Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 12, 2011

Mustafa Ali Kekal SU Agung PAS...!!

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Piala FA: Presiden PAS Ucap Tahniah Kepada Skuad Terengganu...

"Semalam saya begitu teruja apabila Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Terenganu kerana memenangi Piala FA. Ucapan daripada facebook beliau telah disiarkan melalui Harakahdaily lewat semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

“Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan,” ujarnya di laman Facebook - Harakahdaily

Semua Ini Hanya Taktik Je....!!


RASUAH BALAK : KM SARAWAK DISIASAT SPRM - MK

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini," katanya pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey, dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

Nota:

sprm ini hanya alat jentera untuk BN
nak kencing pun kena dapat kebenaran
bayang kan kalau nak tangkap...
kah kah kah

Tahniah Kepada Para Nelayan...!!


BANTAH KENAIKAN DIESEL - UM

Kira-kira 700 nelayan dan pengusaha bot melancarkan tunjuk perasaan di Perlis, Pahang dan Johor hari ini kerana membantah kenaikan harga diesel untuk bot nelayan berkuat kuasa bulan ini.

Demonstrasi aman tersebut dilakukan kerana rata-rata mereka tidak dapat menyerap kos kenaikan harga diesel kepada RM1.80 seliter bermula 1 Jun lalu berbanding RM1.25 seliter harga subsidi kerajaan sebelum itu.

Pengerusi Persatuan Peniaga Ikan dan Pengusaha Bot Kuala Perlis, Yeoh Gin Keat berkata, pemansuhan subsidi diesel bot perikanan laut dalam Zon C2 sekali gus menyebabkan hasil tangkapan berkurangan kerana kos operasi semakin meningkat.

Katanya, selain kos tambahan untuk beroperasi, para nelayan turut menghadapi ancaman lanun bersenjata termasuk pencerobohan pihak penguat kuasa negara jiran yang dikatakan sering memasuki perairan negara.

“Berikutan bebanan itu, kami mengambil keputusan menghentikan operasi dan ramai daripada kami yang telah menjual bot masing-masing kerana tidak mahu menanggung rugi,” katanya di sini, hari ini.

Di PAHANG, Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, kenaikan itu menyebabkan pemilik bot tidak mampu menanggung kos diesel yang meningkat bagi mengisi 12,000 liter diesel bagi setiap perjalanan.

“Kita tidak boleh cari makan jika keadaan ini berterusan kerana dengan situasi sekarang, kami berdepan dengan kerugian antara RM6,000 hingga RM7,000.

“Dengan harga diesel lama, kami hanya mendapat untung antara RM1,000 hingga RM2,000,” ujarnya.

Sementara itu di JOHOR, jurucakap kumpulan nelayan, Tan Ah Fatt, 41, berkata, ramai pemilik bot laut dalam di Endau dan Tanjung Gemuk terpaksa menanggung kos diesel yang berganda selain hasil tangkapan yang tidak menentu menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Dakwanya, kos bagi menampung kenaikan harga diesel telah mencecah RM12,000 sebulan dan sangat membebankan mereka sehingga menyebabkan banyak bot C2 tersadai di Kuala Sungai Endau kerana tidak dapat turun ke laut.

“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula hasil tangkapan yang belum pasti memberi pulangan setimpal, kini mereka terpaksa pula menanggung beban kenaikan kos diesel. Mungkin lebih ramai pemilik bot yang tidak mahu turun ke laut kerana takut mengalami kerugian,” jelasnya.

NOTA:

nelayan ini berdemo untuk kita semua
mereka enggan turun ke laut kerana harga minyak mahal
jika mereka ke laut makan tidak akan berbaloi
nelayan di pesisiran kadang kala pulang kosong

jika harga minyak mahal maka harga ikan juga akan jadi mahal
inilah talioan akibat dari dasar gerombolan yang hanya
mengkayakan apata proni

bayangkan kalau 19 ribu juta – atau 19 bilion ringgit
itu di ambil dari ananda, syed mokhtar, ytl – rakyat akan
senang lenang
tetapi hari ini yang senang lenang hanyalah cukong dan para kroni

salut untuk nelayan yang sedang berdemo
salut untuk mereka yang berani

Cemerlang...Gemilang...Temberang...!!


KELUARGA MANGSA TOLAK INKUES, GESA ANGGOTA POLIS DI DAKWA – MI

Pemimpin PKR dan aktivis peguam yang mewakili keluarga mangsa hari ini menolak langkah polis Selangor yang mahu mengesyorkan agar diadakan inkues berhubung kematian tiga remaja di Glenmarie dekat Shah Alam Disember lalu, yang mereka dakwa mati akibat ‘tembakan membunuh’ pasukan keselamatan itu.

Sebaliknya mereka mahu anggota polis yang terlibat dihadapkan di mahkamah.

