Mar 17, 2011
Jangan Gadaikan Nyawa Untuk Loji Nuklear....!!
Gempa bumi dengan ukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 bukan sahaja mencetuskan tsunami, malah letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi - krisis nuklear yang menyelubungi masyarakat global dengan kebimbangan. Ribuan mangsa disahkan mati, puluhan ribu orang pula kehilangan berikutan bencana alam tersebut. Seandainya keadaan letupan loji nuklear Fukushima Daiichi semakin kritikal, maka kemudaratannya mungkin lebih ketara daripada malapetaka bencana alam. Impaknya bukan sahaja dirasai populasi Jepun, tetapi rantau ini.
Krisis nuklear di Jepun ini merupakan satu amaran kepada Malaysia, yang berkobar-kobar semangatnya untuk membina loji nuklear.
Tragedi letupan loji nuklear Chernobyl pada 26 April 1986 masih dalam ingatan. Letupan ini telah menyebabkan pencemaran radioaktif, yang mana parasnya bersamaan dengan 200 kali ganda ketika bom atom digugurkan di Hiroshima and Nagasaki.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Atomic Energy Agency, WHO, UNDP, Ukraine, kerajaan Belarus dan pertubuhan lain PBB telah melengkapkan satu laporan pada September 2006, bahawa tragedi Chernobyl mengakibatkan kematian 4,000 orang, termasuk 47 orang penyelamat daripada WHO, dan sembilan orang kanak-kanak yang dijangkiti kanser tiroid (Thyroid cancer). Laporan penyiasatan WHO yang diumumkan pada April 2006 pula menunjukkan, mungkin 5,000 orang lagi yang mati di kawasan pencemaran radioaktif (termasuk Ukraine, Belarus, Russia dsb). Dengan kata lain, jumlah kematian manusia mungkin melebihi 9,000 orang.
Pada tahun lalu, media asing melaporkan bahawa Tenaga Nasional Bhd berniat untuk membina sebuah loji nuklear pada tahun 2021. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan rancangan untuk membina sebuah loji yang boleh menghasilkan 1,000 megawatt kuasa nuklear, dengan anggaran kos antara RM 6.6 bilion hingga RM13.34 bilion.
Rancangan pembinaan loji nuklear bukan sahaja mengundang kritikan NGO yang berprihatin terhadap isu alam sekitar, malah pakar turut menganggap loji nuklear bukan pilihan Malaysia untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga. Ketua Pegawai Eksekutif The Red Solar Sdn Bhd, Rais Hussin pernah menulis dalam The Edge, memberi amaran bahawa dalam keadaan di mana persediaan yang tidak mencukupi, terutamanya dari segi sumber manusia, keterlibatan Malaysia untuk membina logi nuklear bakal mengundang kesan yang dahsyat.
Selepas krisis nuklear lantaran gempa bumi di Jepun, Presiden City University of Hong Kong, Guo Wei yang juga seorang pakar tenaga nuklear berkata, loji nuklear melibatkan pengurusan kejuruteraan, dan bukan soal fizik. Jadi, unsur "manusia" adalah paling penting. Sistem penyejukan, latihan manusia untuk berdepan dengan pelbagai keadaan, adalah penting dalam soal loji nuklear.
Pandangan kedua-dua pakar ini memperingatkan kita bahawa, seandainya loji nuklear dibina, maka kemampuan untuk menjaga keselamatan loji nuklear adalah perkara yang terpenting.
Sesungguhnya, jikalau lampu hijau diberikan kerajaan, malah Tenaga Nasional sanggup membelanjakan wang, maka secara semulajadinya akan ada kumpulan syarikat yang sudi melabur dalam pembinaan loji nuklear. Lebih-lebih lagi, laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) hanyalah rubber stamp untuk meluluskan projek mega. Justeru itu, pembinaan loji nuklear hanyalah soal masa.
Namun demikian, apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah, sejauh manakah kemampuan negara kita untuk mengekalkan keselamatan selepas loji nuklear dibina dan mula beroperasi? Ia bukan hanya melibatkan kepakaran yang boleh dikerah Tenaga Nasional, tetapi juga sama ada kerajaan mampu menyediakan persediaan, sumber dan kecekalan yang mencukupi, untuk memantau penjagaan keselamatan loji nuklear?
Mereka yang tinggal di Malaysia sememangnya mengeluh dengan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Misalnya, hampir setiap tahun kita akan berdepan dengan tragedi kemalangan bas yang meragut puluhan nyawa, dan tragedi ini berkait rapat dengan penguatkuasaan unit pengangkutan awam yang tidak ketat, pemantauan yang tidak berkesan dan sebagainya. Malah, walaupun diswastakan seperti Tenaga Nasional, POS dan Telekom, keberkesanan perkhidmatannya juga tidak begitu memuaskan.
