Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 13, 2010

Pejuang Agama Adalah Pejuang Bangsa Yang Sebenar....!!!

En. Ibrahim Ali ( Gambar ) Tokoh Pejuang Bangsa Sedang Berdemo marahkan Chin Peng..

Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.

Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'.

Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan.

Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'.

Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya.

Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam. Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama.

Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini.

Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan pertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam.

Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap UMNO mahupun PERKASA. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Ianya keutamaan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai secara konsensus.

Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana “Melayu itu miskin dan saya Melayu” kata mereka. “Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu”' sambung mereka lagi. Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan.

Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya.

Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Ahli Parlimen PAS Shah Alam

Bulu "Mek Hawa" Memang Sama Dengan Bulu Mat Said....!!!


HULU TERENGGANU - Hampir 100 orang ahli Persatuan Pengusaha Bot Pelancong Tasek Kenyir (KELABA) melahirkan rasa bimbang terhadap 'pencabulan' dan kemusnahan alam sekitar akibat kerja-kerja pembalakan di Tasek Kenyir.

Tinjauan mendapati kerja-kerja pembalakan air di sekitar Gua Bewah, Tasek Kenyir yang terletak di Taman Negara sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor pembalakan terbabit.

Difahamkan, lesen pembalakan berkenaan, dikeluarkan kepada Syarikat Wargasuria Holdings Sdn. Bhd seluas 3,000 ekar pada 12 Februari 2009 tahun lalu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda.

Sekiranya aktiviti pembalakan 'dalam air' itu diteruskan, menurut jurucakap KELABA, ia akan memusnahkan 'sanktuari' habitat pembiakan semulajadi ikan di tasek berkenaan.

Aduan serta bantahan pernah diajukan kepada pihak berkuasa dan kerajaan negeri tetapi tidak mendapat ‘respon’ malah pihak kontraktor berkenaan semakin ‘berani’.

Jurucakap KELABA memberitahu, kerja-kerja pembalakan yang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut hanya dihentikan sementara pada bulan Ramadan lalu dan kini ia disambung semula.

Pihak kontraktor ‘ali baba’ yang mendapat projek pembalakan berkenaan pernah ‘merayu’ kepada pihak persatuan agar membenarkan kerja-kerja pembalakan diteruskan.

“Taukeh (kontraktor) Cina ada datang jumpa kami dengan ahli Persatuan KELABA untuk runding supaya dia (syarikat) boleh teruskan pembalakan di Tasek Kenyir itu.

“Kami (persatuan) semua tidak setuju walau pun ada usaha pihak syarikat itu hendak ‘beli’ (rasuah) kami.

“Saya diberitahu oleh pihak ‘taukeh’ Cina (kontraktor) itu yang syarikatnya telah ‘habis’ (belanja) sebanyak RM1 juta untuk dapatkan kawasan pembalakan itu,” jelasnya.

Beliau turut mempersoalkan kepada siapa wang RM1 juta itu dibayar oleh pihak kontraktor Cina untuk mendapatkan kawasan balak berkenaan.

Buletinonline juga dimaklumkan, terdapat beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak sehaluan dengan kepimpinan MB Dato’ Seri Ahmad Said telah melahirkan rasa ‘marah’ dan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri.

Sumber tersebut memaklumkan, Adun berkenaan yang pernah menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kepimpinan mantan MB, Dato’ Seri Idris Jusoh juga ‘marahkan’ Ahmad Said.

Persoalannya, siapakah pemilik Syarikat Wargasuria Holdings Sdn. Bhd?, Ini kerana, pemilik syarikat berkenaan dikatakan kroni rapat dengan ‘Mat Said’ (Menteri Besar) Terengganu.

Dikatakan juga banyak projek-projek kerajaan negeri diperolehi oleh pemilik syarikat berkenaan yang masih mempunyai beberapa buah nama syarikat lain.

Seorang ahli KELABA yang juga enggan disebut namanya terkilan dan dukacita kerana beberapa agensi media yang ditemui untuk mengadu tidak ‘berani’ menyiarkan laporan ini kerana ada kaitan dengan kepentingan orang politik tertentu.

