Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 10, 2012

ISA + AUKU = Zalim....!!!


Pindaan AUKU benar pelajar sertai parti -MK

Pindaan ke atas undang-undang untuk memberi lebih kebebasan kepada pelajar untuk bergiat dalam parti politik dikemukakan ke Dewan Rakyat Hari ini.

Pindaan ke atas Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 itu membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik.

Bagaimanapun, pindaan itu menetapkan supaya pelajar yang mempunyai jawatan dalam parti politik dihalang daripada bertanding dalam pemilihan kampus dan memegang jawatan dalam pertubuhan pelajar di kampus.

Selain rang undang-undang pindaan AUKU, turut dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini ialah pindaan ke atas Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 dan Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.

Tunggu Apa Lagi....Jom Kita Penuhi Dataran Merdeka.....!!!


Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0 - MK

Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.

Program PGU Di Paka....Jangan Lupa...!!

UMNO Lebih Bahaya Dari Lynass...!!


Lynas yang dijangka akan memproses tanah tanih yang dibawa dari Australia itu akan meninggalkan sisa-sisa buangan itu di Negeri Pahang. Saintis dan profesor sains nuklear sudah banyak membuat penjelasan bahawa sisa-sisa buangan itu tidak berbahaya, tidak beradio-aktif dan sebagainya. Bahkan mereka juga beritahu kita kononnya pasir pasir dan batu batuan di dalam dinding rumah kita lebih tinggi sinaran radioaktifnya. Saintis dan profesor itu memang betul. Sinaran radioaktif dari dinding rumah kita lebih tinggi dari sinaran sisa Lynas itu.

Tetapi apakah perkara yang tak betulnya?

Hasil buangan Lynas dikelaskan sebagai sisa radioaktif, walau selemah mana pun kuasa sinaran dari sisa Lynas itu, apabila ia dikelaskan sebagai sisa radioaktif, maka peraturan untuk menjaganya adalah ketat. Ia perlu mengalami proses pelupusan yang betul secara saintifiknya. Berbeza dengan pasir pasir atau batu batuan di dinding rumah batu kita di mana tidak dikelaskan sebagai bahan sisa radioaktif. Walaupun kekuatan sinarannya agak kuat berbanding sinaran dari sisa Lynas. Inilah asas undang-undang yang ada. Dalam kontek ini, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO-NAJIB yang salah dari awal lagi kerana membenarkan sisa- sisa itu ditinggalkan di bumi Malaysia khasnya di Negeri Pahang.

Masyarakat perlu tahu, tanah tanih yang diproses di Lynas itu dikorek dan digali di Australia, akan diproses di Negeri Pahang dan buangan yang dikelaskan sebagai sisa radioaktif itu ditinggalkan di Negeri Pahang. Sementara hasilnya diambil dan dibawa balik ke Australia. Itulah perjanjian yang ada. Sebaliknya Lynas tidak berjanji dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk membawa balik sisa-sisa ke Australia. Inilah bahayanya UMNO, tidak ambil kira asas undang-undang dalam membuat keputusan melainkan untung wang ringgit semata-mata tanpa mengira nasib negara dan rakyat dalam jangka masa yang panjang.

Lynas Australia itu terlebih dahulu ingin membuka kilang mereka di India dan China, tetapi perjanjian India dan China ialah sisa buangan tidak boleh ditinggalkan di bumi India dan China, Lyna Australia mesti membawa balik sisa bersama-sama hasilnya sekali.

Tetapi Kerajaan Negeri Pahang UMNO-NAJIB tidak begitu. Ini menunjukkan UMNO itu lebih berbahaya dari sisa Lynas.

Dalam kontek yang lain pula, UMNO akan melakukan apa saja semata-mata untuk menang pilihanraya, walaupun pengundi yang memenangkan mereka itu adalah pendatang asing bangla, indo, kemboja, burma dan sebagainya. Mereka sanggup jadi ejen tipu paspot pendatang asing, mereka jadi pelindung kepada pendatang asing. Mereka juga jadi tukang edar IC kepada pendatang asing dan sebagainya. Semua ini kena tepat dengan apa yang berlaku dalam kes Lynas, UMNO tidak kira apa akan berlaku kepada warganegara asalkan mereka terus memerintah dan mendapat keuntungan kekayaan sendiri dari pemerintahan itu. "

Najib Yang Mesra Rakyat...!!


BATU PAHAT – Keberanian Pak Habib atau nama sebenarnya Syed Hamid Ali meredah halangan pihak berkuasa daripada menghampiri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatan kerja ke bandar ini dekat sini, i wajar diberikan pujian.

Ketua Cabang PKR Batu Pahat itu berkata, gara-gara ingin menyampaikan memorandum rakyat berhubung isu air beliau terpaksa melalui beberapa halangan manusia sebelum berjaya menyerahkan tuntutan rakyat kepada Najib.

”Aku dikeroyok dan bergelut dgn bbrapa org sb sebelum berjaya menyampaikan memo ttg air kepada najib yang mau ‘mesra’ dgn rakyat !
”Aku dihalang n bergelut dgn sb utk serah air kpd najib,” ujar beliau yang dipetik laman facebook rasminya.

Difahamkan, masalah bekalan air bersih masih merupakan isu yang menghantui penduduk daerah terbabit.

Selain dari kadar tarif yang tinggi, banyak lagi masalah yang tidak menyenangkan seperti air paip yang selalu keruh dan kadang-kadang berbau klorin, gangguan bekalan air tanpa notis, tekanan rendah dan lain-lain lagi.

”Ada pula sekelompok manusia yang seolah-olah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air. Mereka tinggal di Kampung Kelicap yang tidak jauh dari pusat bandar Batu Pahat. Selama-lamanya, mereka hidup dengan air hujan dan perigi sahaja !,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, empangan Bekok yang merupakan sumber utama penyaluran air telah diragui tahap kualitinya ekoran terdedah kepada pencerobohan dan pencemaran.

Malah beliau turut mendakwa, tahap kesihatan kira-kira 500,000 pengguna dikhuatiri terjejas akibat ancaman kesihatan akan dihadapi termasuk penyakit kronik dan barah.

Ibn Bacoks sebelum ini pernah menyiarkan kesulitan yang dialami penduduk Kampung Kelicap berhubung masalah tersebut yang tidak diperolehi sejak 50 tahun lalu.

Dalam pada itu, penduduk mendakwa sudak banyak kali permohonan dilakukan namun tiada sebarang perkembangan positif yang diterima.

Selain itu, air yang diperolehi penduduk hanya menggunakan sumber perigi malah menyedihkan lagi mereka turut bersusah payah berjalan sejauh 750 meter bagi mendapat bekalan daripada air bukit yang mengalir berdekatan dengan penempatan mereka.