Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 25, 2011

Undilah....Jangan Tidor...!!

Keris Telanjang UMNO Makan Tuan...!!


Hudud: Mat Sabu dakwa ‘keris Umno tikam tuan’-HD

KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat “keris makan tuan” apabila menerima tentangan daripada parti komponen perikatan itu.

Mohamad mendakwa sejak isu itu muncul semula minggu lalu, pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno turut diketengahkan, menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

“Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.
“Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud,” kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Mohamad berkata isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar daripada sejarah.

“Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

“Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam,” kata beliau sambil menambah, “lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud.”

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Muhyiddin berkata pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS.

“Isu yang disebutkan oleh Chua tak berbangkit. Jangan timbul syak wasangka dalam pemikiran masyarakat Cina dan lain-lain termasuk masyarakat Islam tentang perkara itu.

“Bagi saya, pendirian yang kita ambil itu bukan baru tetapi sejak beberapa kepimpinan sebelum ini,” katanya mengulas kenyataan Dr Chua bahawa MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud.

Sehubungan itu tegas Mohamad, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

“Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

“Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah,” kata beliau.

Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.

Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, “tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu.”

Kenyataan DS Anwar Tentang Hudud..!!

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Pilihanraya Olok- Olok : UMNO/BN Tewas Empat Kerusi Di Pasir Mas...!!


LAPORAN atau catatan majlis rumah terbuka terhad yang diadakan di rumah saya hari ini saya lewatkan sikit kerena ingin menyampaikan maklumat terbaru saya terima dua jam lalu. Rasanya maklumat ini lebih penting dan perlu disegerakan dari catatan majlis terbuka terhad di rumah saya itu.

Laporan yang disampikan ialah mengenai simulasi atau pilihan raya olak-olak yang diadakan oleh Umno Kelantan melibatkan bahagian Pasir Mas. Simulasi itu diadakan kelmarin dan berakhir semalam.

Simulasi itu melibatkan ketiga Dewan Undangan Negeri di Pasir Mas, iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong.

Menurut satu sumber hasil dari simulasi pilihan raya itu Umno hanya menang satu kerusi sahaja itu di Tendong. Dua kerusi lagi di Chetok dan Pengkalan Pasir tewas.

Ukuran ini dibuat berdasarkan kepada pandangan zahir mengenai jentera pilihan raya di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Kawasan Chetok, jentera pilihan raya tidak berapa aktif dan lembab manakala tidak sampai 300 orang yang mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan.

Kata sumber dalaman Umno itu faktor kelembaban itu ialah kerana di Chetok wujud tiga kumpulan dalam Umno yang bersaing sesama sendiri di antara orang bekas calon Kamaruzaman Che Harun dengan orang-orang Pengarah Dun Cehetok pada masa ini Johan Che Pa.

"Hanya orang Johan Che Pa saja yang menggerakkan jentera pilihan raya manakala orang-orang Kamaruziman jadi tukang memerhati," kata sumber kekenaan. "Tidak banyak bendera dacing dipasang dan pos pilihan raya juga hanya beberapa buah saja yang dibuka," tambah sumber berkenaan.

Selain dari faktor itu, satu lagi faktor menyebabkan pilihan raya percubaan di Dun Chetok itu dingin dan tidak berjaya kerana orang-orang Umno yang sebelum ini menyokong Dr Wan Suhaimi Wan Daud yang kini telah menyeberang ke parti PKR mengambil sikap mendiamkan diri.

Faktor orang Umno yang menjadi pengikut Dr Wan Suhaimi telah memberi impak besar kepada Umno Chetok khasnya dan Umno Pasir Mas amanya, kata sumber berkenaan.

"Dengan berlakunya perpecahan tiga puak inilah menyebabkan suasana pilihan raya olok-olok di Dun Chetok ini dingin dan lembab," tambah sumber berkenaan.

Hal yang sama juga berlaku di Dun Pengkalan Pasir di mana Dun ini disebut-sebut akan ditandingi oleh Ketua Bahagian Pasir Mas Hanafi Mamat dalam pilihan raya akan datang. Kata sumber itu yang menjadi pemantau pilihan raya olok-olok itu keadaan dalam Dun Pengkalan Pasir juga dingin.

Jelasnya beberapa ceramah yang dianjurkan sebagai kempen pilihan raya olok-olok itu tidak mendapat sambutan langsung. "Adalah dua tiga puluh orang yang hadir pada satu-satu majlis ceramah," tambahnya. Keadaan itu berlaku kata sumber itu mungkin disebabkan orang-orang di Dun Pengkalan Pasir terdiri dari pengundi elit di mana mereka merasakan tidak perlu mengambil bahagian dalam simulasi tersebut?

