Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 12, 2010

Antara Realiti Dan Fantasi....!!!


Kenapa Hanya 14 wanita Pertama Sertai Sidang ? - HD

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

Nota :

Hidup Kita hendaklah sentiasa berpijak di bumi nyata....
Kita juga kena tahu makna di antara realiti dan fantasi....
Kita juga kena pandai bezakan antara perasaan dan perasan....
Kita juga kena pandai pilih samada nak yang gila ataupun yang waras....
Kah...Kah...Kah....!!!!

BN Bukan Sunat...Tapi Wajib Di Kalahkan Dalam PRU 13...!!!!


Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya" jerangkap samar" yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.

Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

UMNO Memang Dah Jahat....JKKK Lagi Jahat...!!!

Pengerusi JKKK Di Dakwa Palsukan Dokumen - BO

KUALA TERENGGANU - Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wakaf Mempelam, di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengemukakan dokumen tuntutan palsu majlis berbuka puasa di empat buah surau lima tahun lalu.

Abdullah Muda, 56, didakwa menyerahkan dokumen palsu mengenai pembekalan makanan dan minuman tersebut kepada Pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Wan Norizah Muda, pada 24 Oktober 2005 di pejabatnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Syafinas Shabudin.- Bernama

Nota :

Sebab itu orang kampung panggil JKKK dengan gelaran " Jin Kafir kacau Kampung"...
Kalau agihkan bantuan..anak beranak JKKK memang kenyang...
kalau agih duit ehsan...tiada yang tertinggal...semua kaum kerabat akan dapat...
Sebab itu Mat Said pernah kata...UMNO memang dah jahat...Tapi JKKK lagi Jahat...
Kah...Kah....Kah....!!!!

Melayu Mesti Berubah Supaya Tidak Terus Lemah...!!!


Sudah tiba masanya orang-orang Melayu berubah dan mengalihkan sokongan mereka daripada menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada menyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Umno dan BN yang telah memerintah negara ini selama 53 tahun, sebenarnya telah ‘melekakan’ dan melemahkan orang-orang Melayu.

Mereka (Umno dan BN) melekakan orang Melayu dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan hanya meletakkan agama Islam sebagai perkara sampingan, sedangkan Islam adalah asas kekuatan orang Melayu sebenarnya.

Perjuangan mendahulukan bangsa Melayu terbukti kini menjadikan orang-orang Melayu semakin ‘terhakis’.

Antara tindakan Umno dan BN melemahkan orang Melayu adalah dengan menghapuskan tulisan jawi dikalangan orang-orang Melayu.

Tulisan jawi merupakan tulisan bahasa Melayu yang gagal dihapuskan oleh penjajah walaupun mereka menjajah beratus tahun lamanya.

Tetapi, tulisan jawi berjaya ‘dibuang’ oleh pemerintahan Umno dan BN selepas negara mencapai kemerdekaan dari penjajah.

Tulisan jawi yang menggunakan huruf-huruf al-Quran tidak berjaya dihapuskan oleh orang-orang Inggeris, tetapi berjaya dihapuskan oleh pemimpin Umno dan BN.

Ia bermakna pemimpin Umno dan BN meneruskan kerja-kerja orang Inggeris, menghapuskan tulisan jawi dan melemahkan agama Islam.

PAS memimpin Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Muafakat ketiga-tiga parti ini untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia kepada satu pemerintahan yang adil.

PAS, DAP dan PKR telah bersepakat menerima beberapa dasar yang berkait dengan agama, bahasa dan hak keistimewaan orang Melayu bumiputera.

DAP telah menerima Islam sebagai Agama Persekutuan, menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hakikat perlunya Hak Keistimewaan Orang Melayu Bumiputera.

DAP menerima dasar-dasar tersebut kerana sedar dan faham bahawa Melayu merupakan teras politik Malaysia.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju dan menandatangani perkara tersebut dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Shah Alam pada 19 Disember, 2009.

Pemerintahan Umno dan BN selama 53 tahun lalu turut merosakkan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Kilang-kilang arak dan tempat-tempat judi tidak dibuka dan diadakan sewaktu Inggeris menjajah dan menguasai tanah air.

Kilang-kilang arak dan pusat-pusat perjudian telah dibuka setelah merdeka apabila Umno dan BN menjadi kerajaan.

Tidak berbaloi kepada orang-orang Melayu terus memberikan sokongan kepada parti Umno dan BN sedangkan mereka sedang dan terus menjahanamkam Islam dan menghapuskan orang Melayu itu sendiri.

