Aug 19, 2011
Video Penuh Propaganda Saiful Di TV3...!!
Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal
Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini.
"Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal.
Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.
Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.
Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Siapa Kaki Lebong...??
ATM NAFI SELEWENG UNDI POS TENTERA - BH
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan berlaku penyelewengan dalam undi pos di kalangan anggotanya dan bertegas undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan pegawainya.
Panglima ATM, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin turut menyifatkan dakwaan empat bekas anggota ATM mengenai penyelewengan itu sebagai tidak berasas kerana tidak disertakan dengan bukti selain kesal kerana ada pihak cuba mengheret ATM ke kancah politik.
“Dakwaan itu ternyata tidak benar kerana ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi anggotanya serta ahli keluarga mereka berteraskan prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, selaras prosedur dipraktikkan semua negara yang mengamalkan demokrasi.
“Mereka (anggota tentera) bebas untuk mengundi calon pilihan mereka dan proses pembuangan undi juga dilakukan mengikut prosedur yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sidang media khas itu diadakan bagi menyangkal tuduhan dibuat empat bekas anggota tentera yang mendakwa pernah diarahkan menanda kertas undi pos untuk anggota tentera lain pada beberapa pilihan raya, termasuk PRU ke-5 (1978); ke-7 (1986) dan PRU ke-10 (1999) pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS, kelmarin.
BEKAS TENTERA DAKWA MENGUNDI SAMPAI LENGOH - MK
Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.
Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.
Beliau mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.
Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.
"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.
Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.
Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.
Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.
Tambahnya, kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.
"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.
"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.
Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.
Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."
Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."
Risman pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.
"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.
Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.
Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.
Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.
Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.
Nota:
undi pos bukan satu yang baru
tahun demi tahun undi pos dilaawan
kali ini semakin ramai bekas pengundi pos
datang untuk memberi tahu apa yang berlaku
di belakang tabir
nampaknya ada pulak yang mengatakan
penipuan undi pos tidak wujud
semua berjalan bersih dan suci
atau sengaja tak faham
ataubuat buat tak faham
atau buat donno
maka
Dua berita di atas adalah tentang undi pos
maka terpulang pada pembaca untuk menilai
siapa bercakap benar
dan siapa kaki kelentong
siapa yang kuntau..siapa yang muntau
siapa yang lentong...siapa kelentong
dah baca? dah faham?
siapa kelentong siapa?
kah kah kah
Cerita Pelik Lagi Melik....!!
PERIKSA GEREJA : PENGARAH JAIS TAK TAHU WUJUD OPERASI- MStar
Kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) terus berlarutan apabila kini timbul dakwaan Pengarahnya, Marzuki Hussin tidak tahu-menahu mengenai operasi itu.
Sumber dalaman JAIS menyatakan bahawa Marzuki tidak dimaklumkan mengenai operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis pada malam 3 Ogos lalu.
"Pengarah tidak dimaklumkan tentang operasi itu. Sebab itu operasi malam itu dibuat tanpa persedian rapi," kata sumber berkenaan.
Justeru menurut sumber itu lagi timbul tanda tanya berhubung pihak yang mengeluarkan arahan atau memberi kelulusan agar operasi itu dilaksanakan.
Selain itu difahamkan juga jumlah 12 individu Islam yang dilaporkan menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di DUMC itu tidak tepat berdasarkan fakta bahawa hanya sepuluh daripada mereka diwakili peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin.
"Dua lagi individu itu 'tidak formal', tapi kesemua 12 yang diperiksa itu memang hadir beri keterangan agar tidak menimbulkan syak," katanya lagi.
Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'tidak formal'.
Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Umno mendalangi pemeriksaan JAIS terhadap DUMC.
Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.
nota:
Orang melayu dah letih sangat
letih sebab teelebih kena kelentong
Cukuplah..Cukuplah....
Orang melayu dah ramai yang jadi bodoh...
kah kah kah
Berkata Benar Juga Adalah Satu Jihad....!!
TENTERA HANYA PERLU SETIA KEPADA NEGARA , AGONG - MK
Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.
Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.
"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.
"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."
Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.
Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Penafian kosong
Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.
Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.
"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.
"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.
Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".
nota:
ini pandangan seorang ilmuan
ini bukan kang kong
jangan silap faham
jangan anggap kerana sosok ini anti undi pos
maka sosok ini dianggap ilmuan
tidak bagitu cara membaca siapa ilmuan
dan siapa kang kong
untuk memahami sepintas lalu
sila perhatikan pandangan kommentar
tulisan & pendapat ilmuan ini
dalam kontek ini sang ilmuan
adalah intelektual orang ramai - public intelectual
bukan dimiliki oleh daulah
bukan dimiliki oleh syarikat rokok
bukan dimiliki oelh syarikat judi
bukan dimiliki oleh syarikat minyak
ertinya bukan menikus nak jadi ketua cawangan
ertinya bukan membodek nak jadi calon
ini termasuk yang dalam barisan
ini termasuk juga yang dalam pakatan
woit.. jangan ingat dalam pakatan tak ada kaki bodek
kaki bodek ini wujud dimana mana
kah kah kah
apa yang penting ilmuan ini sedang berjihad: berjihad?
berjihad ialah bercakap benar dihadapan kerajaan yang zalim
bercakap benar dihadapan pemerintah kuku besi
adalah perbuatan Jihad
masaalah kita sekarang ini ialah
terlalu ramai orang yang baik dan jujur
dalam masyrakat kita tetapi tidak melakukan apa apa
inilah yang menjadikan malapetaka berterusan!
