Oct 10, 2010
Bukti UMNO Sabah Makin Naif....!!!
Puteri Umno Sabah lelong pakaian terpakai -MK
Kongsi 0Puteri Umno Sabah mensasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya RM12,500 melalui jualan lelong pakaian terpakai untuk tabung mangsa bencana banjir di Pakistan.
Ketuanya Musliati Moslimin berkata kempen jualan lelong tersebut dijalankan serentak hari ini di seluruh bahagian negeri Sabah di mana setiap bahagian dijangka mengumpulkan sasaran minimum RM500.
"Kempen mengisi Tabung Prihatin Puteri Umno Malaysia ini juga dijalankan di negeri-negeri lain, tapi bagi Sabah kami memilih untuk melakukan jualan lelong.
"Kami akan menyerahkan kutipan pada 20 Oktober ini semasa perhimpunan agung Umno kepada Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin," kata Musliati yang juga Ketua Puteri bahagian Kota Kinabalu ketika ditemui di gerai jualan lelong bahagiannya di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pagi tadi.
Musliati berkata berdasarkan sambutan hangat kempen ini, bahagiannya juga berhasrat untuk meneruskan kempen jualan lelong di masa hadapan bagi mengutip tabung untuk golongan-golongan yang memerlukan. -Bernama
Nota :
Lelong Baju ke lelong apa....???
Takkan lelong baju aje...
Ada ke orang nak beli baju ketua peturi UMNO....???
Tanya Bik Mama...mungkin ada saiz yang sepadan....
Kah...Kah.....Kah....!!!
Ahli PAS Cerdik Tak Bodoh Macam Ahli UMNO...!!!
Ahli PAS demo bantah naik tarif air Kedah -MK
Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Oktober lepas.
Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, lapor agensi berita nasional Bernama.
Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.
Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim dipetik sebagai berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri dan Sada kerana ia tidak wajar memandangkan ia amat membebankan rakyat di negeri ini.
"Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman di Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman di Alor Star hari ini.
Turut serta dalam demontrasi itu adalah bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau Mohd Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah Md Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail.
"Beban yang sama turut ditanggung oleh 12 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Kedah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta tidak mendapat peruntukan oleh kerajaan negeri bagi membayar bil air yang dikatakan terlalu tinggi itu," kata Abdullah seperti dilaporkan Bernama.
Beliau berkata ini membuktikan kerajaan negeri hanya membuat janji-janji kosong kepada rakyat bagi meraih simpati daripada rakyat Kedah supaya menyokong PAS agar membolehkan mereka memerintah kerajaan negeri seperti sekarang.
Katanya dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS berjanji akan menjaga kebajikan rakyat dengan menurunkan caj air dan meningkatkan kualiti bekalan air di negeri ini namun ia tidak ditunaikan oleh Azizan.
Abdullah yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Kedah berkata sejak kerajaan negeri diambil alih oleh PAS, kualiti air di negeri ini pada tahap yang tidak memuaskan dan saban hari mereka terpaksa menggunakan air yang berkeladak dan berwarna kuning.
"Ini membuktikan kerajaan negeri pada hari ini tidak peka dan perihatin dengan nasib yang menimpa rakyat. Ia tidak seperti sewaktu pemerintahan kerajaan BN yang sentiasa mengambil berat mengenai nasib rakyat dari semasa ke semasa," katanya.
Sehubungan itu jika Azizan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, mereka mahu Azizan meletakkan jawatan segera dan digantikan pemimpin lain yang mampu melakukan tugas dengan baik dan mahu membela nasib rakyat dan bukan cakap-cakap kosong.
Nota :
Kalau nak buat lawak pun biarlah bertempat....
Orang PAS tak main la berdemo 30 orang...
Orang PAS Kalau berdemo...mesti paling kurang 5000 orang...
Ini demo puak UMNO ni....
Standard demo UMNO..30 oarang dah kira ramai la tu...
Biasa UMNO kalauberdemo paling ramai 5 hingga 10 orang je...
