Aug 23, 2011
Harga Yang Anwar Terpaksa Bayar Untuk Sistem Perundangan Di Malaysia...
PKR samakan tindakan Anwar dengan Mandela-MK
PKR hari ini mempertahankan kenyataan tidak bersumpah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai "alat yang berkuasa terhadap undang-undang dan pihak berkuasa yang zalim". Parti itu mengibaratkan tindakan berkenaan sama seperti yang diambil pejuang anti-apartheid Nelson Mandela.
Dalam kenyataan mediannya, naib presiden PKR, N Surendran menjelaskan keputusan Anwar yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh di dalam perbicaraan membela diri kes liwat keduanya, semalam, yang dikritik hebat oleh pengkritik kerana dianggap menggunakan peluang itu bagi membidas badan kehakiman dan parti pemerintah.
"Keputusan tidak memberi keterangan dari kandang saksi sekaligus menujukkan protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil.
"Apa yang mereka pentingkan adalah politik mereka sahaja. Mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara," katanya.
Menurut Surendran, dengan berbuat demikian Anwar telah mengakui bahawa hasil perbicaraan kes liwat yang dihadapinya akan berakhir dengan kegagalan.
“Sekarang dia telah mengubah pendakwaan itu dan menjadikannya sebagai senjata untuk memperbaiki negara.”
Mengetahui bahawa wajaran yang kurang akan diberikan kepada kenyataan yang tidak boleh disoal-balas itu, Surendran berkata, Anwar bertegas membuat pilihan itu sebagai protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil.
"Dengan enggan untuk memberi keterangan dan mencabar mereka untuk melakukan yang paling teruk, Anwar sebenarnya telah meletakkan undang-undang dan politik itu sendiri yang dibicarakan."
Beliau berkata menerusi tindakan itu, Anwar telah membuktikan bagaimana sistem keadilan negara berjaya dijadikan alat oleh mereka yang berkuasa sekarang.
Surendran kemudian menarik persamaan antara Anwar dan bekas presiden Afrika Selatan, Mandela, yang pernah juga memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh semasa perbicaraan politik yang dihadapinya.
"Mandela menggunakan pendekatan yang sama seperti Anwar (kandang tertuduh) dalam perbicaraan Rivonia Sham untuk mendedahkan kejahatan regim Apartheid kepada dunia," katanya lagi.
Tawaran PAS : Malaysia Negara Berkebajikkan Untuk Semua...!!
Parti Islam Se-Malaysia melalui Lajnah Penerangan dan Dakwah akan menganjurkan Konvensyen Negara Berkebajikan pada 10hb September 2011 depan di Dewan Ustaz Fadhil Noor KUIZM, Taman Melewar. Konvensyen tersebut diadakan bertujuan menghurai dan memberi kefahaman kepada seluruh kepimpinan parti mengenai Konsep Asas Negara Berkebajikan sebagaimana Ucapan Dasar Presiden tahun ini Menuju Negara Berkebajikan.
Konvensyen juga akan merumuskan sebuah rangka gerak kerja bagi melaksanakan ucapan Dasar Presiden. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang akan membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaputamanya, beberapa tokoh politik dan NGO akan turut memberi ulasan ucaputama Presiden, antaranya Dr. Mohd Noor Manuty (Ketua Penerangan PKR), YB Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP Pusat) dan Tuan Hj Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS).
Huraian lanjut mengenai Konsep Negera Berkebajikan juga akan dibentangkan sebagai Dokumen Negara Berkebajikan oleh Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayob. Dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran PR apabila diberi mandat memerintah negara.
YAB Datuk Mursyidul Am juga akan hadir bagi menyampaikankan ucapan penutup dalam konvensyen tersebut.
Peserta terlibat dalam konvensyen tersebut semua kepimpinan tertinggi parti peringkat pusat, negeri dan kawasan-kawasan. Dijangka hampir 1000 orang akan menghadiri konvenseyen ini.Para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam Ucapan Dasar Presiden baru-baru ini. Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan.
Semua negeri dan kawasan diminta mengosongkan tarikh tersebut bagi memberi tumpuan menghadiri program tersebut.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat.Pengumuman
UMNO Mengkhianati Kepercayaan Rakyat...!!
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri diminta penjelasan berkaitan tanah rakyat yang terlibat dengan projek pembinaan Istana baru di Chendering, Kuala Terengganu.
Ini kerana, kes pengambilan tanah rakyat itu dibuat tanpa pengetahuan rakyat hingga terpaksa dibawa ke mahkamah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa sejak mutakhir ini isu tanah yang melibatkan rakyat dan kerajaan menjadi semakin ‘menjadi-jadi’.
Menurutnya, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lalu telah dibangkitkan mengenai isu tanah rakyat yang berhampiran dengan projek Istana baru di Chendering.
“Saya hendak sebut kes yang pernah disebut pada persidangan Dun ini yang lalu iaitu tanah rakyat yang berhampiran dengan projek Istana (baru) itu di Chendering.
“Sejauh manakah penyelesaian dibuat kerana melibatkan tanah rakyat. Dan tanah itu berpindah milik tanpa pengetahuan rakyat, tanpa dipanggil untuk dibicara untuk tujuan pengambilan balik tanah dan sehingga kes itu dibawa ke mahkamah.
