Dec 4, 2011
Akta Gila Dari Kerajaan Yang Memang Gila....!!
Polis Halang Pak Samad Baca Puisi di KLCC - HD
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.
A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.
"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.
"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.
"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.
"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.
"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.
"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.
"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.
Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.
Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan.
Sah...Pemikiran Melayu UMNO Adalah 'Third Class'...!!
"Isu kali ini yang saya ingin ketengahkan ialah rentetan dari Persidangan Umno 2011 yang masih terasa bahang hipokrasinya dan penuh dengan kepura-puraan tanpa idea yang bernas.
Saya terkejut benar bila mendengar ucapan salah seorang perwakilan dari Johor yang mahu kerajaan menubuhkan Politeknik bagi setiap daerah di Johor. Secara dasarnya niat perwakilan ini murni kerana mengambil berat tentang aspek pendidikan rakyat Johor. Namun permintaan untuk mengadakan Politeknik di setiap daerah bagi saya hanya mentaliti kelas tiga.
Bukan berniat menghina Politeknik, tetapi jika wakil Johor itu benar-benar mahu berbakti dan melihat anak bangsanya maju, beliau seharusnya mencadangkan penubuhan universiti atau sekurang-kurangnya kolej universiti. Ini baru bertepatan dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.
Umum mengetahui taraf perbandingan Politeknik dengan Universiti atau Kolej Universiti umpama langit dengan bumi. Politeknik adalah tempat di mana pelajar-pelajar yang tidak layak ke universiti berhimpun. Tak kurang juga sebagai tempat singgahan penuntut yang mendapat result yang kurang memberangsangkan di dalam SPM dan majoriti penuntut Politeknik seluruh Malaysia ialah dari bangsa Melayu.
Cadangan wakil Johor untuk memperbanyakkan Politeknik ini kononnya sangat perihatin akan nasib bangsa Melayu sebenarnya akan melingkupkan bangsanya sendiri. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar Melayu akan berada di dalam zon selesa dan merasakan mereka tidak perlu belajar atau berusaha keras kerana sekiranya gagal ke universiti, Politeknik di Malaysia bersepah-sepah menerima mereka. Lepasan Politeknik ini umumnya akan memegang sijil atau sehabis tinggi, diploma sahaja.
Dalam dunia hari ini, majikan mana yang mahu mengambil pemegang sijil bekerja sedangkan lambakan graduan ijazah pun melangit tingginya. Jika ada pun, majikan itu akan menggajikan lepasan Politeknik dengan jawatan yang rendah seperti technician, kerani, pembantu warehouse dan yang paling teruk mungkin sebagai operator pengeluaran sahaja. Saya menjawat jawatan Pengurus Sumber Manusia dan berpengalaman luas bersama lapan syarikat swasta bertaraf MNC. Saya tahu bagaimana peritnya anak-anak Melayu lepasan Politeknik untuk mendapatkan kerja di sektor swasta kerana garis panduan menetapkan jawatan pegawai atau pun engineer perlulah diisi oleh mereka yang mempunyai ijazah. Sedih saya melihat senario ini berlaku. Dan ini akan diburukkan lagi dengan percambahan Politeknik yang sudah pasti akan melahirkan lebih ramai anak bangsa yang berpendidikan sederhana yang tak akan mampu bersaing di dalam dunia kerja.
Kita jangan keliru dengan otak orang Umno yang mahu menyekat perkembangan minda anak muda Melayu dan sekiranya ini berlaku, maka kita akan terus ketinggalan dan selama-lamanya menjadi kuli, berjawatan rendah bergajikan RM750-RM900 sebulan. Nak harapkan anak-anak Melayu ini masuk kerja Kerajaan? Ucapkanlah selamat jalan. Kerana posisi kosong dalam kerajaan sudah pun juak-juak Umno reserve kan untuk anak, adik, abang ipar, ibu tiri dan kroni mereka. Ujian Teori, Interview dan kursus untuk pengambilan muka-muka baru PTD dari seluruh negara adalah wayang yang indah semata-mata mengalahkan franchise filem Twilight Saga. Tambahan pulak umur persaraan kakitangan kerajaan sekarang ialah 58 tahun dan Cuepacs juga sedang mendesak untuk dinaikkan ke 60 tahun, alamat berubanlah kita menunggu mayat-mayat hidup ini pension sebelum kita dapat merasakan kenaikan pangkat.
