Jul 10, 2011
Marina Mahathir Turut Serta Dalam Perhimpunan Bersih
Marina Mahathir merupakan anak kepada bekas PM kita, salah seorang penyokong Bersih 2.o, dan dia kelihatan bersama – sama menyertai perhimpunan Bersih 2.0
Beliau bercakap bagi pihak Sisters In Islam salah sebuah NGO daripada 62 Ngo yang membentuk gabungan Bersih. Beliau berkata tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sama seperti yang digunakan oleh diktator dunia ketiga.
Hanya mereka yang takut akan mengambil jalnn keluar dengan perkara perkara itu, dan berkelakuan seperti dunia ketiga atau kurang, katanya beliau di sidang akhbar .
Tindakan menangkap secara besar besaran adalah satu daripada tindakan paling keras dalam sejarah politik.
Marina berkata lagi, tindakan keras tu tak mencerminkan usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia negara maju.
Himpunan BERSIH Oleh Rakyat Malaysia di Australia & New Zealand....!!
BERSIH 2.0 Di Melbourne Australia
BERSIH 2.0 Di Auckland
BERSIH 2.0 Di Auckland
Kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin merakamkan ucapan syabas yang tidak terhingga kepada seluruh peserta BERSIH yang hadir di Kuala Lumpur pada hari semalam. Mereka berhak untuk dikalungkan sebagai wira negara kerana sanggup menghadirkan diri ke Himpunan tersebut walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan .
Kepada mereka yang bersabar dan ikhlas kepada Allah s.w.t terhadap segala rintangan yang dihadapi , ganjaran pahala anda InsyaAllah akan tersimpan rapi di sisi Allah s.w.t. Segalanya pasti akan terbalas di hari akhirat kelak.
Dewan Ulamak PAS Pusat juga yakin bahawa seluruh pendokong PAS dan BERSIH tidak akan serik sama sekali untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini. Mereka pasti akan terus dahagakan ganjaran dan keredhaan Allah s.w.t.
Dewan Ulamak PAS Pusat juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin yang telah dikebumikan baru sebentar tadi. Dewan Ulamak PAS senantiasa mendoakan agar Allahyarham Baharuddin dihimpun dan ditempatkan dengan golongan para syuhada’. Kepada keluarga Allahyarham, kami ingin memberitahu bahawa Allah s.w.t pasti akan menganugerahkan ganjaran yang besar kepada hambaNya yang beriman apatah lagi telah membuktikannya melalui perbuatan, perkataan dan pendirian.
Al- Fatehah …
Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Perginya Seorang Mujahid....!!
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut laporan Utusan Malaysia pembohong nombor satu pula, polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang berada di KLCC sewaktu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, namun menolak punca kematiannya disebabkan terkena semburan gas pemedih mata.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami sesak nafas atau menghidap penyakit jantung sehingga meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian itu.
"Saya dimaklumkan, selepas perhimpunan haram di KLCC selesai, seorang wanita menghubungi ambulans mengatakan lelaki itu sesak nafas.
"Sebaik sahaja ambulans tiba, pesakit itu masih dalam keadaan sesak nafas namun dia disahkan meninggal dunia di HKL (Hospital Kuala Lumpur)," katanya.
Beliau ditanya mengenai laporan portal sebuah akhbar propembangkang hari ini mengenai kematian seorang peserta perhimpunan Bersih yang terkena semburan gas pemedih mata di KLCC.
Memetik laporan portal itu, Baharudin Ahmad, 58, bersama rakan dan keluarganya berada di KLCC tidak sedar diri apabila disembur gas pemedih mata oleh polis.
Allahyarham yang tinggal di Setiawangsa merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Rosni Melan.
Menurut Amar Singh, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah.
......
Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.
Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.
Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.
Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.
Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.
Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.
Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.
Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.
Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.
Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.
Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.
Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.
Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.
"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.
Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.
"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.
"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.
Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.
Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.
Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.
Sehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.
Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam
Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi. - Malaysiakini.com
Ayuh..!! Kita Rayakan BERSIH 2.0 Di Peringkat Negeri Pula...!!
Tahniah kepada pejuang-pejuang rakyat yang telah berhimpun atas nama BERSIH 2.0 kerana berjaya mengulangi himpunan yang dilakukan 2007 malah IGP sendiri pun mengatakan ianya seakan-akan pergerakkan reformasi.
