Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 23, 2010

UMNO Mewarisi Kemunafikan "Abdullah Bin Ubai"....!!!


"Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’

Melihat kepada tajuk di atas , benarlah sabda Nabi saw

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. (رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan Muslim)

Mungkin itu lah kebenaran yang diungkapkan oleh Wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika memberi ucapan usul pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Menurut berita itu lagi Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Selanjutnya ……….

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita perlu perbetulkan semua ini.“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang.

Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” KLIK DI SINI

Nota

Adakah kerana hati sahaja yang telah rosak ? Atau keseluruhan daging yang ada pada tubuhnya sudah rosak ? Hasil dari bersumberkan kepada reseki yang haram !!!

Perpatah Melayu menyatakan , ‘kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan merana’ , bukan setakat dunia nya barangkali akan punah , malah akhirat belum tentu selamat.

Itulah ajaran agama yang diterapkan oleh parti UMNO , bukan sahaja kepada pemimpin2nya malah seluruh ahlinya. Dek kerana mengejar habuan dunia , yang diibaratkan sebagai bangkai oleh Allah swt , UMNO menyakinkan ahli2 dan pemimpin2nya itulah tujuan hidup.

MACA , Selaku Ketua Pembangkang di DUN Kelantan , mungkin layak baginya dianugerahkan sebagai Bapak Munafik Kelantan Darul Naim. Begitu jelas tahap keilmuan TGNA , dek kerana hatinya sudah gelap hitam legam , lidahnya begitu ringan bersalut sifat munafik , sanggup beliau mengeluarkan kata - kata sebegitu. Begitu hebat tahap ketaqwaan TGNA , lidah MACA masih mengecam , mengutuk dan menghina Tok Guru secara berterusan.

Masyaallah !!!! Dunia sudah tiba waktu senjanya. Negeri di bawah kepimpinan seorang Tok Guru , masih ada rakyat di bawah naungannya jahil secara total, lancang mulutnya , buruk akhlak dan tingkah lakunya. Taufik dan Hidayah Tuhan sudah terhijab !!!

Ulamak Muda National Oraganization ( UMNO )...!!!

Jawapan Seorang Ulama Dalam Mempertahankan Rosmah Mansor!!

"Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari ( gambar Kiri ) berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang. Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. "Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.

Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari. "Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."


Nota:

Cuba fikir baik-baik, siapa yang perlu menasihati siapa dalam konteks ini? Jika kita lihat selingan video festival busana di sini, maka dapat anda lihat antara yang hadir dalam festival ini ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu suami kepada Rosmah Mansur yang menjadi penaung festival tersebut. Jadi bukankah sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai suami, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk memberi nasihat atau berbuat sesuatu agar kesucian Islam tidak dikaitkan dalam festival yang menghina nama Muhammad S.A.W.

Ulamak muda UMNO mengatakan pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu festival busana ini, tetapi sedarkah wahai ulamak muda bahawa festival itu bukan sahaja menghina Islam dengan pakaian-pakaian mendedahkan pangkal dada, bukan sahaja boleh memesongkan akidah anak muda-mudi Islam apabila menganggap pakaian-pakaian menonjol yang ditonjolkan itu adalah trend yang dibenarkan dalam Islam, festival itu telah menghina junjungan besar Nabi Muhammad dengan menterbalikkan lambang nama Rasulullah SAW.

Masih kita ingat suatu ketika dahulu, seorang blogger telah ditangkap kerana kesalahan menterbalikkan bendera Malaysia. Hari ini, Rosmah mansur juga harus didakwa kerana menjadi penaung kepada Festival yang berkemungkinan dengan niat menjatuhkan maruah Islam apabila tulisan khat yang menjadi lambang nama Muhammad SAW diterbalikkan. Penganjur dan penaung harus sekurang-kurangnya memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran jahat ini.

