Dec 1, 2011
Jawapan Saifuddin Kepada Ucapan Shahrizat...!!
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.
Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin
"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.
"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.
"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.
"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.
"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat," katanya lagi.
Saifuddin dalam pada itu turut mendakwa, penganugerahan projek berkenaan juga "tidak telus dan menyeleweng" kerana cadangan projek berkenaan dicedok daripada satu kertas cadangan.
Bezanya, kata beliau, cadangan berkenaan langsung tidak memerlukan suntikan modal kerajaan tetapi hanya memerlukan tanah kerajaan untuk disewa.
Syarikat yang tidak dinamakan itu juga bercadang untuk membiak baka lembu berkenaan dengan baka import, berbanding usaha NFC yang hanya "menggemukkan" lembu yang diimport sebelum disembelih dan dijual.
"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.
"Anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.
"Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat," katanya yang mahu perdana menteri bertanggungjawab.
Saifuddin (kanan) berkata, perdana menteri perlu bertanggungjawab selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi "kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha."MK
Lembu Pun Pandai Naik Mercedes Benz...!!
"PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.
Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.
"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.
Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.
Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.
Ayahnda Di Medan Jihad...Anaknda Di Medan Seni...!!
Datuk Seri Muhyidin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO amat berbangga dengan kejayaan anaknya yang dianugerahkan Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go) Anugerah Industri Muzik Malaysia 2011 ke-18 (AIM18) baru ini.
Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu bila dikaitkan menang atas populariti bapanya.
"Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja,” katanya.
"Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini.
Ada lagu untuk Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor yang diilhamkan difacebook;
Ayahanda di medan jihat
Anakanda di medan seni
Sama-sama berkubang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati
Majulah Ayahanda maju jangan undur
Anakanda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Oh! Mujahidku
Bertepatan dengan penegasan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin di persidangan serentak 3 sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Nov lalu... "Pilihan raya umum ke-13 adalah "ibu segala pilihan raya" maka perjuangan adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara.. Pilihan raya ini adalah medan jihad iaitu Jihad untuk keadilan dan Jihad untuk pertahan hak dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,"
Subscribe to:
Posts (Atom)