Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 5, 2011

Kera Di Hutan Di Susukan...Anak Di Rumah Kelaparan....!!


KELAB PUTERA PERLU TANGGUNGJAWAB KEMATIAN JURUKAMERA, KATA SAUDARA -MI

Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera satu Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera satu Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepadaThe Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.

Nota :

DARI FACE BOOK ZUNAR

Kita bersedih dan ucap takziah kepada keluarga Noramfaizul tetapi Umno dan Putra satu Malaysia mesti bertanggunjawab atas kematian beliau kerana: 1. Petugas media di dalam kumpulan itu tiada jaket kalis peluru, 2. Jip mereka tidak ditandakan dengan perkataan MEDIA bagi mengelak serangan 3. Serangan dilakukan oleh African Union Peacekeepers (AUP)! (Ertinya mereka tidak memaklumkan kehadiran mereka kepada AUP yang memantau misi keamanan di situ!


Breaking News...!!

Pejuang Bangsa

Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas

Nota :

pesanan ringkas diatas
tanpa suntingan ini diterima oleh Abang Mat Sabu
pesanan ini dihantar oleh adik Mat Indra
yang bernama Baharum yang tinggal di cheras

Cakap Berjela-Jela..Kumpul Taik Berhela-Hela....!!


BALU POLIS BUKIT KEPONG MOHON DIBERI PENCEN - MStar

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.
----------------------------------------------------
woit...BN SUDAH KANTOI.....

kah kah kah...BN SUDAH MANTOI....

kah kah kah...CAKAP BERDEKAH DEKAH.... TERBERAK DALAM LUKAH.....

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH....CAKAP BERJELA JELA.... KUMPUL TAIK BERHELA HELA....

nota:

ini baru satu kes tipu
berapa banyak lagi yang belum muncul
inilah kesah ketuanan melayu
kah kah kah

Ciplak : Bukan Bendera Malaysia Sahaja, Bendera KL Pun Sama...!!

Bendera Equador Bendera Columbia Bendera Venezuela Bendera KL

Sejak akhir-akhir ini apabila tibanya 31 Ogos, maka akan bergemalah kembali tentang keciplakan bendera Malaysia dari bendera negara Amerika Syarikat. Perkara ini memanglah tidak dapat dinafikan lagi kerana kedua-dua bendera tersebut saling tak tumpah.

Sebenarnya ada sebuah lagi negara yang benderanya juga hampir sama dengan bendera Amerika iaitu negara Liberia. Negara tersebut memilih bendera yang diadaptasi dari bendera Negara Uncle Sam tersebut ada asas dan justifikasinya. Negara Liberia sebenarnya ditubuh dan dibangunkan oleh bekas-bekas hamba abdi yang dimerdekakan oleh tuan-tuan mereka di Amerika. Lalu mereka pulang ke Afrika dan menubuhkan negara Liberia (Liberation = pembebasan). Lalu apa pula hubungan sejarahnya Malaysia dengan Amerika yang mempunya bendera yang begitu mirip?

Sebenarnya ramai yang tidak kisah dan ambil peduli tentang perkara ini kerana benda telahpun diterima dan bendera Malaysiapun telah lama berkibar. Biarlah benda ni menjadi bahan sejarah negara kita.

Namun, apabila bendera Kuala Lumpur yang baru diperkenalkan, saya menjadi terkejut! Kenapa rekabentuknya saling tak tumpah dengan bendera beberapa negara Amerika Selatan!

Untuk pengetahuan kita semua, bendera yang di atas sekali adalah bendera Columbia, diikuti oleh Equador, Venezuela (paling mirip) dan yang dibawah sekali adalah bendera Kuala Lumpur.

Cuba bandingkan dari segi jalur dan warnanya, semuanya sama. Yang berbeza hanyalah logonya saja. Negara-negara Amerika Selatan yang berjiran tersebut tentulah mempunya hubungan sejarah dan budayanya yang menyebabkan mereka memilih corak bendera yang hampir sama. Tapi kenapa pula bendera Kuala Lumpur juga memilih corak dan warna yang sama? Entahlah......nak kata ciplak nanti ada pula orang yang marah dan kata tidak patriotik.....LU PIKIR LA SENDIRI!

Malapetaka Gara-Gara Menciplak Bendera...!!