Menjawab persoalan di antara tanggungjawab penganjur dan penaung, siapa yang lebih harus dipersalahkan? Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar:

Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Oleh demikian, tidak kiralah samada Rosmah itu penaung atau penganjur, adalah jelas penglibatan Rosmah dalam program mewah yang secara terus menghina Islam dan Rasullullah SAW itu sendiri harus dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab. Apatah lagi suaminya berada bersama ketika majlis ini berlangsung.

Justeru, saya ingin menasihati Ulama muda UMNO supaya tidak menjual nama baik Islam demi untuk sebuah kehidupan sementara di dunia ini. Kamu sebagai Ulama muda telah mengeluarkan kata-kata yang mengundang cacian terhadap diri sendiri dan sesungguhnya masih ada ruang untuk kesalahan itu diperbetulkan, berbanding mempertahankan yang bathil !

Tak Rugi Jadi Melayu...Cuma Jangan Jadi UMNO...!!!

Ini Wanita Melayu Yang berteraskan Roh UMNO..Nampak Keruh & Tak ada akhlak langsung...!!!
Ini Wanita Melayu Yang Berteraskan Roh Islam...Nampak Cantik..Bersih & Berakhlak....!!!

JANGAN TAKUT MENGAKU MELAYU - UM

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Orang Melayu diingatkan supaya tidak sesekali takut untuk mengakui diri mereka sebagai Melayu kerana ia selari dengan tuntutan agama.

Wakil UMNO Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ini berdasarkan kaedah fikah yang melarang perbuatan menghina keturunan kerana ia dilaknat Allah.

Sambil merujuk segelintir pemimpin parti pembangkang yang mendakwa tidak berbangga menjadi Melayu, beliau berkata, jika mereka bukan Melayu adakah mereka daripada keturunan lain atau sebaliknya.

“Terdapat golongan Melayu terpengaruh dengan alunan yang menyatakan mereka tidak berbangga menjadi kaum itu.
-------------------------------------------------------------------
Woittttt.....KALAU DAH ASAL MELAYU....TAPI TAK MENGAKU MELAYU TAK ELOK JUGAK..

Woittttt.....TAPI ADA JUGAK YANG BUKAN MELAYU..TAPI MENGAKU JADI MELAYU.....

Woitttttt....APA PULAK HUKUM YANG BUKAN MELAYU TAPI MENYAMAR JADI MELAYU....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....PATUTLAH RAMAI INDIA MUSLIM JADI AHLI UMNO DI SABAH....SEBAB ITU UMNO BUKAN LAMBANG ORANG MELAYU....

Nota:

Kata parti melayu...tapi kenapa gunakan nama United Malays National Organisation...
Macam mana bunyinya kalau UMNO ditukar ikut ejaan melayu...
Dah tentu hodoh bunyinya....
UMNO bukan setakat namanya saja yang hodoh...ideologi...akhlak semuanya hodoh...
Kah....Kah....Kah....!!!

Cakap Berdegar-Degar..Taik Atas Kepala....!!!


UCAPAN ANTI-DEMOKRASI: NAJIB DIDESAK POHON MAAF

Entah apa gerangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Razak sewaktu menyimpulkan ucapan perasmian beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mana beliau telah menggesa semua anggota UMNO supaya tetap mempertahankan Putrajaya “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.

Kenyataan beliau tersebut jelas mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat kerana ianya seakan-akan menunjukkan bahawa anggota UMNO sanggup melakukan apa saja sehingga ke tahap mengganas dan menumpahkan darah hanya kerana mahu kekal berkuasa. Kenyataan Dato’ Sri Najib itu juga adalah bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak Merdeka hingga kini.

Jika sekiranya ditakdirkan bahawa Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk menerajui Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan. Ini kerana hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana yang harus diberikan mandat untuk memimpin negara ini.

Justeru, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden UMNO menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi. KEADILAN juga menuntut supaya Dato’ Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Assignment Pertama Ulamak Muda UMNO Selesai...!!!


