Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 22, 2011

Kita Tungggguuuuu.....!!


RCI TEOH : TEERPULANG KEPADA AGONG UNTUK UMUM - MK

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock hari ini menyerahkan laporan setebal 124 halaman kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Sesalinan laporan oleh lima anggota panel itu juga akan diserahkan kepada Najib Razak petang ini, kata pengerusinya, James Foong.

Nota:

your honour...
i’ve nothing to say nor to add
I rest my case
opps … I rest my pencil case to you
kah kah kah

Kenapa Tak Bagi Pada Kontraktor Ketuanan Melayu....??


CCU DAPAT SURAT LAKSANA PROJEK SAMBUNGAN LRT – MK

Syarikat Prasarana Negara Bhd mengeluarkan surat kelulusan kepada CMC-Colas-Uniway (CCU) untuk melaksanakan projek sambungan LRT Kelana Jaya bernilai RM673.920 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana berkata, projek itu meliputi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengujian dan penjayaan sistem kerja projek terbabit.

Ia berkata, laluan LRT itu akan disambung dari stesen Kelana Jaya membabitkan jarak sejauh 17km hingga ke Putra Heights, meliputi 13 stesen baharu.

Projek sambungan LRT itu diumumkan dalam Bajet 2009, dan dilaksanakan bagi meningkatkan pengangkutan awam di Lembah Klang.

Nota:

belajar tinggi tinggi pun tak ada guna
kena juga mat saleh yang jadi boss
melayu hanya sanggup jadi barua
kah kah kah

apa lagi deal Najib dengan syarikat luar negara?
tanah ktm di singapura hangus...
tanah tudm sungai besi hangus....
tanah rri di sungai buluh hangus...
habis hangus...
kah kah kah

NGO Malaysia Bila Lagi Nak Jadi Berani...??


NGO EROPAH MAHU ASET TAIB DI JERMAN DIBEKUKAN – MK

Lagi NGO yang berpangkalan di Eropah terus mengenakan tekanan kepada pihak berkuasa untuk membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.

“Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib (pertama dari kiri) di Jerman dibekukan.

"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.

"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO itu.

Nota:

ngo malaysia wajib mulakan hubungan dan kerjasama
dengan ngo eropah ini

sama seperti kerjasama suaram dengan peguam peranchis
kah kah kah

Al-Fatihah....!!

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Mohd Sham Abu Bakar, bekas AJK Dewan Pemuda PAS Negeri dan Bendahari Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu.

Pemergian beliau umpama kehilangan ‘sebutir’ permata perjuangan yang komited serta istiqamah dalam perjuangan parti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berdoa semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu berkata, Allahyarham merupakan seorang aktivis PAS yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS kawasan dan Bendahari Pemuda PAS Hulu Terengganu Sesi 2011/2013 serta bekas Exco Pemuda PAS negeri Terengganu.

"Allahyarham berasal dari Kampung Gelugor Haji Tahir disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang Isnin 20 Jun , setelah empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kemalangan jalan raya.

"kemalangan tersebut berlaku ketika beliau menyertai rombongan konvoi motosikal berkuasa tinggi di Rantau Abang, Dungun, pada hari Jumaat 17 Jun lalu,"ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika pemerintahan kerajaan PAS Terengganu, Allahyarham Ustaz Sham pernah dilantik sebagai Mubaligh Unit Pembangunan Insan (UPI) dari tahun 2000-2004.

Wartawan Buletin yang hadir dapat melihat suasana pilu dan sedih dirasai oleh ahli keluarga serta sahabat handai apabila melihat isteri serta anak-anaknya hadir di Masjid Gelugor Haji Tahir ketika jenazah Allahyarham disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Zanariah Mamat, 38, serta tujuh orang anak berusia 50 hari hingga 12 tahun yang terdiri dua lelaki dan lima perempuan.

Isterinya, Puan Zanariah berkata pemergian Allahyarham Ustaz Sham diterima dengan perasaan redha dan takdir Allah SWT.

Kata beliau, Allahyarham Ustaz Sham telah ‘pergi’ buat selama-lamanya dan jika ada berhutang diminta hubungi keluarga tersebut.

“Jika masa (ketika) arwah suami saya hidup ada buat silap, tolong maafkan dia dan jika dia (Mohd Sham) berhutang dengan dengan sesiapa, sila datang berjumpa dengan kami untuk diselesaikan hutang itu,” ujarnya dengan nada sedih.

