Mar 10, 2011
Rakyat Mesir Dah Sedar...Rakyat Malaysia Bila Lagi....??
NAJIB DAN MUBARAK : PERSAMAAN YANG KETARA
Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan Barisan Nasional ke atas Malaysia. Perdana Menteri Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN keatas negara kita. Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu system polis yang agam untuk menumpaskan pihak Pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan television; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihanraya yang tidak bebas ataupun adil.
Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP),Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa.
Tetapi yang amat ketara, kedua-dua Mesir dibawah perintah Mubarak dan Malaysia dibawah Najib, dari masa ke semasa mengheret pesaing politik ke Mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka. Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka.
Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang.
Dalam penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung keatas Ketua Pembangkang nasional Anwar Ibrahim, Najib dengan ketara mencerminkan Mesir semasa di bawah Mubarak. Serangan mempergunakan sistem kehakiman ke atas Anwar yang ingin membawa perubahan dimulakan oleh pemerintah kuku besi Dr.Mahathir dalam tahun 1998. Dr.Mahathir telah baru-baru ini menerbit sejilid memoirnya yang menipu dan tidak wajar bagi seorang bekas perdana menteri. Lebih satu dekad kemudian, Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja.
Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad (Parti Esok). Ayman Nour adalah seorang pemimpin pembangkang yang utama dan merupakan pesaing Mubarak dalam pilihanraya Presiden tahun 2005. Berikutan suatu perbicaraan yang rata-rata dikecam dan farsa, Ayman Nour dipenjarakan selama 5 tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara.
Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas Barisan Nasional dan pemimpinnya Najib Tun Razak. Pemerintahan Barisan Nasional yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, Barisan Nasional perlu disingkirkan.
NOTA:
mubarak ada first lady
najib ada fat lady
kah kah kah
Jangan sesekali Menipu dalam Pilihanraya....!!
DARI MESIR KE LIBYA KINI KE IVORY COAST DAN KE SAUDI ARABIA
ombak rakyat menuntut demokrasi telah berjalan jauh.
bermula di tunisia kini telah ke ivory coast, sudan, jordan,
yemen, bahrain, iran dan meroko.
paling terbaru rakyat telah mula bangun berdemo di saudi arabia
imam upahan saud telah mula mencari ayat dan nas untuk
mengharamkam tunjuk perasaan
ombak ini telah ampuh
ombak ini tidak dapat ditahan tahan
rakyat sedang menuntut hak mengundi
rakyat menuntut janagn ditipu di pipihanraya
penipuan piliharaya telah berlaku di ivory coast
presiden lama telah kalah tapi enggan berundur
macam ucapan najib dia mempertahankan kuasanya
hinnga ke titsan darah terakhir
DARI AKHBAR GUARDIAN LONDON
Marches by thousands of women in protest at Ivory Coast's president Laurent Gbagbo have ended in bloodshed after his army killed four people.
The women made their stand on International Women's Day, less than a week after Gbagbo's soldiers killed seven women at a peaceful demonstration, earning worldwide condemnation.
After a small women's march in the Treichville neighbourhood, one of several in Abidjan on Tuesday, security forces burst into the area and began shooting.
NOTA:
jumaat esok satu
demo besar telah dirancang
di saudi arabia - kita
lihat dan tunggu!
pengorbanan telah bermula
tanpa pengorbanan tidak ada kemenangan
berani melawan berani menang!!!
Macam-Macam Cara Nak Tipu Melayu...!!
JAWI DIMINTA MASUKKAN SOAL LARANGAN BELI CD,DVD CETAK ROMPAK DALAM KHUTUBAH JUMAAT -MI
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diminta memasukkan soal larangan membeli cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah dalam khutbah solat Jumaat bagi mendidik msayarakat dalam soal itu.
Ketua Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri Noor Aziah Abdullah berkata perkara itu telah dibincangkan dengan JAWI dan besar kemungkinan ia akan dilaksanakan bulan depan.
Beliau berkata adat dalam perniagaan, jika tiada permintaan, maka tiadalah bekalannya.
“Maka salah satu caranya untuk mendidik masyarakat ialah menerusi khutbah Jumaat ... jika kita menolak barangan ini, maka tiadalah bekalan di kedai atau premis lain dan sekaligus dapat mengurangkan aktiviti jualan barangan itu sama ada secara tertutup atau berleluasa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Nota:
khutubah jumaat ini dah jadi alat propaganda UMNO/BN
seharusnya tok imam memghuraikan isu semasa untuk jamaah
kini sumuanya telah jadi lucah
ada doa untuk pemimpin..ada doa untuk rajagopal
walau pun raja gopal suka buat dosa....
Kah...Kah...Kah....
Subscribe to:
Posts (Atom)