Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 28, 2011

Kembara Tarbawi Bersama TG Presiden PAS 2011...


Buat kali kedua, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Program Tarbiyyah berbentuk ‘OutDoor’, iaitu Kembara Tarbawi Bersama Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS, YB Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2011.

Kembara ini akan diadakan di Cengal Besar, Hulu Dungun yang terletaknya Pohon Cengal yang Terbesar di Asia Tenggara.

Kali pertama, kembara ini telah diadakan di Ayer Putih, Hulu Kemaman pada tahun lepas, yang telah menampilkan lebih 30 buah kenderaan Pacuan empat roda 4X4, yang terdiri daripada pelbagai Kelab Pancuan Empat Roda, seumpama PADAT, RANGGOT dan lain-lain.

Kembara pada kali ini, akan dilancarkan sejurus selepas Kuliah Dhuha Tuan Guru Presiden di Rusila pada Jumaat, 13 Mei 2011, pada jam 10.30 pagi. Kemudian, kembara ini akan bertolak ke Masjid Kampung Nyior, yang Tuan Guru Presiden akan menyampaikan Khutbah Jumaatnya di masjid tersebut, dan semua peserta akan berjamu selera tengahari di sana.

Selepas itu, Kembara akan bertolak ke Felda Ketengah Jaya, untuk agenda Hi-Tea Bersama Tuan Guru Presiden. Satu agenda yang semata-mata untuk mendekatkan lagi masyarakat Felda dengan Tuan Guru Presiden.

Sesungguhnya Kembara ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani, mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan peserta dan memupuk kesedaran serta rasa pertanggungjawaban terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik.[Gambar - Kembara Tarbawi 2010]

Setelah berada di Ketengah Jaya, kembara akan terus ke Cengal Besar. Di sanalah, para peserta Kembara berpeluang berada di sisi Tuan Guru Presiden, terutama melihat peribadi Tuan Guru secara lebih dekat lagi.

Akhirnya, kembara ini akan berakhir pada jam 02 petang, yang akan dipenuhi agenda-agenda yang menarik ketika berada bersama Tuan Guru Presiden di Cengal Besar.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kembara ini, bolehlah merujuk kepada Ketua Urusetia, Ust Faisal Mizan Ambak di talian 019-9085023, atau Pengarah Kembara ini iaitu, Saudara Wan Mohd Hadib Wan Zain di talian 013-9395693.

Jom Kite Bersama Tok Guru!

Ustaz Mohd Azizul Hashim
Setiausaha Kembara Tarbawi 2011

Lagi Lama...Lagi Bagus....!!!


KES SARBAINI : AG ARAH POLIS SOAL SIASAT SATU LAGI SAKSI - MI

Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan.

Laporan media menyebut, kertas siasatan itu dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah diminta mendapatkan keterangan daripada seorang lagi saksi sebelum Peguam Negara boleh menentukan tindakan selanjutnya.

Kelmarin, Zulkifli berkata, polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbaini di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kepada Pejabat Peguam Negara, Jumaat lalu.

"Kami sudah berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Khamis lalu, Zulkifli berkata meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.
Justeru kata beliau terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

Dalam kenyataan minggu lalu, Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Nota:

lambat lambat lambat
agar orang ramai tak panas hati
agar orang ramai tak marah

berapa banyak kes tak tentu hujung pangkal
semua mati tengah jalan
kah kah kah

Antara 1Melayu..1Bumi & 1Malaysia....!!


KHIR TOYO: SATU MELAYU, SATU BUMI PERJUANGAN SAH DAN MULIA - MI

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata gerakan “satu Melayu, satu Bumi” - idea dilontarkan Utusan Malaysia dan disahut Perkasa, patut dianggap sebagai satu “perjuangan yang sah dan mulia” jika bertujuan menyatupadukan kaum Bumiputera dan Islam.

Sebaliknya kata beliau, gerakan itu bertujuan memindas dan menghancurkan kaum Cina, maka ia sepatutnya dianggap perkauman dan ditentang habis-habisan.

“Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia,” katanya lagi.

“Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum Bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina, maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.

Justeru kata beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Besar ini menambah, perkauman atau tidak slogan ‘satu Melayu satu Bumi” yang dicadangkan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Zaini Hassan bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.

Gerakan itu akan dilancarkan oleh Perkasa di Alor Setar Sabtu ini.

ZAHID : UTUSAN SUARA ORANG MELAYU - MK

Naib presiden Umno, Zahid Hamidi berkata akhbar Utusan Malaysia perlu terus menyuarakan denyut nadi dan pemikiran orang Melayu kerana sebuah pergerakan politik yang diharapkan, tidak berani lagi untuk berbuat demikian.

"Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal," kata Zahid yang juga menteri pertahanan tanpa menyebut nama pergerakan politik yang dimaksudkannya.

"Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir mereka akan berani lagi bertindak demikian," kata Zahid yang pernah menjadi ketua pergerakan Pemuda Umno dalam tahun 1990-an.

Pemuda Umno ketika itu menjadi kumpulan pendesak dalam melindungi hak keistimewaan Orang Melayu. Bagaimanapun, pergerakan itu kini dilihat lebih berpendirian sederhana dan liberal.

Nota:

satu bumi dan satu melayu akan menentang satu malaysia
ajenda satu bumi dan satu melayu
berlawaan dengan ajenda satu malaysia

selagi dua garis ini masih bergaduh
maka pilihanraya ke 13 akan ditangguh

kalau pilihanraya ke 13 berjalan sekarang
pasti gerombolan kalah terok kerana ramai
ahli gerombolan tidak menyokong mat mongo
dan satu malaysia....
Kah...Kah...Kah....!!

Kantoi Lagi.....!!


kah kah kah...kah kah kah...!!

Sumpah..Jangan Tak Sumpah....!!

Ini baru betul sesumpah...!!!

DARI FACE BOOK ZUNAR:

Esok Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim akan bersumpah di Masjid Bandar Baru Sentul selepas sembahyang jumaat. Ha, ha, ha, ha, jadi sesumpah pulak. Undang2 tak mahu ikut

Satu Lagi Projek Tipu Rakyat....!!


SURUHANJAYA DIRAJA SEKONGKOL DENGAN SPRM , DAKWA ADIK TEOH - MK

Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah “supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras.”

“Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini amat jelas semasa inkues juga,” kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

PROSIDING SURUHANJAYA KEMATIAN TEOH DITANGGIH KE 3 MEI – BH

Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei selepas semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.

Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

Nota:

semua kes tak selesai
semua kes tangguh

apa jadi dengan kes kugan
apa jadi dengan kes francis
apa jadi dengan kes sarbani
apa jadi dengan kes aminulrasheed

semua tipu
bila china marah
kata china nak ambil kerajaan
bila india marah
kata india tak hormat raja gopal
kah kah kah