Mar 13, 2011
PR Tetap Komited Untuk Tawan Putrajaya....!!
Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya-MR
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya".
Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan.
Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut. Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP.
Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie.
Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga. "Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya.
Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat.
Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat". Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..."
Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan. Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku.
Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan. Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien.
Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah.
Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
PR Akan Tawan Putrajaya Secara Gentlemen....!!
Anwar: Kami akan ambil alih, tetapi tak macam di Mesir-MK
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan akan dilakukan mengikut proses demokrasi, melalui peti undi dan pilihan raya umum.
Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga dan majlis mengumpul dana PKR Wilayah Persekutuan malam tadi, Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.
“Kita tak nak buat benda-benda seperti di Mesir atau Tunisia. Jika kita mahukan demokrasi, kita akan lakukannya melalui peti undi dan melalui pilihan raya umum.
“Dan kami di sini untuk menang,” berkata Anwar, yang juga ketua umum PKR.
Katanya, Malaysia ialah sebuah negara yang hebat dan cantik dan ia
tidak sepatutnya dipimpin oleh mereka yang korup dan tamak.
Tunisia berdepan dengan penentangan rakyat Disember tahun lepas. Apa yang bermula sebagai demonstrasi rakyat, merebak ke seluruh negara itu, dan akhirnya mengakibatkan kejatuhan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.
Ia diikuti oleh demonstrasi di Mesir sehingga membawa kepada penyingkiran Presiden Hosni Mubarak - yang memerintah negara itu selama 30 tahun.
Hati-Hati..Jangan Sampai Kena Tipu....!!
KG.BARU: PEMILIK TANAH MAHU DEKLARASI DEPAN MP – HD
Satu majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia akan diadakan pada 14 Mac ini bertempat di Dewan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.
Program yang akan bermula jam 9 malam itu dianjurkan Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang ditubuhkan atas inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa.
Penasihat Undang-undang sekretariat itu, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi berkata, program tersebut adalah usaha menemukan penduduk di enam buah kampung di Kampung Baru dengan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk menyatakan permasalahan dan kebimbangan mereka terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) yang kini datangguhkan untuk dibentang di Parlimen.
"Untuk program ini kita jemput semua ahli parlimen sama ada dari pembangkang ataupun kerajaan.
"Penduduk sendiri akan bercakap dengan mereka," jelasnya sambil menafikan isu pembangunan Kampung Baru yang dibawa selama ini bukan retorik politik Pakatan Rakyat semata-mata.
Nota:
tunggu dan lihat
ini projek rembat tanah orang melayu
ini satu projek berbilion bilon
macam macam cara akan dijalankan
macam macam tipu helah akan dijalankan
akhirnya akan gunakan kanun tanah negara
akhirnya akan gunakan undang undang darurat
kerana nak rembat tanah orang melayu
dan nak bagi pada cukong
kalau kampong baru terlepas
makan hospital besar kuala lumpur juga dalam bahaya
kerana telah ada cukong beri cadangan
kah kah kah
Nyesal Dahulu Pendapatan..Nyesal Kemudian Tak Ada Gunanya....!!
JEPUN SAH LETUPAN LOJI TENAGA NUKLEAR FUKUSHIMA - MI
Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam.
Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut – sehari selepas timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.
Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut.
“Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan publik apabila kami ada maklumat lanjut,” kata beliau.
“Buat masa ini kami merasakan pengosongan kawasan dalam lingkungan 10 kilometer adalah wajar,” katanya.
Malah beliau juga berkata Jepun telah memperluaskan kawasan yang dikosongkan sekitar loji Fukushima Daini.
Beberapa jam kemudian kerajaan mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk memperluaskan kawasan yang perlu dikosongkan sekali ganda kepada 20 kilometer.
Edwin Lyman dari Union of Concerned Scientists berkongsi keseriusan keadaan di pusat-pusat kemudahan nuklear yang dilanda gempa bumi dan tsunami, dan pilihan-pilihan yang ada bagi mengelakkan bencana nuklear.
Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.
Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.
JAPUN BERI IODINE UNTUK ELAK BARAH
Bila iodine telah mula di beri maka ini bermakna radioaktif telah mula berterbangan...
JAPAN MAY HAND OUT IODINE NEAR NUCLEAR PLANTS – reuters
* Iodine can be used to protect against thyroid cancer
* Japan told IAEA it is checking condition of reactor core
VIENNA, March 12 (Reuters) - Japanese authorities have told the U.N.'s atomic watchdog they are making preparations to distribute iodine to people living near nuclear power plants affected by Friday's earthquake, the Vienna-based agency said.
Iodine can be used to help protect against thyroid cancer in the case of radioactive exposure in a nuclear accident.
After the 1986 Chernobyl disaster, thousands of cases of thyroid cancer were reported in children and adolescents who were exposed at the time of the accident. More cases are expected.
In Japan on Saturday, radiation leaked from a damaged nuclear reactor after an explosion blew the roof off in the wake of the massive earthquake, but the government insisted that radiation levels were low.
Japan's Jiji news agency later said three workers suffered radiation exposure near the Fukushima nuclear plant.
Nota:
pertama adalah simpati kita kepada semua
warga jepun yang ditimpa kemalangan
tetapi kita mesti terus meneruskan
menelanjangi cita cita saudagar
loji nuklear
para saudagar ini sedang cuba menyorokkan
apa yang sebenarnya sedang berlaku
pada ketika ini tetiba laman web loji
nuklear di fukushima telah padam
ini kerana saudagar nuklear ini tidak
mahu orang ramai tahu apa sebenarnya
sedang berlaku
juga sila ambil perhatian
pelbagai bentuk profesor dan bijak pandai
tentang tenaga nuklear akan dan telah membuat komen:
- belum dapat dipastikan –
- kalau bahang ini stabill semua selamat
- tidak seburuk chernobyll
semua ini ada penipuan – kata kata untuk menipu
bayangkan peduduk dipindahkan 30 batu dari
loji ini – ini hanyalah pr exercise –
30 batu – macam dari kl ke kajang? ini bukan jauh
cuba kita ingatkan kembali jerebu yang datang
menyerang kita 5- 6 tahun dulu – datangnya dari
daerah beratus ratus batu jauhnya dari kl
ini samalah dengan radioaktif nuklear ini
radioaktif ini boleh berterbangan lebih jauh
dah mula bagi iodine
bermakna radioaktif telah mula menular
para saudagar sednag cuba menenggelamkan
agenda loji nukelar ini
MARI BERPANTUN...!!
SAMAN EKOR BERULANG LAGI
KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI
BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI
KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI
DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI
JUDI DILESEN DULU LAGI
ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI
PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI
BUKAN RAKYAT SENANG HATI
HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI
BAWANG MINYAK TAMBANG LORI
SURATKHABAR PUSING JADI LALI
KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI
500 JUTA BARU DUIT KOPI
SIAPA TERIMA JADI MISTERI
HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI
KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI
JUAL MELAYU, JUAL NEGERI
BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI
ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI
RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI
MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI
HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI
ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI
TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI
PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI
ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI
SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI
MENGAKU FIRST LADY
PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI
ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI
SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI
KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI
SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI
UNDILAH BN UNDILAH DACING
HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI
HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI?
HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI
HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI
KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI
MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI
ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI
RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI
- Husam Musa –
Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)