Dalam keadaan sedemikian, kekhuatiran terhadap keselamatan diri kita selepas loji dibina adalah berasas. Adalah menjadi tanda soal sama ada negara kita mampu dari segi kemahirannya untuk menguruskan krisis, seandainya kemalangan berlaku dalam loji nuklear?
Selepas "dasar penswastaan" dilaksanakan Perdana Menteri keempat Mahathir Mohamad sejak tahun 1980-an, tujuan asal penswastaan telah berubah menjadi "perniagaan", iaitu keuntungan dan longgakan kapital didahulukan, sebaliknya perkhidmatan awam dikemudiankan. Dengan kata lain, keuntungan diutamakan dengan menggadaikan kepentingan awam. Misalnya, Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Sungai Selangor - semuanya mencapai matlamat dengan mengorbankan hak kaum asal.
Seandainya kerajaan Barisan Nasional berpandangan jauh, atau masih berhati-perut (walaupun sukar ditemui) - mereka seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya projek pembinaan loji nuklear, jangan sehingga rakyat Malaysia dan negara jiran terkorban di bawah kapitalisme. Biar betapa bodohnya politikus sekalipun, mereka akan dapat memikirkan kesan pencemaran nuklear yang bakal memberi impak kepada generasi anak mereka, walaupun mereka mungkin telah terbaring di bawah natu nisan pada ketika itu.
Malu Betul...Orang Kafir Lagi Tahu....!!
BEYONCÉ , MARIA CAREY TO DONATE MONEY FROM GADAFFI FAMILY PARTIES – international business times
Following Nelly Furtado's initiative, singers Beyoncé and Mariah Carey said they will each return the $1 million they received for performing for Libya dictator Moammar Gaddafi's family.
According to a report by people.com Gaddafi is currently being investigated for possible war crimes, including ordering the bombing of Pan Am flight 103 in December 1988 that killed 270 people.
Carey released a statement to People saying, "I was naïve and unaware of who I was booked to perform for. I feel horrible and embarrassed to have participated in this mess. Going forward, this is a lesion for all artists to learn from. We need to be more aware and take more responsibility regardless of who book our shows. Ultimately we as artists are to be held accountable."
Nota :
penyanyi maria carey
penyanyi beyonce
penyanyi nellay furtado
walau pun berdada gagah
walau pun berpakian seksi meski
walau pun cun melecun
tapi memiliki kesedaran insaniah
penyanyi pop ini secara sedar
memulangkan duit pendapatan mereka
yang dibayar oleh gadaffi
untuk penyanyi ini
duit bayarn konsert keluarga gadaffi adalah
duit darah rakyat libya
berbanding dengan tok tok guru agama
yang belajar agama di mesir dan jordan
siang malam dari pagi hingga petang
mengutuk tok guru nik aziz
tak sedar sedar tentang baik dan jahat
tak sedar sedar tentang halal dan haram
kerana di bayar oleh UMNO...
kah kah kah
Akhirnya,,,,Semua Berkecai...!!
NUCLEAR WATCHDOG IAEA CONFIRMS PARTIAL MELTDOWN REACTORS 1 TO 3 - By NewsCore
March 16, 2011 "Pocno Record" - -"TOKYO -- The UN's nuclear watchdog the IAEA warned Japan's nuclear crisis was "very serious" Wednesday as Tokyo resorted to increasingly desperate measures to cool overheated reactors and fuel pools at the stricken Fukushima plant.
International Atomic Energy Agency (IAEA) head Yukiya Amano confirmed reactors No. 1, No. 2 and No. 3. had partially melted down. He added that Japanese authorities had also reported concerns about the spent nuclear fuel pools of reactors No. 3 and No. 4.
Nota:
awalnya politikus
dan sudagar loji nuklear
cuba menipu
mereka mengatakan tak ada apa-apa
akhirnya semua meletup
sekarang dunia dalam bahaya
kalau ikut cakap Muhyidin....
kita semua hangus terbakar
kalau ikut kata rosmah....
tetek anak kita bercabang tiga
adakah debu radioaktof ini akan sampai?
pasti sampai ke malaysia...tak caya?
debu ini kan jatuh dalam laut china selatan
debu ini akan berkait rapat
dengan rumput ramapi dan algae
ini makanan ikan
pak ngah dan wak kudin
turun ke laut menagkap ikan
ikan sampai ke pasar borong selayang
lama berjalan tapi akan sampai
jika angin kita mengarah ke selatan
terkena taiwan...terkena pilipina
Kah...kah...Kah....!!