Inilah akibatnya jika banyak sangat otak berkarat di dalam Umno. Berkulat sampai tidak pasti apa yang mereka ingin ucapkan atau perjuangkan. Ucapan yang berapi-api sampai ada yang selinsing tangan, tak kurang ada juga yang sampai bersembur air liur, semuanya lakonan untuk membodek PM Najib. Mereka masih fikir zaman sekarang ini sama seperti era mereka di mana lepasan SPM pun dapat menjawat pegawai kerajaan. Bila ada bintang-bintang baru yang bergemerlapan yang berpotensi diserapkan ke jawatan tinggi dalam parti, mereka cantas. Jadilah selama-lamanya parti berotak zombi.
Sedarlah anak-anak muda Melayu, inilah persepsi sebenar otak keldai-keldai tua Umno terhadap anda. Sesungguhnya mereka ini memandang rendah keupayaan anda dan bercadang untuk mempersiapkan anda sebagai pekerja kolar biru buat selama-lamanya. Sepatutnya kita menggalakkan anak bangsa memasuki Universiti untuk persiapan menjadi pemimpin masa depan, ini tidak, terbalik kong. Patutlah Johor bakal menjadi muzium Umno kerana adanya speaker/perwakilan yang "terlebih pandai" seperti ini.
Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis.
Bai'ah Atau Sumpah Ala UMNO....!!
"KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 mencatat sejarah apabila semua perwakilannya bersumpah bai'ah untuk taat dan setia kepada parti.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumpah bai'ah berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.
"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.
Ikrar sumpah bai'ah yang diketuai Muhyiddin berbunyi:
"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.
"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.
"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."
Ikrar beliau itu disambut dan dibaca oleh semua perwakilan di dalam dewan.
PAU 2011...Hanya Indah Khabar Dari Rupa....!!
"Saya tak sempat mengikuti keseluruhan perjalanan PA UMNO. Ada 3 sebab. Pertama, saya bukan ahli UMNO, Alhamdulillah. Kedua, saya agak sibuk dengan urusan peribadi, keluarga, menyampaikan ilmu dan parti.
Ketiga, saya sudah terlalu lama hilang harapan dan kepercayaan kepada UMNO dan pemimpin UMNO bagi menjaga agama, bangsa dan negara. Ada sahabat lama yang menjadi tetamu kepada Perhimpunan Agung UMNO menulis tentang ‘harapan’.
Ada harapan dari UMNO? Track record menunjukkan ada sedikit jasa yang dibuat oleh UMNO, tetapi kerosakan, kebinasaan dan kemusnahan kepada sistem politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain menunjukkan ia lebih banyak. Saya memberi komentar ringkas-samada perkara besar atau kecil- dalam perkara berikut dari apa yang sempat saya ikuti dari Perhimpunan Agung UMNO kali ini:
1. Penggulungan Najib yang kosong
2.Doa Muhyidin lintang-pukang barisnya
3.Ulama muda UMNO jangan jadi pengampu
4.Ucapan Shahrizat emosional, bukan menjawab secara rasional
5. Rosnah bukan berucap, tapi bertempik
6. Perwakilan UMNO yang 2×5 dengan pemimpinnya
Komentar ringkas:
1. Penggulungan Najib yang kosong
Saya cuba meneliti ucapan penggulungan Najib. Yang ada ialah menghentam Anwar Ibrahim dan PKR, Muhammad Sabu dan PAS dan hanya ayat-ayat pembangkit semangat kepada ahli-ahli UMNO. Lain dari itu atas sifatnya sebagai PM -pertumbuhan ekonomi dan misi Malaysia-negara maju berpendapatan tinggi. Ia hanya ulangan dari apa yang telah diketahui.
