Jan 22, 2011
Undang-Undang SPR Yang Makin Pelik...!!
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar telah memberi taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang. Dalam taklimat ini, SPR tidak membenarkan sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding di pasang semasa tempoh berkempen.
Ini memberi maksud bahawa jika PAS sah menjadi wakil Pakatan Rakyat(PR) dalam pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22hb Januari 2011 ini, maka lambang parti DAP dan PKR serta gambar YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Sing tidak dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut. Yang dibenarkan hanya lambang parti PAS dan gambar pemimpin PAS seperti gambar Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.
Alasan yang diberikan oleh SPR adalah parti-parti pembangkang PAS, DAP dan PKAR masih tidak lagi mendaftar sebagai parti gabungan seperti Barisan Nasional(BN). Hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan memasang lambang parti dan gambar pemimpin mereka kerana parti tersebut sahaja yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen pilihan raya.
Persoalannya bagaimana pemimpin parti pembangkang seperti YB Dato Seri Anwar Ibrahim da YB Lim Kit Siang boleh berkempen tetapi gambarnya tidak boleh dipasang dan lambang partinya tidak boleh dipasang? Jika SPR mempunyai tafsiran bahawa hanya parti yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen sahaja yang boleh meletakkan lambangnya maka sepatutnya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang tidak dibenarkan berkempen di sana. Kedua-dua pemimpin ini perlu diharamkan berkempen di Tenang.
SPR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5). Perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihanraya menyatakan bahawa “ Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia –
a). memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri itu; dan
b). telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.
Perkara 24B(4) tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka. Sepatutnya calon atau wakil calon diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka. Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS,DAP, PAR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormatii hak kebebasan ini. Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya? SPR seharusnya terbuka dan berjiwa besar melayani pelanggan mereka. Kita bukan mahu melantik pengawas sekolah. Kita mahu melantik ahli dewan undangan Negeri(ADUN). Janganlah mentafsirkan undang-undang yang boleh ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah.
SPR membuat tafsiran bahawa lambang dan gambar pemimpin UMNO, MCA dan MIC boleh dipasang dalam pilihanraya kerana mereka sudah bergabung dalam BN sedangkan PAS, DAP dan PKR belum lagi di sahkan oleh ROS sebagai satu parti gabungan PR. Semua telah memaklumi bahawa PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses mendaftarkan sebagai parti gabungan PR. Ini memberi maksud bahawa PAS, DAP dan PKR merupakan ahli-ahli gabungan PR yang sedang menanti pihak kerajaan meluluskan sebagai badan gabungan.Oleh itu sudah sewajarnya SPR melayan sama rata antara BN dan PR.
Masalah yang saya bangkitkan ini adalah terlalu kecil dan telah bermula sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang lagi. Bantahan-bantahan telah dibuat kepada SPR semasa pilihanraya kecil tersebut. Maka SPR seharusnya lebih pro aktif mengatasi masalah ini. SPR seharusnya memikirkan isu-isu yang lebih besar lagi seperti penghapusan undi pos, penggunaan dakwat hitam, pendaftaran secara automatik, pembersihan daftar pemilih dan pengawalan keadah berkempen media arus perdana. SPR tidak perlulah membuat tafsiran-tafsiran undang-undang yang pelik sehingga rakyat bosan dan beranggapan SPR memihak kepada parti-parti tertentu dalam negara ini.
Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat...
PR Terus Menggempur DUN Tenang....!!
LABIS - Sempena hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada hari ini sebanyak lima ceramah mega akan diadakan .
Ceramah tersebut akan disampaikan oleh tokoh-tokoh besar Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PAS akan menyampaikan ceramah di Felda Cemplak, dimana kontinjen negeri Terengganu berkampung.
Manakala Anwar akan berada di tiga tempat: Felda Tenang, Taman Gunung Emas dan Kampung Sawah Baru
Selain itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji MohamadSabu akan menyampaikan ceramahnya di Felda Cemplak Barat, besama Hanipah Maidin, Dato' Teng Chai Kim dan YB Taufik Abdul Ghani.
Sementara itu, keadaan Labis yang sunyi sehingga jam 2.30 pagi tadi, menjadi sesak pada pagi ini apabila ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mula ytiba sejak jam 3.00 pagi.
Penamaan calon PRK Tenang yang diadakan pada hari Sabtu, dijangka menghimpunkan ramai penyokong baik Pakatan Rakyat mahu pun Barisan Nasional.
