Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 1, 2011

Bala Allah Mengiringi Kemenangan BN...??


KUALA TERENGGANU - Berita kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ditenggelamkan oleh tragedi banjir buruk yang melanda negeri Johor

Menurut Timbalan Pengarah Kontinjen Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat, orang ramai tidak lagi bercakap tentang kemenangan BN, tetapi rata-ratanya bercerita tentang banjir yang melanda.

Beliau menghubungi Buletinonline sebaik tiba di Cherating Pahang, setelah mengambil jalan jauh, berpatah balik melalui Yong Peng ke Kuala Lumpur, setelah jalan Segamat di tutup kepada semua lalu lintas

(Gambar - banjir melanda rumah seorang penyokong Umno-BN; apabila bala Allah tiba mampukah Umno-BN menghalangnya?)

Katanya, beliau dan rombongan terpaksa mengambil laluan Lebuhraya Pantai Timur, setelah terperangkap di Labis, pada hari pengundian PRK Tenang, Ahad, 30 Januari

Beliau berkata, mungkin Allah menurunkan 'bala', walaupun memberikan kemenangan kepada Umno-BN, kerana tindak tanduk pemimpin Umno-BN selama kempen pilihanraya berlangsung.

Menurutnya, antara kemungkaran pemimpin Umno-BN adalah mempertikaikan hukum Allah yang melarang perempuan Islam bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

"Chua Soi Lek pemimpin MCA dibawah BN mempertikaikan tindakan calon PAS yang tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin pula menyokong Soi Lek,

"ini kemungkaran Umno-BN, mempertikaikan hukum-hakam Allah SWT,"jelasnya.

Sebagaimana dilaporkan media, banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini.

Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.

Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Jurucakap polis di sini Supt Abdul Aziz Ahmad berkata semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas

Selamatkan Malaysia....!!


TOLAK SEKATAN INTERNET, MANSUH AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITA , AKTA HASUTAN

Kami merupakan kumpulan masyarakat madani yang amat bimbang mengenai niat kerajaan persekutuan untuk menyekat Internet, mengikut laporan akhbar baru-baru ini yang mengungkap pegawai kanan kementerian berkenaan “peraturan hasutan siber” dan perluasan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk meliputi media dalam talian.

Kami membantah sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya memansuhkan akta ini berserta Akta Hasutan dan undang-undang lain yang terlalu menyekat dan yang tiada tempatnya dalam masyarakat moden dan demokratik yang menjadi cita-cita negara kita.

Keberkesanan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dalam membelenggui akhbar selama berdekad-dekad begitu nyata, amat mengerikan jika peruntukan drastiknya dikenakan terhadap penerbitan dalam talian, justeru menyebarkan kesan 'seram' yang sama kepada ruang Internet.

Tidak mustahil bahawa permit disyaratkan untuk laman sesawang berita, seperti yang berlaku di negara China. Dan melihat kepada jumlah buku yang diharamkan setiap tahun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, besar kemungkinan penulisan dan bahan multimedia yang tertentu dalam Internet dicop 'penerbitan yang tidak diingini', manakala pengguna Facebook dan Twitter pula dituduh menyebarkan 'berita palsu'.

Ciri Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang paling membimbangkan ialah kekurangan sekatan dan imbangan – terutamanya peruntukan yang menyatakan keputusan Menteri adalah muktamad, berbanding dengan Akta Komunikasi dan Multimedia yang sekurang-kurangnya mengandungi rujukan penghakiman.

Jika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikenakan kepada Internet, ruang siber kita akan menjadi lembab dan ia mungkin meradikalkan pendapat yang berbeza.

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata pindaan tersebut masih di tahap perbincangan dan masih 'terlalu awal' untuk dipersoal oleh pihak media dan orang awam. Namun bagi kami, kekurangan ketelusan dan rundingan awam juga merupakan sebahagian daripada masalahnya. Kami membantah sekeras-kerasnya pendekatan kerajaan yang tidak telus dalam memperkenalkan undang-undang dan pindaan dengan mendedahkan sedikit sahaja maklumat mengenai intipatinya, justeru menimbulkan kerunsingan orang awam. Ketiadaan rundingan awam dalam perkara-perkara yang memberi kesan yang besar terhadap masyarakat menunjukkan bahawa hal-hal ini besar kemungkinannya bermasalah, namun kerajaan masih berkeras mahu meneruskannya tanpa mengendahkan pendapat orang awam.