Tidak padan, apabila orang-orang Melayu dapat upah RM 50, walaupun RM1000 apabila mengundi Umno dan BN dalam pilihanraya, sedangkan Umno dan BN merosakkan aqidah orang-orang Islam dan membunuh bangsa Melayu.

Dato’ Seri Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Bin Hj. Awang
Presiden PAS

FELDA Maju Pun Kerana Titik Peluh Peneroka....!!!


TANAM SEMULA : AHMAD GURIS PERASAAN PENEROKA – HD

Ahmad Maslan diminta menghentikan segera pembohongan dan dolak dalik berhubung isu Felda khususnya wang tanam semula kepada peneroka persendirian.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.

Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang.

Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah.

"Saya gesa beliau menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,00 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera.
"Jika tidak, laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara," kata Mazlan pada sidang media di parlimen hari ini.
-----------------------------------------------------------------
Woitttt.....SIAPA TAHU PADA SABTU AHAD DULU MALAON INI TIDOO DI MANA...?
Kah...Kah...MALAON INI JANJI TIAP HUJUNG MINGGU AKAN MENGINAP DI RUMAH PENEROKA..

Kah...Kah...KALAU KES TIDOO PUN MALAON INI NAK TIPU.....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....DALAM KES DUIT....LAGI KUAT TIPU NYA.....KAH...KAH...

PERKASA = Perkakas UMNO....!!!


Isu Umno dan PERKASA semakin dihangatkan. PERKASA sendiri pada hakikatnya adalah benih ultra Melayu yang lahir dari Umno. Untuk Umno menafikan bahawa PERKASA adalah anak hasil hubungan terlarang mereka adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Namun Umno terpaksa menafikan PERKASA adalah benih mereka kerana hubungan cinta dengan MCA dan MIC akan terjejas dengan perangai PERKASA. Cemburu PERKASA terlalu tinggi buat bangsa selain melayu.

Umno dalam masa yang sama masih ada cinta kepada PERKASA kerana PERKASA adalah anak hasil hubungan cinta berkurun Umno dengan kekasih awalnya….melayu. Najib yang nampaknya bernafsu pelbagai bangsa (mungkin termasuk antarabangsa dan antara benua) seakan lari dari PERKASA walaupun kalau DNA dibuat memang jelas PERKASA adalah anak Umno. Membunuh dan meletupkan PERKASA dari dunia adalah sesuatu yang hampir mustahil bagi Najib.

PERKASA sangat perlu untuk Umno terutama di negeri melayu dan di kawasan Melayu khususnya di kampung tradisi dan rancangan tanah berkelompok yang selama ini menjadi nadi yang masih berdenyut untuk umNO. Namun kehadiran PERKASA di persada Negara dicurigai oleh bangsa lain yang sedang ditagih oleh Najib. Wajah sesumpah yang dimainkan umNO selama ini tak mampu ditutup lagi kerana perkembangan pesat teknologi maklumat yang berjaya menerobos pelusuk kampong dan tanah rancangan. Maka sikap terbaik ialah Najib mengelak diri dari membicarakan soal kekasih gelapnya dalam umNO ini.

Nota :

"Kenyataan Tg Adnan SUA UMNO terhadap PERKASA merupakan satu kenyataan yang memanaskan punggung Brahim Ali. Kenyatan itu menyebabkan perbalahan terbuka antara dua pertubuhan ini terus bersambut. Ia mungkin satu lakonan dua puak ini namun ia turut membingungkan akar umbi melayu. umNo sebenarnya sedang mencari identity dan jati diri sebenar mereka"...

"Pemimpin umNo dilihat keliru sama ada menyokong atau menentang PERKASA. Ada yang suka, ada yang marah dan benci. Yang marah kerana PERKASA dilihat menentang aspirasi dan slogan Najib satu Malaysia"..

Senatak + Sesumpah = SENUMPAH....!!!


Rahimi: Tanyalah Anwar siapa masukkan saya ?- MK

Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.

"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.

"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.

Rahimi (kanan) dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

Mustaffa juga mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang, sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rahimi juga menjelaskan beliau langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan yang mengatakan beliau seorang sahaja beriya-iya mempertahankan Najib dan Rosmah sedangkan kedua-dua mereka cuma berdiam diri.

"Saya bukannya beriya-iya untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.