Jenazah Allahyarham Ustaz Sham dimandikan di HSNZ dan dibawa pulang untuk disembahyangkan di Masjid Gelugor Haji Tahir serta diimamkan oleh Mudir Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Ustaz Mohd Yassin Soleh bersama 200 ahli jamaah.

Selepas itu, Allahyarham dikebumikan pada jam 10.30 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor Haji Tahir bersebelahan dengan masjid berkenaan.

Manakala, bapa Allahyarham Ustaz Sham iaitu Abu Bakar Pandak, 68, yang mengidap penyakit angin ahmar hampir sebulan lalu turut hadir di tempat pengkebumian anaknya itu.

Antara pimpinan PAS negeri yang hadir Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali serta ramai lagi termasuk Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.

Nota :

Ustaz Sham ni adalah kawan sekolah dengan SK dulu....
Di sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul malek ( SHAM )...
Banyaklah nostalgia antara SK dengan Ustaz Sham ni...
Semoga roh Ustaz Sham akan tergolong dalam golongan orang yang di terima Allah SWT.
Al Fatihah....

UMNO Yang Sesat Lagi Menyesatkan....!!



Kenyataan Rasmi Dewan Ulama PAS Pusat Berkenaan Karikatur Utusan

"Secara konsisten Utusan secara terus menerus memburukkan lagi imej Islam di kalangan rakyat Malaysia. Utusan terus merelakan dirinya untuk diperalatkan untuk menjadi talibarut dan lidah kepada United Malays National Organisation (UMNO). Nampaknya kelibat APCO semakin menyerlah dari semasa ke semasa dalam membentuk minda yang negatif terhadap Islam.

Tidak cukup dengan memberi amaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dilaporkan berlaku dalam salah satu pilihanraya kecil baru-baru ini. Pada kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. Kali ini dilakukan oleh salah sebuah institusi akhbar yang mengaku bahawa dirinya mewakili umat Islam di Malaysia. Kali ini sasarannya pula agak berlainan kerana sasaran mereka adalah umat Islam. Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-UMNO iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan Islam terhadap impian perjuangan PAS. Tapi rakyat Malaysia sudah lama tahu tentang permainan jijik utusan-UMNO ini. Dewan Ulama PAS percaya rakyat Malaysia sudah pun cerdik dan bersedia melakukan perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang untuk membalas keceluparan dan kebiadapan Utusan-UMNO ini!

Dewan Ulama PAS Pusat memandang serius sikap Utusan-UMNO yang mendalangi penyiaran kartun yang mempersendakan Islam yang disiarkan dalam akhbar tersebut. Daripada karikatur tersebut dapat difahami bahawa utusan seolah-olah ingin menggambarkan bahawa mendatangkan 4 orang saksi dalam kes rogol adalah melambangkan kezaliman. Malangnya ianya di tatapi oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Inilah wajah UMNO yang sebenar ! Utusan-UMNO lansung tidak mengambil pengiktibaran terhadap siri karikatur yang menghina Islam di barat suatu ketika dahulu. Di mana umat Islam seluruh dunia menzahirkan kemarahan mereka dijalan-jalan raya terhadap kebiadapan tersebut.

Pihak utusan-UMNO hendaklah sedar bahawa undang-undang Islam adalah teramat adil. Ianya bukan sahaja menjaga hak dan maruah mangsa bahkan juga turut menjaga hak dan maruah pihak yang dituduh. Sebarang bentuk bukti yang longgar dan tidak kemas tidak akan dianggap sebagai bukti yang kukuh. Untuk mensabitkan kesalahan di dalam Islam mestilah di sokong dengan bukti yang sangat kukuh kerana hukumannya juga adalah tersangat berat. Sekiranya pembuktian ini dipandang ringan maka akan ramailah yang akan menjadi mangsa pertuduhan palsu sepertimana yang kita saksikan dalam senario politik negara kita sejak mutakhir ini. Penggunaan peralatan teknologi moden mungkin mendedahkan kita kepada pemalsuan dan penipuan yang akhirnya bukan sahaja mengaibkan orang lain bahkan menjatuhkan hukuman kepada orang yang bukan sepatutnya. Oleh kerana itulah mendatangkan penyaksian seramai empat orang saksi adalah suatu perkara yang sangat penting dalam menghukum mereka yang benar-benar bersalah. Sekiranya si pengadu tidak mempunyai pembuktian yang sewajarnya maka si pengadu boleh menyerahkan bukti yang seadanya dan menyalurkan aduan itu kepada pihak yang berwajib agar ianya dapat disiasat secara terperinci oleh mereka yang benar-benar pakar di dalam bidang terbabit dan akhirnya dapat menjejaki si penjenayah yang sebenar! Adapun sekiranya si pengadu tidak berjaya mendatangkan pembuktian yang kukuh di mahkamah maka di dalam Islam pengadu itu akan terpaksa berhadapan dengan tuduhan qazaf kerana mencemarkan maruah mereka yang tidak berdosa. Seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya. Itulah prinsip Islam yang sebenar dan kerana itulah PAS menentang keras undang-undang menangkap seseorang tanpa perbicaraan dan bukti. Ianya bukan sahaja prinsip Islam tetapi prinsip yang turut diamalkan oleh para pengamal undang-undang seluruh dunia. Sekiranya pengaduan boleh dibuat sesuka hati tanpa bukti yang kukuh nescaya akan rosaklah sistem institusi kemasyarakatan yang mulia ini. Sebahagian kesannya telah pun kita saksikan pada hari ini lantaran tuduhan yang mengaibkan orang lain tanpa bukti. Qaedah Feqhiyyah ada menyebut “ la dharar wala dhirar” yang membawa maksud bahawa Islam bukan sahaja menghalang sesuatu kemudharatan itu daripada berlaku pada permulaannya bahkan menghalang agar kemudharatan itu tidak tersebar luas tanpa penghujung dalam sesuatu institusi masyarakat yang akhirnya mengundang ketidakstabilan dalam menjaga hak dan maruah manusia yang mulia.