Malaysia Negara Yang Tunggang Terbalik...!!
Dedah penipuan undi pos dianggap pengkhianatan’, AMK selar panglima ATM - Keadilan Daily
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN menyelar Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos, sebagai satu pengkhianatan.
Sebaliknya, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Zulkifeli membuktikan tidak berlaku penyelewengan undi pos seperti didedahkan.
“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.
“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan. Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan,” katanya kepada Keadilandaily.
Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan bekas anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.
Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu berhubung perkara itu.
“Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.
Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.
“Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.
“Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya,” ujarnya.
Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.
Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut.
Sah..Pilihanraya Di Malaysia Terlibat Dengan Penipuan...!!
PENDEDAHAN terbaru Wikileaks 18 Ogos 2011, berdasarkan satu kabel rahsia selain dari mendedahkan bahawa pendatang dari Filipina adalah sinonim dengan masaalah sosial yang tercetus di Sabah, WikiLeaks juga telah mendedahkan bahawa dalam satu skim yang diperkenalkan pada tahun 90-an, Umno telah memberikan kerakyatan Warganegara Malaysia serta hak mengundi kepada lebih 600,000 warga asing.
Kebanyakannya mereka adalah umat Islam dari Mindanao dan Indonesia, sebagai balasan warga asing tersebut perlulah mengundi BN dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dikatakan telah memulakan projek haram ini sebelum pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada tahun 1994, bagi membolehkan Umno menguasai Negeri Sabah. Kerja haram ini juga dikenali sebagai "projek Mahathir" [Wikileaks].
Rasanya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengetahui tentang projek haram ini. Jika tidak didedahkan oleh Wikileaks pun, sudah ramai rakyat terutama warga Sabah yang mengetahui hal ini.
Demi mendapatkan kuasa, United Malays No Otak, Umno sejak zaman Mahathir lagi sudah menggunakan taktik pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing. Tun Mahathir, pemimpin yang dianggap paling agung oleh penyokong United Malays No Otak ini sudah menggadaikan kedaulatan negara ini sejak dahulu lagi.
Kini hal ini diulangi oleh kerajaan Rosmah Mansor, demi meraih kuasa. Negara ini dijual secara terang-terangan di depan batang hidung rakyat. Sama-sam kita nantikan negara ini musnah, jahanam, dimusnah dan dijahanamkan oleh warga asing! Tahniah!
Amalan "Yes Man" Dalam Tentera...!!
KUALA LUMPUR: KeADILan percaya, le bih banyak kes-kes membabitkan penyelewengan undi pos dibongkar selepas ini ekoran beberapa bekas tentera tampil membuat pendedahan.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, penyelewengan undi pos sudah lama berlaku bahkan banyak aduan diterima berhubung masalah itu. Oleh kerana itu, katanya, Pakatan Rakyat menyokong usaha NGO Bersih 2.0 untuk menuntut perubahan dalam sistem undi pos.
“Sebab itulah kita mahu reform undi pos, kerana un di pos memang terangterangan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan,” katanya .
Malah katanya, sistem undi pos itu sendiri memperlihatkan ketidaktelusan apabila setiap undi pos di lampirkan borang yang di tandatangani anggota ten tera sebagai pengesahan undi telah dibuat.
“Apabila kertas undi dilam pirkan, undi tidak lagi rah sia. Bahkan ada juga anggota tentera menanda tangani borang itu di depan pegawai mereka, ini sudah tentu ia ditandatangani da lam perasaan yang tertekan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan percaya, jika setiap anggota tentera boleh bercakap masalah undi pos ini sudah tentu mereka berani tampil mendedahkan penyelewengan itu.
Justeru, beliau meminta mana-mana anggota dan be kas tentera yang berani mem buat kenyataan sama ada melalui afidavit atau akuan bersumpah, mengakui undi pos satu proses yang tidak bebas dan telus.
Pada 3 Ogos lalu, seorang bekas tentera tampil mendakwa pernah terlibat dalam menyalahguna undi Dijangka lebih ramai lagi bekas tentera tampil pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.
Nasir Mohamad yang me namatkan perkhid matannya pada 1998, menerima arahan memangkah 400 lebih keping kertas undi ke tika pilihan raya umum ke-7 pada tahun 1986.
“Saya ambil hak orang lain yang sepatutnya undi ker tas itu. Tetapi saya sebagai tentera kena ‘yes man’,” katanya dalam pertemuan ber sama Pemuda PAS di Ho tel De Palma Ampang.
Babi Pun Tahu Bersyukur...!!
"Aku tertawa besar bila membaca al-kisah yang dinukilkan oleh teman di dalam blog aku yang menggelarkan dirinya sebagai `MOSABIT'. Kisah ini menarik, cukup berkesan dan memang kena dengan puak-puak yang kerja mereka suruh rakyat bersyukur setiap masa walaupun mereka setiap masa menzalimi rakyat.
Rakyat diminta bersyukur kerana ada jalan dan tol, ada air, letrik, masjid, pusat judi, dapat bonus, dan sebagainya. Kisah dari MOSABIT ini ada maksud yang tersembunyi tentang erti `syukur'
mai sat aku ada ceghita nak khaba'kat hang...
Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan.
Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."
Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."
Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."
Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."
Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang menjadi ahli Umno"."
Subscribe to:
Posts (Atom)