Sep 2, 2010
Perak Semakin "Kotor" Di Bawah UMNO/BN...!!!
Raja Nazrin tinjau kawasan pembuangan sampah haram-Berita Hairan
IPOH: Prihatin dengan aduan rakyat, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, membuat kejutan dengan mencemar duli meninjau kawasan jalan pintas Rapat Setia ke Ampang berhampiran Taman Rapat Koperasi, dekat sini yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram sehingga menimbulkan rungutan orang ramai.
Dalam tindakan yang dianggap tidak pernah dilakukan sebelum ini, Raja Nazrin turut meninjau kawasan berhampiran Taman Pinggir Rapat Perdana di sini yang didakwa sering tercemar dengan kejadian pembakaran terbuka sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk di taman perumahan berhampiran. Baginda meluang masa kira-kira 25 minit meninjau di kedua-dua kawasan itu petang tadi dan meminta Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, untuk segera menangani masalah itu. Raja Nazrin nyata kesal kerana masih ada kawasan sekitar bandaraya ini yang kotor dan tidak terurus sehingga menimbulkan pencemaran serta aduan penduduk.
Baginda kedengaran memberitahu Roshidi yang turut serta dalam tinjauan itu: "Orang komplen mengenai sampah di sini."
Kawasan di kiri dan kanan sepanjang jalan pintas tanah merah itu penuh dengan sampah sisa bahan binaan, perabot terbuang, rumput kering dan sampah sarap lain.
Raja Nazrin turut melihat sebuah binaan usang berdinding zink lusuh di kawasan berkenaan dan meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuat pemeriksaan sama ada ia dibina secara sah atau haram. "Cuba periksa binaan ini sama ada ia dibina secara haram," titah baginda.
Dalam tinjauan di kawasan berhampiran sebuah tasik berhampiran bukit batu kapur di belakang Taman Pinggir Rapat Perdana pula, Raja Nazrin meminta MBI memeriksa dakwaan bahawa sering berlaku pembakaran terbuka sehingga menyebabkan pencemaran kepada penghuni taman perumahan berdekatan.
Pada masa sama, baginda turut meminta MBI memeriksa sebuah struktur bangunan berdekatan tasik itu sama ada ia dibina secara sah atau tidak.
Tindakan Raja Nazrin itu turut mengejutkan penduduk taman perumahan berhampiran yang keluar beramai-ramai melihat kehadiran baginda.
Turut serta ialah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....KALAU ASPEK LUARAN PUN DAH KOTOR...ASPEK DALAMAN MASYAALLAH...HANYA TUHAN YANG TAHU....KAH...KAH...KAH...!!!
Melaka Bandaraya Bersejarah....!!!
Melaka tangguh buka sekolah remaja hamil-MKini
Sekolah untuk remaja hamil dikenali Sekolah Harapan yang dijadualkan mula beroperasi hari ini, ditangguhkan pembukaannya ke 16 September ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Beliau berkata, penangguhan itu disebabkan beberapa keperluan logistik seperti pengambilan staf masih belum dapat dipenuhi oleh Majlis Agama Islam Melaka (Maim).
"Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas askar British di pejabatnya di Seri Negeri di Melaka, hari ini.
Sekolah Harapan itu akan beroperasi di sebuah bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin dan setakat ini, seramai tiga orang remaja telah memohon untuk memasuki sekolah itu. - Bernama
------------------------------------------------------------------
Kah...Kah....APA NI ALI...POTONG STIM BETUL LA....!!!
Kah...Kah....RAMAI YANG DAH PLAN NAK DAFTAR LEPAS RAYA NI....!!!
Kah...Kah...JANGAN BUAT MAT SAID PENING KEPALA....!!!
Kah...Kah....KAT HOSPITAL TERENGGANU DAH TAK CUKUP WAD....!!!
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...MEMANG PATUT MELAKA DI NOBATKAN SEBAGAI BANDARAYA BERSEJARAH...BANYAK BETUL BENDA YANG BERSEJARAH DI MELAKA...
Nyanyuk UMNO Dah Terlalu Kronik...!!!
Datuk Azalina di dah le berbuka pose dengan kedudukan tak sekular (memisahkan lelaki dan wanita) tak pakai tudung lagi. Ada adab ke?
L-R: WanPeng, LanK, Bab, Shahar, Arbans & Khalil inside the Masjid Terengganu
YB ADUN daripada BN yang bukan Islam di Sarawak takpe pulak?
Nota :
Nampaknya gambar-gambar yang di posting sebelum ini berkait tentang bukan Islam diseluruh dunia yang mengunjungi masjid mendapat komen yang tidak sedikit. Banyaknya macam penyokong UMNO sakit hati melihat gambar-gambar tersebut. Seolah-olah mereka tidak boleh terima bagaimana orang bukan Islam didekatkan dengan pusat kepada agama Islam. Realiti dan hukum yang bercanggah dengan kenyataan jahil pemimpin mereka.
Puak-puak sekular ini memang berpegang kepada memisahkan agama dari kehidupan. Amat janggal kalau agama di sekalikan dengan agama. Sedangkan perjuangan PAS untuk menyatukan keduanya. Antara agama dengan kehidupan, politik, ekonomi, pentadbiran, sosial dan lain-lain. Sabarlah wahai ahli UMNO. Sedikit demi sedikit nanti anda akan faham erti Islam yang syumul. Berdoalah agar mendapat hidayah khususnya sempena bulan Ramadhan

Sama Cuma Lain Bendera...!!!
Nota:
Jangan ketawa sangat...Kita mesti mau ingat....!!!
Kita lupa yang kita jadi hamba....!!!
Semua ketawa dan rasa bangga...!!!
Tapi kita lupa selama 53 tahun kita dok angkat...
Dok Puja..Dok jaja....
Tapi tak sedar sebenarnya dok pikul biawak hidup...!!!
Ada yang Sampai tercabut gigi...
Kita...Kalau tak kerana keris kita...
Susah kita...kalau tak sokong dacing kita...
Kah...Kah...Kah....!!!
Malaysia Bolehhhhh....!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)