Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 2, 2011

Keputusan Penuh Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Kerajaan BN Terengganu Terus Membazir....!!



KUALA TERENGGANU - Seawal bulan Julai tahun 2008, beberapa bulan setelah ia siap, Bazaar Warisan, sebuah 'Gajah Putih' tinggalan Mantan Menteri Besar Idris Jusoh yang dibina dengan kos RM18.4 juta mula dibaiki kerana mengalami kerosakan.

Kerosakan agak besar kerana bahan yang digunakan tidak mengikut spesifikasi serta pendedahan kepada cuaca Monsun pantai Timur menyebabkan beberapa tiang kayu dan pemegang tagga kayu, lusuh dan tercabut

Pada Februari, 2009, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said mengumumkan pula beberapa pembaikian terhadap 'bangunan cantik' yang gagal menggamit pengunjung itu.

Sebagaimana dilaporkan media kerosakan yang berlaku adalah atap bocor dan mengindahkan persekitaran dan ia akan dilakukan secara berperingkat bertujuan menaikkan kembali imej bazar itu di mata pelancong.

Pada 4 September 2010 pula, Buletinonline melaporkn lagi, pembaikian yang agak utama, menokok tambah muka depan Bazaar tersebut yang sebelum ini tidak ada tangga pada muka pintu utamanya.

Hari ini, Rabu 1 Jun, 2011 tinjauan Buletin mendapati, pembikian sedang dilakukan lagi. Kali ini kelihatan beberapa pekerja mengganti kayu-kayu penghadang di balkoni, pada tingkat dua bangunan tersebut.

Penyu Di Tipu Lagi....!!


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta.

Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu.

(Gambar - Sejadah dikatakan disimpan di Stadium tertutup Gong Badak)

Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit.

Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00.

Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini.

Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau.

Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet.

“Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini.

“Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan. Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah,” ujarnya.

Selamat Bermuktamar....!!


1 Rejab 1432H / 3hb Jun 2011 (Jumaat)
3.00 petang Sidang bermula

AGENDA PERTAMA : Mengesahkan Peringatan Muktamar yang lalu

AGENDA KEDUA : Membentang dan menerima penyata dan laporan
• Laporan Tahunan PAS 2010-2011
• Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2010

AGENDA KETIGA : Pemilihan jawatan dalam parti (berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat)
9.00 malam : Persembahan Kebudayaan

2 Rejab 1432H / 4hb Jun 2011 (Sabtu)

8.30 pagi Sidang bermula

AGENDA KEEMPAT : Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan ucapan dasar
1.00 t/hari : Rehat dan Solat Zohor berjamaah
2.00 petang : Perbahasan ucapan dasar di sambung semula
4.30 petang : Rehat dan Solat Asar berjamaah
5.00 petang : Perbahasan ucapan dasar di sambung semula
6.30 petang : Rehat dan Solat Maghrib berjamaah
9.00 malam : Ceramah umum
12.00 t/malam : Rehat

3 Rejab 1432H / 5hb Jun 2011 (Ahad)

8.30 pagi Sidang bermula

AGENDA KELIMA : Membahas usul-usul
1.00 t/hari : Rehat dan Solat Zohor berjamaah

AGENDA KEENAM
: Penggulungan dan ucapan penangguhan
: Muktamar ditangguhkan
: Doa
: Bersurai

Rakyat Teganung Jugok Hok Bahang Taik....!!


Amat malang, Allah Swt mengurniakan negeri Terangganu dengan negeri yang cantik. Pantai yang indah, pulau-pulau yang menarik. Tanahnya subur serta sumber yang kaya. Minyak dan gas dinaikkan dari pantai Terengganu. Dan kini Terengganu bakal dinobatkan sebagai negeri sumber tenaga elektrik. Tetapi amat malang apabila ia dipimpin oleh parti Pencekik darah rakyat. Akal panjang sejengkal.

Apa yang rakyat dapat dari gah tersebut? Melainkan negeri yang menang berkokok aje tetapi rakyat menanggung beban. Rakyat Terengganu dapat minyak murah ke? Harga tong gas lebih murah ke? Elektrik dibekalkan dari tenaga hidro, dari sumber air ciptaan Tuhan dan Stesyen Jana Elektrik Paka yang dijana menggunakan gas yang didaratkan dipantai Terengganu dan diproses di GPP. Bukannya menggunakan arang batu yang diimport tetapi adakah rakyat Terengganu dikecualikan tariff elektrik baru?

Ada pemimpin dok sibuk bangunkan pulau waman dengan masjid Kristal 250 juta, monsoon Cup beratus juta, Pulau Kenyir 300juta dan pelbagai pembaziran kepada rakyat tetapi mengkayakan krooni pimpinan Umno-BN. Tinggallah rakyat menjadi antara negeri termiskin di Malaysia. Hanya digula-gulakan dengan wang Ehsan untuk mengekalkan Umno-BN dalam pilihanraya.

