Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 19, 2010

Bercakaplah Najib...Sebelum Kamu Di Larang Bercakap....!!!


KEPERITAN RAKYAT : CAKAP NAJIB HANYA RETORIK - HD

KUALA LUMPUR, 19 Sept: PAS menganggap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan supaya pemimpin perlu merasai derita rakyat, hanya retorik sahaja kerana ia menyimpang daripada tindakan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, realiti yang berlaku pada hari ini pemimpin negara yang memerintah 57 tahun setelah merdeka bukan memikirkan supaya rakyat miskin terbela dan kualiti hidup ditingkatkan.

Bahkan, katanya kemiskinan dan penderitaan rakyat ini telah menjadi umpan untuk memancing undi setiap kali pilihanraya.

“Nampaknya apabila selepas rakyat Malaysia mengajar pemimpin Barisan Nasional dalam pilihanraya 2008, baru mereka tahu tanggungjawab pemimpin mesti menyelami penderitaan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya mereka tidak pernah menyebut hal itu kerana mereka anggap apa sahaja mereka buat rakyat tetap undi mereka.

Semalam, katanya Datuk Seri Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor juga bercakap lebih kurang bahasa yang sama.

“Beliau mengingatkan kepada kerajaan supaya mengambil tahu penderitaan rakyat. Bimbang rakyat sudah merungut kos hidup semakin tinggi, beliau pun terasa dengan kenaikan harga beras RM18 ke RM25 sekampit,” katanya lagi.

Sedangkan, kata Idris PAS bersama dengan Pakatan Rakyat daripada awal lagi sudah memikirkan bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Ini, katanya kerana PAS menyedari bahawa menjadi pemimpin bukan untuk bermegah, tetapi satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

Buktinya, ujar beliau PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan begitu prihatin dengan penderitaan rakyat telah melaksanakan program kifalah untuk warga emas yang meninggal dunia.

Selain itu, tambahnya program ladang rakyat untuk diberikan deviden kepada mereka yang susah, begitu juga di Kedah dan Pulau Pinang melaksanakan program yang mengambil kira penderitaan rakyat.

Selangor, ujarnya negeri yang kaya dengan hasil ekonominya yang melimpah ruah telah memberi air percuma kepada semua rakyat dan merakyatkan limpahan ekonomi kepada mereka yang susah.

Menurutnya, program-program itu yang tidak pernah terfikir oleh pemimpin BN walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan selama 53 tahun.

Nota :

“Pada hal kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang mempunyai sumber kewangan yang terhad, tetapi masih mampu menyelami penderitaan rakyat....

“Sepatutnya pemimpin BN boleh menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat kalau mereka mahu...namun banyak program yang boleh mengangkat taraf hidup rakyat, telah dikhianati.”....

Bunuh Diri Atau Diri Di Bunuh...???

Sarina Jaafar mati sebab dia tahu sesuatu yang umum tidak tahu..?? - TK

Mengikut Kata Penulis : Notan

Kes pembunuhan Dato Sosilawati dan tiga yang lain nampaknya dikembangkan lagi oleh kematian rakan karib arwah,Sarina Jaafar yang dilapurkan TERGANTUNG DI DALAM BILIK TIDURNYA.

Ada kes bunuh dan bunuh diri seperti kes mantan ADUN dan pembantu peribadinya dulu.Tetapi Sarina ialah orang Islam yang faham hukum jadi lapuran membunuh diri sebegini meragukan dan sekaligus meletakkan kes ini dalam mistri yang berpanjangan yang mungkin tidak akan dapat dirungkai oleh polis walaupun melanjutkan tempoh tahanan reman suspek.

Sarina seperti diberitahu oleh anaknya pernah meluahkan rasa sedihnya dengan pembunuhan Dato Sosilawati tetapi rasa sedih yang diluahkan bukanlah satu hujah yang kuat untuk dia membunuh diri.

