May 19, 2011
Bila Orang "Bengong" Berkata-Kata....!!
Nota :
Dengarlah sendiri ucapan penuh Ibrahim dalam klip video selama 45 minit pada malam tersebut. Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak kelmarin, Ibrahim Ali dengan lantang mengata bahawa Datuk Ser Anwar Ibrahim sebagai anak haram, manakala Menteri Besar Kelantan yang telah memberi ruang untuknya bertanding pada PRU 12 menggunakan tiket PAS dianggapnya sebagai "bengong'.
Inilah perwatakan biadap dan angkuh Presiden PERKASA.
Petanda Kerajaan BN Bakal Tumbang Di Bumi Terengganu...!!
Bantahan demi bantahan telah disuarakan oleh rakyat terhadap polisi dan perlaksanaan program Mentei Besar, Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno-BN Terengganu.
Namun, sikap Ahmad yang 'keras' telah menolak suara rakyat dan menyelar tindakan bantahan yang dilakukan
Terbaru, kira-kira 100 penduduk termasuk pemilik premis perniagaan disepanjang jalan di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kampung Tanjung di sini.
Mereka membantah tindakan kerajaan khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengubah laluan dua hala di Jalan tersebut kepada jalan sehala sejak seminggu lalu.
Memorandum bantahan telah diserahkan kepada MBKT, menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan mendesak supaya MBKT mengembalikan semula laluan dua keatas jalan terbabit.
Sebaliknya, Ahmad Said bukan sahaja tidak mahu menerima bantahan tersebut malah telah menyelar tindakan penduduk dan pemiaga
Beliau, malah menyifatkan keluhan dan suara rakyat itu sebagai hanya 'mementingkan diri'.
Ahmad mendakwa perlaksanaan jalan satu hala itu adalah tindakan jangka panjang untuk mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di jalan tersebut.
Namun begitu, penduduk yang membantah mengatakan sebaliknya.
Menurut laporan sebuah akhbar harian, seorang wakil penduduk, How Kok Kong, 67, ia bukan jalan sibuk seperti yang didakwa Ahmad.
Bahkan, penukaran jalan tersebut kepada 'satu hala' menyebabkan penduduk terpaksa mengambil jalan lebih jauh untuk menghantar anak ke sekolah selain memberi kesan kepada peniaga.
Seorang lagi penduduk dan peniaga kedai runcit, Goh Bee Ai, 34, pula mendakwa sejak jalan itu dijadikan laluan sehala, ia menjadi gelanggang baru kepada mat rempit berlumba motosikal dan lumba kereta terutama pada malam Jumaat, sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.
Dalam tempoh seminggu ini, sduah dua kali Ahmad menolak memorandum bantahan yangdikemukan oleh rakyat Terengganu,
Pada Rabu, 11 Mei lalu, Ahmad telah menolak memorandum bantahan yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Encil Salleh Embong.
Tanpa melihat kepada isi kandungan memorandum tersebut, Ahmad terus membuat keputusan tidak menerima bantahan malah berlepas tangan dan mengatakan pihak Jabatan Kerja Raya telah menyelesaikannya.
Menurut saksi, Ahmad berkata kerajaan hanya mengeluarkan belanja untuk projek, perlaksanaannya adalah oleh pihak JKR.
Oleh itu, tidak ada apa-apa tindakan yang boleh dilakukakn oleh kerajaan kerana ianya telah selesai.
Sejak Januari 2010, sebanyak 12 bantahan teah diutarakan oleh rakyat Terengganu berkaitan dengan polisi kerajaan dan perlaksanaan projek serta berkaitan.
Senarai bantahan tersebut adalah sebagaimana di bawah;
1. Penduduk bantah judi haram; 20 Januari, 2010 - Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.Mereka telah berdiri dihadapan kedua-dua kedai 'ekor haram' yang terletak berhampiran jambatan Buluh Gading, setelah laporan dan makluman mereka kepada pihak berkuasa gagal menyekat operasi kedai tersebut.
2. Bantah perobohan rumah Paya Bunga; 4 Mac, 2010 - Ikatan Anak Watan Darul Iman ( IKHWAN ) mengutuk tindakan zalim dan tidakperimanusiaan
yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu terhadap para penduduk Kg. Paya Bunga tanpa pertimbangan kemanusiaan.
3. Peniaga ‘Basah’ Bantah Cadangan Kerajaan Pindahkan Pasar Kedai Payang ; 1 Jun, 2010 - Hampir semua peniaga ‘barang-barang basah’ ikan, daging dan ayam membantah cadangan kerajaan memindahkan mereka dari pasar besar Kedai Payang. Menurut mereka, ura-ura kerajaan menempatkan mereka di pasar Cabang Tiga adalah satu cadangan yang mengancam ‘mata pencarian’ mereka.