Bendera Malaysia Punca Jurugambar BERNAMA DiTembak

Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.

"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA

Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini.

Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan' lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu 'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?'.

Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng.

Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya kami berjaya menjejaki adik Mat Indera iaitu Pakcik Johan atau nama penuhnya Johan bin Indera. Pakcik Johan kini menetap di Yong Peng, Johor. Sebaik kami tiba di hadapan rumahnya, sebatang bendera Malaysia yang diikat pada tiang rumahnya berkibar megah. Begitu tinggi sekali semangat cintakan negara di dalam diri adik Mat Indera ini, walaupun abangnya ketika ini sedang dihamun sebagai pengkhianat negara dan komunis namun ia tidak memudarkan semangat kecintaan beliau terhadap perayaan Hari Kemerdekaan. Belum tentu rumah anak-anak kepada Bapa Kemerdekaan sendiri ada memasang Bendera Malaysia ketika ini. Belum lagi rumah pak menteri!.

Mat Indera BUKAN KOMUNIS

Persoalan awal kami sebaik memulakan bicara ialah 'Betulkah Mat Indera adalah pengkhianat kepada negara seperti dakwaan sesetangah piak?'.

'TIDAK. Dan saya tidak percaya Mat Indera komunis. Mustahil Mat Indera komunis kerana bapa saudara kami, Yahya sendiri dibunuh oleh komunis.' penafian yang tegas dari Pak Johan.

Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera

Dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan jawapan kepada 'persoalan utama' itu, sehingga kami terlupa untuk mengenali Mat Indera lebih dekat. Menurut Pak Johan, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu. Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.

Kekasih MAT INDERA

Permulaan kehidupan beliau sebagai guru agama, adalah dengan mula mengajar di Sekolah Agama Bandar Pontian sebelum berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Ketika berpindah di Muar, keluarga Mat Indera tinggal di Bakri,Muar beralamat di No. 56-1. Mat Indera juga pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin. Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar.

Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bersama kami, walaupun Mat Indera tidak berkahwin dan mempunyai waris. Namun Mat Indera pernah berkawan dengan anak Tok Guru Haji Yassin, Noraini Yassin yang juga kakak kepada TPM Muhyiddin Yassin. Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor. Selepas perhubungan mereka tidak direstui oleh bapanya, Mat Indera berkawan pula dengan seorang gadis bernama Azizah Daud. Namun perhubungan mereka juga tidak berpanjangan.


Bersambung..nantikan SIRI 2 - 1. Permulaan masuk hutan
2. Misteri WASIAT Mat Indera

Yayasan Warisan Johor Iktiraf 'Mat Indera' Sebagai Pejuang


Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah.

Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.
Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak, negeri Umno terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan, kenapa kita masih tak mahu mengerti?

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Wikileaks: Apa Cara Pun Anwar Akan Didapati Bersalah...!!


"Berdasarkan penilaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

Perkara itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh portal Wikileaks yang juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin utama Umno memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

"Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah," kata kabel, yang telah dihantar kepada Jabatan Negara Amerika di Washington dua tahun lalu oleh Duta James R Keith.

"Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013," kata kabel itu.

Menurut Keith, senario itu berlaku semasa bulan-bulan awal kes itu dibicarakan terutamanya menjelang tarikh September 2008, di mana Anwar sepatutnya mengambil alih Putrajaya, tetapi kesannya berkurangan sejak itu.

Kabel yang bertajuk 'Perbicaraan liwat II Anwar Ibrahim' memberi tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam “apa cara sekalipun” Anwar akan didapati bersalah.

Senario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.

Sumber : Malaysiakini

Nota :

Seluruh hidupan yang hidup di alam maya ini sudah menyedari hakikat itu. Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan. Hakikat ini sesiapa pun tidak boleh dinafikan hatta peguam bela Anwar sendiri. Seandainya Allah swt mengutus Nabi atau malaikat bagi membantu Anwar, Anwat tetap didapati bersalah dan dipenjarakan kerana regim Najib serupa format pemerintahannya dengan dengan format penguasaan Abu Jahal menguasai Makkah dan penguasaan Firuan ke atas penduduk Mesir. Tiada bezanya. Mereka serupa dalam konteks ‘hubungan kuasa-kedudukan-kekayaan’.