Terbukti masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa yang kental, hati yang besar untuk menentang regim UMNO/BN yang semakin hari semakin bongkak dan angkuh. Hari ini terbukti pihak keselamatan sudah meletakkan maruah diri mereka di paras yang paling rendah kerana membiarkan diri mereka diperkosa dan diperkuda oleh UMNO/BN untuk terus menekan dan menendang perjuangan rakyat.
Liputan TV3, BERNAMA, AWANI dan RTM jelas membuktikan bahawa rentetan-rentetan yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini jelas mempunyai objektif untuk melihat BERSIH sebagai pihak yang ingin mengucar kacirkan ibukota Kuala Lumpur. Malahan media massa yang merupakan anjing peliharaan UMNO/BN dengan tidak segan silu melabelkan pejuang-pejuang rakyat yang ditahan, dipukul, dilempar pemedih mata dan asap sebagai pengecau ketenteraman dan aktiviti ekonomi Kuala Lumpur. Rupa-rupanya taktik dan strategi polis menutup semua jalan ke ibu kota dan mengarahkan semua kedai ditutup itu adalah bertujuan sebagai modal media massa menghebahkan bahawa BERSIH ini adalah golongan pengacau.
Sebenarnya, polis lah yang bertanggungjawab dalam kerugian ekonomi akibat kedai ditutup kerana tersalah tafsir atau sengaja menyalah tafsirkan dan menohmah bahawa perhimpuan BERSIH akan menjadi kacau bilau dan merosakkan banyak harta awam. Sekurang-kurangnya unit perisikan polis mesti dipersalahkan. Jelas penemuan molotov koktail, parang dan lain-lain adalah tipu helah semata-mata. Tiada kerosakan dilaporkan. Tiada kecederaan pihak polis. Tiada ahli BERSIH ditahan dengan parang panjang. Yang ada adalah kematian ahli BERSIH di KLCC kerana kesesakkan nafas. Ramai ahli BERSIH dipukul dan mengalami pendarahan. Diheret tanpa belas kasihan. Diikat tangan ke belakang seakan-akan perompak besar. Malah, Kehadiran wanita yang ramai berserta berpuluh kanak-kanak adalah jelas menjawab persoalan bahawa demo BERSIH adalah begitu aman sekali.
Najib adalah pemimpin yang sangat bacul sekali. Bagaimanakah beliau sanggup mengumpulkan sejuta belia di Putrajaya namun tidak sanggup membiarkan parti lawan berhimpun secara aman di Stadium Merdeka walaupun dibenarkan YDP Agong. Benarlah kata orang ' Najib adalah DESPERADO dan BACUL sekali. Malahan, beliau sanggup membiarkan pemimpin parti lawan bertaraf ulama dan tok guru ditangkap polis, membiarkan pemimpin pembangkang di parlimen tercedera malahan berpuluh yang lain ditahan? Sungguh bacul sekali. Malahan boleh dikatakan Najib adalah penderhaka titah Sultan yang mahu perhimpunan BERSIH dilakukan di stadium. Malahan, insiden ini melayakkan Najib ditabal ketua Munafik No 1 kerana ungkapannya 'melalak sampai malam' rupanya hanyalah justifikasi terhadap gelaran ketua munafik Malaysia yang diberikan sebelum ini.
Oleh kerana BERSIH telah berjaya dengan agenda di ibukota, maka sayugia diingatkan supaya gelombang yang tercetus ini hendaklah diteruskan di peringkat negeri dan daerah, DUN atau PARLIMEN. Ini kerana, kejayaan BERSIH hari ini masih tidak dapat dihayati atau difahami oleh orang-orang di kampung dan di pedalaman yang masih menjadikan Utusan, Berita Hairan dan TV3suku sebagai kitab pedoman.
Akhir kata, semoga gelombang ini bergema di seluruh Malaysia samada di alam yang fana atau di alam yang maya. Tidak guna gelombang yang dibina pada hari ini berakhir setakat di Kuala Lumpur kerana untuk menang pilihanraya, gelombang ini harus dicapah ke seluruh pelusok Malaysia."
Polis Betul-Betul Menjaga UMNO/BN...!!
Memang polis Malaysia sudah melampau. Sama dengan menterinya dan PMnya. Apa jadah. Orang berjuang nak bersihkan kekotoran pilihan raya pun sudah diangkat bertaraf musuh negara. Malah habis Bandaraya K. Lumpur dilumpuhkan ekonomi dengan roadblock dan kepungan polis.
Apa pun, tahniah pihak pimpinan dan penyokong BERSIH 2.0 "kita semua dah berjaya". Sebagaimana kata-kata A. Samad Said : Belum pernah melihat semua kaum di Malaysia bangkit menyokong atas satu sebab (Bersih 2.0).
