Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 15, 2010

Plan "B" Sedang Berjalan....!!!


PARLIMEN USUL GANTUNG TIGA MP PAKATAN ENAM BULAN - MI

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Usul oleh Nazri Aziz itu mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina dewan kerana telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
---------------------------------------------------------------------
Woit… BERAPA KALI MAU CAKAP.....

Woit....KALAU PILHANRAYA BOLEH MENGUBAH apa-apa… PASTI DAN LAMA ia DI HARAMKAN.....

Woit… SAMPAI KIAMAT … KITA INI KENA TIPU… kah kah kah..

Kah...Kah…. SAMPAI KIAMAT LAH KITA AKAN DI BULI OLEH UMNO/BN..

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....TAPI INI SUDAH LEBIH...NAK TUNGGU APA LAGI...AYUH KITA BANGKIT MELAWAN PUAK MUNAFIKIN INI....

Waspada Semua.....Modus Operandi UMNO/BN Kini Telah Di Ubah Ke Plan 'B'....!!!


AHLI AHLI PERLIMEN PAKATAN DI GANTUNG ??

tujuan penggantungan ahli parlimen pakatan rakyat ini
ialah untuk memastikan gerombolan
akan memiliki dua par tiga penyokong
di parlimen !

ini bertujun untuk memastikan dapat diubah
sempadan baru - persempadanan semula
kawasan kawasan pilihanraya.

kali akhir ialah tahun 2000
yang menjadi mangsa ialah mat sabu
dan magfuz

kali ini persempadan semula boleh diadakan
satelah 10 tahun - ini mengikut perlembagaan
persempadan semula wajib mendapat undiu sokongan dua par tiga
ahli parlimen.

lihat : satu demi satu ahli pakatan rakyat
digantung. dengan lima ekor mp bebas
gerombolan sudah ada dua par tiga

Nota :

Ingat tak..??
Kalau pilihanraya boleh mengubah apa-apa
pasti telah lama pilihanraya di haramkan...
Kah...Kah...Kah...!!

I Love You... Daddy...!!

Bapa pohon Agong percepat kes liwat anaknya -MK

Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.

Beliau hadir di hadapan Istana Negara di Kuala Lumpur ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada jam 3 petang.

Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.

Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama

Nota :

Ish...Ish...teruk betu la mamat ni...
Kalau desprate pun...bersabarlah sikit...
Tak kan benda macam ni pun nak libatkan Agong...
Jangan bimbang...dan tak payah dok risau...
Mahkamah akan jalankan tugas mereka sebaik yang mungkin...
Bila libatkan Agong..dah macam menghina mahkamah la pulak...
Keputusan mahkamah mesti ada yang salah dan tak bersalah...
Keputusan hakim tiada yang seri...
Tapi kena ingat jugak...hakim pun manusia makhluk ciptaan Allah....
Ada perasaan macam kita...boleh bezakan yang betul dan yang salah...
Hanya Allah saja yang dapat palingkan hati manusia untuk kebenaran...
Kena Ingat tu...jangan lupa pulak...
Kah...Kah...Kah...!!

Ada Benarnya Berlaku Kiamat Pada 2012...!!


Kerajaan nafi Planet X akan langgar bumi-MK

Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lalu.- Bernama

Nota :

Tiada manusia yang tahu bila berlakunya kiamat...
Kalau tahu pun hanyalah gambaran atau kelunya sahaja...
Dalam Al-Quran banyak memberi gambaran di saat berlakunya kiamat...
Contohnya ialah berlakunya kiamat hanya pada hari jumaat...

Namun apa yang di temui oleh pakar sains telah menunjukkan bahawa tanda-tanda kiamat telah ada sepertimana yang telah di terangkan dalam Al-Quran...
Oleh kerana kita dok sibuk dengan perjuangan mempertahankan Ketuanan Melayu maka kita tidak pernah cuba untuk mengkaji semua ini...

Kebetulan pulak di Malaysia menteri yang menjaga bidang ini adalah kafir...
Maka apa yang dia tahu bahawa semua ini adalah teori ahli sain saja...
Sebab itu segala kenyataan yang berkaitan dengan kehancuran dunia ini di tolak mentah-mentah dan di nafikan kebenarannya...