“Merujuk kepada pengumuman Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah (pagi ini) bahawa polis telah memutuskan untuk memanggil satu inkues berhubung kejadian menembak mati Mohd Shamil Hafiz, Hairul Nizam Tuah dan Mohd Hanafi Omar, bagi pihak keluarga mangsa, kami menolak keputusan memanggil pembunuhan ini,” kata dua naib presiden PKR N Surendran dan Nurul Izzah Anwar serta seorang lagi peguam dari Lawyers for Liberty, Fadia Nadwa Fikri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Surendran juga merapakan anggota Lawyers for Liberty.

Kata mereka, inkues tidak perlu diadakan kerana ada bukti yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa ketiga-tiga mangsa ditembak mati oleh polis.

“Semalam, kami mendedahkan laporan bedah siasat yang secara total bertentangan dengan versi polis,” katanya lagi.

Kata mereka, laporan bedah siasat itu ditandatangani oleh pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan penemuan tersebut sudah cukup dari segi perundangan untuk membawa tuduhan pembunuhan ke atas anggota polis yang terlibat dalam insiden Disember lalu itu.

“Kami melihat permintaan untuk diadakan satu inkues oleh polis sebagai satu lagi taktik melengahkan (kes) bagi mereda kemarahan orang ramai ekoran pendedahan laporan bedah siasat semalam.

“Kami juga terkejut dan hairan dengan dakwaan polis bahawa siasatan masih belum lengkap lagi,” kata ketiga-tiga pemimpin itu dalam kenyataan bersama mereka.

Kata mereka, memandangkan tujuh bulan sudah berlalu sejak kejadian menembak itu, maka jelas ia satu lagi alasan dan usaha untuk melengahkan tindakan ke atas anggota polis terbabit.

“Kami mengulangi permintaan keluarga mangsa bahawa kesemua anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan dicaj di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata mereka lagi.

Tegas beliau, Peguam Negara seharusnya memastikan tindakan itu diambil tanpa sebarang kelewatan lagi.

Terdahulu laporan media menyebut polis Selangor akan mengesyorkan agar diadakan satu inkues apabila mengemukakan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Pada pandangan kami, kami telah berlaku adil dalam mengendalikan kes ini meskipun sesetengah pihak mengatakan sebaliknya.

“Jadi, kami akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” kata Tun Hisan.
Bagaimanapun Tun Hisan menolak dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka ‘dibunuh’ oleh polis.

“Biar saya jelaskan perkara ini, polis tidak pernah tembak untuk membunuh (sesiapa),” katanya lagi.

Semalam, Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.

Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor ( A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

“Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

“Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong,” kata Surendran.

NOTA:

tiga anak melayu ditembak
mereka kini mati katak (ibrahim ali)

mana dia pekida?
mana dia perkasa?
mana dia gpms?
mana dia ngo melayu?

Semuanya senyap supi....
Kah...Kah...Kah....

Siapa Yang Kotor..??


AKHBAR UMNO DAKWA HIMPUNAN BERSIH 2.0 KOTOR – MI

Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menyifatkan Himpunan Bersih 2.0, anjuran Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bulan depan, sebagai tindakan “kotor” dan mahu orang ramai memulaukan kempen tersebut.

Himpunan itu, yang kedua selepas akhir 2007, diadakan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ruangan mingguannya, Awang Selamat berkata, pelbagai pihak melahirkan kebimbangan terhadap perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang oleh Pakatan Rakyat dan NGO propembangkang di ibu negara, 9 Julai ini.

Akhbar itu juga mendakwa berdasarkan pengalaman lama himpunan itu akan memberi implikasi buruk dan menyusahkan rakyat, menjejaskan aktiviti pelancongan dan menggugat ketenteraman awam.

“Tetapi semua itu tidak diambil kira oleh pembangkang. Matlamat menghalalkan cara,” kata Awang Selamat yang turut mengaitkan dengan keputusan pemilihan PAS dan Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden yang baru.

“Kali ini, penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta demonstrasi bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih,” kata akhbar itu sambil menambah, agenda tersirat ialah mencetuskan ketegangan dengan membakar sentimen rakyat bagi meraih keuntungan politik.

NOTA :

kenapa tidak disebut tuntutan:
- hapus undi pos
- pakai dakwat kekal
- semak daftar pengundi

ini belum lagi timbul pekara:
- mat bangla dapat kad pengenalan
- mat idon dapat kad pengenalan
- mat burma dapat kad pengenalan
- mat pilipina dapat kad pengenalan
- mat india dapat kad pengenalan
- mat kambodia dapat kat pengenalan

ini satu penghiantan kepada warga negara ini
ini satu pengkhianatan kepada warga negara sabah

tak kan ini tak sedar
tak kan ini tak terlihat