Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 9, 2010

Rasopariso Yang Tak Bererti....!!


KHIR TOYO HANYA 1% DARI KES JERUNG – HD

Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada
Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.

Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.

"Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

"Kita ada pengalaman zaman Mr Clean Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Nota :

Penangkapan lee liong sik...
Penangkapan anak toyo....
Semua ini adalah satu sandiwara....

Kerana kalau Najib betul betul nak melawan rasuah...
Maka tindakan yang paling apdal ialah Najib sendiri akan serah diri....
Untuk di soal dan di siasat bagaimana kapal selam di beli?
Siapa yang beri arahan untuk bunuh altantuya?

Sandiwara ini dilakukan untuk mengolah persetujuan orang ramai
Berita ini di eramkan agak lama....
Di pilih hari yang baik untuk ianya menetas...
Hari dimana harga minyak dan gula baru naik...
Adalah tarikh dan masa berita anak toyo ditangkap di hebohkan....
Maka berita kenaikan harga barang terus tengelam....
Maka ketuanan melayu terus lupa yang mereka telah di bodohkan....
Kah...Kah...Kah....!!!

Kaya Belum Tentu Hidup Bahagia...!!!


Isteri Kedua Pengerusi Syabas Fail Cerai Mstar

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini,” tambah Fakhrul Azman.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.

“Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang,” katanya.

Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun.

Nota :

Tak semestinya kita kaya..kita akan bahagia...
Tak semestinya nak hidup bahagia...kita perlu jadi kaya...
Baiklah tak jadi kaya asalkan kita hidup bahagia...
Buat apa jadi kaya kalau hati kita menderita...
Tak salah jadi kaya..asalkan tak menyusahkan rakyat jelata..
Persoalannya sekarang...kita memang kaya...tapi rakyat menderita...
Saban hari..rakyat dok cerca...Mintak kita supaya di kenakan bala....
Sebab selalu dok buat kacau...mintak supaya air di naikkan harga...
Maka rakyat pun berdoa...Ya Allah hancurkanlah rumahtangga mereka...
Maka bercerai berailah mereka walaupun mereka kaya....!!!
kah...Kah...Kah...!!!

Salam Maal Hijrah Dari Krew Sepang Kederang....!!



Nota :

Pantun Sepang Kederang Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432 H :

1 Muharam detik permulaan...
1 Malaysia detik naik harga barang....
1 Hati kita nekad buat perumbahan....
1 Niat kita humbankan Barisan....

Kah...Kah...Kah...!!!

Kemusnahan Di Langit Dan Di Bumi Adalah Kerana Perbuatan Manusia...!!

Usahkan e-coli...Coli macam ni pun banyak kat tasik kenyir...!!!

Arahan siasat Tasik Kenyir dicemari e-coli-MK

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah diarah menyiasat kandungan air Tasik Kenyir yang didakwa dicemari bakteria Escherichia coli (e-coli).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua dari kiri), berkata keputusan siasatan itu dijangka diketahui dalam masa terdekat.

"Bakteria e-coli memang biasa terdapat di tasik-tasik, namun pada tahap tertentu yang tidak membahayakan kesihatan orang ramai.

"Kita dah arahkan pegawai kita untuk ambil sampel air itu dan lihat sejauh mana tingginya e-coli dalam air Tasik Kenyir," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan media bahawa jumlah bakteria e-coli di Tasik Kenyir berada pada tahap membimbangkan berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu Datuk Rahin Mohd Said, yang dipetik dalam laporan itu, bagaimanapun telah menafikannya dan berkata ia mengelirukan dan tidak tepat.

Liow berkata, kementerian akan memastikan kebersihan di Tasik Kenyir itu dijaga termasuk dengan memastikan sistem kumbahan dari tandas awam dan longkang diuruskan dengan baik.

"Kita takut saluran air dari tandas masuk ke Tasik Kenyir tapi kita akan cari juga punca dan sebab peningkatan e-coli di Tasik Kenyir," katanya.- Bernama

Nota :

Kebinasaan di bumi dan di langit adalah hasil kerja tangan manusia...
Maka tak peliklah kalau Allah hantar coli yang boleh memudaratkan manusia itu sendiri...
Mat said dok gah sangat dengan kenyir pusat bebas cukai...
Bila ada coli ni...usahkan pelancong...kera pun dah tak ingin ke kenyir lagi...
Allah bayar cash kepada makhluknya yang angkuh..bongkak dan sombong...
Kamu merancang...Allah juga merancang...
Namun Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah SWT....
Sedar dan insaflah....