Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 27, 2011

Negarakuuu....Tanah Tumpahnya Darahkuuuu...!!


RM 49 Juta Biayai Rumah PM, TPM - HD

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

1 Malaysia : Perdana Menteri Di Utamakan...Rakyat Di Pinggirkan....!!


Kos Lawatan Najib, Rosmah RM 17 Juta - HD

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.

Warna Kuning Akan Di Haramkan Di Malaysia....!!!


DI HALAU KELUAR MASJID KERANA PAKAI BAJU KUNING – harakah daily

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Apa Yang Kecoh Sangat Kat PD Tuuu....??


ANWAR : NAJIB, I KNOW WHAT YOU DID IN PD - MK

Anwar said Najib and his spouse Rosmah Mansor are not fit to speak about morals, although he did not explain in detail why he made such a snide remark.

"I have been challenged to reveal what I know about Port Dickson," said Anwar at a ceramah in Pokok Sena last night in reference to a scandal that purportedly occurred in the mid-1990s.

"But it is not my style to insult (cerca) or fitnah (slander) others just because I want to win," added the Permatang Pauh parliamentarian.

Nota :

apa agaknya yang terjadi di port dickson?

1 – najib main konda kondi
2 – najib pergi pancing ikan keli
3 – najib rasa geli geli
4 – najib test serban nak jadi haji
5 – najib menyurok dalam perigi
6 – najib jumpa budak itam dalam baldi
7 – najib di kepong oleh pak aji
8 – najib kata wat are u all mukee
9 – najib minta ampoon pada rosmah tak buat lagi

HIMPUNAN AMAN BERSIH KE SELURUH DUNIA....!!


Berita terkini...
Kumpulan bersih di Washington dc juga akan bersama
Bersih 2.0 Washington, D.C.
Saturday, July 9 • 2:00pm - 5:00pm

Embassy of Malaysia, Washington
3516 International Court Northwest
Washington, District of Columbia


ertinya ada tiga tempat bersih akan berhimpun:
di new york & di san francisco

TEMPAT LAIN DI DUNIA:

AUSTRALIA – melbourne, sydney
TAIWAN - taipei
JEPUN – tokyo
UK - london

Sajak A.Samad Said Untuk BERSIH 2....!!


BERSIH 2.0 : SASTERWAN NEGARA SAMAD SAID JUGA DIPANGGIL POLIS -MI

Sasterawan Negara A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

The Malaysian Insiderdifahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.
Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul “Unggun Bersih”.


Nota :

UNGGUN BERSIH – A.SAMAD SAID

Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

samadsaid.wordpress.com

PM Di Serang " Yellow Fever"....!!




Nota :

Bila rakyat datang dengan aman
Najib pegi jumpa doktor

Rupa-rupanya Najib di serang demam yellow fever
kah kah kah

BN Makin Fobia Dengan Warna Kuning....!!


8 PENYOKONG PERHIMPUNAN HARAM DITAHAN DI AMPANG – BH

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang, di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata semua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

PAKAI T SHIRT KUNING 5 ANGOTA AMK KAPAR PULA DITAHAN POLIS – keadilan daily

KLANG: Lima anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0.

Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya.

NO DUA PEMUDA PKR DITAHAN DIPERCAYAI KERANA KEMEJA T-BERSIH – MI

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan polis Selangor kerana mengenakan kemeja-T Bersih 2.0 di Shah Alam malam ini.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh Khairul Anuar sendiri bahawa polis menahannya kerana memakai kemeja-T yang tertera perkataan Bersih 2.0.

“Saya baru sahaja cakap dengan Khairul (kira-kira 11.30 malam), dia memberitahu bahawa dia ditahan kerana kemeja -T menjelang pelancaran awal kempen Bersih 2.0 di Seksyen 24 Shah Alam,” katanya ketika dihubungi.

Nota:

apabila memakai kuning pun salah
maka jelas bahawa bersih dan 8 tuntutan
sedang mendapat sokongan orang ramai

BN takut jiaa rakyat memakai
apa sahaja yang berbentuk kuning

tidak lama lagi warna kuning akan diharamkan
berkuninglah kamu terlebih dahulu
sebelum kamu di kuningkan....
kah kah kah

Ahli PAS Wajib Turun Ke KL Pada 9 Julai Nanti....!!