Meskipun begitu, aku sedih dan memang marah dengan perilaku polis yang menangkap presiden parti aku!!!
Justeru aku maklumkan kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS yang sedang mengakhiri ibadat umrahnya di Kota Suci Makkah al-Mukarramah.
Lalu melalui Setiausaha Akbarnya, Sdr Ustaz Mohd Fadhli Shaari telah diutuskan 'surat karomah' yang bakal mengubah lanskap politik negara pada pilihan raya umum 13 nanti. InsyaAllah Pakatan Rakyat bertambah kukuh dan meningkat sokongan rakyat.
Berikut adalah surat karomah Tuan Guru Nik Abdul Aziz:
Kenyataan BERSIH 2.0 – Reaksi berikutan penangkapan Presiden PAS
Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.
Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.
Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?
Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?
Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.
Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!
Allah hu Akbar!!!
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan)
7 Syaaban 1432/9 Julai 2011.
Tahniah Kepada Rakyat Malaysia....!!
1. ribuan rakyat dari pelbagai KAUM, tua dan muda, sihat dan OKU, tidak gentar dan terus turun juga ke jalanraya berarak aman ke Stadium Merdeka
http://albangi.wordpress.com
2. ada pemimpin BERSIH ditangkap oleh polis BN-UMNO
3. ada rakyat yang berdarah kepala dan kepala akibat terkenas canister pemedih mata yang ditembah oleh polis ke arah rakyat
4. ada rakyat yang pengsan dan yang MATI SYAHID setelah terjatuh dikejar polis BN-UMNO, (syahid dalam Islam kerana menentang kezaliman BN-UMNO yang jelas dan nyata)
5. ada rakyat yang terseliuh kaki, perit dan pedih mata terkena air asid yang disembur oleh polis BN-UMNO
6. suasana aman di KL menjadi kelamkabut dan cemas akibat polis BN-UMNO bermaharaja lela di KL
Nota :
ROH dan SEMANGAT BERSIH itu wujud dan berlaku dengan jelas dan real pada 9 Julai 2011.
Gengster kebangsaan UMNO dan Patriot telah menjadikan Malaysia negara bapa meraka dan menjadikan polis yang dibayar gaji oleh rakyat sebagai polis BN-UMNO untuk menghalang suara rakyat.
Polis BN-UMNO melanggar motor Mat Sabu di Masjid Negara hingga beliau cedera dan terpaksa dipapah dan kemudian ditangkap oleh polis.
Polis BN-UMNO mengejar Anwar Ibrahim sehingga beliau terjatuh dan kepalanya terkena pavement jalan kaki.
Polis BN-UMNO menolak kepala wanita bertudung dan menarik-narik tudung dan memijak serta menyepak-nyepak rakyat yang tidak bawa apa senjata pun kecuali hati dan semangat mahukan pilihanraya yang bersih.
Wahai rakyat yang tidak berdosa, wahai rakyat yang bukan penjenayah. Kamu adalah mulia di sisi Tuhan kerana kamu mahukan keadilan dan kebenaran dan kita semia mahukan pilihanraya bersih dan profesionalisma.
Kini rakyat Malaysia MESTI pastikan BN-UMNO tidak memerintah Malaysia lagi selepas PRU 13 tidak lama lagi. Jadikan jari-jari kamu dan jari-jari adik beradik, saudara, rakan, dan jiran kita semua tidak memangkah BN-UMNO lagi dalam PRU 14 walau apa pun ugutan mereka dan duit yang mereka taburkan pada kita. Ambil duit itu tapi jangan pangkah BN-UMNO. Ajar mereka selepas ini bahawa negara ini bukan milik BN-UMNO."
Polis Malaysia Berbohong.....!!
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.
"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.
Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.
Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.
"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.
'Macam kenduri'
Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.
"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.
Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.
"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.
Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.
Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehingga banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu. -mk
Nota
Tan Sri, logikkah kehadiran cuma 5,000-6,000 sedangkan yang ditahan mencecah 1,600 orang?
Pemerhatian Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000". Ingat bangsat sangatkah wartawan luarnegara itu berbanding dengan perkataan Tan Sri?
Di dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri menyatakan bahawa polis tidak bertindak kasar, malah mengambil tindakan minima ke atas peserta perhimpunan. Benarkah begitu?