Berlainan dengan Dun Tendong, di mana pilihan raya olok-olok di kawasan itu mendapat sambutan agak menggalakkan. Jentera pilihan raya juga nampak kemas dan tersusun dengan baik.

Dun Tendong dikepalai oleh ketua wanita tidak berhadapan dengan banyak masalah dan perebutan untuk menjadi calon juga tidak berlaku. Bekas Adun Tendong Fauzi Mohamad juga katanya memberi sokongan menjayakan simulasi berkenaan.

Jadi kata sumber itu bedasarkan kepada maklumat dan perkembangan itu menunjukkan Umno akan kalah di dua Dun dalam parlimen Pasir Mas. Kekalahan di dua Dun itu juga akan membawa kekalahan Umno untuk kerusi Parlimen Pasir Mas.

Sebut sumber itu lagi letaklah tokoh hebat mana pun di Pasir Mas UBN kena mengaku kalah kepada Pas atau PKR ini termasuklah sekiranya Inchek Ibrahim Ali diambil bertanding atas tikit BN, BN tetap juga akan kalah.

Malahan kata sumber berkenaan yang juga merupakan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pasir Mas UBN akan lebih cepat lagi kalah sekiranya Ibrahim Ali menjadi calon parti itu. "Letaklah Ibrahim Ali atau datuk dan neneknya sekali pun, UBN akan kalah berdasarkan keputusan simulasi pilihan raya berkenaan

Najib-Rosmah Naik Bas Tapi Hampeh...!!


PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli ( kiri ).

Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. --foto BERNAMA

Berita melaporkan Najib-Rosmah menaiki bas dalam lawatannya ke Perak. Gambaran dalam kepala tentu bas yang dinaiki oleh rakyat biasa atau pun bas yang lebih baik sedikit. Kalau bas seperti di atas tak perlulah bising-bising. Nak 'goreng' rakyat patut-patutlah.

Bagaimana dapat merasai kesusahan rakyat, kalau begini basnya. Rakyat biasa sampai mati pun tentu tak dapat merasainya. Sepatutnya pemimpinlah merasai bas rakyat!! Hampeh!!!

UMNO Cukup Takut Dengan Hudud...!!


PETALING JAYA: Meskipun konsep hudud ditolak oleh rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat –DAP, namun PAS tetap nekad untuk melaksanakan hukuman hudud di negara Kelantan.
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul PAS malam tadi mempertahankan pendirian beliau di Kuala Terengganu.

Beliau menolak asas penentangan kumpulan yang menentang pelaksanaan hudud dengan mengibaratkan ketakutan mereka terhadap hudud umpama takutkan hantu yang tidak diketahui.

Beliau berhujah bahawa ideologi yang dipegang oleh kumpulan politik lain sama sekali tidak boleh digunakan sebagai asas peraturan berbanding dengan Islam.
Beliau dalam ucapannya mengibaratkan manusia sebagai lembu dan Allah sebagai tuan manusia untuk mengukuhkan hujahnya berkenaan hudud berdasarkan.

“Bagaimana manusia boleh buat peraturan untuk manusia hidup. Manusia tidak boleh buat peraturan untuk manusia, tapi yang boleh buat peraturan untuk manusia adalah ‘tukang’ (pencipta) yang buat manusia. Lembu tidak boleh jaga lembu, tapi yang boleh jaga lembu ‘tuan’ (pemilik) lembu.

Wajib pertahan hudud

“Al-Quran jadi dasar kita orang Islam. Sama ada orang Islam itu PAS atau tidak PAS, dasar kita orang Islam adalah al-Quran.

Justeru itu beliau menegaskan bahawa orang Islam wajib mempertahankan konsep negara Islam dan hukum hudud.

Namun, beliau mendedahkan bahawa masyarakat Cina lebih cenderung menyokong pelaksanaan hukuman hudud berbanding masyarakat Melayu.

“Saya pergi ke Perak dalam 15 tahun lalu, saya kata Cinalah yang paling utama sokong hudud. Ini kerana, orang curi tidak mencuri di rumah orang miskin tapi rumah orang kaya. Cina dengan melayu mana lebih kaya, tentulah Cina yang selalu kena rompak. Betul kata orang Cina kepada saya.

“Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam.