Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 3, 2010

Satu Lagi Projek Kerajaan Benjamin Natanyahu (BN)....!!!


"Aduh!! Maka terkejutlah seluruh Malaysia apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir mendedahkan betapa Malaysia kerugian RM 320 ribu juta apabila menyerahkan 2 kawasan telaga minyak kepada Brunei tanpa mencabarnya di mahkamah dunia. Najib selaku ketua UMNO-AMCO yang baru berjaya meraih sokongan lebih 20,000 pengundi Melayu UMNO Hulu Selangor enggan mengulas sebaliknya mengarahkan orang-orang bawahannya saja menguruskan. Ada 3 rahsia yang tidak kita semua ketahui berhubung penyerahan RM320 billion kepada Brunei ini sebenarnya:

1. Serah RM 320 ribu juta tak merugikan Malaysia!

Begitulah hujah Pak Lah kerana beliau mendakwa kononnya wujud persetujuan bahawa Malaysia akan diberi kebenaran oleh Brunei untuk turut sama membangunkan kawasan tersebut. Inilah antara hujah paling bodoh yang dibawa oleh UMNO.

Tak sama memiliki dengan sekadar tolong menguruskan! Contohnya, ada kebun 100 ekar. Kita setuju kebun tu milik aku tetapi kau boleh tolong uruskan. Kedudukan kau hanyalah setakat pengurus bodoh sahaja, aku yang menjadi pemiliknya. Sampai begitu tak cerdiknya UMNO.

Itulah antara sebab pengundi Cina menolak rasuah UMNO pada pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lalu. Pengundi Cina yang reti mengira sedar bahawa khazanah negara yang dikaut UMNO jauh lebih banyak dari sedekah dan ehsan yang ditaburkan oleh UMNO-Apco.

2. Kita kena hormati jiran.

Begitulah Malaysia. Rakyat Kelantan dan Terengganu dinafikan hak mendapat royalti minyak dan dilayan bagaikan pengemis apabila menuntut hak ke atas minyak di kawasan sendiri.

Tiba-tiba, Malaysia dengan mudah menyerahkan telaga minyak bernilai RM 320 billion kepada Brunei. Sebelum ini, Malaysia sudah melepaskan Batu Putih kepada Singapura dalam apa yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai 'win-win situation'.

Nampaknya, benarlah pepatah 'anak monyet dihutan disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan!'

3. Malaysia negara UMNO

Selaku sebuah negara yang diperintah oleh UMNO tindakan UMNO menyerahkan 2 telaga minyak bernilai RM 320 billion ini mengsahkan kehebatan UMNO selaku parti pemerintah yang mampu berbuat apa sahaja yang diingininya. Ahli UMNO seumpama Pak KAdok yang 'menang sorak kampung tergadai'.

RM 320 billion tu banyak mana sebenarnya?

Duit PTPTN yang budak-budak graduan berhempas pulas kena bayar balik tuh (RM30,000 seorang) boleh dihalalkan kesemuanya.

a)Tol di jalanraya boleh dimansuhkan sepenuhnya.
b)Cukai pintu, dan pelbagai jenis cukai boleh dimansuhkan juga.
c)Puluhan malah ratusan rumah anak yatim boleh dibina.
d)Peluang pekerjaan boleh dibuat untuk ratusan ribu rakyat Malaysia.
e)Buku teks percuma dan pendidikan percuma sehingga tahap universiti boleh dibuat.


Kesemua ini tidak berlaku kerana UMNO BODOH MENGURUSKAN NEGARA.Apa pun, asalkan sedikit fulus masuk ke poket, sedikit berita perkauman disebarkan berita UMNO, sedikit isu agama dibakar dan direka, maka melompat-lompatlah penyokong Melayu UMNO dan akan taat setialah mereka kepada UMNO.
-------------------------------------------------
Kah....Kah...Kah....TAK PERNAH JUMPA LAGI KERAJAAN BODOH MACAM NI...Kah...Kah....!!!

Kah...Kah...Kah.....SAMPAI MAMPUS 1 MALAYSIA KENA TIPU PADA UMNO-APCO...Kah..Kah..Kah...Kah...

Kah..Kah..Kah...KAH..KAH...KAH..KAH...KAH...HABIS RAKYAT MALAYSIA KENA KENCING..Kah..Kah..Kah....

Penat Lelah "SESUMPAH" Akhirnya Di Bayar UMNO-APCO

Jawatan menurut pandangan Islam adalah amanah. Ia tidak melantik seseorang melainkan atas sikap amanah dan adil. Amanah kerana ia melibatkan Allah dan Rasul. Ia juga melibatkan kepimpinan keatas umat Islam. Amanah terhadap harta benda dan negara umat Islam. Penerima jawatan juga perlu amanah. Bukan hanya amanah ketika mula dilantik tetapi istiqamah dengan sifat tersebut sehingga selesai tugas dan tanggungjawabnya. Adil dalam melantik kepimpinan adalah meletakkan seseorang pada tempat yang selayaknya. Perlantikan seseorang bukan atas kehendak nafsunya tetapi perkiraan dan perhitungan sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas, khidmat dan mencurahkan bakti dan jasa. Ia bukan melantik kerana ia isteriku, anak-anakku, teman dan rakanku. Tetapi ianya juga adalah amanah yang turut dipersoalkan keatasnya kelak.

Rasulullah Saw ketika diminta diberikan jawatan oleh Abu Zar al-Ghifari, Baginda menolaknya dengan sabdanya:

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah dan jawatan itu amanah. Dan di hari kiamat kelak merugikan dan penyesalan melainkan orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan segala tuntutannya. (Riwayat Muslim).

Hari ini bukan kriteria itu yang menjadi sempadan. Siapa yang paling kuat mengampu maka ia diberi pangkat dan jawatan. Siapa yang paling kuat akur kepada tuannya maka ia diberi kedudukan. Kalau inilah menjadi neraca, itulah tanda dan saat-saat kejatuhan. Kejatuhan beberapa kerajaan Islam kerana mereka dilingkungi oleh golongan pengampu yang menjadi penasihat dan pengampu, maka itulah tanda-tanda kejatuhan. Para pegawai yang paling banyak mengutip cukai untuk dipersembahkan kepada pemimpin nescaya mereka diberi kedudukan, maka orang yang paling zalim akan mendekati kepimpinan.

Masing-masing hanya mencari jalan bagi memperkukuhkan jawatan masing-masing dan mereka sanggup melacurkan diri mereka sendiri. Mereka sanggup menjilat ludah dan kahak mereka sendiri. Benarlah Rasulullah Saw bahawa golongan ini ada sepanjang zaman. Samada pembantu dan penasihat yang baik atau penolong yang buruk dan jahat.
-----------------------------------------------------
Kah...Kah.....INI ADALAH STARTEGI BIJAK DARI SESUMPAH....!!!

Kah...Kah......SESUMPAH MEMANG LICIK..CERDIK PULAK TU...!!!

Kah...Kah......KAWAN-KAWAN DALAM PKR TAK JELOUS KE...???

Kah...Kah......FIRAUN BESAR DAH TENTU MELALAK MINTAK NAJID LANTIK SENATTOR...!!!

Kah...Kah.....GENG DALAM UMNO-APCO MESTI TAK PUAS HATI...!!!

Kah...Kah.....KONTRAKTOR PADANG GOLF TAK TERLIUR KE NAK JADI SENATOR...???

Kah...Kah.....GOLDEN FROG APA CERITA...??? SENYAP JE..!!! TAK NAK JADI SENATOR KE..???

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH...HANYA ORANG YANG JUJUR DALAM KEHIDUPANNYA YANG LAYAK DI LANTIK SEBAGAI PENASIHAT..!!!

Edisi Siasat : Jangan Gentar Dengan UMNO-APCO...!!!


Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan

Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.
---------------------------------------------------------
Kah....Kah....INI BARU BETUL PENYIASAT..BERANI..TEGAS...!!!

Kah...Kah.....BUKAN PENYIASAT KAT MALAYSIA...PAGI SUMPAH LAIN..PETANG SUMPAH LAIN...!!!

Kah...Kah.....SIASAT SAMPAI HABIS...BINI ROSMAH DAH MULA GELABAH...!!!

Kah...Kah.....CARI MAKLUMAT TERBARU...TUANKU RAZAK BAGINDA DAH MULA CUAK...!!!

Kah...Kah.....CUBA DAPATKAN KELU...ROH ALTANTUYA MESTI GEMBIRA....!!!

Kah..Kah.....AIMAN TAK KISAH....TAAT KEPADA PEMIMPIN BUKAN LAH MUTLAK SELAGI PEMIMPIN ITU TAAT PADA HUKUM ALLAH....