Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 5, 2010

Rahsia Di Sebalik Nama Kapal MV. Rachel Kori....!!!!

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).
Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie. Siapakah Rachel Corrie....?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.
Sebelum dilanggar

Selepas dilanggar

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.

Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.

Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.

Made In Terengganu...!!!

Mangsa Yang terlebih Makan Ubi Gadong Semasa Melawat Terengganu...

1. Akhbar melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan RM2 juta kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tujuan penyelidikan ubi gadong yang dipercayai mampu membesarkan buah dada.

Laporan juga menyebut ubi gadong boleh diproses menjadi hormone seks dan pil pencegah kehamilan. Menteri Besar Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata, “Dari segi pasaran, tiada masalah kerana hasil kajian pasti akan dijual, kita serah kepada UniSZA untuk kaji berapa lama, kalau ada penemuan baru kita akan tambah peruntukan.” Ahmad said juga dikatakan pencetus kepada kajian ubi gadong yang dikatakan ditanam di 150 negara di dunia.

2. Saya seorang anak kampong yang membesar dalam persekitaran kampong. Masuk hutan keluar hutan, masuk baruh keluar baruh baik ketika membantu keluarga mengusahakan tanah padi seekar dua atau mencari daun palas dan daun pinang di hutan kerana ibu juga membuat kuih secara kecil-kecilan untuk diletakkan di kedai-kedai kopi bagi mendapatkan duit belanja harian. Kebiasaan ini sudah menjadi rutin semenjak zaman kanak-kanak lagi.

Lantas nama ubi gadong bukanlah suatu yang asing bagi saya walaupun ia bukan selalu malah amat jarang dimakan. Orang tua selalu berpesan, jangan buat main-main dengan ubi gadong, silap makan boleh nampak ‘dunia terbalik’, mabuk! Memang rasanya boleh tahan kalau dimakan dengan kelapa parut yang dicampur gula tapi mungkin kerana proses penyediannya yang agak rumit dan kepelbagaian bahan makanan dizaman sekarang menyebabkan nama ubi gadong amat jarang disebut sekarang malah mungkin ada anak-anak muda yang tidak pernah mendengar apatah lagi melihatnya dan jauh sekali untuk merasai ‘keenakkan’ rasa ubi yang diminati oleh Ahmad Said ini.

Masih diingati, bagaimana ubi gadong perlu dibersihkan dengan teliti, dibuang kulitnya, dipotong nipis-nipis, dimasukkan ke dalam kain jarang dan diikat kemudian perlu direndam di dalam air mengalir dua tiga malam (mungkin untuk membuang bisanya) lalu barulah direbus dan sedia untuk dinikmati bersama kelapa parut dan air kopi panas diwaktu petang. Tapi awas! Walaupun begitu kejadian mabuk ubi gadong masih sering berlaku sekalipun kesannya tidak serius apatah lagi tidak pernah dilaporkan kes kematian kerananya. Secara bergurau, pernah saya bertanya orang tua-tua, apakah khasiat ubi gadong. Arwah datuk saya menjawab juga secara bergurau, khasiatnya, kalau makan boleh jadi kenyang.

3. RM2 juta bagi saya peruntukan yang agak besar. Apakah peruntukan sebesar ini kena dengan priority (keutamaan). Apatah lagi khasiatnya dikatakan untuk membesarkan buah dada wanita, hormone seks dan pil pencegah kehamilan cukup untuk menarik perhatian sekumpulan orang-orang tua melebihi separuh abad yang sedang minum di sebuah kedai kopi pagi ini.

Sebagai seorang bekas pensyarah universiti, saya biasa memegang geran penyelidikan baik geran jangka pendek atau geran jangka panjang. Jumlahnya sekitar RM20,000 untuk satu penyelidikan. Tumpuan kajian saya ketika itu berkaitan kes sumbing bibir dan lelangit di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Apabila berhadapan dengan board committee bagi membentangkan proposal kajian, biasanya kita akan ‘dibelasah teruk’ dalam rangka untuk meyakinkan mereka bahawa kajian kita ada pulangan untuk masyarakat disebabkan peruntukan geran penyelidikan adalah dari duit rakyat.

4. Tanpa niat untuk mempertikaikan kemampuan akademik staf-staf penyelidikan UniSZA yang tentunya berkemahiran dalam bidang yang mereka ceburi, tetapi hati kecil saya melihat dan menyatakan ianya tiada keutamaan. Apatah lagi tidak pernah dilaporkan terjadinya kes perceraian di Terengganu disebabkan isteri mempunyai saiz payu dara yang kecil, lantas satu kajian perlu dilakukan dengan peruntukan jutaan ringgit bagi mengatasi masalah ini. Ketika ubat-ubatan penguat tenaga batin bersepah di pasaran dan ketika rakyat Terengganu masih bergelut untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sempurna.