“Saya harap dan merayu sangat supaya pihak awak dapat siarkan masalah yang dihadapi oleh kami (persatuan).

“Ini bukan sahaja kami (persatuan) yang tidak puas hati tetapi para pelancong yang dibawa ke Taman Negara ini bimbang dengan pencemaran alam sekitar,” ujarnya.

Beliau mendakwa banyak ikan-ikan mati serta khazanah hutan semulajadi rosak akibat dari pembalakan yang dilesenkan tidak kena pada tempatnya oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, kerosakan alam sekitar itu sekaligus memusnahkan keindahan semulajadi pemandangan di Tasek Kenyir dan Taman Negara ini.

Wargasuria Holding Sdn Bhd adalah syarikat milik Maat bin Ismail, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Dungun.

Maat adalah suami kepada Mek Hawa Binti Abdul Rahman, yang turut mendapat anugerah tender membekalkan pakaian sekolah daripada kerajaan negeri Terengganu.

Nota :

Pantun 4 kerat Sepang Kederang....

Mek Hawa hanya berak hari Jumaat
Sambil mandi tangan dok gonyoh jubur taik
Walaupun Mek Hawa adalah bini muda En. Maat
Tapi bulu mek Hawa sama dengan bulu Mat Said

Kah...Kah...Kah....!!!!

UMNO/BN Tahu Ajal Mereka Dah Sampai....!!!


KAJI SEMULA PEMBAHAGIAN KERUSI PILIHAN RAYA BN : PEMUDA UMNO - MStar

Pergerakan Pemuda Umno mahu Barisan Nasional (BN) mengkaji semula formula pembahagian kerusi sekiranya mahu mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, formula pembahagian kerusi tersebut perlu dilihat kepada aspek kekuatan parti masing-masing kerana landskap politik negara sudah berubah.

“Kita perlu melihat dengan jujur dan ikhlas dalam soal kekuatan parti masing-masing dalam BN. Sekiranya perkara itu menuntut formula yang baru, biarlah kita ada keterbukaan untuk membincangkan isu ini.

“Saya rasa kita tidak perlu terikat dengan formula yang lama kerana persekitaraan politik sudah berubah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini pada Selasa malam.

Bagaimanapun Khiary menegaskan bahawa formula tersebut tidak bermakna ada parti komponen yang akan mendapat kerusi yang lebih dan ada yang mendapat kerusi yang sedikit.

“Formula itu mungkin menyebabkan, kita perlu mengubah cara kita mengagihkan kerusi. Saya tidak kata parti mana yang dapat kurang, parti mana yang dapat lebih,” katanya.
--------------------------------------------------------------------
Woittt..... SYABAS...!! INI PANDANGAN YANG TERBAIK.....

Kah...Kah...MEMANG LAH KOUTA MELAYU 60 % DALAM NEGARA INI......

Kah...Kah....SATU UNTUK KEPALA BUTUH UMNO....SATU UNTUK KEPALA BUTUH MIC.....

Kah....Kah...SATU UNTUK KEPALA BAPAK UMNO....SATU UNTUK KEPALA BAPAK MCA....

Kah....Kah...AIMAN TAK KISAH....TERENGGANU KALAH BN....PAHANG MENANG PR....SEMENANJUNG MENANG PR....SABAH SARAWAK KALAH BN....

Mari Kita Bertafakur Seminit.......!!!!

Harimau mati..Tinggalkan belang...Katok Mati...Terus jadi Kering...!!!

SULTAN KELANTAN LUCUTKAN GELARAN DATUK IBRAHIM ALI – MK

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakin imengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Nota :



Ambo rasa sedih sungguh....
Ambo raso pilu...retok hati ambo...
Apo saloh ambo...acu royat gak.....
Malu sungguh ambo raso....
Metang-metang lah ambo no spik english...

Jadi biarlah ambo bowok diri...
Biarlah ambo pergi jauh...
Biarlah ambo membawa hati ambo yang remuk ini....
Ambo tok sir kelik doh...ambo nok bowok cik ambo pergi jauh...huk...huuuuk....!!!
Selamat tinggal ku....
Kah...Kah....Kah....