Proses perbicaraan yang berlangsung selama ini adalah bagi memenuhi aspek perundangan semata-mata kerana kehidupan manusia moden kini di kawal oleh undang-undang dan peraturan. Jadi, regim Najib sebelum memenjarakan Anwar, beliau terpaksa memenuhi piawaian atau standard tersebut, sedangkan beliau telah membuat keputusan dan keputusan tersebut sudah siap diskripkan dan bersedia untuk diumumkan apabila proses perbicaraan telah tamat. Begitu juga proses perundangan selanjutnya, Anwar akan tetap gagal.

Keputusan hakim berdasarkan survivial politik regim Najib dan UMNO, bukan berasaskan kepada faktor-faktor keadilan, kebebasan dan kebenaran. Segalanya diformatkan sebegitu rupa bagi membolehkan Anwar didapati bersalah. Kemenangan Anwar membawa pada pada Najib dan UMNO.

Anwar boleh diselamatkan melalui dua cara. Pertama, Pakatan Rakyat dapat menewaskan UMNO melalui PRU ke-13 (adalah amat sukar UMNO ditewaskan melalui pilihan raya kerana tidak ada mana-mana Negara yang diperintah oleh regim diktator dunia seperti regim Najib dijatuhkan melalui pilihan raya atau melalui jalan raya yang Berjaya menumbangkan regim-regim dictator dunia).

Kedua, Anwar mengangkat bendera putih. Menyerah kalah dan kembali menyokong UMNO seperti yang dilakukan oleh kumpulan BABI dan ANJING-ANJING lakukan sekarang. Atau Anwar berundur dari terus dar aktif dalam politik menentang UMNO.

Sambutan Hari Raya Sultan Muhamad V...!!


"Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini merupakan kali pertama Sultan Muhammad Ke-V menyambutnya bersama rakyat Kelantan selaku Sultan Kelantan.

Seperti lazimnya, program pertama Sultan Muhammad Ke-V di pagi raya adalah menunaikan solat Aidil Fitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pada jam 8.30 pagi.

Pada jam 9.30 pagi pula, Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk berangkat ke Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, untuk menziarahi makam-makam keluarga diraja.

Ini diikuti oleh keberangkatan Baginda untuk berhari raya bersama rakyat di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 10.30 pagi. Pada tahun ini acara ini telah dititah supaya dipindahkan dari Istana Balai Besar, Kota Bharu, ke Istana Negeri, Kubang Kerian, yang lebih luas bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat berhari raya bersama Baginda. Alhamdulillah, titah ini adalah satu titah yang tepat kerana lebih ramai rakyat hadir ke acara ini pada kali ini. Selain bersalaman dan beramah-mesra, Baginda juga telah memperkenankan permintaan rakyat untuk bergambar bersama Baginda.

Pada jam 5.00 petang, Baginda telah berkenan untuk menerima menghadap Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Setelah majlis penghadapan tersebut selesai pada jam 5.30 petang, Baginda telah membuat keputusan mengejut untuk turut berangkat menunaikan solat ke atas jenazah mudir Pondok Terusan, Pasir Tumboh, Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.10 tengahari sebelumnya (arwah Tuan Guru Haji Hashim juga telah Baginda anugerahkan dengan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) pada tahun lalu bagi menghargai sumbangan besar beliau kepada rakyat). Sesungguhnya inilah salah satu bukti kecintaan Baginda terhadap para ulama'.

Sebelum itu, pada hari terakhir Ramadhan, Baginda juga telah mengejutkan jama'ah di Masjid Telipot, Kota Bharu, yang turut meliputi ramai anak perantau yang telah selamat kembali ke kampung halaman apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul untuk menunaikan solat sunat dan solat Subuh di sana tanpa sebarang protokol dan pengumuman serta tanpa diiringi oleh mana-mana pegawai seperti lazimnya. Kehadiran Baginda yang hanya disedari setelah Baginda selesai menunaikan solat sunat ternyata menggembirakan jamaah yang memenuhi ruang masjid itu yang telah mengambil kesempatan itu untuk berbaris panjang bagi bersalam dengan Baginda setelah Baginda selesai menunaikan solat Subuh.

Bersama-sama ini disertakan sebahagian foto sambutan hari raya Sultan Muhammad Ke-V untuk tatapan pengunjung blog. Selamat hari raya, maaf zahir batin, untuk semua.