5. Ahmad Said MB Ad-Hoc, sering muncul dengan idea dan minat baru yang terlintas dalam kepalanya, kajian ubi gadong untuk membesarkan payu dara, hormone seks dan pil pencegah kehamilan. Nostalgia zaman silam(nya) dijadikan agenda kerajaan.

------------------------------------------------------
Woitttt.......KENAL KE DOK MENATANG APA GADONG-GADONG NI...???

Kah...Kah.....DENGAR CERITA UBI GADONG NI BERBAHAYA...BERACUN...

Kah...Kah.....SILAP HARIBULAN..MAKAN UBI NI BOLEH BAHANG TANOH...!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....MAT SAID AMBIK MANA IDEA NI...PATUT KIJAL LENING PENUH DO TANAM UBI GADONG...PATUT PEREMPUAN DI KIJAL..KOPEK BESOR BELAKA..TAKUT TENGOK...

Tilam..Tilamm...Tilam Lama Tukar Baru...Tilam..Tilam....!!!


Politik Baru Pakatan Rakyat bukan menentukan siapa yang akan diangkat menjadi pemimpin, tetapi ia suatu politik yang mempunyai agenda tersendiri yang telah dipersetujui bersama, iaitu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tindakan pemimpin BN yang turut menamakan dan menonjolkan tokoh-tokoh tertentu dalam Pakatan Rakyat dengan tujuan 'memecah belahkan' pemuafakatan Pakatan Rakyat adalah permainan 'Politik Lama'.
Umno, MCA dan kerajaan Barisan Nasional sengaja memainkan sentimen perkauman bagi menakut-nakutkan rakyat di negara ini.

Adu domba BN telah lama diamalkan, antaranya, MCA cuba menakutkan rakyat terhadap PAS agar orang Cina tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Umno pula sering mengulang-ngulang kenyataan supaya orang Melayu berhati-hati, kerana nanti orang Melayu akan hilang PM dan Cina pula jadi PM, merupakan taktik BN cuba mengelirukan rakyat

Rakyat kini ramai yang telah sedar dan tidak akan 'terpesong' dengan akibat propaganda 'murahan' Umno-BN berunsur perkauman.

Pakatan Rakyat telah memberi jaminan, dengan persetujuan parti-parti bergabung, menandatangani dasar-dasar yang sama, yang akan berlaku adil terhadap semua bangsa, merupakan satu pakatan politik yang bersih dan ikhlas.

Antara pemimpin BN yang 'gatal' mulut menamakan Perdana Menteri Pakatan Rakyat, sekiranya diberi mandat memerintah Malaysia ialah Presiden MCA Chua Soi Lek.

Chua mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, akan datang.

Kenyataan Chua menunjukkan kebanyakkan pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak faham, muafakat Pakatan Rakyat. Perjuangan Pakatan Rakyat bukan bagi menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri, Menteri-menteri serta wakil rakyat.

Justeru itu, pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR harus fokus kepada kerja masing-masing kerana senario politik kini menunjukkan rakyat mempercayai pakatan 'politik baru ini.

Nota :

PR boleh bersatu serta menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan telus....
Rakyat kini sudah mula bosan dengan karenah UMNO/BN.....
Maka demi untuk masa yang lebih terbela...rakyat kini amat bergantung harap pada PR....

Badan Je Besar..Tapi Otak Kecik...!!!


Sidang DUN Serlah Zambry Tidak matang - Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terkejut dengan sikap tidak matang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 3 Ogos lalu.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, Zambry bersikap tidak profesional dan tiada wibawa dengan tingkah laku seperti masih menjadi pembangkang dahulu.

Katanya, dengan mengganggu perbahasan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dengan mengatakan ‘saya anak jantan’ seperti mana dinyatakan di dalam penyata rasmi Dun Perak jelas bahawa Zambry terbawa-bawa sikap dan kelakuan sebenarnya.

“Tidak sepertimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar yang berhemah semasa membahaskan Rang Undang-Undang Usul Perbekalan Tambahan tempoh hari,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peruntukan masa yang terlalu singkat bagi membincangkan satu perkara yang besar langsung tidak membuktikan bahawa Zambry benar-benar berani dan 'anak jantan'.

Tambahnya, pentas sidang Dun adalah tempat terbaik untuk berbahas secara ilmiah dan semua Adun Barisan Nasional (BN) boleh mengemukakan persoalan dan menjawab sebarang pertuduhan jika ianya tidak benar.

“Tetapi apa yang dapat di lihat, semua Adun BN sedikit pun tidak membantu Zambry yang menyebabkannya terpaksa bertahan bersendirian,” katanya.

Katanya, ucapan Zambry yang mengatakan ‘saya anak jantan’ langsung tidak menggambarkan hakikat sebenar pentadbiran yang beliau menjadi nakhodanya.

