Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 7, 2012

Melayu Terus Menerus Di Perbodohkan Sampai Mampusss....!!


KERAJAAN TIDAK BEKU HARTA PEMILIK NFC, URUSNIAGA MELUPUSKAN HARTA TERUS BERJALAN

Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1. Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2. Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3. Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan4. Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain. Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

Hartanah 1

Alamat:
B-00-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Jenis:
Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd
:RM1.5 juta

Hartanah 2

Alamat:
B-01-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Jenis:
Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd
:RM759,000

Hartanah 3

Alamat
:B-02-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Jenis:
Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd
:RM741,000

Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1. Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta
2. 2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta
3. Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta
4. 2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta
5. 8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

5 APRIL 2012

Anak Muda...Mahasiswa Dan Seluruh Rakyat Malaysia... Bersedialah Dari Sekarang....!!!


HANYA 1 DARIPADA 8 TUNTUTAN BERSIH DITUNAIKAN – Keadilandaily

KUALA LUMPUR 6 April — Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu kerana hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.

“Ini kerana dari lapan tuntutan hanya satu ditunaikan iaitu celup jari (dakwat kekal).

“Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut semalam.

Selain dakwat kekal, Bersih turut menuntut SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, memberikan akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima selama 21 hari, pemerkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara ketinggalan jauh dalam penambahbaikan sistem pilihan raya berbanding negara itu yang mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Bersih pada 4 April lalu mengumumkan himpunan ketiga bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka.

Himpunan itu akan bermula jam 2 petang dijangka berlangsung serentak di beberapa lokasi lain dalam Malaysia dan juga seluruh dunia.

Ia juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

NOTA:

sila buat semua persediaan
sila buat apa yang patut
minta cuti
tempah tiket bas
jumpa awek
tempah hotel

suami wajib ajak isteri datang
isterin wajib ajak suami datang
balak wajib ajak awek datang
awek wajib ajak balak datang

bersedia dari sekarang
sila ambil cuti
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapal terbang
sila kongsi kongsi naik kereta

bersih mahu 500 ribu
di dataran merdeka
pada sabtu 28 aprfil

ini demo ibu dari sega demo
ini demo sejarah
ini demo penentu

imni demo garis pemisah
sama ada kita akan terus ditipu
atau bangun melawan

anak anak muda
mahasiswa
pelajar
sila susun baris
untuk barisan hadapan

kita duduk
kita bantah!
kah kah kah...!!!

Pesanan Kepada Orang Muda....Jom Kita Ramai-Ramai Ke Dataran Merdeka....!!


RISALAH MENFITNAH SMM DISEBAR DI MASJID SHAH ALAM

Pada hari ini di Masjid Negeri Shah Alam telah disebar risalah-risalah fitnah kononnya SMM akan melakukan satu demonstrasi pada hari ini bagi menentang Kerajaan Negeri Selangor.

Tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan SMM mengagumi pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang mesra rakyat, telus, cekap dan beramanah. Tambahan lagi, kerajaan negeri Selangor adalah antara kerajaan negeri yang terawal menyahut seruan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dibawa oleh SMM dan isytihar bahawa Selangor negeri bebas AUKU.

SMM menafikan fitnah yang dilemparkan dan mengutuk tindakan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. SMM menolak politik fitnah dan politik samseng yang semakin menjadi-jadi dalam Negara.

SMM yakin bahawa fitnah ini dibuat oleh pihak yang merasa tergugat dengan gerakan mahasiswa dan demonstrasi 14 April ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 2 petang.

Walau apa fitnah dan tekanan ke atas SMM, demonstrasi 14 April ini tetap akan berjalan dan SMM komited untuk bersama BERSIH 3.0 pada 28 April ini.

Haziq Abdullah bin Abdul Aziz
Setiausaha SMM


NOTA:

Kepada anak anak muda
yang ketinggalan pada bersih 2.0
sila datang pada 28 april ini
kita sesama bikin sejarah

Kena ingat...hidup ini hanya sekali
Kah...Kah...Kah...!!!

Jangan Kena Tipu Lagi....Ayuh 500,000 Ke Dataran Merdeka.....!!!



Nota :

tidak ada yang kekal
yang kekal hanya mati

jadi turun pada 28 april ini
kita runtuhkan penipuan
kita runtuhkan pembohingan

hidup ini hanya sekali !

adalah diberitahu
bahawa himpunan hijkau
akan turun sama berdemo
pada 28 april ini

himpuan hijau akan bedrkumpul
di klcc dan kemudian mereka
akan berarak ke dataran merdeka

Hari-Hari Akhir Seekor Lembu.....!!


