Sep 6, 2011
Apa Cerr....??
'Mat Indera murid bapa Muhyiddin'-MK
Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat , pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.
"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah semalam.
Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.
Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.
"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.
Dibuang daerah, diseksa British
Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".
Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:
- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
- Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
- Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
- Mat Indera tidak pernah berkahwin.
Nota :
Najib : Nampaknya kite berjaya alehkan perhatian rakyat!
SPR : betul tu dato'.mmg bijak.buat masa ni kami SPR senang nak daftarkan indon2 kawan2 mismah nih!
Dato Azeez : Dato Jib! I taw rakyat kita ramai yg susah.tapi kalau I tolong rakyat sendiri.tak glamor lah I nanti.of coz la I pergi Somalia.tambahlah glamor tu kami kena serang! nasib baik I sempat elak.bertambahhhh lah glamor I dato sri!
PGU - 3 : 14 & 15 Oktober Ini....!!
KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan meruskan Program Mega Berprestij 'Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) Kali Ke-3' yang ditangguhkan sejak Mei lalu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian pada Majlis Ijtima' Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantau di Kuala Ibai, pada 1 September lalu.
Sehubungan itu, Setiausaha Panitia Induk PGU Kali Ke-3, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengesahkan tarikh program tersebut adalah pada 14 dan 15 Oktober depan.
Kalau Nak Menipu Pun...Agak-Agak Laa...!!
PERHATIKAN GAMBAR INI DAN SILA BERI JAWAPAN
sila perhatikan gambar ini
perhatikan betul betul
perhatikan rapi rapi
nampak?
apa masaalah gambar ini?
siapa tahu sila hantar jawaban
pemenang pertama akan dapat bermalam dibukit frazer
pemenang kedua akan dapat bermalam di bukit melawati
pemenang ketiga akan dapat bermalam di bukit gasing
yang tak menang akan bermalam dibukit kayu itam
kah kah kah
nota:
lepas tengok gambar ini
tapi masih lagi tak faham
sila hantuk kan kepala ke lutut sendiri
kah kah kah
Lagi Kisah Tentang Mat Indera...!!
lihat gambar ini..nasionalis pejuang bangsa sedang di kawal oleh mata mata upahan british
MAT INDERA DAPAT TAULIAH AGAMA DARI KERAJAAN JOHOR - HD
Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik
"Umno dan penjajah yang tuduh Mat Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.
Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.
Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.
Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.
Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.
Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.
Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.
Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.
Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawab bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.
Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.
Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.
"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.
"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.
Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.
Berani Kerana Benar...!!
PERMOHONAN MAAF KOMPAS BELUM SELESAI – HD
Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa.
Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu.
Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas.
Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan “mafia Rusia”.
NOTA:
laporan kompas minta maaf ini
hanya keluar di media malaysia
punca berita ini ialah tiewnama
kompas belum ada lagi membuat
kenyataan minta maaf
macam macam cara dilakukan untuk
menipu orang melayau kah kah kah
Siapa Pengkhianat Yang Sebenar...??
betul kah tunku abdulrahman seorang nasionalis?
kalau tunku pejuang kemerdekaan
kalau tungku pembawa kebebasan
kakau tungku negarawan ulung
kalau tungku bapa kemerdekaan
kenapa
bila tungku mati
sekolah tak cuti?
kenapa bila tungku mati
tak ada cuti umum
masa tungku mati
mahathir muhamad yang menjadi pm
mahathir presiden united malay national organisation
tungku juga dulu presiden united malay national organisation
kenapa tak beri penghormatan kalau betul betul tungku ini
berjuang untuk kemerdekaan
pastilah rakyat bersedih dan berkabung
ini president parti yang pernah dipimpin oleh tungku
pun tak hormat pada tungku
kalau presiden parti tungku tak hormat pada tungku
jangan harap orang lain ambil peduli
Jangan Kita Jadi Bangang....!!
BUKIT KEPONG: SERANGAN TERHADAP BRITISH – HD
Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, serangan kira-kira jam 5.00 pagi pada tanggal 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN.
Ianya termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi talibarut British.
"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.
"Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.
Bercakap kepada Harakahdaily beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman dijajah British itu sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicop golongan berhaluan kiri atau komunis.
Manakala golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British.
"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British.
"Penentang yang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicop kiri atau komunis." jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu yang diputarbelitkan oleh media perdana khususnya akhbar Umno, Utusan Malaysia sehingga menjadi kontroversi
Nota :
JANGAN JADI BANGANG MACAM UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION ( UMNO)
1 - british memberuikan kuasa kepada united malay natiopnal organisation
pada 31 - ogos 1957
2 - rumah pasong bukit kepong diserang pada 23 februari 1950
3 - mata- mata dapat 'diraja' pada tahun 1958
4 - jadi polis diraja persekutuan pada tahun 1963
5 - ketika rumah pasong bukit kepong diserang ketua polis bernama
SIR ARTHUE E.YOUNG - ini bukan nama melayu
jangan jadi bangang
mana ada sangkut paut pdrm
mana ada sankut paut dengan diraja
janganlah bodioh kan orang melayu
orang melayu dah ramai bodoh
ini kita sama bodohkan lagi
cerahkan pemikiran orang melayu
jagan di bonsaikan fikrah melayu
jadikan melayui bijak berfikir
bila melayu bijak berfikir
melayu akan tendang BN
kah kah kah
Dengar Dulu Apa Yang Abang Mat Nak Cakap...!!
KENYATAAN RESMI TIMBALAN PRESIDEN PAS
1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.
2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al- Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama’ dan cendekiawan Islam.
3. Saya pernah ditahan sebanyak 2 kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.
4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.
5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).