Kalau menteri ini tahu yang dia sendiripun ada penciptanya...
Dah tentu kenyataannya tidak sebegini...
Bagi ketuanan melayu pulak...walaupun ada di kalangan mereka yang tahu...
Namun dek kerana ego dengan kemelayuanya..maka mereka buat-buat tak nampak akan hal ini...

Maka fikir-fikirkanlah...mungkin kiamat akan berlaku pada tahun 2012..
Realiti atau fantasi...?? Kah...Kah...Kah...!!!

Wikileaks : Kaulah Madu..Kaulah Racun...!!

Pembunuhan Altantuya: PM dicabar kemuka bukti -MK

Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.

Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.

Berikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000 orang di ceramah berkenaan.

Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.

"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
/news/150696

"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.

Nota :

Kita tunggu dan lihat....
Laporan kabel US yang di keluarkan oleh Wikieaks ini banyak membantu siapa..
Wikileaks tak ubah seperti ar kelapa....
Penawar pun dia...racun pun dia...
Penawar untuk siapa...racun pulak untuk siapa...
Kah...Kah...Kah...!!

Tukar Dulu Hindu Muslim Kepada Hindu Melayu....!!

Ini baru betul...Walaupun nampak hindu tapi macam melayu...KIMMA patut tukar nama jadi Hindu Melayu...!!

KIMMA MINTA JAWATAN SENATOR - MK

Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memohon kerajaan melantik seorang Senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim di negara ini.

Presidennya Syed Ibrahim Kader berkata ini kerana parti gabungan Umno itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

"Seperti kaum lain di Malaysia, kaum India Muslim juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah, walaupun hampir kesemua dasar kerajaan mengambil kira kedudukan dan pandangan semua kaum di Malaysia, kaum India Muslim sering terpinggir," katanya.

Nota:

Apa kata Brahing Ali....??
Apa pulak komen Zul Nordin..??
Brahing Ali mesti marah....
Sebab walaupun muslim tapi hindu...dan bukan melayu...
Sebab malaysia adalah harta pusaka ketuanan melayu...
kah...Kah...Kah...!!

Pilihanraya Adalah Retorik Semata-Mata...!!

Macam-macam cara UMN/BN akan buat untuk mempertahankankuasanya...menipu..mengugut...hatta membunuh pun mereka sanggup...!!

PAS RAMAL BN AKAN RAMPAS KUASA JIKA TEWAS PRU13 - MI

Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata kenyataan Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.

“Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan dating?” katanya lagi.

“Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang,” kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mahfuz merujuk kepada laporan Sabtu lalu memetik Najib berkata, pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

Nota:

Pilihanraya kalau boleh mengunbah sesuatu pasti dah lama pilihanraya di haramkan dimalaysia

Kalau nak berkumpul bertiga pun di kira salah kerana menganggap ini adalah perhimpuanan haram dan akan di tangkap !!!
Apakah mungkin BN akan menyerahkan putrajaya kepada pakatan rakyat jika mereka tewas..?

Jawapannya adalah mustahil...!!!

Buktinya telah ada dan sedang ada...
Undi pos sedang dirancang..rela pun jadi undi pos...
Isteri dan anak rela pun di kira undi pos
Doktor , bomba & wartawan juga di kira undi pos
Semua sedang di rancang untuk dijadikan undi pos
Mungkin pos opis pun akan menjadi undi pos...
Kah...Kah...Kah...!!

Apakah UMNO/BN akan memberikan kuasa kepada pakatan rakyat... ?
Jawapannya adalah mustahil...!!!
Orang putih kata...Impossible..!!
Orang kampung kata...lain tahun la....!!
Kah...Kah...Kah....!!!

BTN Adalah "Puppet" Ketuanan Melayu....!!

Biro Taik Negara..!!

PEMIMPIN PELAJAR UITM DIASAK DENGAN SEMANGAT MELAYU –HD

Ke manakah hala tuju Umno dan Barisan Nasional sebenarnya? Untuk penyatuan segala bangsa di Malaysia melalui projek satu Malaysia atau terus dengan sentimen ketuanan Melayunya?

Ini kerana, ketika Najib Razak bercakap di pentas politik dengan slogan satu Malaysia, para pemimpin lain dalam Umno termasuk dalam kerajaan sendiri terus tenggelam dalam retorik Melayunya.