Rasa sedih itu juga mungkin kerana dia tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh umum dan mungkin juga menerima ugutan yang menyebabkan kehidupannya tidak tenteram, itulah mungkin bentuk rasa sedih Sarina yang menyebabkan dia membunuh diri.

Atau mungkin juga Sarina Jaafar tidak membunuh diri tetapi dibunuh untuk menghalang sesuatu skandal atau apa jua sebab kematian Dato Sosilawati terbongkar.Sarina kemudian dibuat untuk kelihatan seperti membunuh diri, namun apa jua yang sebenarnya berlaku, penulis yakin polis mengetahuinya.

Apa yang dinanti sekarang ini ialah pembongkaran kepada skandal atau urusniaga haram yang menyebabkan kematian Dato Sosilawati dan tiga yang lain yang melibatkan VVIP dari pasukan pemerintah.Kematian Sarina mengukuhkan teori bahawa peguam yang pernah didakwa diiringi polis dan peguam yang didakwa menggunakan dato palsu itu hanyalah kambing hitam dalam kes pembunuhan ini.

Nota :

Ada sesuatu yang tidak diketahui oleh umum tetapi mungkin diketahui oleh Sarina Jaafar dan mungkin beberapa orang lain....

Sementara polis yang turut dicabar dengan kes dera amah Indonesia di Penang dan kehilangan jutawan India sedang diperhatikan rakyat dan terpulang kepada mereka sama ada mahu terus terhina menjadi barua atau mahu keadilan dan kebenaran ditegakkan kepada rakyat keseluruhannya.

Walau apapun Polis mengetahui apa yang berlaku, itulah keyakinan rakyat....

Hati-Hati Bila Si Munafik Cuba Berlagak Alim...!!!


PULAU PINANG DIMINTA PERJELAS SUMBER EHSAN - MK

Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.

Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.

"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita.
--------------------------------------------------------------
Woitttt.......EEEEE...!!! SEJAK BILA PULAK JADI MACAM NI....???

Kah...Kah.....KALAU MACAM TU ELOK LAH PS DI BUBARKAN....!!!!

Kah...Kah....SEJAK BILA PULAK UMNO TAK SUKA BENDA HARAM NI....???

Kah...Kah....SEJAK DARI DULU SAMPAI LA NING....SEMUA GAJI KAKI TANGAN KERAJAAN ADA CAMPUR DUIT HARAM......

Woittttt......KERAJAAN DOK BANTAI CUKAI TOTO....CUKAI GENTING.....UNTUK APA..??

Woitttt......KERAJAAN DOK TIBAI CUKAI KEDAI JUAL ARAK..UNTUK APA..???

Kah...Kah....PEMBUAT ARAK DAN BEER DOK BAYAR LESEN TIAP-TIAP TAHUN.....

Kah...Kah....KALAU HOTEL PULAK SIAP ADA JUAL LENDIR CHINA...INDIA...MELAYU...

Kah...Kah....INI SEMUA UNTUK APA...??? KALAU BUKAN UNTUK BAYAR GAJI KAKITANGANNYA...

Kah...Kah....TAK KAN HANYA NAK SIASAT & NAMPAK KAT PULAU PINANG SAJA.....

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH...ADA HIKMAHNYA DAP MENANG DI PULAU PINANG...SEBAB UMNO PUN CUBA NAK JADI BAIK..BELAJAR ILMU DAN TAHU SOAL HALAL HARAM.....

Bodek Sampai Mampus....!!!

Patung Imam Khalifah Agung Mahaguru Pawangga Dato' Seri Najib Razak Sedang Berdiri Megah...

NAJIB DILANTIK IMAM KHALIFAH AGUNG PSSGM - UM

Najib Razak akan menerima anugerah Seri Mahkota Agung Seri Pelangi daripada Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) yang membawa gelaran Imam Khalifah Agung pada 2 Oktober ini.