Dan sudah sampai masanya, kedua-dua KPN dan Timbalan KPN meletakkan jawatannya kerana berbohong kepada rakyat Malaysia! Tidak menjaga kepentingan awam tetapi sebenarnya menjaga kepentingan pihak pemerintah, kepentingan paangkat, nama dan harta, yang kamu-kamu sendiri memang menyedarinya (tetapi berpura-pura tidak menyedarinya.
Kami ingin mengingatkan jika tuan-tuan berdua tidak meletakkan jawatan, kami khuatir tuan-tuan bakal menerima nasib seperti mana bekas KPN-KPN yang lalu, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan mengosongkan pejabatnya. Ia dari doa orang yang terkena zalim. Ia hasil dari campurtangan lansung dari Allah terhadap kezaliman yang penganiayaan yang telah dilakukan dalamasa mereka berkhidmat sebagai KPN.
Tangkap Khairy Hanyalah Lakonan Polis Saja....!!
Perhatikan gambar bagaimana lemah lembutnya polis bertindak terhadap puak pemimpin UMNO. Sehingga kelihatan bukan polis menangkap Khairy Jamaludin (KJ) tetapi KJ yang berjaya menangkap 2 orang anggota polis. Mungkin KJ nak bawa mereka ke rumah pak mentua dia. Polis siap posing lagi dengan Ketua Pemuda UMNO yang berjaya berarak 200 meter secara aman. Kah!Kah!Kah! Inilah imej pemuda UMNO yang cakap berdegar-degar tu.
Demikianlah cara layanan, lakonan serta sikap polis Malaysia. KJ pulak betul-betul kelihatan seperti beruk. Bukan aku cakap. KJ cakap sendiri. Masihkah kamu ingat kata-kata KJ? Dahulu KJ pernah berkata bahawa orang yang berdemonstrasi adalah seperti beruk-beruk di jalanan. Anehnya, tak pernah pulak aku lihat wajah demontran macam beruk sepertimana wajah KJ sekarang (dalam gambar itu). Perhatikan betul-betul. Tak malukah pemuda UMNO lihat pemimpin kamu macam ini?
Tak malukah Berahim Ali yang sedang bertelur untuk melahirkan ribuan anak-anak katak? Kata nak demonstrasi bersama, kenapa pergi bertelur pulak? Dayus betul. Sedayus mahaguru silat Omar Din yang bercakap hebat. Para pejuang Islam sudah lama maklum sejauh mana keberanian musuh-musuh Islam. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. dah. Pejuang Islam 313 orang sanggup berdepan dengan 1 000 orang musyrikin. Pejuang Islam guna pelepah tamar saja untuk pukul muka para musyrikin. Apabila tentera musuh berjumlah 100 000 orang, pejuang Islam mengalahkan mereka dengan 10 000 tentera sahaja.
Ini bermakna 10 000 orang pemuda UMNO, pakar silat Omar Din dan ahli PERKASA yang bodi sasa tak layak untuk berhadap dengan golongan jihad dan sanggup mati kerana Islam. Percayalah. TG Haji Hadi telah berkata, “BERSIH 2.0 hanya permulaan kepada satu perjuangan yang akan mencapai kemenangan. Keputusan seterusnya terletak kepada kerajaan. Kita akan terus bangkit dengan lebih gagah sama ada sebelum atau selepas PRU13”. Demikian kata-kata Tuan Guruku. Aku bersama. TETAP BERSAMA. YA TETAP BERSAMA DENGAN PERJUANGAN SUCI INI. Kata TG Nik Aziz, “ kezaliman akan ada tarikh luputnya.” Kata-kata semangat dua tuan guruku bergelombang dalam darahku
Adakah Himpunan BERSIH 2.0 Berjaya..??
Hari ini 9hb Julai, barangkali manusia paling malu di bumi Malaysia ialah PMNajib kemudian sepupunya Hishamuddin dan IGP Ismail.
Di mana mereka bertiga mahu sorok muka mereka? Kalau burung Unta, boleh juga sorok muka di celah kepaknya.
Mengapa ?
Cuba bayangkan dengan puluhan kempen, provokasi ciptaan polis seperti "komunis", bahan letupan, agen asing, tangkapan pemilik baju BERSIH dan pengempen, iklan di TV dan akhbar yang semuanya memburukkan BERSIH 2.0.
Begitu juga demo antara PDRM dan ATM menghadapi kebangkitan rakyat dan akhir, mengadakan sekatan jalanraya di seluruh Lebuh raya, mengepung KL dan akhir sekali RTM memjemput mantan IGP Musa Hasan memberi bebelan tentang BERSIH 2.0.
