HENTIKAN SEGERA FITNAH PERKAUMAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
10 OGOS 2010
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini menegaskan tidak akan bertolak ansur kepada mereka yang memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ‘perkauman’ dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cukuplah dengan siri-siri fitnah bermula dari Kampung Buah Pala, Tanah Wakaf Bagan Ajam, Isu Jelutong dan Pokok Asam yang menjadi ‘modal’ politik murahan UMNO untuk menagih sokongan rakyat, sekarang ditambah lagi dengan menghasut peniaga-peniaga Melayu Komtar untuk membenci Kerajaan Negeri, dalam isu lot niaga di ruang legar Komtar.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merujuk kepada tuduhan liar yang dilemparkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang, Aziaan Ariffin yang mengatakan "Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal.”
Tuduhan jahat ini jelas menggambarkan, siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang jelas suka bermain dalam ruang lingkup perkauman mereka yang sempit dan suka ambil sikap hentam keromo sebelum tahu apa yang sebenarnya berlaku. Siapa dia Aziaan? Adakah dia benar-benar menyelami permasalahan yang berlaku? Konon menjadi ‘hero segera’ Melayu, tetapi selama lebih 50 tahun, apa yang UMNO berjaya tinggalkan untuk orang Melayu Pulau Pinang?
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga merasa amat kesal dengan tindakan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang mengapi-apikan hubungan baik yang sudah terjalin lama antara komuniti peniaga Komtar dengan pihak Kerajaan Negeri. Tindakan beliau yang menuduh Kerajaan Negeri meroboh premis gerai dan menghalau Melayu dari Komtar adalah amat tidak tepat dan hanya emosional semata-mata.
Bilakah masanya ada notis yang mengatakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menghalau peniaga-peniaga Melayu dari Komtar? Yang jelas ada hanyalah notis untuk urusan menaiktaraf ruang niaga tersebut, agar lebih teratur dan tidak menghalang lalulintas pelanggan Komtar. Bahkan, 27 peniaga sedia ada boleh terus berniaga seperti biasa, dan ditambah lagi dengan 17 lot di tingkat yang sama dan 10 lot di tingkat 4.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) di sini juga menyatakan sokongan kepada kenyataan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar untuk PDC melakukan kutipan terus bayaran sewa tapak dari peniaga, dan bukannya menerusi Komtar Merchant Association (KMA). Ini adalah untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan, setelah kontroversi yang ditimbulkan oleh Naib Pengerusi KMA itu sendiri, Mohamed Ghani.
Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) dengan ini sekali lagi menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melontarkan fitnah jahat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk orang Melayu, Cina dan India di negeri ini.
Demi memastikan isu-isu rakyat yang membabitkan tiga kaum ini ditangani dan diselesaikan dengan baik, AMKPP menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk mencari jalan keluar sebarang pemasalahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, AMKPP akan menubuhkan satu sekretariat khas yang dinamakan sebagai “Sekretariat Warga Diskusi Isu Rakyat” (SWADAYA)
SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)
Aug 12, 2010
Bila Sesumpah Di Suruh Bersumpah.....!!!!
NIZAR CADANG SAIFUL BERSUMPAH DI MASJID SEKALI LAGI - Harakah daily
Mohd Saiful Bukhari Azlan dicadangkan supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk membersihkan namanya dengan bersumpah sekali lagi di masjid ekoran tuduhan hubungannya dengan seorang timbalan pendakwaraya Farah Azlina Latif.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Mohamad Nizar Jamaludin dalam laman twitternya berkata, "Bulan Ramadhan lebih baik bagi Saiful bersumpah seperti mana pernah dibuatnya dalam masjid dulu perihal penafian hubungannya dengan DPP Farrah Azlina."
--------------------------------------------------------------
Woittttt......SUMPAH SUMPIT SEKALI LAGI LAAA......
Woittttt......DULU SUMPAH APA...???
Kah...Kah.....DULU SUMPAH KERAMAT… MACAM MAT EZAM PUNYA SUMPAH.......
Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....SILAP-SILAP SUMPAH....MAMPUS KENA LAKNAT ALLAH...
Nota:
Sumpah sumpit
Lada api
Farah buncit
Saifool yang tubi
Kah...Kah...Kah....!!!
Baik Jadi Batu Pelir..Dari Jadi Batu Api...!!!!
KHALID DAKWA MUHYIDDIN BATU API -MStar
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai 'batu api' kerana didakwa cuba melaga-lagakan hubungannya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung isu pemilikan hartanah di kalangan bumiputera.
Khalid mendakwa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan fakta bagi menggambarkan kononnya beliau mempunyai pandangan berbeza dan tidak mendokong pendirian Abdul Hadi berhubung isu tersebut.
"Jelas sekali Muhyiddin nak jadi batu api dalam isu ini, beliau sengaja nak laga-lagakan saya dengan Tuan Guru .
Nota :
Suka melaga=lagakan pimpinan memang budaya asal UMNO....
Tak cukup jadi Batu Api...akhirnya akan jadi Bara Api...
Selepas batu api akan timbul pulak budaya cah keting...
Kes cah keting lah timbulnya isu lebam mata 1998....
Maka tak pelik kalau Muhyidin cuba jadi batu api lagakan pimpinan PAS...
Bak kata orang..Alah bisa tegal biasa....UMNO memang tak ada halal haram...
Asalkan beri manafaat kepada mereka..yang haram pun boleh jadi halal....!!!

AUKU..ISA...Bukti Rejim UMNO/BN Memang Zalim....!!!
PELAJAR IPT TETAP DI LARANG BERPOLITIK - berita hairan
Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.
Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.
Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara
Nota:
Anak muda pelajar dan mahsiswa jangan buang masa
Jangan hantar memo...
Jangan jumpa meja bulat....
Hanya ada stu jalan saja lagi....
Ramai ramai pergi daftar jadi pengundi
Kita sama humbankan gerombolan
Bukan sahaja AUKU akan dimansuhkan
Malah kita akan turut selamatkan negara ini

Subscribe to:
Posts (Atom)