Dengan itu Dewan Ulama Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya lakaran kartun yang biadap ini. Dewan Ulama PAS mendesak pihak utusan agar melutut meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya atas tindakan yang sangat biadap ini! Seolah –olah utusan ingin menggambarkan kepada rakyat umum bahawa arahan Allah supaya mendatangkan syarat 4 orang saksi sepertimana yang terkandung di dalam nas Al-Quran yang jelas sebagai satu perkara yang menzalimi manusia dan merupakan undang-undang yang bodoh. Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah bermula dari ayat ke 13 ketika memperihalkan tentang tuduhan yang dilemparkan kepada pendokong Islam bahawa mereka adalah golongan yang bodoh( mudahan mereka tidak termasuk dalam golongan tersebut). Allah menerangkan perihal golongan ini yang bermaksud :

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama dengan kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok dan mempermainkan (akan orang-orang yang beriman). (14) Allah s.w.t pasti akan membalas olokan dan mainan mereka itu serta membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Dewan Ulama PAS menyeru supaya pihak Utusan-UMNO terutamanya pelukis dan penerbit karikatur tersebut segera bertaubat kepada Allah terhadap dosa besar yang dilakukannya itu seterusnya meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam bahkan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam kerana jenayah memberikan imej buruk tentang Islam terhadap mereka. Dewan Ulama PAS juga turut mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera serta mendakwa mereka yang terlibat atas penghinaan terhadap Islam, di samping memberikan nasihat dan amaran kepada Utusan dan mana-mana individu atau institusi supaya jangan sama sekali mempersendakan agama Islam ini samada melalui ucapan, tulisan dan tindakan apatah lagi sekiranya jenayah itu dilakukan secara terbuka. Jangan sampai rakyat Malaysia hilang kepercayaan mereka terhadap institusi agama di negara ini dek kerana sikap kita.

Dewan Ulama' PAS Pusat

Menantu Ayah Koho Maroh......!!.


HASUTAN : KJ MAHU IBRAHIM ALI DISIASAT - MK

Amaran yang disuarakan presiden PERKASA, Ibrahim Ali supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya," kata ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy juga berkata tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran tersebut jelas merupakan satu ancaman kepada negara.

Setidak-tidaknya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kata Khairy lagi yang turut menyatakan bahawa amaran ahli parlimen Pasir Mas itu tidak mewakili pandangan daripada majoriti masyarakat Melayu.

Berita Yang Tak Ada Dalam Utusan Malaysia....!!!


SKANDAL SCORPENE: PEGUAM PERANCHIS DI KUALA LUMPUR 20-24 JULAI – keadilan daily

Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini.

Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan KeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran ‘komisen’ hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.
Menurut Cynthia, peguam dari Perancis, William Bourdon dijangka berada di Malaysia selama empat hari untuk memberi penerangan kepada Suaram dan juga orang ramai berhubung status terkini siasatan itu.

“Peguam Perancis yang menyiasat skandal Scorpene ini akan tiba lewat bulan Julai sekitar 20 hingga 24 Julai untuk memberi maklumat dan memaklumkan kita tentang perkembangan terbaru siasatan skandal Scorpene di Perancis.

