Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 21, 2011

Macam-Macam Cara Tipu Melayu..!!


TPM: M'sia negara Islam yang diperakui Amerika-MK

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN.

"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di Labis hari ini.

Negara Islam maju

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.

Perakuan itu, kata beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan pimpinan BN tidak berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar untuk membantu dan meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat.

"Jika ada pihak-pihak yang datang dan cerita perkara karut-marut, saya minta penduduk kampung jangan percaya," katanya.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.- Bernama

UMNO Terengganu Masih Tidak Aman....!!


Walaupun tampuk kepimpinan Umno Terengganu telah dikembalikan kepada Dato' Seri Ahmad Said, tiada penyelesaian kepada keadaan 'kelam kabut' yang melanda kepimpinan Umno negeri

Seorang pemimpin Umno peringkat bahagian memberitahu, Ahmad Said 'berhelah' kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak dengan mengatakan, sekiranya mahu Terengganu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kepimpinan mestilah diserahkan kepada beliau.

Kata pemimpin Umno itu, sebenarnya perlumbaan untuk menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan adalah soal wang, siapa yang memegang jawatan tersebut berkuasa diatas penggunaan wang untuk kempen Umno.

Oleh itu, kebenarannya terserlah apabila Ahmad Said meluluskan RM3 juta kepada setiap DUN bagi kempen 'memancing undi'.

Katanya, kumpulan Ahmad Said kini akan mula menghakis dan menghapuskan sesiapa sahaja yang menentangnya.

Wakil Rakyat menentang akan digugurkan

Kenyataan pemimpin Umno itu terbukti apabila Setiausaha Perhubungan Dato' Tengku Putera Tengku Awang 'kelam kabut' membuat kenyataan akan menggugurkan mana-mana wakil rakyat yang menentang

Tengku Putera pada 13 Januari lalu berkata semua wakil rakyat dan individu penting yang diberi amanah bagi menjalankan tanggungjawab membela nasib masyarakat perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tidak boleh berpaling tadah.

Katanya, setiap wakil rakyat memiliki kepentingan tersendiri namun mereka perlu mendahulukan perkara utama bagi memartabatkan rakyat.

Walaupun beliau menafikan kata-katanya bermaksud mengugut wakil rakyat, namun itulah hakikat sebenarnya.

UMNO Labis Protes Calon BN Di Tenang...!!


Pemilihan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang calon PAS Normala Sudirman dalam pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor, dilaporkan menimbulkan banyak persoalan dikalangan ahli-ahli Umno sendiri.

Tidak kurang yang bersedih dan kecewa kerana tindakan tersebut telah mengenepikan dan menghina Umno Bahagian Labis sendiri

"Sedih hati bukan kepalang. Sebagai orang yang lama bergerak aktif dalam Umno di Bahagian Labis, rata-rata kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hilang kepercayaan kepada seluruh kepimpinan Umno bahagian ini,"kata seorang ahli Umno Labis yang tidak mahu dikenali.

Walaupun media arus perdana memutarkan cerita-cerita yang 'sedap didengar' namun di arus bawah, sikap pemimpin tertinggi Umno memilih Mohd Azahar yang bukan dari kalangan kepimpinan Umno Labis amat dikesali.

"Buruk sangatkah kepimpinan Umno Labis? Apakah tiada seorang pun dari kalangan pemimpin Umno Bahagian Labis yang layak ditonjolkan sebagai calon mewakili Umno dalam PRK Tenang ini?

"Nampaknya, pucuk pimpinan parti sekarang ini tidak mahu langsung mendengar kehendak orang bawah. Mereka memilih calon ikut kehendak mereka dan ahli-ahli Umno yang “membajak sawah, menebas hutan dan membuang onak duri” hanya dijadikan kerbau bajak tetapi yang menuai hasil tetap mereka yang datang dari istana,"kata ahli Umno berkenaan,

Oleh itu, beliau mencadangkan agar anak-anak peneroka dalam DUN Tenang beralih dan menyokong PAS kerana menurutnya amalan Feudalisma, memilih anak bangsawan dan juga anak beranak serta waris-waris (kronisme) sebagai pemimpin dalam Umno

"Eloklah, anak-anak peneroka beralih arah dari menyokong Umno kepada menyokong parti pembangkang. Ini kerana Umno lebih melihat kepada anak bangsawan dari anak peneroka dan anak petani,"jelasnya dan menyenaraikan bagaimana Feudalisme sedang berlaku dalam Umno.

"Najib sendiri anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Datuk Mukhriz Mahathir anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Tenang, pemilihan Mohd Azahar Ibrahim kerana dia anak kepada Allahyarham Ibrahim Daud, bekas Senator, bekas ADUN Tenang dan bekas Ketua Umno Bahagian Labis.

