Aug 15, 2011
Kerajaan Haram Perak Penakut...!!
PERAK: Ketakutan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) berbahas terserlah apabila parti pemerintah itu memendekkan tempoh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dari dua hari kepada tiga jam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.
“Sidang ini patut menjadi tempat menilai prestasi kerajaan negeri tetapi apa yang boleh dibuat dalam tiga jam? Ini helah Speaker dan Menteri Besar yang takut untuk berbahas dengan Adun Pakatan Rakyat.
“Ia sepatutnya berlangsung dua hari tetapi dipendekkan kepada satu hari, dan dalam satu hari hanya berlangsung selama tiga jam,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Sidang DUN itu dijadualkan berlangsung dua hari tetapi ditamatkan kira-kira jam 2 petang hari ini.
Malah, Lih Kang berkata, sidang DUN itu menyaksikan Speaker, R Ganesan bersikap tidak demokratik apabila memadamkan mikrofon Adun Pakatan Rakyat sepanjang perbahasan dan menggantung Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.
“Ini tidak adil kepada rakyat negeri Perak. Wakil rakyat dipilih untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tapi dinafi untuk berbuat demikian,” katanya.
Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari pula menyifatkan sidang DUN kali ini semata-mata untuk memenuhi syarat minimum sidang DUN.
“Menurut amalan DUN Perak, satu sidang Dewan Undangan Negeri perlu diadakan tidak lebih dari 6 bulan. Kali terakhir ialah pada April 2011 dan akan datang pada November 2011.
Terdahulu, Adun Pakatan Rakyat keluar dewan membantah pengendalian sidang DUN yang banyak kepincangan dan pelanggaran undang-undang.
Antara isu yang dibangkitkan Adun Pakatan Rakyat ialah penyelewengan projek Teluk Rubiah dekat Manjung berikutan sebuah syarikat bermodal RM100 diberi konsensi menjalankan projek bernilai RM5.2 billion.
Hanya selepas laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat, modal syarikat baru itu ditambah kepada RM5 juta. Justeru, Pakatan Rakyat Perak membuat laporan polis mengenainya.
Cemerlang..Gemilang..Temberang..!!
Wahai kakitangan awam sekelian yang mana berasa tertipu oleh Janji Manis PM kite berkenaan bonus sebulan gaji @ minimun RM500 sila tampil bagi pandangan anda.
Kami kakitangan yang berkhidmat tidak sampi 3 tahun tidak mendapat bonus minum RM 500akan tetapi setengah dari gaji pokok.
Kalau yang baru kerja stat gaji RM820 bagi gred 17 cuma dapat RM410 je bukannya RM500seperti yang dijanjikan oleh PM pada sidang media PM tempoh hari. Mana janji kamu PM kepada kami. Mana hak kami. Macam ni ke nk tlg kakitangan untuk persediaan ramai. Bagaimana dengan yang telah bekeluarga. Kami amat terhina dan merasa tertipu."
Pegi Jahanamlah Dengan UMNO........!!
KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan.
Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'.
Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.
Dato' Mustafa berkata demikian dalam sidang media khas yang diadakan di pejabat perhubungan PAS negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar di sini hari ini.
Katak Dah Mula Gelisah...!!
Zahrain si katak lompat yang dibeli maruahnya oleh Najib Altantuya nampaknya terpaksa mencari isu untuk terus "hidup dan bernyawa" macam seorang lagi yang nak "bakar" Malaysiakini, Ezam Senatak.
Ketakutan Zahrain timbul apabila Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di kediaman Duta Jerman di Malaysia.
Yang menjadi persoalannya, mengapa Hoyer berjumpa dengan Anwar dan bukan Najib Altantuya atau paling koman, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay?
Mengapa Zahrain tak marahkan Hoyer, sebaliknya marahkan pula Nurul Izzah yang turut hadir dalam majlis tersebut?
Sememangnya Zahrainlah yang buta dalam politik dan istilah hubungan diplomatik.
Dengan wang RM2 dia hendak membeli sebuah kelab golf di Pulau Pinang yang melondehkan tembelang sebenarnya selama ini.