SHAHRIZAT TAMAT TUGAS SEBAGAI MENTERI ESOK - BH

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau akan membawa memori serta legasi indah ketika bersama 'keluarga besarnya' di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas menerajuinya sejak kira-kira 11 tahun lalu.

Menteri bertaraf senator itu juga melahirkan rasa sayunya untuk meninggalkan pegawai dan kakitangannya yang disifatkan rajin, berdedikasi dan sentiasa iltizam dalam melaksanakan tugas.

“Saya bertuah kerana bersama Ketua Setiausaha ( Dr Noorul Ainur Mohd Nor), pegawai dan kakitangan kementerian yang selama ini bertugas sebagai satu keluarga, bersama saya mengharungi suka dan duka.

Saya bertuah kerana bersama Ketua Setiausaha (Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nor), pegawai dan kakitangan kementerian yang selama ini bertugas sebagai satu keluarga, bersama saya mengharungi suka dan duka. Yang pasti, saya akan membawa bersama dalam hati dan jiwa saya, memori serta legasi yang indah ketika bersama mereka.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil “Yang pasti, saya akan membawa bersama dalam hati dan jiwa saya, memori serta legasi yang indah ketika bersama mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketua Wanita UMNO itu juga melahirkan rasa sayang dan menghargai perkhidmatan semua kakitangan kementerian itu.

“Bila mereka menyanyikan lagu Di Manakan Ku Cari Ganti tadi, saya rasa nak menitis air mata,” katanya.

Sebelum itu, Shahrizat yang bakal menamatkan tugasnya sebagai menteri esok mengadakan pertemuan terakhir dengan kakitangan kementerian.
Pertemuan itu dihadiri sekitar 300 kakitangan kementerian di Dewan Perdana Nur diadakan secara tertutup.

Nota :

Tahniah raja nong chik
tahniah Dato' kamilia
projek lembah pantai telah berjaya

kerusi lembah pantai pantai
kini dalam tangan raja nong chik

pengundi hantu
pengundi pos
mat indon
mat bangla
semua sudah bersedia
untuk menipu....Kah...Kah...Kah...!!

UMNO Pun Tahu Yang Mereka Akan Tumbang Dalam PRU 13 Nanti.....!!


Khir Toyo: Lagi tangguh PRU, lagi banyak perhimpunan BERSIH -MR

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo meramalkan tarikh pilihan raya umum ke-13 pada Jun 2012, meskipun perkembangan terbaru menyaksikan perhimpunan BERSIH 3.0 (bersama Himpunan Hijau 3.0) pada 28 April bakal memberi impak yang besar kepada UMNO-Barisan Nasional.

"Himpunan BERSIH ni, kalau you tangguh (PRU 13), lebih banyak lagi himpunan BERSIH yang ada. The more himpunan akan ada," kata Khir Toyo. Malah, Khir Toyo berkongsi bacaannya bagaimana perhimpunan BERSIH dijadikan strategi Pakatan Rakyat untuk mengerah sokongan massa.

"Pertama, mereka mengundang Ambiga (Sreenevasan) untuk memimpin BERSIH, untuk menarik sokongan golongan profesional. (Ambiga ialah) Bekas Presiden Majlis Peguam. Sekarang mereka guna A.Samad Said, untuk dapatkan sokongan cendekiawan. Phd, profesor semua hormat dia (A.Samad Said). Kalau pilihan raya lewat diadakan, dia akan adakan BERSIH 4. Akan diketuai pemimpin mahasiswa. Generasi muda," menurutnya.

Khir Toyo berkata sedemikian dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabatnya, semalam. Beliau mendakwa setakat ini segala-galanya berjalan dengan baik, misalnya Perdana Menteri Najib Razak membuat keputusan yang baik untuk mengawal harga minyak, jikalau dibandingkan dengan kekecohan yang disaksikan di Indonesia apabila harga minyak naik. Ketika ditanya bahawa banyak isu dan masalah yang belum selesai setakat ini, lantas beliau jawab, "Isu tak akan selesai."

Dulu Tak Berapa Nampak....Sekarang Dah Mula Nampak....!!


Apa di sebalik perjanjian Scorpene? - MK

Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.

Nota :

144 million rm masuk poket umno / nasjib melalui syarikat Terasasi (Hong Kong) Ltd... nampak dak ?? register syarikat di HK . belakang duit itu channel masuk tanpa di periksa ... Bank negara pun tak siasat . kua kua kua
- Dalam malaysia rakyat bangkit hentam umno
- Di luar negara kerajaan French hentam presiden umno
Tahniah umno akan popular di dunia , sejaraah dunia akan mencatatkan sejarah yang membanggakan rakyat malaysia . kua kua kua

Badok Sumbu Boleh Beli...Rakyat Nok Belajor Duit Dok Bagi.....!!


KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said dicabar menyatakan pendidiriannya samada beliau dan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu menjaga kebajikan rakyat atau pun mahu menjaga ‘binatang’.

Cabaran tersebut dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad berikutan Ahmad yang didakwa berbelanja besar membina dan menguruskan Zoo Bukit Takal.

“…perbelanjaan nak beli bintang-binatang ni belaka, hampir RM10 juta, (hanya) nak beli ‘natang’ ni saja, dalam keadaan rakyat lapar, rakyat miskin, nelayan, petani, tukang kayuh beca, (susah) nak cari RM1, kita berbelanja nak beli binatang saja RM10 juta,

“maka malam ni saya cabar kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said, mu nak jaga rakyat, ke nak jaga binatang? Mu nak jaga rakyat Terengganu ke nak jaga natang hok ada kat zoo bukit takal?,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai dekat sini pada Khamis 5 April.

Sebelum itu, beliau mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman, pembinaan Zoo tersebut dilaporkan mencecah RM100 juta.

“Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,

“tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,”jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu belanja hampir RM100 juta buat Zoo.

Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.

“harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.

“Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,”katanya.

Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh T,balan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun.

Mari Kite Pakat Serbu Pejabat MB Teranung Pada 24 April Ini....!!!


KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Penyerahan Memorandum Isu Tanah negeri Terengganu pada 24 April di hadapan Wisma Darul Iman, di sini.

Pengerusinya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata ia merupakan jalan yang terakhir yang terpaksa diambil setelah perlbagai kaedah yang diambil sebelum ini gagal menyelesaikan masalah tersebut.

“Isu-isu rampasan tanah rakyat yang membabitkan pembinaan kolam udang dan jelapang padi di Setiu, kes rampasan tanah Kampung Banggol Donas, rampasan tanah generasi kedua Felda di Ketengah Jaya dan tanah Sekolah rendah Islam Darul Bayan yang dirampas 5 JKKK,

“pelbagai kaedah telah diambil termasuk perbincangan, perundingan, usaha menyerahkan memorandum telah gagal,”katanya dalam sidang media tergempar yang diadakan di pejabat BPPNT Jalan Sultan Omar, tengahari Khamis 5 April.

Beliau turut memaklumkan satu demonstrasi menyokong gerakan mahasiswa berkaitan kes penamatan pinjaman 9 pelajar Mesir akan di adakan dihadapan Yayasan Terengganu (YT) sekiranya keputusan Lembaga Pengarah YT tidak berganjak .

Ustaz Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan PAS Terengganu menyokong sepenuhnya Himpunan Aman BERSIH 3.0 yang akan diadakan di dataran Meredaka pada 28 April.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah PegarahJabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah.

Mari Kita Kuningkan Dataran Merdeka....!!


500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
500 ribu adalah target kita ke dataran merdeka

SEMUA DI JEMPUT KE DATARAN MERDEKA
sila buat persediaan awal
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempat tiket kapal terbang
sila ambil cuti
sila buat apa yang perlu dibuat

rancang beramai ramai
untuk turun ke kuala lumpur
kongsi kongsi sewa bas
kongsi kongsi sewa kereta
sila tempat hotel
sila carai tempat penginapan
saudara mara di kuala lumpur
sila sediakan banyak toto

ANAK ANAK MUDA
sila ambil flyer ini
sila ambil butang ini
sila gunakan design ini
sila sebarkan ke seluruh dunia

sila gunakan internet
untuk menjemput turun
seramai yang mungkin

KUNINGKAN DUNIA SIBER

dalam masa satu minggu
butang bersih 3.0 wajib
menjadi terulung di dunia

dalam masa satu minggu facebook bersih
wajib melonjak berjuta juta

KENAPA KITA TURUN DUDUK BANTAH

kerana spr menipu
kerana pilihanraya yang akan datang menipu
maka kita tak mahu kena tipu
maka kita datang untuk membantah
kiat duduk dan bantah

BUKTI PENIPUAN
terlalu banyak
malas nak cakap
masa bercakap dah habis
masa melakukan sesuatu telah sampai

berbuih buih mulut menerangkan
ada undi hantu
ada undi pos
ada undi mat bangla
ada undi mat indon
ada penduduk tetap dapat kad pengenalan biru
ada pendatang haram jadi warga negara
ada satu alamat 100 orang tinggal
beratus ribu nama hilang
kawasan mengundi di alih
sempadan kawasan mengundi di ubah

semua ini rancangan untuk menipu
semua ini rancangan jahat
untuk menamatkan kerja jahat ini
kita turun ke dataran merdeka 28 april ini