Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 12, 2010

Islam Untuk Semua....Bukan Untuk Melayu Saja....!!!


Menjelang Syawal: Tuan Guru Haji Hadi telah meng-Islamkan seorang non-muslim..

"Allahuakbar: Tuan Guru Haji Hadi telah meng-Islamkan seorang non-muslim menjelang Hari Raya Fitrah

Alhamdulillah, bertambah lagi seorang saudara kita menjelang Hari Raya Fitrah..bertambah lagi ummat nabi Muhammad s.a.w yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya...segala puji bagi Allah..

Tanggal 30 Ramadhan 1431H yang lalu, iaitu malam menjelang Aidilfitri (malam Raya), Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengislamkan seorang non-muslim, saudara Sai di kediamannya di Rusila setelah selesai mengimamkan solat Isyak di Masjid Rusila...beliau berketurunan Burma..

Semoga beliau menjadi seorang muslim yang bertaqwa, seterusnya melahirkan zuriat yang tegar mempertahankan kesucian dan keindahan agama Islam, yang lantang mempertahankan akidah ummat...

Nota :

Sesungguhnya tiada paksaan di dalam agama Islam..Islam adalah agama fitrah kepada seluruh manusia, Islam agama yang aman dan selamat...ISLAM UNTUK SEMUA..

Anak Madey Sokong Homoseksual...??? MasyaAllah...!!


Malaysiakini 9 September lalu melaporkan:

During a speech at The Annexe Gallery in Kuala Lumpur last year, Marina Mahathir questioned the logic behind the popular assertion that homosexuality causes societal collapse.

She said that if families accepted their children for who they are, there won't be any breaking up of families. They go on being a family. And since families make up the fundamental units of society, if society consists of loving healthy families, how will it collapse?


Jelas, jika diperhati dari 'mafhum' kenyataan Marina Mahathir di atas, beliau secara terbuka menyatakan sokongan terbuka terhadap amalan homoseksual (seks sejenis), dan menolak tanggapan umum amalan dan aktiviti ini boleh menjerumus ke kancah keruntuhan sosial...

Dakwa beliau, jika keluarganya boleh menerima anaknya dalam keadaan begitu (homoseksual), maka institusi keluarga itu tidak akan porak peranda, malah ianya boleh melahirkan sebuah keluarga yg 'baik'..oleh itu tiada sebab amalan ini boleh menyumbang ke arah keruntuhan sosial masyarakat...

Nota :

Nyata sungguh kesesatannya...sedangkan Islam teramat memandang berat amalan homoseksual ini sehingga dilakar dan digambarkan oleh Allah tentangnya di dalam kitab suci al-Furqan mengenai kisah kaum nabi Luth..sesungguhnya amalan jijik ini dilaknat oleh Allah, dan tidak sepatutnya perasaan redha sekelumit pun terdetik di hati muslim terhadap amalan ini..

Terkini : Jutawan Kosmetik Mati Di Bunuh...!!!


Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam. Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan. Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang. Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu. Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu. Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan dibuat keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu dari pihak polis. Tengah malam tadi siaran berita Tv1 pukul 12.00 telah menyiarkan secara ringkas, 4 mayat rentung dijumpai di Morib. (Pelbagai sumber, Kosmo Online, dll/AK)

Nota :

Trend pembunuhan di Malaysia sekarang ini semakin kejam...
Bukan saja di bunih malah di bakar dan di buang...
Ini semua untuk menghapuskan bukti...
Selain bakar dan buang...kaedah letupan juga pernah di lakukan...
Lupakah kita dengan mendiang Al-Tantuya....
Beliau di letup dengan kejam bagi menghapuskan bukti...
Sama juga yang berlakunya pada arwah Dato' Sosilawati....
Semua ini adalah bentuk kekajaman yang tak pernah terfikir oleh kita semua...
Apa sudah jadi sekarang...?? Langsung tiada belas kasihan...
Nampaknya rakyat malaysia sekarang dah berani bertindak lebih kejam...
Apa bala yang sedang melanda negara kita sekarang ni...??
Oleh itu...Marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenar...

PAS Tidak Terliur Malah Luga Dengan PERKASA....


KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak berminat dengan perjuangan PERKASA yang diterajui oleh Ahli Parlime Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ijtima' Idulfitri Anak- Anak Terengganu di Perantauan yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, disini, hari ini 12 September.

Menurutnya, tidak salah seseorang individu sayang kepada bangsa dan sayang kepada kaum, namun, menjadikan bangsa dan kaum sebagai aqidah atau ideologi perjuangan adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, PAS sebagai sebuah Parti dan Jamaah memperjuangkan Islam tidak menjadikan bangsa atau kaum sebagai kaedah untuk menyatukan manusia.

"PAS menyatukan manusia dengan Iman dan menyatukan manusia dengan kemanusiaan,"jelasnya
--------------------------------------------------------------
Kah....Kah.....ASSALAMUALAIKUM DATO' BERAHING ALI...!!!

Kah...Kah.....SELAMAT HARI RAYA DATO'....!!!

Kah...Kah.....BERAHING ALI...NI HAU MA....!!!

Kah...Kah.....LEPAH NING NAK BERTANDING KAT MANA DATO'...??

Kah...Kah.....KALAU BERTANDING NAK PAKAI TIKET APA...???