Perangai Umno-APCO memang cocok dengan ahli parlimen Bayan Baru ini.
Menipu, putar belit dan cuba memperlekehkan orang lain padahal sebenarnya membodohkan diri sendiri.
Hoyer boleh jumpa sesiapa saja yang dia mahu, Nurul Izzah boleh tulis dalam blognya bahawa pertemuan tersebut akan menjalinkan hubungan diplomatik lebih erat.
Maka apa yang dikatakan Nurul Izzah sememangnya benar.
Kesemua negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia adalah BERHAK untuk bertemu dengan wakil KERAjaan atau pembangkang, bagi mendengar pandangan kedua-dua pihak, untuk melihat sesuatu isu dari dua sudut pandang.
Itu baru dikatakan hubungan diplomatik.
Wakil negara asing bebas berjumpa sama ada pemimpin KERAjaan atau pembangkang, bila-bila masa saja yang dia mahu, di mana saja yang mereka mahu.
Tetapi Zahrain dengan kebodohannya terus menempelak Nurul Izzah seolah-olah Nurul Izzah tak berfikir sebelum menulis di laman blognya.
Soalannya, apakah Zahrain sudah berfikir sebelum mengeluarkan kenyataannya?
Mengapa Zahrain tak mempersoalkan kenapa Emir Qatar, Sheikh Jabar al Ahmad al Sabah menjemput Anwar ke negaranya sebagai penasihat ekonomi dan sistem kewangan Islam setiap dua bulan?
Kenapa Zahrain tak marah Nurul Izzah apabila Anwar bertemu dengan Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan di Istanbul?
Atau sememangnya dia hanya membodohkan dirinya dengan menulis satu hujah dangkal, hanya Umno-APCO sahaja yang layak berjumpa dengan wakil negara asing, yang menyerlahkan kejumudannya sendiri?
Rasanya, "pembelian" Najib Altantuya dalam banyak-banyak "katak", Zahrain lah yang paling MERUGIKAN Bukannya nak membantu Najib Altantuya, malah memalukannya tak pasal-pasal.
Sekali lagi, inilah bahananya makan duit haram, lebih kurang dengan si Gobalakrishnan yang terus "senyap" lepas dapat RM1.4 juta kah kah kah...

BN Menang...Kedah Senang Kena Tipu....!!
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tema “BN Menang, Kedah Senang” yang diperkenalkan Umno-BN Kedah selepas 51 tahun memerintah sebagai memalukan.
“Saya difahamkan BN negeri Kedah memperkenalkan tema “BN Menang, Kedah Senang.”Tak malu sudah memerintah 51 tahun, baru nak memperkenalkan “BN Menang, Kedah Senang,” maknanya selama ini tak senang, 50 tahun lebih,”bidasnya.Ujar beliau, semasa Kedah diperintah BN, hanya sedikit hasil balak diperolehi disebabkan berlakunya amalan rasuah.
Tetapi katanya, di bawah pemerintahan PAS, Kerajaan Negeri Kedah telah menurunkan cukai tanah hingga dana negeri kekurangan RM50 juta setahun, tetapi menampungnya dengan memperolehi hasil yang banyak dari cukai balak.
Menurut Ustaz Hadi, kemampuan kerajaan membolehkan cukai ke atas rakyat dikurang atau dihapuskan sepertimana juga penghapusan cukai kediaman yang pernah dilaksanakan PAS semasa mentadbir Terengganu.
Terang beliau, kaedah digunapakai adalah dengan menaikkan cukai dari kalangan mereka yang berada, sedang golongan miskin tidak dibebankan.
“Mereka yang kaya tak marah naikkan cukai kerana mereka bayar rasuah semasa BN lebih banyak lagi. Inilah rahsianya,” ujar Tuan Guru.
Mengulas mengenai isu akta hiburan yang disensasikan awal bulan lalu, beliau membidas Umno sebagai tidak tahu beramal sedangkan akta itu dibuat oleh mereka semasa memerintah Kedah.