“Beliau dijadual menyampaikan ucapan pada 21 Julai di Pulau Pinang dan 23 Julai di Kuala Lumpur. Di antara ahli politik yang sudah bersetuju untuk turut serta adalah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua,” kata Cynthia.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
------------------------------------------------------------------
Kah..kah..kah...JENG JENG JENG..JENG JENEG JENG....

kah kah kah.... SIAPAKH DIA THE THIRD MAN?....

kah kah kah.... SEMUA AKAN TERJAWAB....

kah kah kah.... ADAKAH ADANAN YACOB THE THIRD MAN?....

kah kah kah...ATAU NAZRI AZIZ THE THIRD MAN?...

kah kah kah...MUHYIDDIN YASSIN THE THIRD MAN?....

kah kah kah... ATAU ROSMAH MANSOR IS THE THIRD MAN?....

Kah...kah...kah....AIMAN TAK KISAH.....SEMUANYA MUNGKIN TERJAWAB....!!!

Bukti Rakyat Malaysia Sokong Himpunan BERSIH 2.0....!!!


NOTA:

lihat dan lihat
ini pungutan suara dari akhbar mca STAR
lebih dari 1 juta pembaca akhbar ini
menyokong 9 julai

kalau semua ini ahli mca
maka tinggal kotak sahaja parti ini
isinya sudaah cabut lari
kah kah kah

Lagi Sokongan Untuk BERSIH 2.0...!!


PAS SELANGIR KERAH 50,000 AHLI SERTAI BERSIH – MK

PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun).

"Kita sudah arah semua keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

Beliau menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT


20 JUN 2011

Bersih 2.0: Ugut dan Ancamlah Apa Saja, Rakyat Tetap Ke Jalanraya!
Angkatan Muda Keadilan Malaysia ( AMK) menegaskan bahawa
perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah hak rakyat Malaysia keseluruhannya
yang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia untuk berhimpun
secara aman dan menyatakan pendirian bagi membersihkan perkara yang
tidak adil dalam perjalanan pilihanraya Malaysia.

Justeru AMK Malaysia ingin memberikan respon kepada kenyataan-
kenyataan yang dibuat secara berangkai oleh Umno, Perkasa dan pihak
polis mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9
Julai 2011 hadapan yang menampakkan kedangkalan dan sikap tidak
matang berhadapan dengan suara-suara rakyat.

AMK ingin menegaskan hak rakyat perlu dihormati kerana jelas
perhimpunan besar tidak akan mengancam keselamatan negara malahan
ia memperkukuhkan tunjang keamanan dan perlembagaan kerana BERSIH
2.0 berhasrat memperbaiki dan menjadi pencetus kepada gerak kerja agar
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan lebih sensitif dan peka
terhadap perlunya perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.

AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno,
Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka
perlu takut dengan perhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem
Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan
bersih?"

Sewajarnya, mereka tidak perlu risau dengan perhimpunan ini sekiranya
mereka yakin di pihak yang benar. Untuk apa dibantah dan dibanteras
satu perhimpunan yang dianjurkan untuk menentang sistem yang betul?

Kerisauan mereka ini hanya memperlihatkan bahawa setiap dakwaan
Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang konsisten memperjuangkan sistem
pilihanraya yang adil dan telus di Malaysia adalah kukuh dan berasas.
Justeru, segala bentuk ancaman khususnya daripada Umno, Perkasa dan
pihak polis sendiri adalah sesuatu yang sia-sia dan memalitkan muka
mereka dengan ludah mereka sendiri.

Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN
ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia
menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul
tanpa sebarang manipulasi. Usaha menakut-nakutkan rakyat dengan
mengancam rakyat daripada turun berhimpun adalah satu tindakan yang
pramatang, kerana biar apa jua bentuk ancaman diberikan kepada rakyat,
perhimpunan ini akan tetap diteruskan.

AMK meyakini bahawa hanya sistem Pilihanraya yang adil dan telus
sahaja barulah rakyat akan terjamin hak mereka tanpa mengira siapapun
yang membentuk kerajaan. Demi rakyat, sebuah kerajaan yang jujur dan
amanah melalui wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab harus
diwujudkan, dan ini hanya boleh dilaksanakan melalui sistem pilihanraya
yang adil, telus dan bersih.

AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak
membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan
rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan
dengan kuasa rakyat secara bermaruah. Biar apa jua keadaan yang
mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa
rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan
Bersih 2.0 kelak.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Timbalan Ketua AMK Malaysia