IFF: ULAMA MUDA PERTAHAN ROSMAH ,SELAR PEMBANGKANG - MK

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan Rosmah penaung semata-mata," katanya.

Nota :

UMNO bila masuk bab agama..memang akan jadi bengong...
UMNO yang di maksudkan termasuklah Ulamak Muda UMNO...
Demi cari makan...yang haram pun jadi halal....
Puak Hadhari memang takut dengan syariat Islam....
Sebab itu mereka timbulkan agama baru Islam Hadhari....

Memang kita dah jangka...fungsi ulamak muda UMNO adalah seperti ini...
Tugasnya adalah untuk bela keslahan pemimpin UMNO khususnya dalam bab hukum...
Walaupun jelas perbuatan rosmah bertentangan dengan syarak...
Namun ulamak muda mesti menangkis bagi mencari sesuap nasi...
Gadaikan iman mereka demi keseronikkan pemimpin UMNO....

Sebagai orang Islam sejati...kita wajib perangi UMNO dan sekutunya...
Umpama rakyat palestin memerangi kezaliman zionis di Gaza...
Tugas kita juga sama iaitu memerangi zionis tempatan iaitu UMNO...
Penghinaan UMNo terhadap Islam sudah sampai kekemuncaknya...
Kita tidak boleh biarkan mereka lagi...
Pastikan PRU 13 nanti di jadikan medan jihad kita yang sebenar...
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...!!!

Pemimpin BN Sampai Matipun Masih Susahkan Rakyat.....!!!

GUA MUSANG - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahi mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.

“ada projek baru nyang Ada projek baru namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur,

” 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah mpena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam.

(Gambar - Anwar turut mencucapkan selamat berjaya kepada calon PAS bagi PRK DUN Galas, Dr. Zul)

Menurutnya, projek pusara negara tersebut akan dibangunkan dikawasan tanah bersebelahan Tugu Negara Kuala Lumpur.

Pembinaan pusara negera khusus untuk pembesar-pembear negara itu kata neliau akan menelan perbelanjaan dari wang cukai rakyat sebanyak RM70 juta.

" jumlah peruntukkan untuk buat pusara bagi pembesar-pembesar ini (adalah) RM70 juta, maknanya satu orang (pembesar) mati, harga kuburnya RM140,000,"ujatrnya.

Oleh itu menurutnya, untuk meneruskan hidupnya, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membelanjakan RM65 juta bagi membaik pulih kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Manakala apabila matinya pemimpin-pemimpin negara, diperuntukkan pula sebanyak RM70 juta untuk membina kubur-kubur mereka.

"(pemimpin BN) hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat,"katanya

Namun begitu, jika dibandingkan dengan peruntukan untuk membangunkan seluruh masjid dan surau seluruh negara, kata Anwar, hanyalah RM14.3 juta.

Diakhir Majlis sambutan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam tersebut, Mursyidul Am telah mengumumkan calon PAS yang dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi bertanding ddalam PRK DUN Galas

Nota :



PAS Tetap Komited Berjihad Perangi Rejim UMNO....!!!


SETIU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib mengingatkan ahli parti agar tetap teguh dengan pendirian dan Islam apabila berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, ahli PAS diminta tetap teguh serta tidak goyah dalam menghadapi perjuangan Islam berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno-BN akan ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan pelbagai janji serta ‘habuan’ yang sementara.

“Bila kita (PAS) berjumpa dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kita (ahli) kena teguh dengan Islam dan tidak terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang dijanjikan oleh mereka (BN) kerana berbentuk sementara sahaja,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2010 Kali Ke-14 di perkarangan Surau Tanjung, Batu Rakit, Setiu, hari ini.

Katanya, perjuangan Islam PAS perlu diteruskan meski pun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

Menurut Ustaz Harun perjuangan PAS bagi menegakkan Islam ‘membujur lalu, melintang patah’ sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangannya.

