Sep 26, 2011
Bukti UMNO Sekarang Sedang Main "Cah Keting"...!!
DUNGUN - Perbalahan yang terus berlaku di kalangan pemimpin Umno di negeri Terengganu menyebabkan pembangunan dan kemajuan tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly dalam program yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 September lalu, Ahli Prlimen Dungun tidak hadir kerana berbalah dengan Ketua Umno Bahagian Dungun.
"Ketua (Umno) Bahagian Dungun dangan ahli parlimen Dungun tidak 'berlaga daun', itulah saudara tengok pelik gambar (program) di Dungun ini,
"gambar (sekiranya) ada ahli parlimen (ada) tidak ada (gambar) Ketua Bahagian, gamabr (kalau) ada Ketua Bahagian (tidak ada (gambar) Ketua Bahagian,"katanya dalam majlis ceramah sempena Hari Keluarga DUN Sura, pada Sabtu 24 September.
Katanya beliau mendapat salinan surat menyatakan program tersebut sepatutnya diadakan di KETENGAH berdasarkan permohonan ahli parlimen Dungun kepada TPM.
Tetapi, katanya, program tersebut dicantas oleh Ketua Umno Bahagian Dungun dan diadakan di 'Arena Square' dalam bandar Dungun.
"hari ini orang beri saya (satu) surat, kes ini sebb nak ajak TPM ke Dungun 20hb baru ni, dalam surat ini jemput TPM ke majlis pecah tanah yag dijadualkan bertempat i tapak projek di KETENGAH,
"tiba-tiba Ketua Umno Bahagian (Dungun) 'kerat' bawa mari (TPM) berjamu di tempat Arena Square,"jelasnya.
Sehubungan itu, Ustaz Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun menyeru supaya rakyat Dungun supaya menukar kerajaan dlam pilihanraya umum yang akan datang untuk melaksanakan pembangunan yang lebih baik.
Beliau berkata demikian ketika mengulas janji demi janji yang ditaburkan oleh pemimpin Umno berhubung pembinaan hospital Dungun yang tertangguh sekian lama.
"Timbalan Perdana Meneri datang ke Dungun (baru-baru ini) berjanji pula, hospital Dungun ini dia akan tengoklah kata dia, ramai dah yang (menabur) janji, bukan seorang dua, dalam Dewan (sidang DUN) berapa kali saya bangkit dah,
"Rancangan Malaysia ke-9 tidak berjalan (pembinaan hospital) rancangan Malaysia ke-10 tidak berjalan, kita kata kena tukar kerajaanlah, kita tunggu kerajaan Pakatan Rakyat (memerintah) kita buat hispital ini,"tegasnya.
Ceramah Mat Sabu Di Seremban Di Ganggu UMNO & PERKASA...!!
Kawalan Keselamatan ketika Timbalan Presiden PAS sedang menyampaikan ceramah
Demonstrasi Anti Mat Sabu oleh UMNO Seremban dan PERKASA
Mangsa balingan batu dan keganasan UMNO Seremban dan PERKASA
Nota :
Kepada sesiapa yang mengenali pakcik (berdarah di kepala) ini sila maklumkan kepada Pemuda Seremban dengan kadar yang segera. Terima kasih.
Perundangan Islam – Utamakan Mencegah Bukan Menghukum
Oleh : Dato' TG Nik Aziz Nik Mat
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14
Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa', ayat 13-14
Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah "Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman". Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.
Penelitian terhadap ayat-ayat tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, maka digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah. Malah dilabelkan pula sebagai undang-undang primitif yang ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam kehidupan manusia adalah disebut "hududullah" (hudud Allah).
Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui bersekedudukan tanpa berkahwin yang menyebabkan hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah. Nyata sekali, setiap perkara yang haram, melanggar perintah Allah SWT, maka dianggap melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Yang bermaksud : Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb. – Hadis riwayat Bukhari.
Kekeliruan
Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Maka hudud telah diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah. Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan: "Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan' dan "akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina." Paling dukacitanya, kata-kata itu terbit daripada bibir orang Islam sendiri. Sekalipun kata-kata itu sudah lama diucapkan, tetapi kesannya telah memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang Allah SWT.
Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.
Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh Islam. Natijahnya, Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.
Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim.
Saya yakin, sebahagian besar daripada masalah ini ialah kerana kejahilan terhadap keindahan undang-undang Islam itu sendiri. Justeru, Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Hududullah setiap tahun dan pada tahun ini pula diadakan seminar undang-undang syariah peringkat kebangsaan untuk memberikan pendedahan dari masa ke semasa kepada masyarakat agar apabila tiba saat dan masanya yang membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan dilaksanakan dengan penerimaan dan kefahaman daripada masyarakat yang sudah terdidik dengan maklumat-maklumat yang benar.
Optimis
Saya optimis, jika wajah sebenar undang-undang syariah didedahkan, tidak akan ada suara-suara sumbang yang menolak pelaksanaannya nanti. Kata cerdik pandai tidak kenal maka tidak cinta.
Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar seminar ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa dan hendaklah dibuka penyertaannya kepada penyertaan masyarakat non muslim untuk datang mendengar dan mengemukakan persoalan agar setiap kemusykilan dapat dijawab oleh para ilmuan bukannya diperdebatkan di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu politik yang bias.
Hasarat Kerajaan Negeri ialah untuk mempertingkatkan syiar Islam di Kelantan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau pesekutuan agar sama-sama bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat dengan berkerjasama menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing. Mudah-mudahan kehidupan kita semua ini akan mendapat ihsan dan keberkatan dariNya.