2.Doa Muhyidin lintang-pukang barisnya
Muhyidin membaca doa wehdah bagi mengakhiri ucapan penggulungannya dan mengetuai ucapan bai’ah. Waah! UMNO sudah berbicara tentang bai’ah. Pernah dahulu PAS dikecam dan diperlekeh atas isu bai’ah. Sekarang mereka pun ikut? Tahukah Muhyidin, pemimpin UMNO dan perwakilan UMNO bahawa doa wehdah itu mengandungi maksud dan erti yang sangat besar dalam menegakkan Islam? Adakah hati orang UMNO boleh diikat dengan ikatan iman atau ikatan projek? Adakah perjuangan UMNO berlandaskan Islam atau kebangsaan? Adakah mati syahid namanya jika yang diperjuangkan itu kebangsaan Melayu mengatasi Islam? Adakah mereka bertemu dalam Perhimpunan Agung UMNO ini untuk mengangkat Islam? Seribu satu soalan yang hanya mengundang jawapannya: TIDAK!
Baris-baris doa itupun lintang-pukang dibaca oleh Muhyidin dan kemudiannya diaminkan oleh yang lain. Itu orang Johor yang belajar kelas agama petang kitab MatlailBadrain. Kalau pemimpin UMNO dan perwakilan UMNO lain lagilah haru.
Dalam bai’ah sebelumnya pun, apabila sampai sumpah yang menyebut tentang taat dan setia walaupun calon mereka tidak dipilih atau mereka tidak dipilih menjadi calon, rasanya ada yang diam tu atau tergelak. Calon pilihanraya, kemudian menjadi wakil rakyat dalam UMNO bermakna dapat projek, wang dan habuan.
3.Ulama muda UMNO jangan jadi pengampu
Wakil ulama muda, Ustaz FathulBari difahamkan berucap supaya ‘jangan mengamuk atas mimbar atau pentas ceramah.’ Saya ingin mengingatkan beliau dan rakan-rakan selubuk bersama beliau supaya jangan mengampu pemimpin fasiq dalam masjid dan atas pentas ceramah. Nabi ingatkan bahawa jihad yang afdhal ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Kalau hanya terhutang budi dapat tajaan belajar, naik pangkat dan berjawatan, lalu menjadi syaitan bisu maka ia sangat ironis bagi orang berilmu agama.
4.Ucapan Shahrizat emosional, bukan menjawab secara rasional
Shahrizat menafikan ia terbabit dalam NFC dan tidak mahu menyentuh isu projek lembu dalam Perhimpunan Agung UMNO. Namun, beliau tidak dapat menahan geramnya lalu meluahkan perasaan ketika memberikan ucapan yang emosional. Beliau lupa bahawa beliau menjadi menteri pun ikut pintu belakang kandang. Menyingsing lengan baju dengan muka merah ibarat seekor lembu betina berdarah diterjah pedang matador. Mujur sahaja beliau masih waras ketika itu, kalau tidak entahlah apa yang akan berlaku.
5. Rosnah bukan berucap, tapi bertempik
Saya terdengar Rosnah memberikan ucapan melalui berita radio dalam kereta. Suaranya amat tinggi dan besar. Saya lupa isu apa yang diucap tapi dengan tubuhnya yang besar dan suaranya yang besar menjadikan ucapannya itu lebih kepada bertempik dari berucap. Wajarkah demikian bagi seorang bernama Ketua Puteri?
6. Perwakilan UMNO yang 2×5 dengan pemimpinnya
Ada pemimpin dan perwakilan wanita UMNO lain bertepuk tangan ketika Shahrizat menjadi emosional dengan menyingsing lengan baju. Ada yang menyokong ketika perwakilan Kelantan mahukan TG Nik Aziz turun. Ada yang gelak apabila PAS diperlekeh. Ya! Perwakilan dan pemimpin UMNO seia sekata. Seia sekata menghambat habuan dunia. Seia sekata mencari pangkat dan harta. Seia sekata memandang remeh skandal besar melibatkan harta negara. Seia sekata menolak perjuangan Islam dibawa PAS dan hanya mengangkat perjuangan sempit rasis bangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)