Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 8, 2011

PAS Punya Hal...Kenapa UMNO Pulak Yang Sibuk....


PEMIMPIN BARU PAS : UMNO TAK RASA TERGUGAT – MUKHRIZ : tiewnama

UMNO sama sekali tidak merasa tergugat dengan barisan kepimpinan baru Pas, kata Mukhriz Mahathir.

Mukhriz, bagaimanapun berkata, parti itu mempunyai pelbagai reaksi berhubung keputusan pemilihan pucuk pimpinan Pas itu.

"Tidak... tidak sama sekali (tergugat)... kenapa kami rasa gembira kerana kami rasa kami mempunyai peluang yang lebih baik dengan barisan baru itu... dan kenapa kami tidak rasa gembira kerana jika kami bercakap tentang perpaduan, pimpinan baru itu tidak akan membantu kami,” katanya kepada pemberita apabila ditanya adakah UMNO merasa terancam dengan pimpinan baru Pas. – Tiewnama
------------------------------------------------------
woit… APA HAL DENGAN MALAON INI….

kah kah kah… TETIBA SAJE CAKAP TERGUGAT….

kah kah kah… TAK ADA PUN ORANG TANYA…. PERSAAAN SENDIRI….

woit… TAPI INGAT MACAM MANA BACA AKHBAR GEROMBOLAN….

kah kah kah…KALAU DI NAFIKAN… ERTINYA ADA….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...KALAU KATA TAK TERGUGAT…. ERTINYA TERBERAK BERAK TAKUT….

Nak Tak Nak..Kita Mesti Turun Pada 9 Julai Nanti....!!


GUNA WANG RAKYAT RISIK PERKAHWINAN ANAK, KELAKUAN NAJIB JODOH DAN BURUK – suara keadilan

Najib Razak menggunakan wang rakyat untuk tujuan merisik perkahwinan anak perempuannya ketika rombongan lawatan ke Kazakhstan dianggap sebagai kelakuan yang hodoh dan buruk.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan wang rakyat bagi tujuan peribadi adalah sangat salah dari segi moral. Katanya lagi, ia bukan pertama kali Najib membazirkan wang rakyat untuk urusan peribadi dan keluarga.

“Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

NAJIB DIKECAM GUNA PROGRAM RASMI UNTUK URUSAN PERIBADI- HD

Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.

UMNO Kian Hancur....!!


AHLI UMNO KELANTAN DIPECAT CABAR ROS SEGARKAN KRISIS 1987 - MI

Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Ikmal Hisham ke mahkamah.

Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

UMNO Sudah Gila Talak....!!


UMNO MAHU PAS LUPAKAN KISAH SILAM DEMI PERPADUIAN UMAT ISLAM
– MStar

Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.

Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.

"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada sidang media di sini Selasa.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.

Sejak Bila Pulak UMNO Sukakan Ulamak...!!


KARPAL SEKAT HUDUD : SAIFUDDIN KATA MAHATHIR HAPRAK – HD

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Mahathir Mohamad sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

PAS: KALAH PUAK ULAMA , MENANG PUAK KOPIAH HITAM – KATA MADEY - MI

Mahathir Mohamad mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu, dilihat sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional, adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar.

Nota:

haprak ini apa maknanya?
kah kah kah

Tak habis-Habis Nak Menipu....!!


DEDAH DULU HASIL SIASATAN SEBELUM PANGGIL INKUES, KATA KELUARGA SARBAINI - MI

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menyifatkan cadangan polis agar diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu “menyembunyikan sesuatu.”

Justeru menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk diadakan inkues.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber itu berkata, keluarga Ahmad Sarbaini tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.

Tambah sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini juga kurang bersetuju dengan cadangan polis itu selagi tidak tahu status sebenarnya hasil siasatan bapa lima anak itu.

“Keluarga kini keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya hendak dilakukan... untuk inkues keluarga kurang bersetuju sebab macam cubaan mahu melengah-lengahkan kes ini sahaja.

“Jadi keluarga Allahyarham tetap mahu polis dedahkan dulu hasil siasatan yang mereka peroleh sebelum nak buat apa-apa tindakan termasuk inkues,” katanya.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tidak mahu hasil siasatan yang diperoleh daripada inkues itu akan sama seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang mengambil masa bertahun-tahun dan kini masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

“Keluarga tidak mahu kes ini jadi macam kes Teoh Beng Hock, nanti bila diadakan inkues ia akan mengambil masa bertahun-tahun... yang akhirnya keputusan tidak wajar dibuat.

“Jadi untuk apa inkues dibuat kalau mengambil masa bertahun-tahun? Kami mahu keputusan segera, polis kena dedahkan hasil siasatan mereka sebelum tindakan susulan diambil.

“Apa akan jadi kalau inkues ini diadakan? Adakah mungkin akan ada saksi atau bukti lain yang akan muncul? Kami tidak mahu, dedahkan segera... jangan berdiam diri macam nak sembunyikan sesuatu,” tegasnya.

nota:

Kugan mati di rumah pasong damansara
beng hock mati di pejabat sprm
aminulrashid mati di tembak
sarbani mati di pejabat sprm
semua kelentong
semua tipu
semua putar

sampai bila orang melayu ini nak sedar
sampai bila orang melayu ini berani bercakap benar
sampai bila orang melayu ini nak jadi jujur