Justeru itu, katanya perjuangan Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia dan akhirat.

“Kita (PAS) berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT.

“Jika kita (PAS) tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Ta’ala di akhirat kelak, Insya’Allah,” ujarnya dihadapan 8,000 para hadirin.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat mahukan setiap ahli parti bekerja dengan cemerlang serta bersatupadu bagi mencapai kemenangan Islam.

Katanya, bila tarikh pilihan raya itu tidak penting sama ada dekat atau jauh kerana usaha bagi mencapai kemenangan diteruskan.

“Kita(PAS) dikehendaki bekerja dengan cemerlang dan bersatupadu. Pilihan raya itu tidak penting sama ada dekat atau jauh. Tapi yang penting terus bekerja untuk capai kemenangan,” jelasnya.

Menurutnya, hanya dengan kemenangan Islam rakyat akan mendapat kebaikan serta rahmatNya.

Ijtima Kepimpinan PAS tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Nota :

Dalam solat...orang PAS pun sebut...UMNO lagi la selalu sebut....
Solatku...Hidupku...Matiku adalah kerana Allah...
Hanya Islam saja yang di redahi Allah....
Tapi UMNO bertekad biar nyawa bercerai badan demi UMNO...
Dengar memang hebat....Tapi tak kena pada tempat....
Begitu juga dalam bab ibadat haji....
UMNO memang juara...hinggakan orang PAS pun tak boleh pergi...
Sebab kuota haji telah di penuhi orang UMNO....
Ada yang sampai 5 atau 6 kali pergi
Tapi bila balik je...turun je kapal terbang....terus sokong Toghut....
Pak haji & Mak haji cakap kita tak pernah sokong toghut...Kita cuma sokong UMNO...
UMNO tu toghut la Pak haji....Toghut tu UMNO la Mak haji....!!!
Kalau masih bergelumang dengan parti yang tolak islam tu....
Sah lah dapat haji Malboro....Nampaknya pegi mekah hanya melancong sajaa....
Kesian kat Pak Haji & Mak Haji....
Kah...Kah....Kah...!!!

Kontrak Sosial Tajaan UMNO Akan Tamat Selepas PRU 13....!!!

Makcik ni tahu tak kontrak sosial tu apa...??? Kesian...asyik dok menguap 24 jam...tak sedar dia dah kena tipu selama ini...!!!

Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu?-MK

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, saranan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menuntut semua pihak supaya jangan mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan oleh pimpinan Umno-BN.

"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa? Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?

"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin?" soalnya.

Lim mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Najib pada ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, semalam.

Nota :

"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini?
RM52 bilion sudah kena 'kebas'....
Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama....
Kontrak sosial untuk siapa..?
Untuk diri sendiri atau untuk rakyat...?

Mahasiswa Sudah "Boring" Dengan UMNO.....!!!!


'Media alternatif sebabkan siswa pro-pembangkang' -MK

Pergerakan Pemuda Umno mahu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan golongan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) aktif dan serius membabitkan diri
dalam politik.

Beberapa exco pergerakan itu yang ditemui Bernama berkata golongan muda dan terpelajar di IPT sewajarnya diberi ruang yang cukup untuk berpolitik kerana merekalah generasi pelapis landskap kepimpinan negara.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan pergerakan itu, Datuk Sohaimi Shahadan berkata kecenderungan golongan para penuntut di pusat pengajian tinggi memilih media altenatif yang pro-pembangkang menyebabkan mereka memilih parti pembangkang selepas tamat pengajian mereka.

Beliau berkata dengan adanya kelonggaran terhadap akta berkenaan, pergerakan Pemuda dilihat akan berpeluang mendekati golongan itu secara lebih efisien.

"Inilah cabaran besar kita, inilah perkara yang perlu difikirkan untuk Model Baru Politik seperti yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kita mahu Kementerian Pengajian Tinggi meminda akta itu," katanya ketika ditemui pada Persidangan Agung Umno 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur.
------------------------------------------------------------

Woitttt......HOI KENAPA BANGANG SANGAT NI......