1 Malaysia Kena " Taek"....!!!!

"Taek" Sedang Berseronok Dengan Paris Hilton.....

Projek pangkalan udara Sg Besi dimeterai tanpa LOI -MK

Kongsi 0Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.

Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.

Bagaimanapun, tidak ada surat menyatakan hasrat atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.

Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).

Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.

"Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI," kata Chua.

Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.

"Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka,” kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.

Nota :

Ini semua projek kroni....
Lepas satu-satu habis di gadai....
Tanah keretapi di singapura juga telah di gadai...
Lapangan terbang sungai besi pun turut di gadai....
Yang untung..bukan rakyat..tapi "Taek" dan kuncu-kuncunya...
Siapa yang kaya...??? Yang kaya adalah "Taek".....
Pergi mampuslah UMNO....

Baik Diam...Kalau Bercakap Confirm " Bangang"....!!!!

Kalau Bulu macam ni..Tak pasti pulak...samada sokong Mat Said atau Derih Jusoh...

Wakil rakyat 'tidak sebulu' tutup mulut -MK

Kongsi 0Wakil rakyat yang dikatakan "tidak sebulu" dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, mengambil sikap berdiam diri menjelang konvensyen Umno negeri Jumaat ini bagi memulihkan 'kemelut' dalam parti dan pentadbiran negeri.

"Lebih baik saya mengambil sikap berdiam diri. Saya tidak mahu Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) kata, saya sengaja mencipta cerita. Kita tengoklah apa yang akan dilontarkan daripada perwakilan (peserta) yang dilantik," kata ADUN Alur Limbat Alias Abdullah.

"Bagi orang yang bercakap tidak jujur, mungkin dia kata semuanya baik. Bagi orang yang bercakap jujur, ia (konvensyen) ini sebagai satu refleksi, cerminan diri dengan melihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk sebagai usaha bagi menarik hati rakyat bahawa tiada parti yang baik selain BN," tambahnya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alias adalah antara wakil rakyat BN Terengganu yang dilaporkan tidak sebulu dengan Ahmad Said.

Nota :

Kerja pemimpin UMNo hanyalah dok periksa bulu ahlinya...
Adakah bulu ahlinya sama dengan mereka...
Kalau ada yang tak sama bulu...maka nahaslah kamu....
Biarlah rakyat nak jadi apa pun..nak mampus ke..atau nak hidup ke...
Yang paling penting bulu mesti sama....
Kah...Kah....Kah.....!!!!

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia....!!!!


Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM -MK

Kongsi 0Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu dilihat masih belum meredakan krisis kepimpinan parti itu. Ia berikutan beberapa bahagian yang tidak berpuas hati, mengugut untuk menyertai parti lawan.

Menurut bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, parti yang baru ditubuhkannya, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah didatangi oleh beberapa ahli Gerakan yang bercadang membubarkan bahagian mereka kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM berkenaan.

EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak.

Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.

Huan yang sekarang ini adalah naib presiden PCM berkata beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan juga telah menyatakan minat mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat atau PCM.

Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP.

"Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak,” Kata Huan.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Kebun Sireh, Sim Chooi Kung mengesahkan anggota bahagiannya bercadang meninggalkan Gerakan kerana tidak berpuas hati Teng kekal ketua parti itu meskipun mereka mengundi menentangnya.

Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu.

“Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi,” katanya.

Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan.

"Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi,” kata Lee.

Sementara itu, Teng berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung desas desus ada bahagian yang mahu meninggalkan Gerakan berikutan EGM berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya.

Nota :

Berita ini hendaklah di sambut dengan gembira oleh PR....
Ini semua adalah kerja Allah....
Siapa sangka akan jadi macam ni...
Hanya Allah saja yang dapat memalingkan hati-hati manusia...
Kemenangan yang bakal di capai boleh datang dengan berbagai cara....
Ini perpecahan kaum cina...belum lagi kaum India....
Walaubagaimanapun...Kita kenalah Tungguuuuu.....!!!!