Nota :

Ini adalah spesis sesumpah yang jarang di temui....
Spesis sesumpah yang pelik kerana di percayai hasil campuran....
Diantaran Senatak dan Sesumpah Biasa....
Para pengkaji telah menamakan binatang ini sebagai SENUMPAH....
Harganya taklah berapa mahal di pasaran....
Kalau terjumpa di mana-mana...baik bunuh saja...
Kah...Kah....Kah....!!!

Petang-Petang Wak Krepok Getel....Kita Tengok Penyu Teloor...!!!

Ini jugok barang pelik...Carilah di seluruh dunia bas macam ni...grenti tak dok punye dan hanya ada di Tranung je...Orang Tranung panggil Bas Keranda atau Keranda Bergerak...Kah...Kah...Kah....!!!

Pelajar Sekolah Agama Kuala Terengganu diserang histeria

KUALA TERENGGANU — Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik di sini kecoh apabila enam pelajar perempuannya diserang histeria selepas acara perhimpunan pagi tadi. Lima daripada pelajar terbabit merupakan pelajar Tingkatan Lima manakala seorang lagi adalah pelajar Tingkatan Dua yang sebelum ini telahpun terkena histeria pada Khamis lepas.

Difahamkan, pada Khamis lepas, dua pelajar perempuan Tingkatan Dua sekolah itu terkena histeria dan diarahkan dibawa pulang, namun kejadian sekali lagi berulang hari ini apabila seorang pelajar yang sama kembali terkena gangguan itu sebelum merebak kepada lima pelajar Tingkatan Lima.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud berkata, sekumpulan ustaz dari Darul Syifa telah dipanggil untuk membantu memulihkan keadaan pelajar terbabit selain usaha membaca surah Yasin yang dilakukan guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan.

"Keadaan terkawal dan setakat petang ini hanya tinggal seorang pelajar perempuan yang masih belum pulih sepenuhnya dan kita telahpun membenarkan mereka dibawa pulang oleh keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Katanya, pelajar yang terlibat dibenarkan bercuti sehingga keadaan masing-masing kembali pulih.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada kejadian berpunca daripada gangguan makhluk halus atau tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berkenaan. — Bernama

Hiasan pagar istana dicuri - Kosmo

KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini. Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu.

Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini. Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam.

Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

Penduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin -BH

ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.

JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi. Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu. Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut. Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

Nota ;

Benda ape hok takdok di Tranung le ning...?
Macang-Macang ade....
Ayah Pin pun dah balik semula....
Curi pun hebat...
Pagor Istana pun kena rembat....
Anok Harang bersepoh....
Pondan berlambok Jalan Tok Lam....
Bohsia bergelewat di Tranung....
Guane gamok orang kite...GGOK...
OK pala bapok dia....
Mat Gian koho ramai le ning....
Na..Na...Na...Tranung Kite....!!!

Rintihan Warga Felda : Jangan Kencing Kami Lagi....!!!


Bayar Wang Tanam Semula - BO

Lebih daripada 10 orang peneroka FELDA menggesa agar Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar, malah menyeru agar FELDA membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka seluruh negara yang belum mendapat Wang Tanam Semula mereka.

"Jika gagal berbuat demikian, ANAK akan mengatur rombongan peneroka terbabit dalam jumlah besar ke Ibupejabat di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada setiap minggu. Mereka akan berada di situ hingga wang RM17,000 diperolehi!" kata Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK).

Mazlan Aliman dipetik Merdeka Review berkata sedemikian dalam satu sidang media di parlimen, bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari Agungnya, Hatta Ramli.

Yang berikut adalah kenyataan bertulis daripada Mazlan Aliman:

Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bertarikh 7 Oktober 2010. Antaranya :-

1.FELDA bersedia untuk memberikan Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 kepada peneroka yang menguruskan kebun mereka secara persendirian dengan syarat mengikut garis panduan yang ditetapkan,

2. FELDA tidak memberikan Wang Tanam Semula kepada peneroka bagi mengelakkan wang itu disalah guna,

3. Kebun peneroka yang tanam sendiri jadi hutan; penuh dengan babi hutan, ular sawa, tikus dan kumbang. Duit RM17,000 peneroka beli motor, baiki rumah dan beli kereta,

4. FELDA tidak kalah dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membabitkan Wang Tanam Semula yang dituntut 10 peneroka Felda Sg Koyan 2 dan 3 seperti laporan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang disiar oleh HARAKAH,

5.Daripada sejumlah 112,635 peneroka, hanya 14,882 daripadanya iaitu 13.2 peratus peneroka yang menguruskan kebun mereka sendiri; FELDA telah dan sedang membuat pembayaran Wang RM17,000 kepada peneroka yang layak,

6.Tidak ada sebab untuk peneroka FELDA menyaman FELDA kerana jika tidak disaman pun FELDA tetap membayar Wang Tanam Semula kepada peneroka sebagaimana garis panduan ditetapkan.

