Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 21, 2011

Jangan Tipu Orang Kampung...!!

Ini Ekor gapo...??

PM UMUM 23 EKOSISTEM & INISIATIF INOVATIF DI BAWAH UNIK – mstar

Mohd Najib Razak pada Selasa mengumumkan 23 ekosistem dan inisiatif pewujudan kekayaan yang akan menarik berbilion ringgit dalam pelaburan serta mengetengahkan lebih banyak kekayaan intelektual negara.

Najib berkata, kesemua inisiatif itu yang merupakan sebahagian daripada "pelancaran inovasi", merupakan arah tuju baharu yang akan memberi impak positif dalam pewujudan kekayaan.

"Kesan limpahan itu mempunyai kesan besar dan akan meningkatkan kemahiran perniagaan dan teknikal keseluruhan rangkaian bekalan. Tidak seperti inisiatif penyelidikan dan pembangunan, projek berinovasi ini berjaya menarik pelanggan antarabangsa sebelum pelancarannya lagi," kata Najib semasa melancarkan inisiatif itu hari ini.

Nota:

peluang kondusif lagi efektif
untuk mulatif dan inisiatif abdul latif
dunia kreatif intelektualitif segala thiefs

ini berinovasi ber ino basi ber basi basi
basi untuk basi kal

eko sistem sup eko warung tom yam
yang aktif dalamn kreatif berintif
Kah...Kah..Kah....

Cina Lebih Percayakan PAs Banding UMNO...!!


KUALA TERENGGANU - Kecenderungan bukan Melayu terutamanya kaum Cina mengundi untuk pembangkang adalah terbentuk kerana perjuangan Umno yang bersifat perkauman atau 'rasis'.

Oleh itu, menurut Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu Dr. B. Chandran, kaum bukan Melayu telah hilang kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Trend orang-orang bukan Melayu, Cina dan India, terutamanya kaum Cina mengundi pembangkang bukan salah pembangkang, tapi salah Umno dan BN sendiri,

"perjuangan Umno dan parti-parti komponen, MCA dan MIC, adalah perjuangan berasaskan kaum (perkauman) yang rasis,"katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus, Muhamad Ramli Nuh.

Oleh yang demikian, Chandran menasihatkan Ramli supaya tidak membazirkan masa dan wang ringgit untuk mencari kaedah dan memujuk kembali kaum Cina.

Beliau yakin kekecewaan bukan Melayu khususnya kaum Cina tidak akan terubat dan mereka tidak akan kembali menyokong Umno dan BN.

Dr, Chandran (Gambar kiri) mengingatkan kembali, Ramli Nuh sendiri adalah seorang 'rasis' yang telah menakut-nakutkan orang Melayu daripada orang-orang Cina ketika berucap disebuah sekolah di Kual Nerus tidak lama dulu.

"Ramli itu sendiri pun 'rasis' dia takut-takutkan orang Melayu dengan kata orang Cina adalah komunis, dia guna sentimen bangsa untuk raih sokongan politik,

"padhal parti DAP itu berdaftar dengan kerajaan Malaysia, kerajaan izinkan, bermakna bukn komunis,"tegas Chandran

Beliau berkata, di negeri Terengganu orang-orang bukan Melayu dan non-muslim kini lebih percaya kepada PAS daripada Umno-BN kerana pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 telah menunjukkan banyak teladan yang baik.

Katanya, walaupun DAP di Terengganu nampak lemah tetapi parti tersebut bekerjasama dengan PAS sejak dari zaman Barisan Alternatif sehingga Pakatan Rakyat sekarang.

"DAP Terengganu walaupun dianggap lemah oleh UMNO tetapi kekuatan mereka adalah kerana bekerja rapat dengan PAS sejak zaman BA dan sekarang PR untuk menegakkan keadilan dan membanteras rasuah,"jelasnya.

Umno dan BN tidak boleh diharapkan lagi, katanya, kerana bergelumang dengn penyelewengan dan rasuah.

Harta Melayu Di Rompak Oleh Ketuanan Melayu....!!


KELUARGA PM KUASAI MASJID KAMPUNG BARU ? – HD

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa jawatankuasa Masjid Kampung Baru tidak pernah dibuat pemilihan dan hanya dikuasai ahli keluarga i Najib Razak dan bekas pembantunya.

Tambahnya lagi, orang Kampung Baru sendiri tidak mempunyai akses kepada pengurusan masjid khususnya dalam aspek kewangan.

Beliau mendedahkan demikian sebagai mengulas kenapa projek naik taraf Masjid Kampung Baru, melibatkan firma arkitek milik adik Najib, Nazim Razak.

Semalam, syarikat tersebut mendakwa perkhidmatan mereka menyediakan rekabentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela.

Penjelasan itu dibuat susulan tuntutan sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menuntut Najib menerangkan isu berhubung pembabitan firma NRY Architects dalam projek naik taraf dengan nilai RM20 juta itu.

Dr. Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat lalu, namun menurutnya penjelasan berbeza diberi kerajaan.

Katanya, jawapan yang diberikan kepadanya menyatakan projek tersebut masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang perlantikan dibuat.

Namun apa yang menghairankan katanya, tiba-tiba projek tersebut telah dimulakan dan firma arkitek adik perdana menteri pula terlibat.

"Tiba-tiba saya lihat menara sudah berbalut, atau mungkin sedang dibaiki?
"Saya juga minta supaya projek naik taraf bernilai RM20 juta itu dibuat secara tawaran tender terbuka bukan 'direct nego'," katanya.

Nota:

lihatlah..!
tanah kampong baru disebelah klcc
pasti meroyan para cukong
dan entah berapa banyak china doll
dah dihantar pada raka tanpa rakyat
untuk luluskan akta kampong baru
walau pun orang kampong baru menolak akta ini

ini rompakakn ketuanan melayu

Melayu Di Tipu Oleh Ketuanan Melayu....!!


MELAKA NAIKKAN TARIF AIR 5 SEN HINGGA 25 SEN - MK

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.Antara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu

KERAJAAN PAKATAN BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT – blog kerajaan rakyat

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk melaksanakan skim air percuma di rumah kos rendah berstrata (bertingkat) sebagai permulaan dan ditambah mengikut keperluan apabila lebih banyak pembangunan dikenal pasti untuk dimasukkan ke skim itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata kempen penerangan itu akan diadakan besar-besaran bagi memaklumkan rakyat dan mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan melakukan pemotongan bil penduduk.

“Kerajaan negeri akan mengenal pasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.

“Pemberian air percuma ini akan dijalankan sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah ituyang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” kata Iskandar dalam kenyataan media, semalam.

NOTA:

lihat perbezaan oleh dua kerajaan
satu kerajaan ketuanan melayu
yang kerjanya hanya menipu melayu

yang satu lagi kerajaan ketuanan rakyat
yang kerjanya memberi kebajikan kepada rakyat