4. Penduduk Bantah Pembinaan Atas Padang Permainan Kanak-kanak; 21 Jun, 2010 - Penduduk Taman Uda Murni, Tok Jembal bantah pembinaan Blai Raya atas Taman Permainan Kanak-kanak
5. Bantah pembangunan kolam udang; 23 Julai, 2010 - Penduduk Kampung Banggol Setiu bantah pembinaan kolam udang Taman Akuakultur Udang Bersepadu Permaisuri diusahakan di tanah seluas 1200 hektar dari Kampung Nyatoh hingga ke Kampung Banggol. Pampasan belum selesai tetapi sebahagian kebun penduduk telah diratakan dan tanah telah digali oleh pemaju kolam udang.
6. Bantahan penduduk Ladang Gemilang; 6 September 2010 - Lebih 70 orang penduduk, mewakili 30 keluarga yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang dekat sini menyuarakan tuntutan dan bantahan mereka terhadap Menteri Besar Terengganu dan juga kerajaan negeri Terengganu.Mereka menuntut supaya sewa pangsapuri kos rendah diturunkan sebagaimana janji adalah Menteri Besar Terengganu ketika tanah mereka diambil. Mereka juga menuntut supaya rumah tersebut di jual kepada mereka bukannya disewa sahaja
7. Bantahan jajaran Banggol Donas; 29 Oktober, 2010 - Penduduk Banggol Donas membuat bantahan melalu Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas terhadap jajaran jalan yang bakal menghapuskan penempatan penduduk asal Kg Banggol Donas.Projek ini tetap diteruskan walaupun bantahan mengenai Jajaran telah dihantar sebelum pengumuman mengenai jajaran semenjak tahun 2008.
8. Bantah Pelan ETP Hab Hiburan; 11 November, 2010 - Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu (IKRAM Terengganu) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (JIM Terengganu) kesal dengan kenyataan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said yang dipetik di akhbar Sinar Harian pada 6 November 2010 yang mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam ke arah memacu sektor pelancongan dengan menggandakan pendapatan hiburan malam menerusi kemasukan pelancong asing di negara ini sebagaimana pelan yang dirancang menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
9. Bantahan Mahasiswa Mesir; 29 November, 2010 - Mahasiswa Terengganu di Mesir bantah sikap tidak profesional pegawai berkenaan zakat MAIDAM Terengganu
10. Penduduk Gelugor Raja bantah pengambilan balik tanah; 1 Februari, 2011 - 500 penduduk Gelugor Raja mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, yang mengambil balik tanah mereka dengan harga yang rendah. Antara kampung terbabit Kampung Pak Pa, Kampung Gelugor Raja Masjid, Kampung Gelugor Raja, Kampung Tok Jamal dan Kampung Panji.
11. Bantahan penduduk Pulau Redang; 19 April 2011 - Kira-kira 100 penduduk Pulau Redang dekat sini mengadakan bantahan secara aman dengan menghalang feri daripada berlabuh di jeti pulau itu.bantahan yang dibuat itu adalah susulan rasa tidak puas hati penduduk pulau itu terhadap kenaikan harga tiket feri. Harga tiket asal bagi perjalanan sehala dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang dan sebaliknya adalah RM20 bagi dewasa tetapi telah dinaikkan kepada RM25 baru-baru ini.
12. Penduduk, pemilik premis perniagaan bantah jalan dua hala dijadikan sehala; 17 Mei, 2011 - Kira-kira 100 penduduk termasuk pemilik premis perniagaan di Kampung Tanjung Batu 1 di sini membantah tindakan pihak berkuasa mengubah laluan dua hala di Jalan Sultan Zainal Abidin kepada sehala sejak seminggu lalu.Sebagai tanda tidak puas hati, mereka bersepakat menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) semalam supaya laluan tersebut diubah semula kepada asal.
Tindakan Ahmad Said yang angkuh dan sombong tidak mahu menerima memorandum dan suara rakyat sudah berlaku berkali-kali.
Lebih setahun yang lalu, pada 6 Februari, 2010, Ahmad Said hanya menepis 'huluran tangan' Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Mazlan Aliman yang cuba menyerahkan memorandum persatuan tersebut
Bukan setakat Ahmad Said, Setiausaha Politiknya Ahmad Nizam yang juga anak didik Ahmad Said, turut melakukan perkara 'jelek' yang sama, umpama 'Bapa borek anak rintik'.
