Jun 13, 2011
Kerajaan UMNO/BN Zalim : Kata Puteri UMNO....!!
KUALA TERENGGANU - Kepimpinan Umno Cawangan Banggol Donas termasuk sayap puterinya mendakwa Umno dan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu khianat dan zalim.
Pengkhianatan dan kezaliman yang dilakukan itu tanpa mempedulikan hak serta nasib rakyat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah bagi Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Donas.
Ketua Puteri Umno cawangan Banggol Donas, Puan Rosni Hassan, 37, melahirkan rasa dukacita terhadap sikap wakil rakyat Barisan Nasional dan kerajaan negeri.
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Pasu, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said langsung tidak mahu berbincang dengan penduduk terbabit.
“Saya ini Ketua Puteri Umno cawangan (Banggol Donas), kita buat bantahan kepada semua pihak termasuk pihak Suhakam, jabatan-jabatan, menteri besar, kementerian hingga kepada Perdana Menteri.
“Saya cukup kecewa dan ‘meluat’ dengan Umno dan Barisan Nasional sekarang. Apa lagi untuk sebut Puteri Umno…‘meluat’ sungguh kepada kami sekarang,” ujarnya dengan gimik muka yang jengkel.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Tingkat 10, Wisma Persekutuan, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, demi kepentingan projek pihak tertentu nasib rakyat termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno-BN sendiri diabaikan.
Hari ini (12 Jun), sekumpulan wakil penduduk Kampung Banggol Donas yang tanah warisan mereka ‘dirampas’ secara terhormat atas nama pembangunan datang beramai-ramai ke pejabat SPRM di Wisma Darul Iman.
Malah, kedatangan kumpulan tersebut turut membawa warga emas serta kanak-kanak sebagai ‘protes’ terhadap pengambilan balik tanah yang tidak mengikut peraturan serta disyaki berlaku unsur penyelewengan.
Memorandum diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas, Salleh Embong kepada Timbalan Pengarah SPRM Terengganu, Encik Azmi Yusuf pada jam10.30 pagi setelah pertemuan selama satu jam.
Pada 11 Mei lalu, kumpulan yang sama telah menyerahkan memorandum berkenaan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said di Lobi U2 Dewan Undangan Negeri (Dun) Wisma Darul Iman.
Ahmad Said ketika menerima serahan memorandum tersebut menjelaskan kerajaan negeri Terengganu tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana projek jalan tersebut sedang berjalan.
[Gambar - Rosni paling kiri, bergambar di Wisma Persekutuan selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM]
Katanya, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menyediakan kos projek dan berkaitan jajaran adalah dibawah pengurusan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Kita (kerajaan) sudah tidak boleh buat apa-apa lagi kerana projek ini telah berjalan dengan kerja-kerja menambung tanah dan sebagainya.
“Jika awal dulu boleh kita tengok dan itu (jajaran) tugas JKR yang tentukan dan kita hanya keluarkan kos projek, sekarang tak boleh buat apa-apa lagi,” ujarnya kepada wakil penduduk tersebut.
Buletinonline dimaklumkan, aduan pernah dibuat kepada pihak SUHAKAM yang turut mendapat ‘respons’ agar dihentikan sementara projek tersebut.
Pada bulan April 2010, penduduk pernah menulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya.
Manakala, bulan April 2011 lepas, sekali lagi mereka (jawatankuasa) menulis surat kepada Perdana Menteri dan dijawab surat itu serta dihantar kepada Kementerian Luar Bandar, salinan kepada Jawatankuasa Bertindak tetapi tidak kepada MB (Terengganu).
Menurut sumber, Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Dona itu dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin.
Projek “OKU” (Orang Kuat Umno) itu hanya sepanjang 5.6 kilometer tetapi menelan belanja RM226 juta yang dianggap tidak manasabah.
Hadir sama mengiringi penyerahan memorandum tersebut Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridhuan Hashim, Ketua Cawangan PAS Paya Datu, Ustaz Awang Embong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Fariz Musa, Ketua Cabang PKR Kuala Nerus, Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad serta beberapa orang penduduk kampung berkenaan.
..
Tak Payah Fikir Lagi...Kita Turun 9 Julai Nanti Di Kuala Lumpur...!!
TUNTUTAN PENGUSAHA PUKAT TUNDA C2 TIDAK AKAN DILAYAN : ISMAIL SABRI – MStar
Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda C2 di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok bagi meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) DIsmail Sabri Yaakob berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.
"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Tanjong Karang, Ahad.
Semalam, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
Nota:
nelayan ada beribu orang yang mogok
nelayan pantai timur pun mogok
Ini baik untuk 9 julai nanti
lagi ramai orang akan marah lagi banyak akan turun berdemo..
Jangan lupa 9 julai nanti...
9 Julai adalah hari kemarahan rakyat Malaysia....
Kah...kah...kah....
UMNO Menipu Dulu Kini Dan Selama-Lamanya....!!
SEKATAN TERHADAP BERSIH BUKTI UMNO TIPU DALAM PILIHANRAYA – keadilan daily
BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.
Berucap pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.
“Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.
“Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu.
NOTA:
jawabnya jangan lupa 9 julai
sila tempah tiket bas dari sekarang
sila tempah tiket air kapal terbang dari sekarang
sila tempah tiket keretapi dari sekarang
kalau nak datang naik motor pastikan semua siaga
kalau nak datang naik basikal pastikan tayar ok
siapa nak datang jalan kaki besenam dari sekarang
kah kah kah
Sila datang awal ke kuala lumpur
kalau ada modal duduk di hilton
kalau kurang modal duduk di sharaton
kongsi-kongsi duduk di meridian
kurang modal duduk hotel chow kit
tak ada modal tidor masjid
Brahing Ali Pun Luga Dengan UMNO...!!
BARISAN BEBAS BERSATU DIWUJUD - UM
Ibrahim Ali (gambar) tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan satu gabungan calon-calon Bebas yang dinamakan Barisan Bebas Bersatu bagi menyertai Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, banyak pihak menemuinya dan meminta supaya menubuhkan barisan tersebut kerana sudah muak dengan kerajaan Pas Kelantan yang tidak membuat sebarang perubahan biarpun telah diberi peluang untuk mentadbir negeri selama 20 tahun.
Katanya, biarpun menolak kepimpinan Pas, kumpulan itu tidak yakin dengan kemampuan pemimpin UMNO Kelantan untuk memenangi pilihan raya kerana parti itu pasif dan tidak menunjukkan mereka mampu untuk membawa perubahan.
“Saya didatangi oleh banyak kumpulan anak Kelantan dari semua golongan tidak kira peniaga, profesional, pemimpin politik UMNO dan Pas sejak enam bulan dahulu yang meminta saya wujudkan Barisan Bebas Bersatu.
Nota:
Braheng pun tak caya dengan kekuatan BN di kelantan
Nampaknya bungkus lagiiii laa BN....
kah kah kah
Mari Kita Lawan Pekasa Habis-Habisan....!!
BERSIH 2.0: PERKASA LAWAN HABIS-HABISAN - MK
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.
Ketuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.
Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.
"Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH),” katanya.
BERSIH 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)