Kah...Kah.....PAS NAMPAKNYA DAH TAK MINAT DENGAN DATO' LAGI....SEBAB DATO' BANYAK SANGAT PENYAKIT...!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....PEPATAH ADA MENGATA..SEBAB MULUT BADAN BINASA...KAH...KAH...KAH....!!!

UMNO Dah Lama "Bakar" Al-Quran...???

Hasrat Paderi Terry Jones untuk membakar al-quran ditarik balik apabila timbulnya desakan seluruh dunia termasuk kecaman dari negara-negara muslim untuk membatalkannya. Obama dan juga panglima pasukan AS di Afghanistan, Jenderal David Petraeus menyebut tindakan tersebut membahayakan nyawa tentera US di Amerika dan rakyat Amerika diseluruh dunia. Hillary Clinton juga menyebut rancangan itu "memalukan". Bahkan ia dikutuk juga oleh Vatican sendiri.

Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010. Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam.

Gereja Gainesville menjadi berita kontreversi tahun lalu setelah mengatakan, "Islam adalah setan”. Kini paderi yang sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu. Gereja yang dianggotai 50 orang ahli itu turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa ‘Islam is of the evil’.

Negara yang dikatakan tidak boleh mengambil tindakan kerana Negara tersebut sebagai Negara demokrasi dan mengutamakan kebebasan beragama dan hak bersuara itu boleh menggundang perbalahan agama apabila adanya pihak yang tidak tahu menghormati kitab suci agama lain. Muhammad Musri, imam yang memimpin komuniti muslim setempat, Islamic Society for Central Florida, hadir ketika Jones menyampaikan pernyataan dan kemudian memasuki gereja untuk berbincang dengan paderi tersebut dan kemudiannya membuat kenyataan menarik balik hasrat gereja beliau untuk membakar al-Quran esok hari.

Sementara itu warga Afghan pernah berdemontrasi atas penghinaan tentara penjajah di Afghanistan yang membakar Al Qur’an. Sekitar 300 demonstrator mengadakan demo pembelaan terhadap Al Qur’an yang dihinakan para pasukan penjajah di Afghanistan. Namun aksi pada 26 Oktober 2009 tersebut dibubarkan polis setelah mula timbul kekerasan. Ia berlaku setelah diberitakan bahwa sejumlah tentera Amerika membakar mushaf Al Quran selama operasi menentang pejuang Taliban di wilayah Wardak, Selatan Kabul, awal bulan ini.

Bayangkanlah kalau pembakaran al-Quran benar-benar terjadi ia akan menggamit tentangan umat Islam diseluruh dunia. Dalam masa yang sama tindakan bodoh paderi tersebut sebenarnya akan mendetik hati penduduk dunia untuk mengenali al-Quran dengan lebih jelas.

Sementara itu Muslim di Kanada mengambil tindakan dengan membahagi-bahagikan Alquran secara percuma untuk menyebarkan pesan kedamaian Islam kepada masyarakat di Kanada dan Amerika Syarikat. ”Kita membuat langkah proaktif dan kami berharap ini akan memiliki respon positif. Banyak orang memusuhi Islam karena ketidaktahuan mereka tentang agama ini.

Jika mereka mendapatkan kesempatan untuk membaca Alquran, yang merupakan keajaiban dari Allah SWT, pasti ini akan mengubah pikiran mereka,” kata Kapoor yang merupakan anggota dari Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA) melakukan itu untuk menjawab ‘Gerakan Hari Membakar Alquran’ yang dicetuskan geraja di Gainesville, Florida itu.

Ingatlah Al-Quran itu milik Allah Swt. Dia pasti menjaganya. Ianya merupakan kitab suci dan mukjizat Rasulullah Saw. Firman Allah:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Kami yang menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang memeliharakannya” Surah al-Hajr: 9
Betapa banyak perancangan musuh yang dendam dengan al-Quran yang mereka gagal untuk berhujjah dengannya mengambil sikap memusuhi anugerah Allah yang hebat yang dikurniakan buat manusia iaitu Kitab petunjuk dan pedoman buat Insan. Apapun kita tetap yakin dengan apa yang difirmankan :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ . هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (Surah as-Saff: 8-9

Tindakan mereka ini akan terus melonjakkan kemasukan Islam di bumi Amerika & Eropah khususnya. Semakin banyak mereka menekan Islam & al-Quran semakin ramai orang mendekatinya, I’Allah.

Yang kita hairankan bagaimana rakyat Malaysia yang merasakan marah dan membantah usaha orang kafir untuk membakar al-Quran tetapi pemerintah peninggalan penjajah, UMNO-BN yang tidak melaksanakan ajaran-ajaran al-Quran mereka boleh bersekongkol dengannya.

Nota :

Apa makna al-Quran kepada UMNO. Ia dianggap sebagai kitab suci, kitab azimat semata. Kitab yang dimusabaqahkan dan sebagai hantaran mas kahwin. Hukum-hakam, undang-undang, larangan riba, pendidikan rabbani, larangan sosial dan sebagainya tidak diendah dan dipedulikan.

Hakikatnya UMNO-BN sendiri sudah 'membakar' al-Quran semenjak tahun 1946 apabila tertubuhnya UMNO itu menjadi tali-barut penjajah dan terus menegakkan undang-undang dan peraturan penjajah sehingga kini. Bangkitlah rakyat Malaysia. Kita hidupkan kembali roh al-Quran yang telah dibakar jiwanya oleh pengkhianat UMNO-BN.


Sumber : Ustaz Satiful Bahari Mamat