Kah...Kah....MAHASISWA ADALAH ORANG CERDIK...KALAU BODOH ORANG TAK PANGGIL MAHASISWA....

Kah...Kah....KALAU BODOH ORANG PANGGIL UMNO....KAH...KAH....

Kah...Kah....KALAU BODOH ...MAHASISWA TAK BERNAI PANGGIL ROSMAH "BINI PUAKA"...

Woitttttt....CUKUPLAH NAK PERBODOHKAN MAHASISWA LAGI.....

Kah...Kah....MAHASISWA MEMANG TAK ADA DUIT NAK BELI SURATKHABAR UTUSAN....

Kah...Kah....SEBAB ITU MAHASISWA SUKA BUKA INTERNET...SEBAB FREE.....

Kah...Kah....BILA BUKAK INTERNET....MAHASISWA AKAN JUMPA GAMBAR ROSMAH SEDANG BERCIUM DENGAN ARTIS BOLLYWOOD....

Kah...Kah....MAHASISWA JUGA BOLEH LIHAT LUBANG JUBUR SAIFUL YANG SEBENAR.....

Kah...Kah....MAHASISWA BOLEH BACA MACAM-MACAM CERITA....SEMUANYA TENTANG KEJAHATAN REJIM ZALIM UMNO....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....TAHUN 70 AN MAHASISWA DAH BANGKIT...UMNO HAMPIR REBAH...KALI INI MAHASISWA BANGKIT LAGI...GRENTI UMNO AKAN MAMPUS TERUS DAN TAK AKAN BANGKIT LAGI.....

Kerja Gila UMNO Dah Bermula...!!!



Gambar-gambar di atas memang tulen dan bukan fitnah...!!!

Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata -MK

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

Nota :

Seperti di jangka..dan ini semua tak pelik bagi orang PAS....
UMNO memang ada penyakit gila babi bila berkempen......
Kerja UMNO hanyalah pandai memfitnah dan menuduh tak tentu pasal...
Kalau berlawan secara gentlemen...memang UMNO tak berani...
Perkara yang di lakukan di Hulu Selangor..kini bakal di ulang lagi di Galas...
UMNO tak sedar bahawa strategi sebegini sebenarnya sudah lapok......
Pengundi Galas tak sebodoh pengundi di Hulu Selangor...
Asli di galas lebih cerdik banding melayu di Hulu Selangor....
Fitnah memfitnah adalah bukan cara kempen pilihanraya di alaf baru ini...
Rakyat mahu dengar dan lihat apakah misi dan visi calon yang bertanding...
Ini kelantan la kawan...Roh Islam dah tersemat rapi di hati rakyat kelantan....
Kalau setakat nak buat fitnah...memang tak makan la...
Jangan sampai senjata makan tuan...nanti parah...

Mana Pergi Ulamak Muda UMNO...???


Ribuan himpun bantah festival busana Islam -MK

Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.


Tak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.

Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.

Mufti, ulama muda Umno dicabar

Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Nota :

Tidak pernah dalam sejarah UMNO nak ikut telunjuk mufti...
Inikan pulak ulamak muda yang baru di tubuhkan....
Semua yang terjadi...Mufti dan Ulamak yang kena ikut nafsu mereka...
Ulamak dan mufti hanyalah tunggul dan puppet sahaja...
Semuanya nak cari makan...apa nak jadi..jadilah...
Ulamak macam nilah Rasullulah gelarkan mereka sebagai ulamak syaitan...
Jika kamuseorang ulamak yang sejati....
Maka tidak kira siapa engkau..isteri PM ke..PM ke...
Kalau salah di sisi syarak..maka katakanlah ianya salah...
Berkata benarlah kamu walaupun ia pahit...Walaupun di hadapan pemimpin yang zalim...
Nescaya jihad bagi kamu....