“Kita membuat pindaan, hiburan dibenarkan orang bukan Islam, hak dia nak berhibur. Yang diizinkan oleh agamanya untuk minum arak, untuk makan babi, itu hak dia yang tidak boleh dihalang dalam pemerintahan Islam. Ini bukan (peraturan) PAS buat, tapi diajar oleh Nabi s.a.w.
“Dalam masa sama, orang Islam tidak boleh masuk ke tempat ini. Kalau orang Islam masuk, kita boleh ambil tindakan kepada premis ini. Adapun yang Umno buat hari ini, orang Islam boleh masuk juga, inilah yang menyebabkan orang Islam tidak boleh jadi contoh.
“Pusat judi terbesar di Asia Tenggara adalah di Genting Highland di bawah Kementerian Kewangan, Umno yang menguasainya. Tidak ada sekatan untuk orang Islam masuk.
“Demikian itu, perkara yang dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka ia dibenarkan kepada orang bukan Islam. Sedang, orang Islam mesti menunaikan tanggung jawabnya me ninggalkan perkara haram yang termaktub sama sebagai amanah pemerintah. Malangnya, sempadan itu yang tidak diamalkan Umno,” tempelaknya.

Parti Gerakan...Sekarang Dah Nazak....!!
BERUNDUR : TOLONGLAH FAHAM, AKGBAR UMNO GESA TSU KOON - MI
Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Koh Tsu Koon agar menerima “mesej yang jelas” daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.
“Tolonglah faham,” kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini.
Awang Selamat menulis bahawa Koh tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.
Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu “menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.”
Nota :
untuk kebaikan pakatan rakyat
tsu koon wajib pertahan diri
lagi lama lagi baik
kah...kah...kah...!!

Satu Lagi Cara Nak Menipu Melayu....!!
NIK AZIZ SOKONG LARANGAN BACAAN AL-QURAN GUNA PEMBESAR SUARA -MI
Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.
Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.
Sehubungan itu, dipetik Bernama Online, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
“Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat.
“Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanyaselepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.
NOTA:
strateji BN hari ini ialah mengepong pengundi melayu
BN sudah tak ambil hirau tentang pengundi china atau india
yang penting pengundi melayu...
pengundi bukan melayu semua sudah
lari ke pakatan rakyat
cara mengepong undi melayu
ialah dengan menaikan sentimen kemelayuan
tetapi jelas sentimen kemelayuan ini telah layu
lalu dinaikkan sentimen agama
bakar masjid
kepala babi dalam masjid
bawa kepala lembu
larang bukan melayu masuk masjid
allah eksklusif untuk melayu
melayu di murtadkan dalam gereja
dan
terakhir ini penggunaan pembesar suara
ketika subuh di masjid
semua ini di rancang
semua ini diatur
agar orang melayu akan merasa risau
agar orang melayu merasa gelisah
agar orang melayu merasa kacau
bila melayu risau
bila melayu gekisah
bila melayu kacau
bomoh akan sampai untuk beri jampi
bomoh bernama united malays national organisation
kalau mahu dijampi mesti beri undi
inilah perjanjian itu
tetapi formula ini tak jadi lagi
trik lama ini susah nak jalan lagi'
suasana telah berubah
lanskap telah berubah'
united malay national organisation
tunngu masa untuk rebah
kah kah kah
Dok Leh Lok Doh...Napok Koho Punoh...!!
PERKASA AMBIL ALIH TUGAS PAS -UM
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.
Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.
Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.
‘‘Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.
“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Nota :
Kah..Kah...Kah....
Tok de nok mikir ambo...
Ingat sesekali perangai Brahing Ali...
Koho lamo koho jadi...
Koho lamo koho sewe...
Tok leh loh doh...koho lok koho punoh...
Kah...Kah...Kah...
Malaysia Negaraku...!!
MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI - UM
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.
Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.
NOTA:
kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang
maka
akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang
seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri
tetapi
dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi
mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah
berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain
kita telah lali
kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia
berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci
politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi
yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad
dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta
inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957
Subscribe to:
Posts (Atom)