Yang Dipertua PSSGM, Adiwijaya Abdullah berkata, Najib dipilih kerana peranannya sebagai pemimpin Melayu yang mampu memperkasakan lagi persatuan tersebut dalam kalangan masyarakat.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah....KAT MALAYSIA NI MACAM-MACAM ADA....!!!

Woitttttt....DAPAT GELARAN IMAM KHALIFAH PULAK DAH......

Kah...Kah....IMAM KAHLIFAH AGUNG....??? KAH...KAH...KAH..

Kah...Kah....KALAU MACAM TU...NAMA KUALA LUMPUR PUN KENA TUKAR JADI AL BAGHDADI AL LUMPURI....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...KALAU YANG JANTAN DI PANGGIL KHALIFAH.....YANG BETINA NAK PANGGIL APA....?? YANG BETINA KITA PANGGIL KHALITIT...KAH...KAH....KAH...!!!!

Kalau Nak Marahkan Nyamuk..Janganlah Bakar Kelambu...!!!


GAMBAR: Ahli Pekida membakar kain pemidang di Ampang hari ini mengecam Majlis Peguam kononnya cuai hingga menyebabkan jutawan Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh. — Foto Bernama
------------------------------------------------------------------
Kah...Kah....INI DAH JADI BERITA YANG AMAT PELIK LAGI MELIK....!!!

Kah...Kah....INI KES BETUL-BETUL MARAH ATAUPUN SAH MEMANG BETUL-BETUL BANGANG....

Woittttt.....MACAM MANA PULAK MAJLIS PEGUAM YANG SALAH....???

Kah...Kah... BILA PULAK MAJLIS PEGUAM DAH BERTUKAR JADI POLIS....???

Kah...Kah...MAKCIK KAT FELDA PUN TAHU...YANG PATUT MENYIASAT ADALAH POLIS... BUKAN PEGUAM...

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...INI LAH DIA SPESIS YANG BODOH TAK BOLEH NAK AJAR...KALAU CERDIK TAK BOLEH NAK TUMPANG.....

Belum Apa-Apa Dah Lembik.....!!!


KU NAN NAFI KOMPONEN BN AMBIL PENDIRIAN JAUHI PERKASA - MInsider

Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan rakan-rakannya dari Barisan Nasional (BN) pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.

Penafian beliau itu muncul sehari selepas Najib Razak kelmarin bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.

Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.

Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.
---------------------------------------------------------
Woitttt.....INI BARU ANAK BUAH BERAHING YANG BAGI AMARAN.....

Kah....Kah...NAMPAKNYA KU NAN DAH KECUT TELUR....HARAP BADAN JE BESAR...PENAKUT RUPANYA...

Kah...Kah...ITU BELUM LAGI MAHAGURU BRAHING YANG BAGI AMARAN BAGI AMARAN.....

Kah...Kah...KALAU SI BRAHING BERI AMARAN...YANG KERAS MENEGANG TERUS JADI LEMBIK...

Kah...Kah....BISA TAK BISA SI BRAHING NI...MENANTU AYAH PUN KALAH DIA TIBAI...

Kah...Kah....CAMPUR PULAK DENGAN AMARAN DARI PENDITA MADEY...LAGI LA DAHSYAT.....

Woittttt... AIMAN TAK KISAH...KALAU PENDITA MADEY BAGI AMARAN...ITU MENANDAKAN YANG MALIKUL SEMBAB AKAN NAIK JADI PM...

Nota:

Bila pulak Si Adnan ini bertukar jadi tengku...??
Ini kena kerabat belah mana ni...???
Berapa sekilo harga harga tengku sekarang...??
Nam pun nok lebong gok...Kah...Kah...Kah...!!!

Watimang..Watimang ..Landak....!!!


KUALA TERENGGANU - Sebuah kerajaan yang baik, melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat berdasarkan suatu 'justifikasi' (pertimbangan), projek tersebut adalah diperlukan oleh rakyat dan memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.