54 Tahun Merdeka, Jurang Yang Kaya Dan Yang Miskin Terus Melebar...!!
Betapa untungnya rakyat Malaysia bila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan. Pembangkang yang kuat ia akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN. Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10 000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5000, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.
Ini adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihanraya yang semakin hampir. Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10 000 rumah yang daif perlu dibaiki. Kesemuanya ini terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap di telan oleh taukeh cina Ooi Kee Siang seorang tauke pokok orked di zaman Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga saham bumi putera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah. Kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.
Memang pemimpin umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya. Sepatutnya pemimpin umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10 000 rumah yang daif yang perlukan bantuan untuk di perbaiki.
Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Cari Gali Miri. Penduduk yang tidak ada letrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah. Kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti mereka ialah masyarakat Iban. Saya dimaklumkan setiap kali pilihanraya maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepas menang muka tidak nampak. Inilah watak yang diskimakan dalam budaya kepimpinan BN seluruh negara iaitu memperalatkan kemiskinan.
Pas mengharapkan supaya rakyat yang diberi bantuan untuk membaiki rumah jangan ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN. Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata. Pas mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang umno BN.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS
Sedarlah Wahai Orang Melayu....!!
KABINET AKAN PUTUSKAN MENGENAI LOJI NUKLEAR – Mstar
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan cadangannya untuk membina dua loji kuasa nuklear akan dibuat selepas Kabinet menilai kertas kerja yang akan diserahkan kepada Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui berkata, sama ada cadangan rancangan itu diteruskan atau tidak, bukan beliau yang memutuskannya.
"Kabinet yang akan memutuskannya. Kami perlu menunggu laporan yang akan dibentangkan kepada Kabinet," katanya.
Terdahulu, dalam ucapan beliau, Chin berkata penggunaan pakai teknologi hijau penting kerana ia merupakan satu-satunya cara bagi mencapai pembangunan dan pertumbuhan mampan.
Nota:
Dua negeri pasti akan dipilih
perak dan pahang
kerana ada dua sungai
kalau perak kemabalai pada pakatan
maka yang tinggal hanya pahang
anak pahang wajib bersedia
kalau tidak ikan patin dan ikan jelawat
akan membesar sebesar anak lembu
dan anak lembu akan berkaki lima
tak percaya tunggu dan lihat!
selangor dan pulau pinang telah haramkan loji nuklear
bila pula kelantan dan kedah nak haramkan?
tak kan pemuda PAS tak membaca
kalau malas membaca tengok tv
pun boelh faham - tak tahu bahasa
inggeris bahasa arab pun ada
kalau tidak tengok gambar pun
boleh faham....
kah kah kah
Mari Kita Ketawa....!!
SISTEM PILIHAN RAYA MALAYSIA BERWIBAWA :NAZRI- mstar
Sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan 12 pilihan raya umum sejak 1959, kata Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah oleh semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.
"Bagaimanapun ini tidak bermakna tiada ruang untuk melakukan reformasi dan transformasi dalam sistem sedia ada.
"Bahkan SPR sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dengan melakukan proses rekayasa menerusi usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusan operasinya demi untuk memperkasakan sistem pilihan raya sekaligus demokrasi Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Nota:
semenjak tahu 1959
semua rakyat telah
kena tipu kah kah kah
cuba cerita sikit kenapa tak nak pakai dakwat lepas mengundi?
cuba cerita sikit pasal undi pos?
tanya sikit pasal undi hantu?
Siapa Individu Itu...??
PAC PERAK TERIMA ADUAN MAKLUMAT BOCOR - mstar
Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Perak telah menerima aduan mengenai maklumat yang bocor berhubung tender di beberapa jabatan kerajaan negeri.
Pengerusi jawatankuasa itu, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, yang menyifatkan perkara itu serius, berkata ia memberikan kesan kepada kerajaan negeri.
Beliau memberitahu Bernama bahawa aduan yang diterima juga melibatkan seorang individu yang memiliki beberapa syarikat dan memperoleh tender melalui satu daripada syarikat itu.
"Kebocoran maklumat tender tidak akan berlaku sekiranya tiada kerjasama antara kontraktor dan kakitangan jabatan terbabit," kata Raja Ahmad Zainuddin sambil menjelaskan bahawa PAC akan menyiasat perkara itu.
Nota:
tunggu dan lihat
berita ini akan hilang bagitu saja
macam cerita norita dan lelaki X
kah kah kah
Subscribe to:
Posts (Atom)