“Akhir-akhir ini isu tanah ini menjadi semakin ‘menjadi-jadi’(berulang),” ujarnya ketika berucap membahaskan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011 Perbelanjaan 2011, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedua Penggal Keempat, di Wisma Darul Iman, 22 Ogos lalu.
Ini kerana, katanya persoalan isu tanah sering kali dibawa ke dewan bagi menuntut penjelasan dan pembelaan kepada rakyat.
Menurut beliau, beberapa isu tanah melibatkan rakyat pernah diketengahkan dalam persidangan Dun Terengganu yang lalu.
“Saya pernah sebut sebelum daripada ini isu pembinaan sekolah, isu pembinaan loji di Kampung Gaung dan isu pembinaan jalan di Kampung Banggol Donas yang melibatkan rakyat.
“Tetapi yang terakhir ini ada juga tanah yang telah dibuat laporan polis iaitu berkaitan tanah pindah milik kepada North East Plantation (NEP) oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
“Tanah NEP ini pertama, ada ‘kaveat’ dan yang keduanya, dalam proses pengambilan balik oleh kerajaan melalui Warta Kerajaan nombor 635 bertarikh 27 Mei 2010 tetapi ‘sedar-sedarnya’ pada 9 Jun 2011 berlaku pindah milik,” ujarnya.
Persoalannya, kata Abdul Wahid bolehkah pindah milik dilakukan dalam keadaan pengambilan balik tanah telah diwartakan serta belum selesai kes ‘kaveat’.
Persidangan Dun Terengganu berlangsung selama dua hari bermula 22 hingga 23 Ogos 2011 yang bertujuan menuntut penambahan bajet sebanyak RM155,543,600.00 diluluskan kali ini.
Lintas Langsung Dari Jalan Duta....!!
Doktor Pusrawi, Dr Mohamad Osman mendedahkan di mahkamah sebentar tadi bahawa Saiful memasukkan pelastik ke dalam j**ur dia supaya nampak macam kena liwat
Nota:
sila cadangkan..botol yang mana
yang terbaik untuk dimasukkan ke dlam jubur saifool
agar mahkamah yakin yang saifool
bukan anak dara lagi
kah kah kah
Kenyataan Rasmi....!!
JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PEMBAHARUAN PILIHAN RAYA TAK GAMBARKAN KEIKHLASAN PM DAN UMNO-BN
Saya merujuk kenyataan terbaru Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Temerloh yang meminta Pakatan Rakyat menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya dan tidak mempersoalkan keikhlasan Najib Razak dan UMNO-BN dalam menubuhkannya.
Saya pertama sekali ingin memuji Saifuddin sebagai antara minoriti kecil Menteri/Timbalan Menteri BN yang punya keberanian menyatakan prinsip dan pandangannya walaupun diserang bertubi-tubi oleh UMNO sendiri.
Pun begitu dalam hal ini saya berbeza pandangan dengannya.
Amalan perlantikan Jawatankuasa Pilihan Khas ini adalah amalan Parlimen Westminster. Secara tradisinya, Jawatankuasa Kira-Kira Awam (Public Accounts Committee atau PAC) yang dilihat memainkan peranan penting dalam memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan Kerajaan yang memerintah dipengerusikan Ahli Parlimen pembangkang. Ini bukan sahaja amalan di negara maju. India, misalnya, mempunyai Pengerusi PAC yang dipilih daripada pembangkang sejak tahun 1967.
Negeri pertama di Malaysia yang mengusulkan agar Pengerusi PAC diberikan kepada pihak pembangkang ialah Selangor di bawah Pakatan Rakyat pada tahun 2010. Cadangan itu dipersetujui oleh YB Khir Toyo dalam pertemuan dengan Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim sebelum Sidang DUN pada Julai 2010 tetapi kemudian usul perlantikan Pengerusi PAC daripada pembangkang (BN) ditolak ketika Sidang DUN berlangsung.
Saya tidak tahu mengapa BN tukar fikiran di Selangor, tetapi kita berharap PM dapat menunjukkan kepimpinannya dan keikhlasannya dalam transformasi demokrasi negara dengan meletakkan syarat ini. Saya yakin Pakatan Rakyat tiada masalah menerimanya.
Malah, bukan ini sahaja. Pada 15 Ogos PM menegaskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya dibuat bagi memastikan pilihan raya akan datang akan dijalankan secara bersih dan adil tanpa boleh dipertikaikan mana-mana pihak.
Ini nampaknya ekoran nasihat penasihat-penasihat dan konsultan-konsultan mewah yang dilantik BN yang melihat kesan negatif cara PM menguruskan BERSIH 2.0.
Tetapi penyakit ‘flip-flop’ ini terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya apabila PM tunduk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.
Setiap pelajar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Parlimen adalah tertakluk kepada nasihat PM kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?
Wujud sedikit harapan bahawa PM akan akhirnya menunjukkan kepimpinannya dan menjadikan Jawatankuasa Pilihan Khas ini sebagai warisannya kepada demokrasi Malaysia tetapi nampaknya harapan tersebut berkecai lagi.
Beza Pakatan dan BN ialah jelas – Pakatan cakap serupa bikin dan BN pula cakap tak serupa bikin.
NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Betul Ke Akhbar Kompass Mintak Maaf..??
KOMPAS DIPAKSA MOHON MAAF
Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.
Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.
Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.
Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.
Subscribe to:
Posts (Atom)