Pilihanraya DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya.
Pakatan rakyat telah memberi kepercayaan kepada PAS untuk bertanding dalam PRK Tenang, dan melakukan kejutan dengan meletakkan seorang calon wanita, anak tempatan, Cikgu Normala Sudirman
Puluhan Ribu Penyokong PR Hadir Pada Penamaan Calon DUN Tenang...!!
LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.
Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.
Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.
Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.
Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.
Lagi Cerita Rosmah Mansor...!!
Di Malaysia, kita kenal dgn Rosmah Mansor yang mengaku sebagai Wanita Pertama; di Tunisia, Wanita Pertama mereka adalah Leila Ben Ali.
Hari ini, media melaporkan bahawa Leila Ben Ali telah melarikan diri dari Tunisia dengan membawa bersama 1.5 tan jongkong emas bernilai £35juta.
Bagi yang maseh belum tahu, kerajaan Tunisia di bawah pimpinan Presiden Zine el Abidine baru saja ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat.
Leila Ben Ali dikenali sebagai seorang wanita yang bercitarasa tinggi; meminati kereta mewah, pakaian berjenama dan suka membeli belah di Dubai.
Leila Ben Ali dilahirkan pada 20 Julai 1957 dalam keluarga sederhana dan merupakan anak perempuan tunggal daripada 11 org adik beradik.
Leila Ben Ali mendapat pendidikan formal setakat peringkat rendah dan seterusnya bekerja sebagai pendandan rambut. Beliau berkahwin dengan Zine el Abidine pada 1992 dan dikurniakan tiga orang anak.
Dua penulis Perancis ada menulis sebuah buku "La regente de Carthage" yang memperincikan salahlaku rasuah Leila dalam pentadbiran Tunisia.
Leila Ben Ali seperti mana Rosmah Mansor turut aktif dalam aktiviti yang dilihat berunsur 'amal' dan bersifat 'manusiawi'.
Jika Rosmah menjawat Pengerusi BAKTI, Leila pula memegang jawatan selaku Presiden Organisasi Wanita Arab (AWO).
Leila juga merupakan Pengerusi Basma iaitu organisasi kebajikan yang berperanan untuk membantu golongan kurang upaya mendapatkan pekerjaan.
Pada Julai 2010, Leila Ben Ali menubuhkan SAIDA dengan tujuan membantu dan menyokong pesakit-pesakit barah di Tunisia.
Dalam tempoh menjawat pelbagai posisi istimewa ini, Leila kerap hadir menyampaikan ucapan dalam acara-acara rasmi kerajaan.
Selain mengiringi suami dalam lawatan rasmi ke luar negara, Leila juga kerap mewakili suaminya serta berucap dengan membaca teks ucapan suami.
Sosok seperti Leila Ben Ali kini sedang meningkat naik di Malaysia dan muncul dengan nama Rosmah Mansor. Minat, sikap dan perwatakan mereka hampir sama.
Jika Leila Ben Ali membawa lari 1.5 tan jongkong emas bernilai £35juta sejurus selepas digulingkan, apa pula yang bakal dicuri dan dilarikan oleh Rosmah Mansor seandainya ditakdirkan Barisan Nasional tumbang?
Cerita Rosmah Mansor...!!
Semakan yg aku buat di laman web Jabatan Perdana Menteri mendapati kini telah ditubuhkan satu bahagian baru yg tidak pernah ada sebelum ini iaitu Bahagian Wanita Pertama Negara yg disamarkan sebagai FLOM Division (First Lady of Malaysia Division). Boleh rujuk pautan ini:
http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947
Bahagian FLOM ini dibarisi oleh:
1. Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod - Pegawai Khas
2. Saleha binti Mohd Rabani - Pembantu Peribadi
3. G. Vimala - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas
4. Siti Zaiton binti Abdul Ghani - Pembantu Peribadi
5. Rizal bin Mansor - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas
6. Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas
Menurut seorang kawan aku yg bertugas di JPM, penubuhan Bahagian baru ini khas utk menguruskan urusan Rosmah Mansor, yg sebelum ini tidak pernah wujud.
Harap kau boleh dedahkan perkara ini kerana Isteri Perdana Menteri selayaknya tidak diperuntukkan utk memiliki satu Bahagian khas dlm JPM yg mana gaji para pegawai dibayar dgn menggunakan dana awam.
Subscribe to:
Posts (Atom)