Itupun JKKK dan juak-juaknya saje...
Kah...Kah...Kah....!!!
UMNO : United Mafia Notional Organization...!!!
Jangan Dekati UMNO Kerana Ia Parti Pengkhianat - Mahfuz - HD
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).
"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.
"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.
Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.
"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.
"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.
"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.
Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.
"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.
Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.
"Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.
"Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus," katanya.
Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.
Nota :
"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno"
"Sebab utama PAS tak nak berbaik dengan UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang JAHAT...!!!
Katakanlah Kebenaran Walaupun Ia Pahit...!!!
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan penangkapan dan penahanan seorang kartunis tanahair, Zunar di bawah Akta Hasutan 1948. Umumnya, perkataan hasutan membawa sebuah konotasi berbentuk negatif, di mana perkataan hasutan merujuk kepada perbuatan mengajak atau mempengaruhi seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan yang salah dan berniat jahat.
Seorang kartunis adalah seorang pelukis yang menggunakan seni lukisan kartun yang dihasilkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat. Hasil karya seni seorang kartunis ini dikenali sebagai "satira". Satira mengikut definisi Kamus Oxford bermaksud "penggunaan janaka, ironi, atau sindiran yang bertujuan untuk mengkritik sesuatu kebodohan atau kejahatan terutamanya dalam konteks politik dan isu-isu semasa."
Satira telah menjadi medium penyampaian sesuatu mesej berbentuk politik dalam proses mengetengahkan sesuatu maklumat yang berkait rapat dengan konflik poltik yang melanda sesebuah masayarakat. Seni satira merupakan salah satu bentuk manifestasi prinsip kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 19 Pengisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Satira politik
Satira politik secara khususnya dihasilkan bertujuan untuk menimbulkan isu-isu penting berkenaan kepincangan sistem politik yang seringkali cuba ditenggelamkan pihak pemerintah dalam usaha menyembunyikan hakikat sebenar sesuatu isu atau sesuatu fakta yang menjurus kepada kebenaran yang terselindung di sebalik pembohongan. Satira politik seringkali memaparkan episod-episod hangat sesuatu isu politik yang dicemari penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi dan pembohongan secara terang-terangan yang bisa dirujuk dengan fakta yang tidak pernah berdusta.
Satira politik yang dihasilkan seseorang kartunis untuk paparan masyarakat bukan sahaja bertujuan untuk meraikan prinsip kebebasan bersuara seseorang individu, tetapi ia juga dipaparkan kepada masyarakat untuk mencuit nurani dan daya pemikiran masyarakat untuk memikirkan secara mendalam kepincangan politik yang menular dalam pemerintahan negara, dan bagaimana ia mampu memberi kesan buruk kepada negara dan kehidupan masyarakat sekiranya ia dibiarkan bermaharajalela.
Proses yang berakar umbi daripada prinsip kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat ini amat penting dalam melahirkan masyarakat yang peduli dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Melalui proses ini, nilai-nilai keadilan, kebebasan dan kebaikan diberikan tempat yang tertinggi dalam senarai tanggungjawab yang wajib diperjuangkan oleh setiap rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran. Perjuangan dalam memartabatkan kemuliaan manusia dan perjuangan untuk membina masyarakat madani adalah berlandaskan prinsip menegakkan kebenaran dalam apa cara jua sekalipun di mana kebenaran tidak boleh dibiarkan berkubur tanpa pembelaan.
Dengan kesedaran yang dizahirkan melalui penggunapakaian prinsip kebebasan bersuara, kebenaran dapat ditegakkan di mana ia tidak mampu lagi untuk disembunyikan di mana rakyat akan menjadi hakim yang mengadili pembohongan dan cubaan untuk menyembunyikan sesuatu kebenaran oleh pihak pemerintah.