Khamis lepas, kira-kira 500 para pemimpin pelajar dari kampus UiTM seluruh negara dihimpunkan dalam satu program yang disifatkan oleh para peserta program itu sebagai usaha untuk 'mengUmnokan' mereka.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tinggi itu turut disertai oleh menterinya Khalid Nordin dalam satu majlis makan malam bersama peserta.

Ia diadakan di kampus UiTM Shah Alam dengan asrama Mawar menjadi tempat penginapan semua pelajar ini sepanjang lima hari tersebut.

Walaupun dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam, hampir kesemua programnya diuruskan oleh Biro Tata Negara (BTN).

Nota:

Apa komen pemuda MIC..?
Apa komen pemuda MCA..?
Atau berita ini sengaja tidak dilapor dalam akhbar china ?

Kah...Kah...Kah...macam macam telah dibuat...!!
Untuk apa..?? Untuk terus berkuasa
Kah...Kah...Kah...

Bukti Ketuanan Melayu Bakal Pupus...!!

Bayangkan setiap kali cukong melihat peta ini...Maka setiap kali air liur cukong meleleh...!!

TANGGUH AKTA KG.BARU HINGGA DAPAT LAMPU HIJAU PEMILIK , KATA PAKATAN - MI

Pakatan Rakyat mempersoalkan keikhlasan pentadbiran Najib kerana memutuskan untuk membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru bacaan kali pertama di Parlimen hari ini tanpa mendapat ‘lampu hijau’ rasmi pemilik dan pewaris tanah kawasan itu.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata, jika kerajaan mahu membentangkan rang undang-undang itu, ia harus dibentangkan terlebih dahulu kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum dibawa ke Parlimen.

“Saya mempersoalkan keikhlasan kerajaan untuk bincang perkara ini (Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru), kenapa tidak bentangkan dulu kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen?

“Ini kerana kalau nak bentang (di Parlimen) rang undang-undang itu harus mendapat persetujuan penduduk terutamanya pemilik dan pewaris tanah.

“Kerajaan perlu dapatkan persetujuan terlebih dahulu, baru boleh bentang. Bagi saya tindakan kerajaan ini melanggar hak penduduk di sana,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nota:

Inilah cara cukong mendapat tanah pusaka orang melayu
Tanah orang melayu yang ada sekangkang kera dalam bandar habis
di baham cukong

Caranya cukup senang..!
Bagi cadangan pada UMNO/BN
Kemudian cukong akan ambil kroni anak atau bini menteri...
Jadikan pemegang saham atau lembaga pengarah dalam projek ini

Cukong terus tabur duit...cukong terus tabur amoi..
Kemudian kalau ada tentangan, minta wujudkan akta dalam parlimen
Menteri UMNO/BN tak ada pilihan lagi, melalui akta ini maka dilihat lebih suci
Akta ini dilihat bukan merampas tanah orang kampong...

Inilah mondus operandi pemimpin ketuanan melayu....
Hingga hilang tanah tanah orang melayu...

Masih kah kau ingat...?

Madey luluskan akta tanah kebangsaan.....
dalam akta ini jika tanah diperlukan untuk orang ramai...
Maka tanah ini wajib dijual....
Maka cukong akan cadang nak buat sekolah dan klinik...
Atas tanah orang melayu...maka tanah ini dipaksa untuk jual...
Selepas itu tanah ini akan ditukar sekali lagi...
Sekolah tak jadi...klinik pun tak jadi....
Inilah yang berlaku di pantai dalam....

Masih ingat tanah sawah di kerpan..?
Apa dah jadi....habis tanah orang melayu...

Ingat lagi tak di kampong chu badak..?
Apa yang terjadi di kampong berembang...?
Bagaimana pulak dengan kampong plentong...?

Pada masa ini ada 7 buah kampong disekitar gombak akan dibaham cukong...
Kampong bandar dalam gombak kini telah memulakan perlawanan...

rakyat tidak ada pilihan...melainkan bangun melawan !

Duit cukong dah kau baham...Kah...Kah...Kah...!!
Lendir cina doll dah kau sedut....Kah...Kah...Kah...!!

Yang terlopongnya ialah melayu....!!
Apa guna jadi tuan jika kampung sendiri pun di baham cukong...
Kah...Kah...Kah...!!!