Justeru, kami percaya bahawa ancaman kawalan Internet memang wujud, seperti yang nyata dengan tertubuhnya kumpulan merentasi kementerian – yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim; Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz; and Peguam Negara Abdul Gani Patail – yang menumpu kepada sekatan kebebasan ekspresi dalam talian.

Tujuannya ketara – untuk mengawal media bebas yang terakhir.

Kebangkitan isu ini ketika seluruh negara menanti-nanti pilihanraya umum yang dijangka pada tahun ini menunjukkan motivasi politik wujud di sebaliknya kerana Internet dikatakan faktor penyumbang kepada keputusan pilihanraya kerajaan persekutuan yang paling teruk dalam empat dekad pada tahun 2008. Malah, kerajaan persekutuan nampaknya mencontohi negera jiran seberang selat, di mana kerajaan yang dipimpini Parti Tindakan Rakyat meningkatkan gangguan dan kawalan terhadap media dalam talian menjelang pilihanraya.

Kami ingin memperingatkan kerajaan bahawa sebarang pelanggaran jaminan “tiada sekatan Internet”, yang diwar-warkan kepada pelabur asing supaya mereka menyertai projek Koridor Raya Multimedia sejak ia dilancarkan pada tahun 1996, akan memburukkan nama Malaysia dan memudaratkan pelaburan.

Sebarang percubaan untuk menyekat kebebasan Internet akan mendesak kumpulan masyarakat madani dan orang awam untuk membawa isu ini ke pilihanraya. Kami menyeru masyarakat, yang sudah lama dikekang dari segi kebebasan akhbar, berpersatuan dan berhimpun, untuk bangkit dan mempertahankan sempadan terakhir untuk kebebasan ekspresi – pastikan suara anda didengari dalam ruang bebas yang masih ada atau tunjukkan bantahan anda di peti undi.

Kenyataan bersama ini diusahakan oleh:
Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (Centre for Independent Journalism)
Charter 2000-Aliran
Writers Alliance for Media Independence
1 Muted Malaysia


Dan disokong oleh:

1. All Women's Action Society (AWAM)
2. Civil Rights Committe of KL-Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
3. Civil Society Committee of Lim Lian Giok Cultural Development Centre
4. Coalition of Anti-Genetically Modified Mosquitoes
5. Community Action Network
6. Community Development Centre (CDC)
7. Gabungan NGO Kelantan(Coalition Of NGOs Of Kelantan)
8. Health Equity Initiatives
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Lawyers for Liberty
11. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
12. Pekan Frinjan
13. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
14. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
15. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
16. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM
17. Women's Aid Organisation (WAO)

Rakyat Mesir Pilih Jalanraya Bukan Pilihanraya....!!


kebencian rakyat mesir terhadap mahafiraun dan para kroni telah memuncak
kebencian rakyat mesit terhadap first lady baru pulang bershopping telah memuncak
kebencian rakyat mesut terhadao anak mahafiraun telah memuncak

hari ini BERHIMPUNAN SATU JUTA

rakyat telah bangun
rakyat tidak mahu dibodoh bodohkan dengan pilihazn raya
rakyat memilieh jalan raya

tentera telah membuat kenyataan
tentera tidak mahu jadi barua mahafiraun
yang mengganas ialah polis
yang mengganas ialah mukhabarat

minggu lalu mahafiraun telah melantik timbilan presiden baru
ini dengan harapan rakyat akan tertipu

malam tadi ketika kita di malaysia tidoor
mahafiraun telah membuat rombakan kabinet
kah kah kah

first lady mesir dikata telah mula
mengumpul barang barang rompakan untuk diterbangkan ke luar

hantarkan keluarga ini ke falujah
tau ke kandahar kah kah kah

Hadiah Untuk Pengundi BN Di Tenang...!!


HARGA PETROL RON97 NAIK 10 SEN -UM

Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Nota :

ALASAN KERAJAAN :

1 – ini harga pasaran
2 – harga minyak naik
3 – harga minyak di sweden lagi mahal
4 – harga minyak di malaysia termurah di asean

kah...kah....kah...

Jauhi Anak Anda Dari Hantu FLOM...!!


Nota:

Adalah dinasihatkan
Kepada ibu bapa agar lebih bertanggung jawab dengan anak-anak
Jangan biarkan anak anak menonton tv sepanjang masa !