Apr 8, 2012
Islam Wasatiyyah Ala Najib....!!
PUTRAJAYA,6 Apr 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan isteriny Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor,hadir semasa siaran langsung program keagamaan yang diterbitkan oleh TV3,Kulliyah Al di Seri Perdana semalam. dengan tajuk "kesederhanaan
Program ini dihoskan oleh Ahmad Nor Sulaiman yang telah dihadiri oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (dua, kiri) dan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdulkarim Omar Fatani Al Makki(kiri).Program ini disiarkan satu jam pada 5 petang semalam disini.
Kelihatan Hajjah Rosmah menyorok dibelakang Najib..mungkin kerana kesederhanan menunjukan jambulnya kepada Mufti Perak dan Sheikh Abdulkarim Omar Fatani Al Makki.
Wang Bukanlah Segalanya Untuk Beli Hati Manusia....!!!
Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.
Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi
Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR.
Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini. Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.
Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.
Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.
Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.
Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3. Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.
Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini.
Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.
Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira 300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.
Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'. "Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali.
Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.
Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.
Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.
Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.
Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya fonomena ini ganjil dan pelik sedikit kerana selalunya dilaporkan media PB yang berbondong-bondong meninggalkan parti orang Pas ke Umno tetapi kali ini terbalik kod. Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno?
http://msomelayu.blogspot.com/
Tangkap Ke... Tak Tangkap Ke.....!!! Himpunan BERSIH 3.0 Tetap Jalan.....!!
KUALA LUMPUR, 7 April: Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.
"Dalam keadaan serba ketakutan setelah Bersih 2.0 dahulu mengakibatkan imej (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) merudum, saya yakin kerajaan Umno akan memperalatkan habis-habisan polis dan lain-lain pihak berkuasa untuk mematahkan perhimpunan Bersih 3.0 itu," kata beliau.
Beliau menjangkakan, sama seperti menjelang perhimpunan Bersih 2.0 lalu, para pemimpin parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan ditangkap dengan harapan untuk menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun.
"Tetapi, walaupun hampir semua para pemimpin tertinggi ditangkap awal-awal lagi ketika perhimpunan Bersih 2.0 belum pun bermula, rakyat tetap membanjiri Kuala Lumpur berhimpun menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Berhimpun tanpa pemimpin.
"Lautan manusia berhimpun di KLCC dan di pelbagai tempat di Kuala Lumpur.
"Kebangkitan itu hampir 100 peratus kebangkitan rakyat, tiada pemimpin tertinggi dan itulah sebabnya para pemimpin Umno 'kencing di dalam seluar' mereka," kata Mohamad.
Antara begitu ramai pemimpin tertinggi yang ditangkap sebelum perhimpunan Bersih 2.0 dahulu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Mohamad sendiri dilanggar sebelum diseret ke dalam lokap malah beliau terpaksa menjalani pembedahan selepas itu akibat dilanggar.
Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku, Mohamad yakin lebih ramai rakyat yang akan membanjiri Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain pada perhimpunan Bersih 3.0 hujung bulan ini.
"Hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).
"Dalam pada itu muncul semakin banyak bukti mengenai kewujudan 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti," katanya.
Semua itu, kata Mohamad, menjadi pemangkin dan pendorong kebangkitan rakyat tidak kira ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.
"Tangkaplah pemimpin mana sekalipun, ia tidak akan dapat menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih," tegas beliau.
Mohamad memberitahu, beliau memang mengimpikan kebangkitan tanpa pemimpin di negara ini.
"Di dalam ceramah-ceramah saya, selalu saya menyatakan impian saya untuk melihat kebangkitan tanpa pemimpin seperti yang berlaku di Mesir sehingga tergulingnya Hosni Mubarak.
"Kebangkitan itu tidak digerakkan oleh mana-mana pemimpin parti politik tetapi dicetuskan oleh anak-anak muda aktivis rakyat seperti Wail Ghonim," katanya.
Beliau juga yakin selagi lapan tuntutan Bersih ditunaikan, rakyat tetap berhimpun dan berhimpun.
"Selepas Bersih 3.0, akan ada Bersih 4.0, Bersih 5.0, Bersih 6.0 dan seterusnya dan seterusnya selagi pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil," tegas beliau.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.
Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. - Harakahdaily
Berita Baru Masyuuukkk......Allahuakbar....!!!
KUALA LUMPUR, 7 April: Umno Kelantan lagi sekali akan dikejutkan dengan tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini sedang bersiap sedia untuk mengumumkan menyertai PAS.
Pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan itu dikatakan rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed, tulis Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, http://www.msomelayu.blogspot.com
“Beliau kini baru bersara dan mengambil tindakan demikian kerana bosan dengan politiking di dalam Umno serta kesal dengan tindak tanduk UBN yang menekan pegawai kerajaan supaya menyokong parti itu,” tulis Sayuti lagi.
Menurutnya, tindakan Umno Kelantan yang mengeksploitasi pegawai kerajaan supaya meramaikan majlis-majlis politik terutamanya semasa kunjungan presiden Umno ke Kelantan juga menjadi punca kenapa ramai bekas pegawai kerajaan bosan dengan Umno.
Satu sumber memberi tahu pegwai itu akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Persuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Penyertaan bekas pegawai yang baru pencen itu akan memeranjatkan UBN kerana beliau disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu enggan mendedahkan identiti pegawai berkenaan.
Kata sumber itu lagi satu majlis kemasukan dalam PAS dan kesyukuran akan diadakan. - Harakahdaily
Lynass Dan UMNO/BN Mesti Berambus.......!!
Himpunan janji 'tsunami hijau' dalam lautan kuning-MK
Kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau hari ini mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan membantah projek nadir bumi di Kuantan serentak bersama perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.
Presidennya Wong Tack berkata penyokong daripada lima kumpulan hijau akan berkumpul di bangunan KLCC sebelum berarak 3 kilometer ke Dataran Merdeka - tempat BERSIH mengadakan bantahannya.
BERSIH, yang sinonim dengan pakaian kuning, merancang duduk di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Sudah cukup jerit pekik kita. Keputusan kita muktamad. Kita mahu Lynas keluar daripada Malaysia," katanya yang turut membawa kain rentas bertulis "Lynas berambus".
Nota :
Ini bukan perhimpunan sekolah. Ini juga bukan perhimpunan kakitangan Kerajaan di Putrajaya.
Tetapi ini adalah perhimpunan Rakyat yang sudah bosan dengan Kerajaan BN.
Kami digula2kan dengan kain batik, tetapi TANAH kami dirampas.
Kami digula2kan dengan subsisdi, tetapi harga MINYAK kami tinggi.
Kami digula2kan dengan BR1M, tetapi warga asing LAYAK mengundi.
Pemerintah apa begini!!!! Pemerintah adil!!!????
Dimana keadilan itu? Dijawatan2 BESAR? Ditangan2 PENDERHAKA2?
CUKUP!!! CUKUP!!! Kami sudah bosan!!!!!
Ayuh RAKYAT MALAYSIA!!!! Kita berhimpun menyatakan PENDIRIAN KITA!!!!
Ayuh saudara saudari sekalian!! Tumbangkan Kerajaan Korup ini dalam PRU13...
Mari sama-sama kita tegakkan kerajaan baru...yakni KERAJAAN PAKATAN RAKYATi!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)