Bagi mereka kenaikan tariff elektrik tidak melibatkan apa-apa. Cuma sakit sikit aje. Sedangkan semua kilang yang membekalkan keperluan kepada rakyat menggunakan elektrik. Akhirnya rakyat akan menanggung semua kos pengeluaran. Sudahlah kos pengangkutan dengan kenaikan harga bahan api dan bahan asas makanan seperti gula juga dinaikkan.

Semua ini tidak akan berkesudahan kecuali Umno-BN disudahkan pada p’raya 13 nanti. Nak salahkan pimpinan Umno-BN sememangnya mereka adalah serigala. Yang masalahnya adalah rakyat Terengganu sendiri, bangsa ku ini! Butakah mata? Taknak buat perubahan kah?

Apa Khabar Orang Mesir...??


MUBARAK MASIH DIHOSPITAL ,BELUM BOLEH KE PENJARA – BH

KAHERAH 1 Jun - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak masih belum cukup pulih untuk dipindahkan ke penjara dari hospitalnya di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kata pendakwa raya negara hari ini.

“Selepas menjalankan pemeriksaan terhadap fail perubatan dan menilai peralatan di hospital di dalam penjara Tora, jawatankuasa membuat keputusan untuk tidak menghantar pesakit luar dari Sharm el-Sheikh buat masa ini,” kata pendakwaraya itu.

Mubarak telah ditahan di dalam hospital sejak 13 April lalu selepas dia dilaporkan mengalami serangan jantung ketika disoal-siasat tentang pembunuhan penunjuk perasaan dan penipuan. – AFP

NOTA:

ini lah berita yang paling ditakuti oleh madey
ini lah berita yang paling ditakuti oleh samy
inilah berita yang paling ditakuti oleh najib
inilah berita yang paling ditakuti oleh lee lion sik

ini berita gumbira untuk rakyat mesir
ini berita gumbira untuk rakyat arab
ini juga akan menjadi berita gumbira
untuk rakyat malaysia!

Jalan-Jalan..Cari Makan....!!


RASUAH SCORPENE KE PERANCHIS , PELUANG RAKYAT MELIHAT NAJIB DI TANGKAP – keadilan daily

Keputusan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membawa kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis, merupakan peluang kepada rakyat Malaysia mengetahui kebenaran di sebalik skandal itu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Lee Khai loon berkata, kerajaan selama ini menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai alasan tidak mendedahkan sebarang maklumat atau keputusan dalam perolehan senjata kepada orang awam, mahu pun ahli parlimen.

“Sebenarnya terdapat banyak kes-kes perolehan senjata yang tidak telus termasuk yang dibongkarkan oleh YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kes pembelian 6 buah Offshore Patrol Vessels yang bernilai RM 6 billion.

“Oleh itu, tindakan Suaram yang membawa kes rasuah ini ke Mahkamah Perancis seolah-olah membuka Pandora Box. Rakyat akan berpeluang untuk mengetahui kebenaran dalam kes rasuah yang selama ini ditutup dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, badan NGO sebelum ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat komisen besar 114 juta euro (RM493.53 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Nota :

jemputan untuk semua
jangan lupa berkumpul di sogo
di masjid kampong baru
di ibu pejabat pas di jalan raja laut
berkumpul dari jam 2.00 petang
pada 9 julai ini...

Hari-Hari Rakyat Kena Tipu...!!


MAJLIS PEGUAM: PUTRAJAYA HARUS , BOLEH DEDAH KANDUNGAN PPA - MI

Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee berkata kerajaan seharusnya dan boleh mendedahkan kandungan Perjanjian Belian Tenaga (PPA) di bawah lunas perundangan demi kepentingan awam.

Lim menambah, sebarang kesan perundangan akibat pendedahan klausa dalam PPA boleh diatasi oleh kerajaan persekutuan menerusi proses korporat dan deklarasi mudah yang menjamin syarikat utiliti kebangsaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kepentingan awam mengatasi soal perundangan, yang merupakan isu kedua,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Lim menjelaskan bahawa di bawah Akta Syarikat, kerajaan persekutuan dengan 36 peratus pegangannya dalam TNB boleh mengesyorkan satu mesyuarat agung luar biasa dan meminta lembaga pengarah syarikat mendedahkan maklumat berkaitan.

“Pada masa sekarang, dalam keadaan jika IPP (pengeluar-pengeluar tenaga bebas) mahu menyaman TNB untuk menuntut kesan kemudaratan akibat melanggar terma-terma kontrak, kerajaan boleh melindungi TNB,” katanya.

“Ia soal dasar. Kerajaan seharusnya membuat pendedahan menyeluruh. Kerajaan ada kuasa tawar-menawar yang mendalam,” katanya lagi.

NOTA:

jelas kerajaan ini kerajaan menipu rakyat
jelas kerajaan ini hanya mengkayakan kroni..
terbukti kerajaan ini menyusahkan rakyat

jawabnya kita turun pada 9 julai
tunjuk kemarahan...tunjuk kebencian

sila berkumpul jam 2.00 petang hari sabtu 9 julai 2011
sila berkumpul di sogo
sila berkumpul di masjid kampong baru
sila berkumpul di ibu pejabat pas jalan raja laut

laungkan semua kemarahan rakyat!