Rakyat Bakal Di Tipu Lagi...!!
'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'-MK
Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.
Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.
Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.
Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.
Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.
Cara Terakhir BN Nak Sekat PKR...!!
ROS Keluarkan Surat Batalkan Pendaftaran PKR-TKO
SHAH ALAM 19 MEI : Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.
Turut difahamkan PKR juga telah menerima surat berhubung pembatalan tersebut daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.
Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.
PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.
Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.
Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.
Berita Lawak Hari Khamis....!!
JIKA DEDAH IDENTITI , POLIS DITUDUH BERPOLITIK - UM
Timbalan Ketua Polis Negara, Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keselahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.
"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."
-----------------------------------------------------
kah kah kah…UMANG AAAIIII…. JUJUR NYA MAT MATA INI…
kah kah kah… INI MAT MATA DARI MANA?....
kah kah kah…. BETUL KE MAT MATA INI TIDAK BERPOLITIK….
kah kah kah… SEMINGGU SEKALI MATA INI AKAN BERCAKAP TENTANG VIDEO INI….
kah kah kah… MINGGU INI MAT MATA INI KATA – PELAKON TELAH DI KENALI….
kah kah kah… MINGGU DEPAN… KENYATAN YANG VIDEO INI TULIN….
kah kah kah…. MINGGU DEPAN DEPAN… VIDEO INI HANTAR KE KOREA….
kah kah kah…MINGGU DEPAN DEPAN DEPAN… VIDEO INI HANTAR KE AMERIKA….
kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...LANCOW KALAU TAK BERPOLITIK….
Negaraku Malaysia...!!
KHALWAT : DR ASRI SYOR PROSEDUR OPERASI DIKAJI ELAK KEMATIAN - MI
Kesal dengan tindakan penguatkuasa agama yang berakhir dengan kematian ketika operasi pencegahan maksiat semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar garis panduan “tangkap khalwat” diperketatkan.
Ini kerana jelas beliau, operasi “tangkap khalwat” yang dilaksanakan penguatkuasa sekarang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam sehingga boleh menyebabkan kematian.
Dalam kejadian semalam, seorang bekas pegawai polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel, dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat.
“Memandang Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi tangkap khalwat mestilah diperketatkan.
“Ini kerana operasi tangkap khalwat selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini, ramai orang menyangka tanpa operasi tangkap khalwat, maka bertambah perzinaan dalam masyarakat sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat,” kata Asri.
Justeru beliau mencadangkan agar beberapa perkara perlu dikaji dan dititikberatkan dalam melakukan operasi “tangkap khalwat.”
Selain itu, Asri juga berkata setiap garis panduan yang ditetapkan harus dipatuhi dan difahami oleh penguatkuasa agama.
“Yang pertama operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan khalwat) berkembang dalam masyarakat Islam, maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperoleh berdasarkan perbuatan tajassusnya.
“Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut, seperti nampak dari luar rumah atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperoleh secara jelas, bukan tajassus atau intipan,” katanya.
Tegas beliau, operasi “tangkap khalwat” hanya boleh dilakukan sekiranya maklumat yang diterima sahih dan jelas.
Nota :
Untuk berendut pada tahun baru ini
awang dan dara perlu diberi ingatan
sila simpan duit dari hari ini
dengan duit yang banyak
boleh check ini di hotel hilton
mandrin international, meridian atau di le exhlil
jamin tak ada gangguan
terbaik check ini di carcosa
untuk membantu menaikkan shahwat awang dan dara
filem porno akan ditayang kan
kah kah kah
Goodbye Paris...!!
WIKILEAKS: NAJIB DAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA – MK
Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Najib Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.
Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.
Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.
Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi,
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.
NOTA:
Sudah lupa? jangan lekas lupa!
ada 1000 lagi dokument tentang malaysia di wikileaks
ingat tak kenyatan Najib..?
Najib dengan segera mengatakan jangan percaya wikileaks
walau pun wikileaks tibai anwar ibrahim
kenyataan ini dibuat kerana Najib ini sedar
bahawa berita saheh altantuya ini diketahui oleh wikileaks
Najib juga sedar dalam masa yang tidak lama lagi
kes kapal selam ini akan dibuka di paris
ini bukan kes siapa bunuh altantuya
tetapi kes pegawai peanchis yang terima rasuah
tetapi awas!
tidak dapat tidak nama altantuya akan tinbul
bak kata french : bien sur.. le mongol de malaysie dans le merde
kah kah kah
Subscribe to:
Posts (Atom)