"Begitu juga ADUN Parit Jawa, Dr. Robiah Kosai yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor yang pernah terpilih menjadi Ahli Parlimen Muar dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi adalah anak kepada bekas wakil rakyat Muar, Allahyarham Datuk Kosai,"ujarnya.

Selain itu menurutnya, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Zainab Bon Abu Bakar juga adalah anak kepada bekas wakil rakyat yang lebih tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Tebrau. Mohd Tawfek Tun Dr. Ismail pula pernah dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut kerana beliau anak kepada Allahyarma Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Begitu juga Tan Sri Syed Hamid Albar pula adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar sudah mewakili Parlimen Kota Tinggi lebih dari lima penggal. Datuk Abd Hamid Abd Rahman, ADUN Renggam merupakan menantu kepada Allahyarham Datuk Fatimah Salim, bekas Ketua Umno Bahagian Sungai Benut. Hari ini Datuk Senator Sharifah Azizah Syed Zain pula muncul sebagai salah seorang pemimpin wanita dari Johor kerana beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain bekas ADUN Parit Raja dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Sama seperti Datuk Nurjazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

"Rata-rata anak pemimpin, menantu pemimpin dan adik beradik pemimpin Umno terpilih menjadi wakil rakyat, walaupun kelulusan mereka tidak seberapa tetapi mereka yang merupakan cikgu sekolah, peniaga dan orang biasa diketepikan sahaja oleh Umno kerana ‘bukan darah bangsawan’,"katanya kesal.

Secara totok beliau mendedahkan, di Johor kini, ada dua ADUN adik beradik, seorang bernama Osman Safian merupakan ADUN Kempas dan seorang lagi Datuk Aziz Safian, ADUN Nusa Jaya dan merupakan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.

Justeru beliau menyeru seluruh Umno Labis dan seluruh kepimpinan Umno Labis memprotes tindakan pemimpin atasan.

"Mesej yang keras perlu dihantar kepada Najib dan Ghani supaya jangan sesuka hati memilih calon yang berada di luar dari “kotak kepimpinan Umno bahagian” sendiri,"tambahnya

Cara Untuk Menangkan UMNO/BN....!!

pengunaan dakwat ini cuba dipadamkan dari tuntutan rakyat apa yang cuba dihebohkan ialah undi proksi...ini semua adalah helah dan taktik untuk memastikan gerombolan menang!

KDN GERAK GELOMBANG KESUKARELAAN LEBIH BESAR - BH

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggerakkan gelombang kesukarelaan yang lebih besar untuk menyertai Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di seluruh negara bagi menyokong dan membantu tugas warga kerja kementerian itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong, berkata ia perlu dilakukan secara konsisten dan menyeluruh bagi manarik lebih ramai anggota baru yang boleh melonjakkan lagi jumlah anggota RELA di seluruh negara.

"Ini kerana jumlah anggota yang ramai dapat menggambarkan sokongan serta minat orang ramai untuk bersama-sama menggerakkan gelombang kesukarelaan, sekaligus perlu dimantapkan supaya menjadi aset bernilai kepada negara.

"Oleh itu pertubuhan itu perlu memperbanyakkan lagi program latihan bagi
melahirkan modal insan yang benar-benar terlatih, berkualiti dan mampu
menjalankan tugas dengan profesional," katanya pada majlis pelancaran platun
Cina dan kempen penambahan anggota Rela peringkat negeri Kedah di sini semalam.

Lee berkata, beliau mahu anggota RELA meningkatkan peranan supaya menjadi
pasukan kesukarelaan rakyat di barisan paling hadapan untuk keselamatan dan
kemasyarakatan bukan sahaja dalam negara tetapi mempunyai peranan di peringkat antarabangsa.
------------------------------------------------------------------------
woit... FAHAM APA MAKNA BERITA INI ?....
kah kah kah... INILAH CARA UNTUK DAPAT UNDI POS...

kah kah kah... INI LAH CARA UNTUK MEMASTIKAN GEROMBOLAN AKAN TERUS MENANG...

kah kah akh... SETIAP KAWASAN AKAN ADA RELA...

kah kah kah... INI BERMAKNA ... SETIAP KAWASAN AKAN ADA UNDI POS....

kah kah kah.... AIMAN TAK KISAH...CUMA YANG PELIKNYA...ANAK DAN ISTERI RELA JUGA AKAN MENJADI PENGUNDI POS...

Nota:

jangan terperangkap dengan taktik sprm
yang heboh tentang undi proksi
itu tak penting
yang penting ialah hapuskan undi pos

Betapa Bencinya Rakyat Tunia Pada Ben Ali Dan First Lady....!!


Nota :

Betapa gumbiranya
anak anak muda tunisia
yang dapat menjatuhkan
regim ali dan first lady leila

lihat bagaimana bencinya
rakyat tunisia terhadap
ali dan first lady leila!!!