandar di mana kita masih berkubu. Pihak kita telah memberikan “estimate” yang begitu rendah terhadap mereka yang menentang kita dari isu Bersih ini.

Kita (Kerajaan BN) hanya disokong oleh penyokong fanatik semata-mata tetapi pihak pembangkang telah berjaya menjinakan pemikiran mereka yang di atas pagar yang kebanyakannya adalah dari mereka yang masih muda dan akan mengundi buat kali pertama.

Pemimpin kita masih terlekat kepada keyakinan yang kita boleh melakukan apa-apa yang berbentuk membendung kegiatan fisikal mereka tetapi tidak berusaha sepenuhnya untuk membendung pemikiran mereka untuk memihak atau mengekalkan sokongan mereka terhadap kita.

Kita masih sombong dan masih cenderung untuk menggunakan otot kita yang tidak seberapa kuat lagi itu untuk memaksa rakyat berfikir secara kita. Bagi saya saya hanya melakukan apa yang baik untuk pihak kita. pandangan saya tidak semestinya betul tetapi yang penting bagi saya, ialah untuk membuktikan kepada yang mengkritik saya dengan kuat itu supaya bersedia untuk melihat apa yang saya telah ini… kita akan menghadapi jalan sukar di hadapan.

Kalau dahulu kita boleh mengawal rakyat seperti mengawal lembu sekandang, zaman itu sudah berlalu. Yang penting kita wajar memulakan usaha untuk mengawal pandangan dan pemikiran rakyat dengan memperkayakan jiwa pemimpin dan mengelak dari memaparkan jiwa yang terlalu fakir untuk mentadbir rakyat yang kian berkembang pemikiran mereka.

Pergerakan mereka mungkin boleh dilokap, tetapi apa yang ada di dalam naluri mereka tidak mungkin mampu di lokap oleh Hishammuddin atau sesiapa."

Bukti UMNO Makin Terdesak Dengan Himpunan BERSIH 2,0....!!


Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR-MK

Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.

Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.

Rakyat Ikat Perut, PM Hidup Mewah...!!


Sewa Rumah PM,TPM RM 18,000.00 Sehari - HD

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Jangan Bertindak Sehingga Rakyat Naik Benci Pada UMNO....!!


PAS kesal dengan beberapa insiden uang bertentangan dengan hak asasi manusia dan bertentangan dengan nilai undang-undang. Tindakan menangkap mereka yang memakai baju bersih atau menjual baju bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan.

PAS Kesal tindakan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak puas hati dengan SPR. Akan bertukar kepada polis. Rakyat bukan menentang Polis, mereka berhimpun untuk membaiki sistem pilihanraya. Tindakan UMNO / BN yang menghalang himpunan dan bantahan rakyat jelas membuktikan bahawa mereka sanggup bersekonggkol dengan sistem yang punah demi servaival kuasa mereka.

Sehubungan itu pihak polis diharap agar melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat. Ujud kekhuatiran umum kerana difahamkan ada tiga kumpulan yang akan menyertai himpunan ini. Persoalan untuk apa mereka berhimpun ?. Namun dalam sistem demokrasi itu hak mereka. Tetapi pihak polis mestilah mengelak pertembungan sebagaimana yang mereka lakukan di hari penamaan calon. Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone. Maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar. Menjamin keselamatan rakyat.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
..

Cemerlang...Gemilang...Temberang....!!!


SUBSIDI RM74 BILION : KERAJAAN TIPU RAKYAT, KATA PAKAR – MK

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

Nota:

tanya sikit kat mak cik felda..
kalau beras tak ada ada
boleh rebus ketuanan melayu atau tidak..?

kalau duit anak nak sekolah tak ada
boleh jual ketuanan melayu atau tidak..?

orang melayu ini
pagi pagi ditipu majikan
tengah hari di tipu utusan
petang petang ditipu barisan
malam malam ditipu gerombolan
kah..kah...kah...

Jangan Lupa Esok..Program Dengan Abang Mat...!!


NOTA:

semua dijemput malam esok
datang untuk bermunajat

kemudian turut bersama
dengan ceramah mat sabu

Takkan Orang Muda Pun Selalu Nak Kena Tipu...??


LEBIH RAMAI ORANG MUDA DIBERI TEMPAT DALAM PIMPINAN KERAJAAN - UM

Najib Razak berkata, lebih ramai muka baru dalam kalangan orang muda akan diberi tempat dalam pimpinan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Najib, kerajaan pimpinannya ketika ini sangat memerlukan suara orang muda untuk terus bersama-sama dengan kerajaan.

"Saya percaya akan ada lebih banyak pengiktirafan untuk orang muda bila tiba masanya. Saya tak boleh buat perubahan besar tetapi apabila diberikan mandat, kita akan cuba melakukan perubahan.

"Kita perlu gabungan muka baru dan lama dalam kerajaan,'' katanya

Nota :

kah...Kah...Kah....
Semua ini bohong belake...
Apa sudah jadi dengan KJ..
KJ Ketua Pemuda UMNO pun tak di ambil sebagai menteri kabinet....
Cukuplah orang muda kena tipu...
Kah..Kah...Kah....

Awas...Jangan Mudah Terpedaya...!!


TIADA MANIPULASI UNDI POS : NAZRI AZIZ – BH

Dakwaan pihak pembangkang bahawa wujudnya manipulasi dalam proses undian pos adalah tidak benar sama sekali, terutamanya berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1999 dan 2008.

Mohamed Nazri Abdul Aziz, memberitahu persidang Dewan Rakyat hari ini bahawa pada pilihan raya umum 1999 dan 2008, kebanyakkan undi pos memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang ingin tahu mengenai statistik pengundi tentera yang bersara bertukar kepada pengundi awam.

Nazri berkata, seramai 3,894 anggota tentera yang bersara sudah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam sepanjang 2010.

Beliau juga berkata, anggota tentera perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa selepas bersara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir. - TIEWNAMA

Nota :

tak caya undi pos tipu?
sila baca di bawah ini


MENGAPA ISTERI TENTERA DALAM SENARAI UNDI POS – HD

Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai isteri tentera yang hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

Sedangkan katanya, mengikut seksyen 2 (b), isteri tentera diberi pilihan untuk mengundi awam dan tidak semestinya mengundi pos.

"Tapi apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita, ada beberapa pihak khususnya isteri tentera hilang undi awam.

"Walaupun layak mengundi awam tapi nama mereka diletakkan dalam senarai undi pos," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Tuntutan BERSIH Tak Ada Yang Pelik....!!

SPR ANGGAP TUNTUTAN BERSIH PELIK - UM

PUTRAJAYA 27 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 sebagai 'pelik' dalam usaha mewujudkan sistem pilihan raya yang adil di negara ini.

Pengerusinya, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, ini kerana empat daripadanya bukan dalam bidang kuasa SPR, satu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan manakala tiga lagi adalah antara usaha penambahbaikan yang sering dilakukan suruhanjaya itu.

''Bila saya baca dalam lapan tuntutan itu, ada sikit lain dan juga melibatkan kuasa kementerian lain. Saya juga menganggap perhimpunan pada 9 Julai ini tidak hanya kerana SPR sahaja," katanya.

Lapan tuntutan Bersih 2 meliputi antaranya desakan supaya membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus dan memperkukuhkan institusi awam.
Ditanya mengenai penggunaan dakwat kekal, Abd. Aziz berkata, ia sukar untuk dilaksanakan kerana melibatkan pindaan Perlembagaan.
-----------------------------------------------
woit… KALAU ITU PELIK…. INI LAGI PELIK….

kah kah kah…. LIHAT BERITA INI LAGI PELIK….