Namun begitu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal Dr Alias Razak, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said hanya melaksanakan pembangunan berdasarkan 'ikut suka aku'.

"Betapa kerajaan Umno/BN pimpinan Ahmad Said buat kerja (pembangunan) tidak ada suatu pertimbangan. (kalau) dalam istilah pentadbiran(nya) tidak ada justifikasi., dia buat ikut suka dia,

"apabila nak buat projek dalam (satu-satu) pentadbiran, kita buat justifikasi dulu, harga satu hal, tapi kepentiingan dan keperluan projek (itu) untuk rakyat, itu adalah (amat) penting,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga PAS Cawangan Tuan Mandak dekat sini semalam.

Menurutnya, sekiranya projek itu adalah perlu dan penting kepada rakyat, tidak kira samada mahal atau murah, jimat atau tidak menjimatkan, sesuatu projek itu mestilah dilaksanakan.

Beliau yang juuga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menegaskan, walaupun mungkin kos projek tersebut lebih mahal sebanyak RM50 juta tetapi ia menyelesaikan masalah rakyat, maka kerajaan mesti melaksanakannya.

"(Projek) yang menyelesaikan masalah rakyat, yang rakyat perlu sangat, kerajaan mesti kena buat, itulah namanya justifikasi dan sepatutnya rancangan kerajaan bergantung kepada justifikasi ini,

"keperluan rakyat diutamakan, bukan keperluang kroni, bukan peluang untuk mengaut kekayaan untuk 'aku', kerana projek ini boleh ke orang, tak boleh ke aku, aku batal hok orang, bukan (begitu) sebenarnya,"tegasnya.

Menurutnya, kenyataan Ahmad Said, Menteri Besar membatalkan projek pembinaan jambatan dari Losong ke Pulau Sekati dan terus ke Teluk Pasu adalah satu contoh keputusan kerajaan yang tidak ada justifikasi.

Selain itu, pembangunan gerai jualan buah di Batu Enam atas rezab jalan menunjukkan kerajaan gagal mengambil kira kepentingan rakyat, menjadikan pekan tersebut bertambah sesak

Nota :

Itu baru masalah projek....tak masuk lagi masalah agama...
Masalah Hukum-hakam pun UMNO Terengganu juga gagal untuk menjustifikasi secara yang betul...
Gagal untuk justifikasi sesuatu perkara berpandukan kepada Al-Quran,Hadis & Qias...
Semuanya main hentam ikut akal sendiri...
Tak boleh nak beza samada yang halam atau haram....

1 malaysia Duit Di Utamakan...Rakyat Di Dungukan...!!!


Hospital Dungun Di tangguh Lagi - BO

KUALA TERENGGANU - Pembinaan hospital baru bagi menggantikan Hospital Dungun yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini terpaksa ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Abdul Rahman Mokhtar berkata, ini berikutan peruntukan bagi pembinaannya masih belum diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kerajaan negeri mengklasifikasikan projek tersebut sebagai keperluan yang amat mendesak dan berharap permulaan RMK-10 dapat memberi keutamaan kepada projek tersebut," katanya dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian berikutan rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an.

Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu.

Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit.

Menurut Abdul Rahman, urusan pengambilalihan dan pembayaran sebidang tanah di Kampung Che Lijah sebagai tapak pembinaan hospital baru telah selesai dilakukan.

Nota :

Sikap UMNO/BN memang macam ni....
Kalau berbelanja untuk kebaikkan rakyat...memang di lengahkan
Kalau soal pungut cukai dari rakyat..memang cepat...
Tak cukup dengan cukai...saman rakyat...
Semuanya untuk mengambil duit dari rakyat...
Jadi..kepada seluruh rakyat...marilah kita tukar kerjaan yang ada...
Kepada part baru iaitu ..PAKATAN RAKYAT...!!!
Yang ini berulah betul-betul dapat membela rakyat...!!!!