Mazlan Aliman, telah mewakili Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mengalu-alukan kenyataan beliau yang mungkin boleh menjadi formula menghuraikan isu Wang Tanam Semula. Walau bagaimanapun beberapa persoalan asas mesti dirungkai sekiranya kenyataan beliau boleh dipertanggungjawabkan.

1. Adakah benar dasar FELDA memberi kebebasan kepada peneroka untuk menguruskan kebun mereka secara persendirian?

2. Kalau tiada paksaan, kenapa FELDA mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan peneroka menguruskan tanam semula mereka secara persendirian?

3. Kalau tiada paksaan, kenapa FELDA mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?

4. Adakah beliau maklum bahawa ada peneroka yang telah menanam sendiri atas kebun mereka lebih daripada 5-10 tahun; tapi Wang Tanam Semula tidak diperolehi?

5. Adakah beliau faham, saman yang dibuat peneroka terhadap FELDA adalah pilihan terakhir disebabkan keengganan FELDA membayar Wang Tanam Semula meskipun perundingan telah dibuat begitu lama?

Membuat tuduhan berasaskan kes terpencil kegagalan peneroka mengurus kebun mereka hingga digambarkan kebun seperti hutan yang penuh babi dan ular adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang tidak wajar keluar dari seorang menteri!

Jika begitu sandarannya, saya juga bersedia mendedahkan kegagalan Techno Plant Sdn Bhd, Anak Syarikat Felda yang bertanggungjawab menyelia kebun peneroka. Sebagai menteri yang mengawalselia Felda, adakah beliau tahu ribuan peneroka yang telah keluar dari pengurusan Techno Plant Sdn Bhd kerana tidak berpuashati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat sedangkan pendapatannya tidak berbaloi? Adakah beliau tahu kebun peneroka yang tidak berurus, pendapatan yang rendah, potongan yang tinggi; semuanya gara-gara Techno Plant Sdn Bhd?

Adakah beliau maklum, salah satu sebab mengapa peneroka keluar daripada Techno Plant kerana potongan baja yang tinggi sedangkan kualitinya SANGAT DIPERSOALKAN.

Beliau mesti menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,000 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera. Jika tidak laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara.

Ahmad Maslan dan FELDA tidak boleh lagi berdolak dalik dengan pelbagai alasan. Dalam masa 3 bulan ini; FELDA mesti membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka seluruh negara yang belum mendapat Wang Tanam Semula mereka. Jika gagal berbuat demikian, ANAK akan mengatur rombongan peneroka terbabit dalam jumlah besar ke Ibupejabat di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada setiap minggu. Mereka akan berada di situ hingga wang RM17,000 diperolehi!

Sebagai permulaan, peneroka FELDA Gugusan Sg Dusun Ulu Selangor akan menjadi kumpulan pertama. Mereka ini dijanjikan mendapat Wang Tanam Semula ketika kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor, tapi FELDA gagal berbuat demikian.

Nota :

Untuk pengetahuan, ketika ini sedang kecoh di beberapa Tanah Rancangan FELDA yang terlibat tanam semula getah. Harga tender yang diberikan kontraktor membeli batang getah tua rendah dan berbeza-beza. Ia juga tidak sama dengan sesetengah kontraktor lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi.

Ada peneroka yang telah mendapat pelepasan untuk menggunakan khidmat kontraktor yang menawarkan harga lebih tinggi dibatalkan di saat akhir. Apa yang lebih mengejutkan, peneroka tidak dibenarkan menoreh di kebun getah mereka sendiri walhal kerja tanam semula dijangka tahun hadapan. Ini sangat merugikan peneroka dan bebanan pinjaman sara hidup kepada mereka. Ahmad Maslan boleh menyiasat apa yang sedang berlaku di FELDA Kepis, Kuala Pilah, Felda Raja Alias 2, Felda Lui Selatan dan Felda Triang 3 di Bera.

Jangan perbodohkan peneroka dengan memperalat Ketua-ketua peneroka. Datang daripada jauh ke Ibupejabat FELDA di Kuala Lumpur dan Pegawai tertinggi FELDA 'dipaksa' memberikan taklimat yang salah hingga menyusahkan peneroka. Hentikan amalan seperti ini!