Firman Allah SWT :
ولْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya". –Surah Ali Imran, ayat 104.
Apa yang penting difahami bahawa hukum hudud ini bila dilaksanakan, bukannya pelaksananya adalah orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun setelah menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu. Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik.
Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Jika gejala penolakan ini tidak dibendung, saya bimbang menjadi satu trend yang sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap akidah umat Islam. Jangan merasakan ini sebagai satu isu yang mudah kerana mempertikaikan hukum hudud sebenarnya mempertikaikan Allah SWT.
Penegasan Allah
Sebagai mengingatkan kembali, hayatilah penegasan Allah mengenai hudud yang bertaraf "tilka" memberi makna kehormatan, ketinggian dan peringkat atasan dari segi keutamaannya. Bermakna ia perkara penting. Maka orang yang tidak menerima hudud Allah, orang itu adalah orang durhaka!
Hukuman-hukuman hudud akan dilaksanakan oleh orang yang pakar mengenainya. Penghukuman hudud ada orangnya yang kita panggil hakim. Ia adalah tugas hakim bukannya orang politik. Maka rakyat atau mereka yang ragu, tidak perlu bimbang.
Kita juga kena ingat balik kisah "riddah" pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah. Keputusan beliau ialah mengisytihar perang terhadap golongan riddah. Lalu Saidina Abu Bakar menegaskan: "Usahkan orang tidak mengeluarkan zakat, orang yang tidak beri 'tali hidung' ('iqal) unta, aku akan perangi mereka." Ia bermakna perbuatan yang bersifat durhaka itu tidak bolleh dibiarkan, kerana bila dibiarkan akan rosaklah masyarakat (orang ramai).
Sama juga, dengan seseorang itu yang membiarkan bacaan fatihah secara tidak betul tajwid, akan berterusan dengan tidak betul. Sedangkan kerana bacaan tidak betul itu, mwenyebabkan ia berubah makna atau menjadi makna yang tidak betul.
Akhirnya, rakaman tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah istiqomah dan sentiasa mengambil tanggungjawab menjayakan misi hududullah ini.
Olahan daripada :
Ucapan pada Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan,
Pada 22 Syawal 1432 bersamaan 20 September 2011,
Jam 10.40 pagi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Kenyataan Media Pemuda PAS...!!
1. Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.
2. Tahniah saya ucapkan kepada saudara Mohd Razizan bin Abd Razak yang telah mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Saya sangat menghormati sikap sedemikian dan telah saya sebutkan sebelum ini didalam kenyataan saya bahawa sewajarnya pihak pengarah dan pelakon Filem Hantu Bonceng iaitu saudara Mohd Idham dan Zizan memohon maaf kerana mencetus kekeliruan kepada masyarakat awam. Sekiranya mereka memohon maaf, mereka akan lebih dihormati.
3. Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini.
4. Bukan sahaja pada lafaz kalimah syahadah tetapi juga pada aksi - aksi yang lain seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, adegan tahyul dan sebagainya mesti dielakkan dalam dunia lakonan justeru ia menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat khasnya anak muda selain ianya bertentangan dengan hukum Islam.
Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah At-taubah, Ayat 65:
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan.
6. Dewan Pemuda PAS Malaysia senantiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kita kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya, namun Islam mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.
7. Saya percaya, masih terlalu luas ruang untuk seniman dan karyawan menghasilkan karya seni mereka tanpa melanggar batas syariat dan mencacatkan keindahan Islam. Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award di peringkat antarabangsa, seperti filem dari Iran "Under The Moonlight" yang memenangi 6 award diperingkat antarabangsa pada tahun 2001 yang lalu. Begitu juga filem "Children of Heaven" yang dicalonkan sebagai penerima anugerah oscar dalam Academy Award dan memenangi 10 lagi award di pelbagai peringkat antarabangsa.
8. Sudah sampai masanya, pengarah dan penerbit filem negara menghasilkan filem bermutu tinggi, mendidik minda dan sosio budaya masyarakat serta mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Bebaskan industri filem negara dari serkap filem yang rendah mutu, terkepong dalam realiti masyarakat yang tidak sepatutnya dibanggakan dan filem yang mengeksploit batang tubuh wanita, keseksian, kelucahan dan ketahyulan sebagai azimat pelaris tayangan di pawagam.
9. Saya mengingatkan demikian justeru berkarya juga berkait rapat dengan dosa pahala dan syurga neraka. Karya juga sebahagian dari medium pendidikan umum masyarakat yang berkesan kepada masyarakat. Maksudnya, berkarya dalam pelbagai lapangannya mestilah mengambil kira keredhaan Allah swt, bukan hanya menilai keuntungan dan sambutan bertaraf pecah gudang.
10. Dewan Pemuda PAS sedia membantu untuk mengangkat martabat industri filem negara dalam ruang yang boleh diambil oleh pemuda selama industri ini sedia untuk bebas dan dibebaskan dari pengaruh maksiat dan mungkar.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia.
Hudud & Kelantan...!!
Oleh : Prof Dr Abdul Aziz Bari
Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.
Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.
1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.
Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.
2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.
Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.
3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.
Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman facebook sendiri dan berdasrkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.
4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang bukan Islam. Jadi apa masalah?
Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.
Dan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.
Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.
5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.
Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.
Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.
6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.
Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.
Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.
Yang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.
Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.
Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.
Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.
Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.
8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.
Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.
Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.
9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.
Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.
10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.
11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)