Oleh yang demikian, cubaan-cubaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat dengan menggunakan undang-undang yang tidak berlandaskan prinsip kebebasan dan hak asasi seperti Akta Hasutan oleh pihak pemerintah adalah satu tindakan bacul dan primitif yang jelas bertentangan dengan norma-norma masyarakat yang mendukung prinsip demokrasi dan hak asasi sejagat. - Sumber : MR
Nota :
Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit. Kepahitan yang jelas tergambar dalam sistem pemerintahan yang korup, sistem kehakiman yang tidak berpaksikan keadilan, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan kezaliman terhadap rakyat kebanyakan, bukanlah isu-isu yang asing bagi kita.
Isu-isu ini jika dibiarkan tanpa diketengahkan oleh rakyat yang peduli soal keadilan akan menular dan lama-kelamaan akan menghakis nilai-nilai keadilan dan kebenaran yang sekian lama dicabar dan dicabuli pihak berkuasa
UMNO Sudah Kehabisan Oksigen....!!!
Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.
Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk “E-Class”, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan “mee segera” dengan menjadi “ jutawan 10 persen”.
Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.
PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan “Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)”.
Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Kerajaan "Jahiliyyah" Seperti UMNO/BN Pasti Akan Mati....!!!
KEMAMAN - Sistem Jahiliyyah yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional semakin hari semakin runtuh dan akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Menurut Yang DiPertua PAS Kemaman, Ismail Harun atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Weil , sistem jahiliyah yang diamalkan di negara ini banyak membawa kepada masalah ‘penyakit’ dalam masyarakat dan menjadi semakin rapuh.
“Kerajaan Barisan Nasional masih pakai sistem jahiliyah sejak lebih 50 tahun negara merdeka. Insya’Allah, dalam pilihan raya akan datang ini golongan pendokong jahiliyah akan tumbang,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman, di Pekan Kemasek, Kemaman 8 Oktober
Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali pun parti tersebut berpengalaman memerintah negara ini lebih 50 tahun.
Menurut beliau, PAS akan menghadapi Umno-BN dengan gerakan yang berstrategi.
“Kita (PAS) tidak gentar dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama lebih 50 tahun, kita akan hadapi (mereka) dengan berstrategi” tegasnya
Justeru, para petugas PAS drseru supaya melipatgandakan usaha bagi menumbangkan kerajaan Jahiliyyah Umno-BN
Nota :
“Kerajaan Barisan Nasional masih pakai sistem jahiliyah sejak lebih 50 tahun negara merdeka. Insya’Allah, dalam pilihan raya akan datang ini golongan pendokong jahiliyah akan tumbang,”
“Kita (PAS) tidak gentar dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama lebih 50 tahun, kita akan hadapi (mereka) dengan berstrategi”
Hanya Yang Hitam & Yang Besar-Besar...!!!
Tidak dijemput kerana berat badan tidak cukup...!!!
16 WANITA PERTAMA SAHKAN HADIR – BH
Seramai 16 wanita pertama mengesahkan kehadiran pada Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok
Mereka adalah wanita pertama dari Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Nota:
Kenapa Carla Bruni tak datang?
Kenapa Michele Obama tak datang?
Kenapa hanya jemput Afrikan Mama je..?
Bik mama hanya jemput afrikan mama kerana....
Bik mama akan nampak lebih slim bila bergambar dengan afrikan mama....
Kah....Kah...Kah....
16 WANITA PERTAMA SAHKAN HADIR – BH
Seramai 16 wanita pertama mengesahkan kehadiran pada Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok
Mereka adalah wanita pertama dari Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Nota:
Kenapa Carla Bruni tak datang?
Kenapa Michele Obama tak datang?
Kenapa hanya jemput Afrikan Mama je..?
Bik mama hanya jemput afrikan mama kerana....
Bik mama akan nampak lebih slim bila bergambar dengan afrikan mama....
Kah....Kah...Kah....
Ku LI Sengaja Cari Nahas.....!!!!
PKR: SELAMAT GALAS BIAWAK HIDUP , KU LI - MK
Kesediaan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN di DUN Galas disambut sinis oleh pemimpin pembangkang.