Beliau menambah, Zambry hanya boleh berdepan dengan media arus perdana yang menyokongnya semata-mata tanpa berani berdepan dengan semua pihak termasuk rakyat negeri ini sendiri.
-----------------------------------------------------------
Woitttt......MENTERI BESAR LANTIKAN MAHKAMAH JARANG YANG CERDIK...!!!

Kah...Kah....NAK KATA BODOH..TAK LAH BODOH SANGAT...!!!

Kah...Kah....NAK KATA BODOH MACAM MANA...SEBAB PANDAI BEREBUT JAWATAN...!!!

Kah...Kah....CERDIK ADA BANYAK JENIS...ADA YANG TERLALU CERDIK....!!!

Kah...Kah....ADA YANG SETENGAH CERDIK....SETENGAH LAGI BANGANG....!!!

Kah...Kah....MASA BELUM DAPAT JAWATAN MEMANG NAMPAK BIJAK...BILA DAH DAPAT...MASYAALLAH...DAH LAH BODOH..BANGANG PULAK....

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...KESIAN KAT RAKYAT PERAK...BERTUNGKUS LUMUS BERLAWAN NAK CARI MB YANG CERDIK...TAPI SAYANG BILA DAH DAPAT...MAHKAMAH PULAK TUKAR BAGI YANG BENGONG...!!!

UMNO Bila Bercakap..Sah Bebal....!!!

Anak Menteri mana nie...???

Sekat Pergaulan bebas, Bukan Kahwin Awal - Harakahdaily

Cadangan Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin bukan suatu penyelesaian jangka panjang, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf.

Beliau berkata, kebenaran perkahwinan di awal usia bukan isu pokok sebaliknya yang harus diberikan perhatian adalah seluruh sistem kehidupan yang diamalkan di negara ini.

"Kerajaan tidak melihat penyelesaian yang lebih jauh. Penyelesaiannya bukan terletak kepada pelajar diberi kahwin awal tapi penyelesaiannya sistem itu sendiri iaitu sistem pembelajaran, pendidikan, dan sosial.

"Sistem yang ada di negara kita ini jauh menyimpang dari al-Quran. Contohnya sekarang ini di sekolah-sekolah atau di mana sahaja banyak program yang menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

"Ini menyebabkan berlakunya masalah hamil dan anak luar nikah di negara kita begitu ketara sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja bergaul bebas seterusnya terjerumus ke kancah penzinaan.

"Selain daripada kita mengkaji balik cadangan perkahwinan awal itu, kita kena melihat dari segi peraturan, penguatkuasaan undang-undang yang ada dari segi kawalan sistem itu sendiri supaya perkara ini menjurus ke arah mengawal maksiat ini daripada berlaku.

"Sekarang kerajaan baik, rakyat baik, harus menjauhi daripada segala bentuk yang dapat mendekatkan diri dengan zina," ujarnya.

Katanya juga, keputusan membenarkan pelajar yang masih bersekolah itu berkahwin dibimbangi menyebabkan masalah keciciran dalam akademik akibat tidak dapat mengendalikan rumah tangga dengan baik.

"Perlu juga melihat sejauh mana pelajar yang berkahwin itu bertanggungjawab terhadap perkahwinannya. Kita bimbang tidak sampai kepada hala tuju dan penyelelesaiannya. Saya takut mereka yang berkahwin akan keciciran dalam pelajaran kerana tidak ada penyelesaian terhadap sara hidup. Jadi tidak selesaikan masalah," katanya lagi.

Ujarnya, kerajaan Umno Barisan Nasional harus melihat keseluruhan sistem Islam, bukan mengambil sebahagian sahaja yang memberi kebaikan kepada mereka.

"Saya minta kerajaan melihat Islam secara keseluruhan, bukan sudut-sudut tertentu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kerajaan Negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
----------------------------------------------------------
Woitttt.....KALAU AKAL CETEK..BAIK DIAM JE..!!!!

Kah...Kah...BILA BUKAK MULUT JE...NAMPAK SANGAT BEBAL...

Kah...Kah...DAH LAH TU..LEBIH 50 TAHUN DAH ORANG BANGANG TADBIR MALAYSIA...

Kah...Kah...50 TAHUN BERLALU....TAK ADA APA YANG BOLEH DI BANGGAKAN....

Kah...Kah...NAIK KE BULAN PUN ...SEKADAR NAK PROMOTE SATAY JE....!!!

Kah...Kah...ADA KAPAL SELAM...TAK BOLEH NAK MENYELAM....!!!

Kah...Kah...ADA RAMAI RAKYAT...TAPI RAMAI PULAK YANG TAK SAH TARAF...!!!

Kah...kah...AIMAN TAK KISAH...MAKIN DI BIAR..MAKIN PUNAH..RAKYAT PUN AKAN TURUT JADI TOLOL DAN BAHLOL...