6. Tuntutan Bersih 2.0, 8 perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada ‘di kandang orang salah’ menurut pandangan rakyat.
7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.
8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.
9. Kebebasan media ( cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.
MUHAMMAD SABU
Timbalan Presiden PAS
2hb September 2011
Kenyataan Rasmi...!!
TELITI KONTEKS UCAPAN MUHAMMAD SABU DAHULU
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA HARUS SERTAI PARTI POLITIK
PSM berpendirian bahawa apa yang tertulis dalam Utusan Malaysia bukanlah isu sebenar dan konteks sebenar apa yang telah diceramahkan oleh Muhammad Sabu – Timbalan Presiden PAS mengenai isu Bukit kepong dan Kemerdekaan Tanah Melayu..
PSM berpendirian sebegini kerana semasa penahanan Ahli PSM pada bulan Julai lalu dan kemudiannya penahanan mereka dibawah EO, Utusan Malaysia dan PDRM juga membuat pelbagai tohmahan dan cerita palsu seperti ada senjata dalam bas, PSM mahu mencetuskan perang keatas yang Dipertuan Agung, mahu menghidupkan PKM, ada agen luar negara dan sebagainya. Ajaran yang PSM belajar adalah Utusan Malaysia kebal bercakap bohong dan tidak ada apa yang boleh dilakukan. Begitu juga ada ahli PERKASA dan orang UMNO seperti Ezam yang boleh membuat ugutan berunsur jenayah tetapi mereka kebal dan tiada tindakan diambil terhadap mereka.
Justeru itu, PSM berharap konteks apa yang Muhamamd Sabu katakan sebenarnya harus diteliti. Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kacamata UMNO yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan. Terdapat juga banyak buku sejarah yang telah dikarang mengenai versi ini oleh sejarahwan. Pejuang-pejuang kiri seperti Boestaman, Samsiah Fakeh, Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain pejuang kemerdekaan tidak diberi ruang secukupnya dalam sejarah yang dikarang dan diterbit oleh UMNO.
PSM juga sedih apabila Timbalan Ketua Polis negara begitu terburu-buru mengeluarkan kenyataan meminta Muhamamd Sabu membaca buku sejarah. Sebagai seorang Pegawai Polis beliau sepatutnya menyiasat samada kenyataan Muhammad Sabu mempunyai unsur jenayah atau tidak. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti seorang Ahli UMNO atau ahli politik. Jika beliau ingin menyertai politik, bersaralah dan masuklah gelanggang politik.
PSM berharap pihak polis yang neutral atau badan bebas seperti SUHAKAM menyiasat kenyataan Muhamamd Sabu.
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
29 Ogos 2011
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA HARUS SERTAI PARTI POLITIK
PSM berpendirian bahawa apa yang tertulis dalam Utusan Malaysia bukanlah isu sebenar dan konteks sebenar apa yang telah diceramahkan oleh Muhammad Sabu – Timbalan Presiden PAS mengenai isu Bukit kepong dan Kemerdekaan Tanah Melayu..
PSM berpendirian sebegini kerana semasa penahanan Ahli PSM pada bulan Julai lalu dan kemudiannya penahanan mereka dibawah EO, Utusan Malaysia dan PDRM juga membuat pelbagai tohmahan dan cerita palsu seperti ada senjata dalam bas, PSM mahu mencetuskan perang keatas yang Dipertuan Agung, mahu menghidupkan PKM, ada agen luar negara dan sebagainya. Ajaran yang PSM belajar adalah Utusan Malaysia kebal bercakap bohong dan tidak ada apa yang boleh dilakukan. Begitu juga ada ahli PERKASA dan orang UMNO seperti Ezam yang boleh membuat ugutan berunsur jenayah tetapi mereka kebal dan tiada tindakan diambil terhadap mereka.
Justeru itu, PSM berharap konteks apa yang Muhamamd Sabu katakan sebenarnya harus diteliti. Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kacamata UMNO yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan. Terdapat juga banyak buku sejarah yang telah dikarang mengenai versi ini oleh sejarahwan. Pejuang-pejuang kiri seperti Boestaman, Samsiah Fakeh, Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain pejuang kemerdekaan tidak diberi ruang secukupnya dalam sejarah yang dikarang dan diterbit oleh UMNO.
PSM juga sedih apabila Timbalan Ketua Polis negara begitu terburu-buru mengeluarkan kenyataan meminta Muhamamd Sabu membaca buku sejarah. Sebagai seorang Pegawai Polis beliau sepatutnya menyiasat samada kenyataan Muhammad Sabu mempunyai unsur jenayah atau tidak. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti seorang Ahli UMNO atau ahli politik. Jika beliau ingin menyertai politik, bersaralah dan masuklah gelanggang politik.
PSM berharap pihak polis yang neutral atau badan bebas seperti SUHAKAM menyiasat kenyataan Muhamamd Sabu.
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
29 Ogos 2011
Tak Habis-Habis Nak Menipu...!!
DARI FACEBOOK ZUNAR
Jika Noramfaizul memakai vest kalis peluru sekalipun, tak dapat selamatkan nyawa beliau, kata Dr Mahathir, Dr Alwi dan doktor2 pengampu lainnya.
Kalau ikut lojik mereka, tak perlu pakai helmet bila bawa mator sebab pakai helmet pun jika accident pun mati juga. Berhentilah menegak benang basah.
Umno mesti bertanggung jawab atas kecuaian menyebabkan kematian Noramfaizul dan minta maaf secara terbuka kepada keluarga beliau!
NOTA:
baju kalis peluru
hanya boleh digunakan dalam semejid saja
sebab takut kalau malaikat tersalah tembak
kah kah kah
Subscribe to:
Posts (Atom)