Malangnya ribuan rakyat berpusu-pusu, berbondong-bondong dan berduyung-duyung menuju KL.
BERSIH 2.0 boleh dikatakan tidak berjaya jika tiada sebiji pun gas pemedih mata ditembak atau tiada tangkapan dibuat.
Nah ! Cuba lihat hari ini apa berlaku? Puluhan gas pemedih mata ditembak. Ribuan rakyat ditahan dan dihambat.
Nampaknya UMNO dan polis tidak memahami bahasa rakyat. Telinga satu! Semakin rakyat ditekandan dicabar semakin meningkat kemarahan dan kebangkitan rakyat.
Malangya PMNajib, Sham dan Mael buta hati untuk berfikir.
Gelabah dan paniknya polis boleh dilihat apabila PAS memberi amaran untuk berhimpun 1 juta ahli depan Bukit Aman jika tidak bebaskan Presiden mereka.
Nampaknya polis penakut juga ya!
Nota :
Satu soalan untuk rakyat...adakah kita perlukan lagi BERSIH 3.0 ? Rasanya rakyat belum "puas" lagi berkejar-kejaran dengan polis sambil polis bersembur-semburan dengan air kuning dan asap.
Himpunan BERSIH Di Seluruh Dunia...!!
KUALA LUMPURTAIPEIOTAWA CANADAKHAIRAH MESIRLONDONHONG KONGMELBOURNE AUSTRALIAADELEIDE AUSTRALIA
NOTA:
masa nya telah sampai
untuk gerombolan berundur
masanya telah tiba
untuk gerombolan gulung tikar
lihat BERSIH GLOBAL
warga dan kaum kerabat bersih kita
di serata pelusuk dunia
jika suara ini tidak diambil peduli
maka 9 julai hanya lah mukadimah
bolehkah perkasa jadi global?
boleh kan pemuda gerombolan jadi global?
boleh kah silat cekak ekor musang jadi global?
kah kah kah
NOTA:
masa nya telah sampai
untuk gerombolan berundur
masanya telah tiba
untuk gerombolan gulung tikar
lihat BERSIH GLOBAL
warga dan kaum kerabat bersih kita
di serata pelusuk dunia
jika suara ini tidak diambil peduli
maka 9 julai hanya lah mukadimah
bolehkah perkasa jadi global?
boleh kan pemuda gerombolan jadi global?
boleh kah silat cekak ekor musang jadi global?
kah kah kah
Jangan Sampai Rakyat Bangkit & Marah....!!
BERSIH 2.0 HANYA MUKADIMAH: HADI – HD
Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.
"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.
Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
KENYATAAN PRESIDEN PAS
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.
Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.
Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.
Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.
Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Pas
NOTA:
kalau ini mukadimah
maka ertinya akan ada
lagi gerakan jalan raya
sebelum ke pilihan raya
ini juga bermakna
jika 8 tuntutan bersih ini tidak di ambil peduli
bermakna BN akan menipu lagi pada pilihanraya yang ke 13 ini
dengan menipu BN akan berkuasa
ini juga bermakna berkuasa melalui
penipuan
ertinya sebelum kita ke pilihan raya
kita ke jalan raya untuk memastikan
kita tidak ditipu
bagaimana dengan mat bangla?
bagaimana dengan mat indon?
bagaimana dengan mat pilipina?
macam mana mereka dapat kad pengenalan
macam mana mereka di daftarkan sebagai pengundi
semua ini menyakitkan hati kita
kalau BN menang kali ini
ertinya jelas kita kena tipu!
Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.
"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.
Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
KENYATAAN PRESIDEN PAS
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.
Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.
Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.
Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.
Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Pas
NOTA:
kalau ini mukadimah
maka ertinya akan ada
lagi gerakan jalan raya
sebelum ke pilihan raya
ini juga bermakna
jika 8 tuntutan bersih ini tidak di ambil peduli
bermakna BN akan menipu lagi pada pilihanraya yang ke 13 ini
dengan menipu BN akan berkuasa
ini juga bermakna berkuasa melalui
penipuan
ertinya sebelum kita ke pilihan raya
kita ke jalan raya untuk memastikan
kita tidak ditipu
bagaimana dengan mat bangla?
bagaimana dengan mat indon?
bagaimana dengan mat pilipina?
macam mana mereka dapat kad pengenalan
macam mana mereka di daftarkan sebagai pengundi
semua ini menyakitkan hati kita
kalau BN menang kali ini
ertinya jelas kita kena tipu!
Subscribe to:
Posts (Atom)