Bagi timbalan presiden PKR Syed Husin Ali, tindakan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu tidak ubah seperti "menggalas biawak hidup".
"Ku Li setuju galas beban sebagai pengarah PRK (pilihan raya kecil) Galas untuk Umno. Tak ada pilihan lain? Harap dan doa Ku Li selamat dari menggalas biawak hidup," katanya dalam laman Twiter.
Nota :
Harap Ku Li berfikilah dengan matang....
Ku Li tahu UMNO ni siapa...
Dulu Ku Li dah pun buang UMNO....
Sekarang tak kan nak pikul semula...
Pelawaan UMNO terhadap Ku Li bukannya ikhlas...
Tapi sekadar cari sebab untuk mematikan pengaruh Ku Li di Gua Musang...
Fikir-fikikanlah..wahai Ku Li....!!!!
Siapa Yang Berpecah...???
Rakyat dah tahu BN memang kaki penipu...dulu kini dan sampai mampus...!!!
MCA IKRAR SETIA BERSAMA BN - UM
MCA berikrar akan terus setia sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) serta memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjadikan BN sebagai sebuah parti pilihan rakyat.
Chua Soi Lek berkata, walaupun MCA mengambil pendirian berbeza dalam beberapa perkara namun komitmen parti itu terhadap perkongsian kuasa dalam BN yang dipegang lama dahulu tetap tidak berganjak.
"MCA tidak akan menjadi pengikut yang membuta tuli. Sebaliknya kita akan terus bersikap jujur dan ikhlas akan apa yang kita rasakan perlu untuk diperjuangkan demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-57 di Wisma MCA di sini, hari ini.
-----------------------------------------------------------
Woitttt.....APA MAKNA KENYATAAN INI....??
Kah...Kah...MAKNA NYA TELAH ADA SUARA DALAM MCA... NAK BLAH DARI BN....
Kah...Kah...KALAU BUKAN KENAPA PERLU BUAT IKRAR ATAU AKU JANJI...???
Kah...Kah...SAMA DENGAN KAKI TANGAN KERAJAAN BILA MULA BERANI LAWAN BN MAKA ADA AKU JANJI.....
Kah...Kah...MCA PUN KENA IKRAR SEBAB MAKIN RAMAI AHLI MCA YANG NAK BLAH...
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...TUNGGU DAN LIHAT SIAPA YANG AKAN BERPECAH...BN ATAU PR...TUNGGU....!!!
MCA IKRAR SETIA BERSAMA BN - UM
MCA berikrar akan terus setia sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) serta memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjadikan BN sebagai sebuah parti pilihan rakyat.
Chua Soi Lek berkata, walaupun MCA mengambil pendirian berbeza dalam beberapa perkara namun komitmen parti itu terhadap perkongsian kuasa dalam BN yang dipegang lama dahulu tetap tidak berganjak.
"MCA tidak akan menjadi pengikut yang membuta tuli. Sebaliknya kita akan terus bersikap jujur dan ikhlas akan apa yang kita rasakan perlu untuk diperjuangkan demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-57 di Wisma MCA di sini, hari ini.
-----------------------------------------------------------
Woitttt.....APA MAKNA KENYATAAN INI....??
Kah...Kah...MAKNA NYA TELAH ADA SUARA DALAM MCA... NAK BLAH DARI BN....
Kah...Kah...KALAU BUKAN KENAPA PERLU BUAT IKRAR ATAU AKU JANJI...???
Kah...Kah...SAMA DENGAN KAKI TANGAN KERAJAAN BILA MULA BERANI LAWAN BN MAKA ADA AKU JANJI.....
Kah...Kah...MCA PUN KENA IKRAR SEBAB MAKIN RAMAI AHLI MCA YANG NAK BLAH...
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...TUNGGU DAN LIHAT SIAPA YANG AKAN BERPECAH...BN ATAU PR...TUNGGU....!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)